Follow if you like

Oct 27, 2015

Ikan Tamban Salai Goreng Cili Api


Ramai yang tidak mengemari makan ikan tamban kerana ikan tamban ni mempunyai tulang yang banyak. Halus-halus pulak tu tulangnya dan memang sukar jika anak-anak nak makan. Kebiasannya ikan tamban di buat kerupuk, di kisar sekali bersama tulang di daul bersama tepung sago dan di rebus.




Hari ini ita kongsikan resepi ikan tamban salai goreng cili api. Resepi ni ita ambil daripada buku Warisan Nenek. Resepinya juga agak mudah dan ringkas. Cuma ita sahaja yang merumitkannya.. hihi. Sebenarnya mengikut resepi asal ikan tamban ini hanya di salai. Tapi ita pula rebus dahulu ikan ni.. Suami ita yang suruh rebus dahulu ikan ni.. katanya masa emaknya atau ibu mertua ita masak ikan tamban dia akan merebus dahulu ikan tamban tu... supaya bila di goreng atau di bakar nanti tulan-tulangnya dah rapuh dan dah boleh di makan sekali. Taklah payah nak buang tulang-tulangnya tu..


IKAN TAMBAN SALAI GORENG CILI API
Rujukkan : Buku Warisan Nenek

10 ekor ikan tamban ~ di salai
Ita rebus dulu dengan asam keping dan garam kemudian baru salai

Bahan Tumbuk
20 biji cili api
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga harum
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan ikan salai dan gaul rata
Angkat dan hidangkan





4 comments:

idzwa kamaruddin said...

sedap nyer la haiii~

Gee® said...

Kelar rapat2 badannya dan goreng garing2... sedap kan Ita...

Ruzita Idias Ismail said...

Ya Ita.., kami di Kelantan.., Ikan tamban ni direbus dahulu dengan garam dan asam gelugor. Boleh simpan lama sikit dan digoreng bila mahu makan. Teringat zaman 70-an dahulu..macam tu makanan yang pernah mak buat.

Alueyah said...

Biasanya kita kelar halus rapat2 so tulang dia dh putus..n then goreng garing insyaallah dh senang nk makan..ikan ni sedap isi dia manis

Powered by Blogger.