Follow if you like

Oct 19, 2015

Ikan Cencaru Sumbat Sambal


Ikan cencaru adalah spesis ikan yang kulitnya agak tebal. Biasanya ikan ni sedap kalau di bakar. Bapa ita cukup suka kalau ikan caru bakar. Di cicah pula dengan sambal kicap pasti bertambah-tambah ita lihat beliau makan.

Hari ini ita sediakan ikan cencaru sumbat sambal sebagai hidangan makan tengahari kami hari ini. Sedap makan panas-panas di lawankan pula dengan sambal cencaluk ita tadi memang sedap sangat.
Resepi yang mudah dan ringkas tapi cukup enak di makan bersama keluarga.

Resepi ni nak goreng boleh nak bakar pun boleh. sambalnya pula di masak terlebih dahulu, jadi bila kita goreng ikan nanti sambal yang dah masak ni serap dalam isi ikan, memang mengancam habis...




IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL
Resepi Oleh : Che Nom

4 ekor ikan cencaru ~ siang, cuci bersih dan belah belakangnya
sedikit garam
sedikit kunyit
minyak untuk mengoreng

Bahan Sambal di kisar atau di tumbuk

5 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam hingga lembut
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc belacan bakar
1 inc halia
1 sudu besar jus asam jawa
1 batang serai

1 sudu besar gula pasir atau gula Melaka
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Ikan cencaru, di siang tetapi jangan belah bahagian perut, belah bahagian belakang antara kedua-dua belah tulang.
gaulkan dengan garam dan kunyit ketepikan

Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga sambal pekat dan kering.
Angkat dan sejukkan


Sumbatkan sambal dalam belakang ikan yang telah kita belah tadi.
Sumbat di kedua-dua bahagian belahan

Panaskan sedikit minyak dalam kuali
dan goreng ikan sehingga masak
balik kan ikan supaya masak di kedua-dua bahagian ikan
Sedia di hidangkan





4 comments:

zakirahzakaria said...

Assalamualaikum kak..sy dh try resepi akak ni, alhamdulillah sgt2 sedap. Sambal yg sumbat tu mmg cukup rasa. Terima kasih kak sbb kongsi resepi :)

Nurnabila Nasiron said...

Nmpk menyelerakan...

wan noraini said...

Sy pon dh try resepi ni. Sedap����. Tq

zati affandi said...

Best, resepi ni menjadi. Zati dah cuba. Memang sedap rasa sambalnya.

Powered by Blogger.