Follow if you like

Oct 23, 2015

Ikan Rebus Sambal Budu


Ita mencari resepi sambal budu yang sedap!. Kebetulan kata suami dah lama tak makan budu dan ikan tongkol. Bila pergi pasar ita beli 2 ekor ikan tongkol yang sederhana besar. Cukuplah untuk suami ita sorang. Ita tak makan ikan tongkol. Melihat suami makan dengan berselera pun dah buatkan ita terasa kenyang..

Bertambah-tambah suami makan hari ni.. katanya lamanya lah.. tak makan budu.. lawan pula dengan ikan tongkol yang menjadi kesukaan beliau.

Resepi ni ita ambil dari dapur Mat. Kata suami ita sedap sangat.. Macam ni boleh buat selalu lah kan.. Cara buatnya pun tak susah sangat. Ita rebus sekali 2 ekor ikan tongkol tu. Seekor lagi akan di buat gulai esok.




IKAN REBUS SAMBAL BUDU
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

1 ekor ikan japanese mackerel, dikerat 4, ikut saiz ikan
1/2 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air secukupnya

Bahan Sambal

20 biji cili padi merah siam
2 biji bawang merah
1 inci belacan
Gula secukup rasa
1/3 cawan jus asam jawa
4 - 5 biji limau kasturi, ambik jusnya
1/2 cawan "BUDU"
Hirisan bawang besar, untuk hiasan


UNTUK IKAN REBUS 
Masukkan semua bahan kecuali bawang untuk hiasan, ke dalam periuk bersama ikan, tuang air secukupnya dan letak sedikit garam. Didihkan dan biar hingga ikan masak. Matikan api. Biar kan sekejap.

UNTUK SAMBAL AIR ASAM BUDU 
Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat. Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi. Tambah gula sebagai pengimbang rasa. Jika ok boleh hidangkan bersama ikan.

PENYEDIAAN 
Toskan ikan, letak dalam bekas sesuai, curah sedikit sambal air asam budu atasnya, tabur hirisan bawag besar dan hidangkan bersama nasi panas


3 comments:

Nooriah Abdullah said...

aduss sedapnya Ita terus lapar tengok sambal ni

pau said...

Ita, bagi resepi masakan tahan lama yang tidak perlu disejuk beku.
Terima kasih.....

Mas Zull said...

assalamualaikum kak ita...sedapnya tengok...teringin nak buat mcm ni...:)

Powered by Blogger.