Follow if you like

Oct 28, 2015

Kerabu Pucuk Gajus sedap!


Sewaktu ita pulang ke Kota Bahru, suami bawa ita pergi ke Pengkalan Kubur. Pengkalan Kubur adalah tempat yang sering di kunjungi oleh pengunjung, boleh dikatakan di situlah dunia kaum hawa. Biasalah kan..  kalau tempat membeli belah pastinya di kaitkan dengan kaum hawa.

Sepanjang jalan ita lihat banyak pokok gajus di tanam. Suami ita pun tanya lah ita pernah tengok pokok gajus tak? manalah taukan ita tak pernah tengok.. Kat Johor payah nak jumpa.. ada di sesetengat tempat aje.. Ita ni pernahlah tengok pokok gajus. Kalau kat kampung mak ita dulu ada lah tanam pokok gajus tapi sepohon ajelah. Ita pun tak tahu kenapa atuk ita tanam pokok tu.. pada mulanya ita ingat atuk ambil bijinya untuk di makan.

Berbanding di Kelantan, pokonya di tebang dahanya.. dan pendek-pendek. Ita pun cepat aje.. tanya dengan mertua ita yang kebetulan ada bersama kami hari tu. "kenapa dorang potong dahan pokok tu.. sayangnya.." Menurut mak mertua ita.. pokok gajus di potong dahan supaya pucuknya keluar banyak. Pucuk gajus tu akan di jual di pasar. Aik! kenapa jual pucuk tak jual buah pulak.. fikir ita.. maklumlah ita ni kadang kala jakun sikit.. dan banyak yang nak tahu.. sebab sepanjang berada di Kelantan ita banyak jumpa benda yang pelik-peli yang ita tak pernah jumpa di Johor.




Rupanya pucuk gajus di jadikan ulam oleh masyarakat Kelantan. Sedap kata mak mertua ita. tapi ita tak pernah nampak lagi mertua ita sediakan pucuk gajus dalam hidangan makanan kami sebelum ini. Mungkin anak-anaknya tak makan ulam-ulaman kot.. yalah kan.. sekarang payah nak jumpa mereka yang suka makan ulam-ulaman.

Entak kenapa seminggu dua ni.. suami kerap minta ita masakkan masakkan kampung. Seakan rindu pulak dia nak pulang ke kampung halaman. Ada juga dia tanya.. mana nak cari pucuk gajus di Johor ni.. macam terasa nak makan pulak!
puas ita mencari di beberapa pasar di Johor Bahru ni.. tapi memang payah nak jumpa pucuk gajus. ialah orang Johor ni barangkali tak pandai makan kot.. tekaan ita sahaja..

Sewaktu bersembang dengan adik ipar.. meluahkan keinginan abangnya yang nak makan pucuk gajus.. dan meluahkan kesukaran ita untuk mendapatkan pucuk gajus.. lantas adik ipar kata banyak di rumahnya. Kebetulan dia ada tanam pokok gajus di hadapan rumah. Katanya nanti dia cuba tengok-tengokkan ada tak pucuk gajus.


Petang tu dia pun kahabarkan yang ada pucuk gajus di pokoknya.. tapi agak tinggi dan nak kena panjat. Ita dan suami pun terus ke sana untuk dapatkan pucuk gajus. Memang besar merimbun pokoknya.. Cuma pucuknya tak berapa banyak. Tapi mungkin rezeki agaknya ada pula dahan yang patah dan merecup pucuk tumbuh di dahan tu.. dapatlah ita ambil untuk melempiaskan hajat suami..

Bila dah dapat pucuk tu.. laaa... nak masak apa pulak ni.. Kata adik ipar ita makan macam tu aje.. buat ulam lawan dengan sambal budu.. sedap katanya..
Ita pun mulalah google untuk mencari resepi pucuk gajus. Akhirnya bertemu dengan blog Dari Dapur Mak Mertua Kau! yang ada kongsikan resepi Kerabu pucuk Gajus. eh! nak cubalah macam sedap aje..

Bila dah makan memang sedap rupanya pucuk gajus ni.. lagi sedap bila buat kerabu. Habis licin suami ita makan.. lama benar mengidamnya.. tu.. Rasa pucuk gajus ni macam ada kelat-kelat sikit.. tapi bila di gaulkan dengan nenas dan cili tu.. perghhh... memang sedap! Pada yang tak pernah cuba.. bolehlah cuba!


KERABU PUCUK GAJUS
Resepi Oleh : Dari Dapur Mak Mertua Kau!

1 cekak pucuk gajus ~ cuci bersih
1/2 biji nenas ~ di racik halus
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah ~ ita letak 6 ulas cili api
sedikit belacan bakar ~ ita tambah


Cili padi, cili merah, bawang dan belacan di tumbuk halus
Nenas di racik halus
Pucuk gajus di mayang halus
sartukan semua bahan dan gaul rata
Perasakan gengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan bersama nasi hangat


8 comments:

ZURINA BT HARITH said...

Letak kelapa parut sikit...pergh..makan x ingat penimbang dah...😁

mamawana said...

asslm

Wah... sedapnya. Saya pemimat pucuk gajus. Pahit2 enak.

Sharifah Aini said...

tak pernah makan kerabu pucuk gajus a.k.a pucuk ketereh ...nk nk try jugak lah,kalau kerabu buah gajus memang sedap...

Tutie Suhainie said...

Ada jual buah gajus tk? Sy nk beli

Tutie Suhainie said...

Ada jual buah gajus tk? Sy nk beli

Tutie Suhainie said...

Buah gajus ada tk? Sy nk beli

Suzana Ibrahim said...

Di Kelantan biasanya yang di buat kerabu ialah buah Gajus,pucuknya hanya di buat ulam cicah budu sahaja.nampak macam best aje bila pucuk di buat kerabu ni.

Fida Z Ein said...

Belum pernah makan kerabu buah gajus....

Powered by Blogger.