Follow if you like

Oct 20, 2015

A&W Folat sedapnya..


Ita suka sangat A&W Float ni.. tapi sekarang tak boleh minum selalu kerana kandungan gulanya yang tinggi bertambah-tambah lagi di letakkan pula ice cream di atasnya.
Biasa kalau jual kat A&W tu mahal lah kan.. jadi kalau buat sendiri puas hati, boleh letak ice cream banyak-banyak. Beli sebotol A&W dah boleh makan kenduri anak beranak

A&W ni buatnya tak susah mana.. tak ada resepi pun. Janji ada air A&W dan ada ice cream vanilla dah jadi dah A&W float yang sedap!



Jom kita buat..


Mula-mula masukkan ais dalam gelas. Terpulanglah nak banyak mana ice. Ita tak suka ice banyak jadi letak sikit aje..


Lepas tu tuanglah air A&W dalam gelas yang ada ice tadi. Sebab ita tak letak ais banyak, air A&W tu ita letak dalam peti ais bagi dia sejuk dulu. Kalau kat A&W dengan gelas-gelas sekali dia masuk dalam peti ais, supaya ais cream tu tak cepat cair.


Masa yang di tunggu-tunggu.... Letakkan ais cream vanilla. Terpulang lah nak letak berapa scope. Kalau suka banyak boleh letak banyak-banyak.. Ita letak 2 scope aje.. tak boleh banyak sangat nanti hilang rasa air tu pulak!


Lepas tu letaklah straw kalau nak letak sudu pun boleh sebab nanti mudah nak makan ice cream tu..


Apa tunggu lagi... tak kan nak tengok aje.. jemputlah minum... Slurpppp..... brupppp... ahh..





1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dulu-dulu kalau nak minum float ni memang ke Kotaraya jer.. Kak Ita ingat tak A&W depan masjid kotaraya dulu.. nostalgia sungguhkan.. tak silap air A&W ni namanya Root Beer kan.. tu ejaan lama.. ejaan baru rasanya Root Bir.. lupa pulak. Tapi antara sarsi dengan root bir ni sy lagi suka root bir. Orang skrg dah pelbagaikan float ni dengan air-air perisa lain tapi di tekak sy cuma root bir a&w jer yg serasi letak ais krim.. ais krim mesti vanilla.. baru syiokkkk!

Powered by Blogger.