Follow if you like

Oct 25, 2015

Ayam Masak Black Papper


Resepi ayam masak black papper ni ita dapat ketika mengoogle cari resepi untuk hidangan makan tengahari kami sekeluarga. Ita biasalah, kalau macam tak ada idea nak masak apa.. ita akan google resepi yang kawan-kawan telah kongsikan. Zaman sekarang ni semuanya dah mudah.. di hujung jari aje..

Masa jalan-jalan cari resepi tu.. ita ternampaklah resepi ayam masak black papper ni.. macam sedap aje.. Tengok bahan yang di gunakan pun simple aje..  cara memasaknya pun ringkas dan mudah. Ita kalau yang ringkas dan mudah-mudah ni memang cepat aje nak mencuba. Bila godek peti ais nampak bahan semua ada.. lagi mudah kerja ita. Terus lah semangat berkobar-kobar memasak.

Ita adalah tambah sana sikit sini sikit. Ita tambah cili api sikit bagi lagi pedas.. sesuai selera anak-anak dan suami. Kalau anda jenis yang tak tahan pedas .. jangan bubuh cili api tu ya. Kebetulan ada lobak merah sebatang tergolek dalam peti ais, ita masukkan sekali biar ada sayur sikit dalam lauk ni nanti.

Alhamdulillah.. sedap pulak lauk ni.. bahan simple tapi rasa marvelous.. Anak-anak ita pun suka lah sangat.. makan bertambah-tambah sampai licin ayam dalam mangkuk. Bagi anda yang tak tahu nak masak apa.. kalau ada ayam dalam peti ais tu.. boleh lah cuba! mudah dan ringkas.. yang penting masak dengan penuh kasih sayang..




AYAM MASAK BLACK PAPPER
Resepi Oleh : Pokok Manggis Depan Rumah

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Black Pepper
7 ketul ayam (ikut suka anda)
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk 
4 ulas cili padai ~ ita tambah
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung -dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula 
1 batang lobak merah ~ di potong baji ( ita tambah) 
Lada merah dan lada hijau ~ untuk hiasan ( ita tambah )
Minyak masak untuk menumis 
Rempah Tumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkit dan biji pdelaga ( yang ni ita tambah )

Bahan-bahan bagi perap ayam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara masak Resepi Ayam Masak Black Pepper
Perap ayam selama lebih kurang 20 minit. 
Kemudian goreng atau panggang sehingga masak. Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali, kalau ayam tadi kita goreng, boleh guna lebihan minyak goreng ayam, ambil dalam 2 sudu besar.
Mula ita tumis dahulu rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga dan bunga lawang, hingga harum.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau. 
Kalau letak cili padi tumis sekali, ita tambah cili padi nak bagi lagi pedas. kalau tak letak pun tak apa.
Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata.
Kalau letak lobak merah boleh masukkan sekali, masak hingga lobak empuk
Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
Akhir sekali masukkan lada merah dan hijau sebagai hiasan
Siap untuk dihidangkan.



7 comments:

Nooriah Abdullah said...

lapar lah pulak tengok ayam Ita ni..
letak cilipadi mmg sedapp pedas2

intanzairine said...

sedapnye!!! Nt nk try buat..slalu bt aym msak kicap je tarok cili padi..hehehe..

Affni Shahida Jamaludin said...

Menarik! Boleh cuba ni. Nyums...
Terima kasih untuk resepi ^_^

Mamacilik @
www.mamacilik.com

rossarazak said...

Alhamdullah... Tgh pening2 pikir nak masak... Dapat ilham dr laman kak ita ni... Nak try sekarang jugak

rossarazak said...

Alhamdulillahhhh.... Tgh buntu nak masak apa... Jumpa plak laman kak ita ni.... Sekarang jugak saya masak ayam black paper ni... Alhamdulillah.. Hasilnya berbaloi... Tq kak ita..

munira hashim said...

Kalau tak letak tepung jagung pon boleh tak ?

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Terima kasih sudi guna resepi saya. Memang sedap masak black papper ni.

Powered by Blogger.