Follow if you like

Oct 21, 2015

Fizzi Drink


Panas betul cuaca hari ini kan.. bertambah lagi dengan jerebu yang telah bermaharajalela semula..
Bila cuaca panas memang tekak ni nak pekena air yang sejuk-sejuk aje..

Sebenarnya ita ni tak di galakkan minum ais lagi dah.. tapi kadang kalau cuaca dah panas membahang, mana boleh tahan lagi.. .. memang tak tahan.. mesti nak cari air sejuk jugak.

Cuaca yang berjerebu dan panas sering kali menyebabkan ita sakit kepala. Ini dah berapa hari sakit kepala, berdenyut-denyut aje.. Tapi saje aje kuatkan diri.. malas nak layan sangat walaupun sesekali badan terasa melayang-layang di buatnya..

Hari ini ita sediakan air Fizzi. Air ni mudah aje buatnya. Resepi ini ita ambil dari group Resepi Kek dan Biskut Raya. Resepi asal di kongsikan oleh kak Kida Terima kasih kongsikan resepi ni.. sedap juga. Tahu tak sebenarnya ita tak suka minum Rabena, tapi bila Rabena ni campur dengan air Sprite rasa sedap lah pulak! Habis jugak segelas ita minum.




FIZZI DRINK
Resepi Oleh : Kak Kida
Rujukkan Oleh : Resepi Kek dan Biskut Raya

Ais kisar secukupnya ~ ita guna ais aje
Buah Laici secukupnya ~ ita tak letak
Air Sprite secukupnya
Air Ribena secukupnya

Masukkan ketulan ais atau ais yang telah di kisar ke dalam gelas. Kemudian letakkan beberapa biji laici. Tuangkan air Sprite dan sedikit Ribena sebagai penyeri warna
Sedia di hidangkan






5 comments:

safurara said...

sedapnyaaaaa mst segar je lalu tekak.

cikel said...

Sy selalu buat mcm ni..ribena bancuh ngan air ice cream soda letak buah laici dan ais..manis berganda-ganda

atie said...

salam kak dh tuka bentuk archives tu ye. susah sikit nk tgk title resepi ye. dulu punya lebih mudah :)

Puji Hamzah said...

fotonya kakak selalu menginspirasi... walaupun cuma foto air minum tapi bisa bikin mouth watering, aaah terimakasih kaaak :)

Rizziela said...

sedapnya.... terasa lalu sejuk ajer kat tekak

Powered by Blogger.