Follow if you like

Oct 22, 2015

Jus Lobak Putih


Selalu ita kongsikan minuman atau jus yang sedap-sedap.. hari ini ita kongsikan jus yang tak sedap! kenapa ita katakan jus ni tak sedap.. sebab inikan jus ubat.. kata orang kalau ubat manalah ada yang sedap..

Hari ini ita kenalkan dengan jus lobak putih. Biasa kita minum jus lobak merah kan.. yang tu tak pe... sedap lebih-lebih lagi jus lobak merah susu. .. sedapnyaaa...
Tapi kali ni jus lobak putih.. terus terang ita katakan ita tak boleh minum.. baunya aje dah tak boleh nak telan.. huhu



Kenapa buat kalau tak boleh minum kan..?

Menurut pembacaan ita, Lobak putih di katakan mengandungi khasiat yang tinggi dan sering di kaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Jus Lobak Putih pula di katakan mampu memulihkan rasa sendat, buang angin dan mampu mengubati jangkitan pada hempedu

Selain itu lobak putih juga di katakan baik di makan oleh mereka yang mengidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selsema. Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.

Rujukkan : Bicara Tumbuhan


Kebiasannya lobak putih amat di gemari oleh orang Cina, dan sering di gunakan dalam masakkan mereka.Kebiasannya mereka menyediakan sup menggunakan lobak putih.

Ada yang menyatakan meminum jus lobak putih dapat mengurangkan masalah sakit batu karang. Namun tiada kajian yang sahih tentang kebenarannya.
Anda boleh rujuk di SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiat Jus Lobak Putih


JUS LOBAK PUTIH

1/2 biji lobak putih
1 gelas air masak

Satukan dan kisar dalam blender
Kemudian di tapis
Anda boleh tambahkan madu dan perahan lemon untuk diminum Rujukkan : Amie's
Ita tak letak madu dan lemon sebab suami ita yang minum jus ni.. hihi dia tak nak letak.

Minum jus ini 2 kali sehari pagi dan petang untuk kesihatan






3 comments:

Rizziela said...

kalau bagus..boleh amalkan utk anak2 sy yg ada athma tu

Sofya said...

dah try buat untuk hubby.. ada org petua untuk sakit batu karang. rasanya he3 nak tahu rasa sendiri la. sy prefer buat sayur air + lada hitam tu kot sedap..

mummysara said...

saya mmg amalkan buat sup atau tumis sbb bf bb.mmg kejap2 breast engorged..tp tu la, pasar kat sini x jual sgt.kena ke hypermarket br ada.klu jumpe biasanya sy bli byk terus.

Powered by Blogger.