Follow if you like

Oct 16, 2015

Lepat Ubi atau Belebat Ubi sedap


Ada yang memanggilnya lepat ubi dan ada yang memanggilnya belebat ubi. Apa pun nama dan gelarannya , ia adalah kuih yang sama. Kuih tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Dan ianya juga adalah kuih kesukaan ita.

Ita lebih mengenali kuih ini dengan namanya belebat ubi. Mungkin kalau orang Johor lebih selesa dengan belebat ubi kot..... Kuih ini kerap emak ita sediakan waktu berjualan dulu. Dulu nak dapat ubi kayu cukup mudah.. tak payah beli, tanah sepelaung belakang rumah itulah yang di kerjakan emak untuk menanam pokok ubi kayunya. Tapi bapa ita tak berapa galakkan tanah kebun di tanam dengan ubi. Katanya nanti habis segala baja dalam tanah di sedut dek pokok ubi.



Poko ubi kayu ni banyak kegunaannya. Selain ubinya yang kebiasannya di jadikan kuih muih, pucuknya juga enak di buat ulam mahupun di masak gulai lemah untuk santapan keluarga.


Kini nak dapatkan ubi agak payah kalau di bandar besar ni.. Terpaksa tunggu Pasar Tani barulah dapat merasa hasil dari kampung.
Entah dah berapa hari tekak ni nak sangat makan belebat ubi. Rindu pada belebat ubi emak seakan memanggil-manggil pulak. Belebat ubi emak ita cukup enak, manisnya medu dan lembut bila di kunyah. Payah sekarang nak dapat belebat ubi yang sedap. Nak tak nak.. terpaksa juga merajinkan diri membuat sendiri bagi melayan anak tekak yang dah lama sangat teringin..

Dapat ubi dua tiga batang pun dah rasa syukur sangat.. dapatlah ita hilangkan tekak yang dah berapa hari kepingin yang amat..


Buat belebat ubi ni senang aje sebenarnya.. tapi kadang saja manja.. nak orang buatkan.. hihi sekali cari tak adalah pulak orang jual. Payah dapat ubi katanya.. emmm... kena buat jugak lah nampak gayanya..

Resepi ini ita ambil dari blog Ayu Curlybabe's Satisfaction. Resepi ni agak banyak, kalau nak buat untuk makan keluarga yang tak ramai, ita cadangkan buat separuh daripada adunan sahaja. Ita buat ikut cara emak, tapi sukatan menggunakan resepi Ayu. Terima kasih ayu atas perkongsian resepi yang sedap ni.


BELEBAT UBI @ LEPAT UBI
Resepi Oleh : Ayu

1 kg ubi kayu di parut atau di blender
135 ml santan pekat
238 gm air gula Melaka ~ ita letak 250 gm hihi senang nak timbang
1 sudu besar gula timbang
secubit garam
1 helai daun pandan ~ disimpul
Daun pandan di layur secukupnya


Ubi kayu, di bersikan dan di buang kulit. Potong sejengkal untuk mudah nak parut dan nak bersihkan kulitnya.
Kemudian cuci bersih
Parut ubi dengan sagat
Ubi yang telah di parut, kemudian masukkan dalam kain muslin atau apa-apa kain yang bersih dan perah. Jangan perah sampai kering, perah agak-agak aje nak buang air pahit ubi.
Baki air perahan tu kita biarkan mendak. Air jernih tu buang, baki dedaknya satukan semula dalam ubi parut tadi. Gaul rata dan ketepikan.

Dalam periuk yang kecil, satukan gula Melaka, gula merah daun pandan dan air ( air ni agak-agak aje jangan banyak sangat pulak.. bila dah masak nanti tapis, kemudian timbang balik air tu dalam  250 gm )


Satukan semua bahan tadi dan gaul rata.
Sediakan daun pisang secukupnya. Daun pisang cuci bersih, lap kering dan layurkan dekat api atau boleh jemur kat panas. ( kalau cuaca jerebu jangan jemur panaskan atas dapur aje bagi layur )
Kemudian potong 7 X 5 inc


Kemudian bungkus lah atas daun pisang.
Letak 2 sudu besar, ratakan kemudian lipat kiri kanan rujuk gambar.
Kalau nak lipat tak nampak ubi pun boleh lipat aje terus kelepet sampai tepi. Jadi tak nampak lah ubi tu.
Buat sampai habis, kemudian susun dalam kukusan
Kukusan pula dah di panaskan sampai didih airnya
Bila dah didih, kukuslah kuih ni antara 30 ~ 45 minit
Angkat setelah masak dan sejukkan


Boleh lah jadikan hidangan minum petang atau sarapan pagi.








4 comments:

Coklat Kurma said...

kak Ita, di Indonesia kue ini nama nya Ketimus

wir dora said...

My favourite

Nurul Farehah said...

mak saya selalu buat kuih ni kak ita... biasa dia parut guna mesin parut kelapa je... lagi cepat ... hihi

NURUL AISYAH said...

Santan bubuh masa bila

Powered by Blogger.