Follow if you like

Oct 7, 2015

Blueberry Slice Cake




Dah lama tak makan kek bluberry, maka hari ini merajinkan diri membuat kek kesukaan ita ni. 
Sedapnya lah dapat menikmati kek ni.. lama tak buat ni.. nampak ada bluberry compote yang berbaki dalam peti ais, terus ita terfikir nak buat kek slice ni. Bluberry ni tak boleh simpan lama setelah di buka tinnya. Nanti dia berkulat dah rugi pulak.. harga pun bukan murah kan.. Dapat juga ita sediakan kek kesukaan ita ni dan dapat buat minum petang kami hari ini.



Bila kita selalu buat kek, nak makan kek ni rasa macam dah tak lalu aje.. maklumlah hari-hari dok mengadap kek aje kan... tapi sesekali bila tekak ni teringin , terpaksa lah juga merajinkan diri..

Kek slice ni mudah untuk di sedaikan, cuma agak rumit sikit sebab banyak bahagian yang kita perlu sediakan. Tapi ianya sangat sedap dan sesuai untuk hidangan tetamu. Kalau nak buat hidangan majlis jamuan pun sesuai sangat. 

Kek ni boleh di potong kecil-kecil mudah lah tetamu nak menikmatinya nanti. Kalau nak buat jual pun boleh sangat ni.. cuma pandai-pandai lah letak harga sesuai dengan bahan yang di gunakan.

 

BLUEBERRY SLICE CAKE

Mula-mula sediakan 2 keping kek span empat segi  bersaiz 10 X 10 inc
Anda boleh guna kedua-duanya  kek span coklat atau kek span vanilla, atau anda boleh ikut macam ita buat 1 keping kek span vanilla dan 1 keping kek span coklat.
Untuk resepi kek span coklat anda boleh rujuk di SINI
Dan untuk resepi kek span vanilla anda boleh rujuk di SINI

Krim Bluberry

2 biji kuning telur
40 gm gula icing
100 gm bluberry compote
12 gm gelatin halal
35 ml air
150 gm yogurt perisa bluberry atau plane pun boleh
180 gm krim bukan tenusu

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin secara kukusan hingga ia melarut ~ ketepikan
Pukul kuning telur dan gula secara kukusan hingga berkrim
Masukkan larutan gelatin tadi dan kacau sebati
Masukkan yogurt dan blueberry filling dan kacau rata
Dalam bekas berasingan , putar krim bukan tenusu hingga kental
satukan krim bukan tenusu dalam adunan bluberry dan kaup balik rata

Blueberry Jelly

1/2 tin blueberry compote
6 gm gelatin
35 ml air

Tuangkan gelatin atas air dan biarkan kembang
Panaskan gelatin secara kukusan hingga ia mencair
Lenyekkan sedikit bluberry compote
Dalam periuk kecil masak blueberry compote, kalau terlalu pekat tanmbahkan sedikit air
Tuangkan gelatin dan kacau rata

Kaedah Penyediaan

* untuk membuat kek ini sebaiknya anda mempunyai ring 4 segi 10 X 10 inc intuk memudahkan mencurahkan jelly supaya jelly tidak meleleh

Letakkan sekeping kek span coklat
Ratakan atau paipkan krim blueberry di atasnya dan ratakan
Letakkan pula sekeping kek span vanilla
Letakkan juga krim bluberri dan ratakan
Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam  hingga krim mengeras

Sementara tunggu krim keras barulah kita sediakan Blueberry Jelly

Bila krim dah keras tuangkan jelly di atasnya
Simpan dalam peti ais semula hingga mengeras








5 comments:

tasty krafty said...

Saya dah terbayang resepi nak derhaka. Hehe. Boleh naa..

Sarina Seman said...

So inspiring! Terima kasih k. Ita

Delicacy Din said...

Memukul telur dan gula secara kukusan tu bagaima ya?
Kaedah double boil ke?

Sabrinah Jaulin said...

Kak ita nk tanya ni, nk cairkan gelatin secara kukusan tu mcm mana ek. Dengan memumukl kuning telur + gula secara kukusan? Sy baru belajar dlm baking2 ni tu la banyak tak tahu lagi. Terima kasih

n[A]Na said...

Cairkan gelatin cara double boiler..pukul telur pn sama.. secara double boiler.. ms tgh double boiler tu kita pukul telur dgn mixer.. hope membantu... :)

Powered by Blogger.