Follow if you like

Oct 26, 2015

Gulai Kuning Ikan Tongkol sedap


Gulai kuning ikan tongkol ini adalah makanan yang popular di Kelantan. Biasanya ia di makan bersama nasi dan lebih popular dengan panggilan Nasi Berlauk yang merupakan signature dish di negeri Kelantan.

Nasi berlauk ni di makan tak kira masa kalau di Kelantan, pagi-pagi lagi orang Kelantan dah makan nasi berlauk. Dulu ita pelik jugak bila tengok orang Kelantan makan nasi pagi-pagi.. tapi bila dah lama.. dah tahu budaya mereka , ita dah boleh terima. Malah kadang bila balik Kelantan ita pulak yang sibuk cari nasi berlauk pagi-pagi. Tapi  pilihan ita adalah gulai ayam, kerana kebiasannya gulai ikan di Kelantan selalu menggunakan ikan tongkol. Ita pula tak makan ikan tongkol.



Tapi hari ni ita sediakan gulai kuning ikan tongkol untuk suami. Ingat lagi baki ikan yang ita sediakan untuk buat sambal budu di SINI. Separuh ikan rebus tu ita cicah dengan sambal budu dan separuh lagi ita buat gulai kuning ni. Sedap tau gulai kuning ni.. makan dengan nasi panas kena dengan sambal belacan.. adoiii... meleh air liur.

Resepi dan penyediaannya cukup mudah! kan ita pernah katakan resepi dari Kelantan biasanya yang mudah-mudah dan ringkas. Begitu juga resepi kali ini yang ita ambil dari Zura . Terima kasih Zura kongsikan resepi yang sangat mudah, sangat ringkas dan sangat sedap!

Rasa gulai ni macam singgang sikit tapi.. singgang yang di letak santan.. memang sedap! suami ita makan bertambah-tambah. Lama tak makan gulai Kelantan.. tu yang makan tak noleh-noleh tu..


GULAI KUNING IKAN TONGKOL
Resepi oleh : Zura

Bahan Rebus

1 ekor ikan tongkol ~ di bersihkan dan dan di potong
3 ulas bawang puti ~ di hiris
3 keping asam keping atau asam gelugur
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 batang serai ~ di ketuk
garam secukup rasa
Air secukupnya

Satukan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga ikan empuk
Sejukkan setelah masak dan simpan semalaman dalam peti ais hingga kuah meresap dalam isi ikan

Bahan Kuah

Ikan tongkol yang telah di rebus
air rebusan ikan tongkol secukupnya ~ tapis ambil air sahaja
1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur atau asam keping
1 batang timun ~ potong wages
kacang panjang ~ di potong 2 inc  ( ita tak letak )
Lada hijau ~ untuk hiasan

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit

Satukan bahan kisar,  air rebusan ikan, santan pekat, asam keping, timun dan kacang panjang dalam periuk dan masak hingga kuah mendidih. Guna api yang kecil sambil senantiasa di kacau supaya santan tak pecah
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan lada hijau
Renihkan sebentar
Bila dah masak hidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan







5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

berkali2 sy telan ailio Kak Ita.

sebenarnya dalam family sy (mksudnya sebelum sy berkahwin dan masih anak2) dah biasa makan nasi berlauk pagi2. biasanya mak akan masak dengan banyak, jadi pagi2 tu kalau ada lagi lauknya itulah sarapan kami.

lovely said...

sedapnye kak,kat rumah mmg ada ikan tongkol,leh la masak petang ni.

Juls Julie80 said...

Sedap kan kak...

saya mula2 kawin dulu pun pelik tgk dorg makan nasik pagi2..sbb family saya belah2 Swk pagi2 tu cuma makan lempeng...ubi kayu or mknn2 ringan..thari baru makan nasik...rupanya lama2 ok jer makan nasik pagi2..dpt biasakan diri..hehehe

Mas Zull said...

assalamualaikum kak ita...wah nampak mcm masak lemak jer ni...tapi boleh cuba memasaknya nanti...:)

Ruzita Idias Ismail said...

memang nasi berlauk ni makan pagi sedap Ita. Saya pun dah pekena nasi berlauk pagi ni.. Tapi saya buat Gulai Kuning Telur Ikan.. pada yang sudi bolehlah jenguk-jenguk blog saya ya.. http://ruzitakitchen.blogspot.com

Powered by Blogger.