Follow if you like

Oct 23, 2015

Nasi Goreng Kampung


Biasanya kalau ada nasi berbaki dalam periuk ita akan sediakan nasi goreng. Sayang nak buang nasi tu.. Tapi kalau tak ada baki nasi dan teringin nak makan nasi goreng , ita tanaklah sekejap nasi, masak keras sikit untuk buat nasi goreng.

Nasi goreng kampung ni kesukaan ramai, tidak mengira bangsa di Malaysia. Rata-rata menyukai keranan rasanya yang enakl, penyediaannya yang ringkas dan cepat di samping mengenyangkan. Berbeza dengan nasi goreng yang lain, nasi goreng kampung lebih pedas di hidangkan bersama sambal belacan dan kerupuk sebagai penambah selera.




NASI GORENG KAMPUNG

3 cawan nasi sejuk ~ di peroikan
1/2 ikat kangkung ~ di potong dan cuci bersih
1/2 cawan ikan bilis ~ di goreng garing
garam secukup rasa

Bahan Tumbuk

7 biji cili padi ~ lebih atau kurang ikut kepedasan masing-masing
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu ikan bilis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk. Bahan ini sebaiknya di tumbuk ya, sebab kita tak nak ia banyak air sebaiknya kering. Kalau tak nak tumbuk, boleh kisar tapi kisar kering.
Tumis hingga harum, jika terlau kering tambahkan sedikit aje air.
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan sayur kangkung dan gaul rata
Masukkan nasi dan gaul rata
Boleh tambahkan kicap manis jika suka
Bila dah siap tutup api
Baru masukkan ikan bilis dan gaul rata
Hidangkan nasi goreng kampung bersama sambal belacan, kerupuk dan ulam-ulaman






2 comments:

Ruzana Ibs said...

Memang favourite saya ni...
Kepedasannya yang membuatkan ia "kampong". Kalau kurang pedas kurang kick.

hanie spalie said...

Cantiknya pinggan..mana beli ni cik azlita?

Powered by Blogger.