Follow if you like

Sep 12, 2015

Nasi Pulao dan Ayam Goreng Jawa


Nasi Pulao mungkin asing bagi ita dan keluarga, tapi mungkin tidak bagi mereka yang pernah merasa atau menikmati nasi yang sangat sedap ini.
Resepi ini juga adalah hasil pengkosian rakan-rakan di group Masak Apa Hari Ini. Ita dan keluarga memang cukup mengemari nasi yang berempah dan beraroma macam ni. Kebetulan bahan-bahannya cukup mudah dan simple, itu yang membuatkan ita tak berlengah lagi untuk mencuba.

Percubaan yang tidak sia-sia nampaknya kerana memang nasi ini cukup enak , beraroma dan berperisa. Bila melihatkan ramuannya, ita jangkakan nasinya seakan nasi tomato. tapi jangkaan ita meleset, walaupun seakan-akan tapi lada hitam dan serbuk jintan manis merubah rasanya kepada satu rasa yang cukup enak dan beraroma, menepati selera kami sekeluarga.

Menurut tuan empunya resepi ini, resepi nasi ini asalnya adalah idea dari kak Ida Shahida, tapi di ubah suai sikit oleh Noraida Durani. Bijak mereka mengolah sesuatu resepi menjadikan ianya resepi yang terbaik.




Resepi ini di gandingkan dengan Ayam Goreng Jawa. Ayam yang di masak bersama rempah ratus dan santan pekat, kemudian di goreng garing.. cukup membuka selera. Ratah macam tu pun sedap ayam ni. Terasa lemak manis ayam yang beraroma di tambah pula bila di nikmati bersama nasi yang lembut dan wangi.

Ayam ni di perap dahulu bersama rempah ratus, kemudian di masak. Ita bahagikan kepada dua tau! sebahagian ita goreng dan sebahagian lagi ita tidak goreng kerana lauk rempah tu dah cukup enak dah bila di gandingkan dengan nasi.. walla sedapnya.. terasa macam percik ayam kuahnya tu.. Jadi bila anda nak masak nanti,  masak lauknya atau kuahnya  tu lebihkan sikit agar dapat di nikmati dengan nasi. Taklah kering aje nasi ni kan.

Menurut tuan empunya resepi lagi, nasi ini sedap di makan bersama ayam masak merah, ayam masak rose atau yang sewaktu denganya. Makan dengan lauk kurma, ayam dendeng dan rendang juga sedap nasi ni.



NASI PAULO
Resepi Oleh : Kak Ida Shahida
Di kongsikan Oleh : Noraida Durani
Rujukkan : Masak Apa Hari Ini

2 cawan beras basmathi ~ di rendam sebentar hingga lembut, cuci bersih dan toskan
1/2 senduk minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
2 biji bawang besar ~ di mayang halus
2 biji tomato ~ di cincang atau di potong kiub kecil
1 inc halia ~ di ketuk atau dihiris atau di tumbuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1/3 sudu teh serbuk lada hitam atau lada hitam ~ di tumbuk
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 kiub ayam
garam secukup rasa
air secukupnya untuk menanak nasi ( air untuk menanak nasi beriani di lebihkan dari sukatahn nasi biasa )
1 helai daun pandan ~ di simpul
Kismis dan bawang goreng ~ untuk hiasan


Panaskan minyak sapi dan minyak masak ke dalam periuk nasi.
Tumiskan bawang besar hingga garing
Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, biji pelaga, halia dan tomato
Masak hingga lamoto layur
Tambahkan lada hitam dan seruk jintan manis, masak hingga harum
Tambahkan air , kiub ayam dan garam secukup rasa
* air jika masak menggunakan beras basmathi, airnya kena lebihkan dari sukatan nasi biasa ya. dan beras kena rendam dahulu kalau tidak nasi keras nanti.
Tutup periuk dan biar didih
Masukkan beras dan daun pandan
Tutup periuk dan biarkan nasi di tanak sempurna
Sesekali kacau nasi dengan chopstik supaya nasi tak patah
Bila nasi dah masak, hidangkan dengan taburan kismis dan bawang goreng



AYAM GORENG JAWA
Resepi Oleh : Noraida Durani
Rujukkan : Masak Apa Hari Ini

1 ekor ayam ~ di potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 1/2 cawan santan pekat
2 keping asak keping
sedikit gula kabung atau gula melaka atau gula merah
garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 inc halia
1 inc lengkuas
2 inc kunyit hidup
1 batang serai
1 sudu makan ketubar
2 biji buah keras
7 ulas bawang kecil


Masukkan ayam ke dalam periuk atau kuali besar
Masukkan rempah atau bahan yang telah di kisar halus
Masukkan santan pekat
Masukkan asam keping
Masukkan garam
Gaul rata
Panaskan atas dapur hingga kuahnya pekat
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa

Ita bahagi 2 ayam ni. Separuh ita goreng dan separuh lagi ita biarkan ia berkuah untuk di makan bersama nasi

Ayam yang dah kering kuahnya anda ambil dan goreng dalam minyak secara terendam
Angkat dam toskan minyaknya




Selamat menjamu selera...






2 comments:

Gee® said...

SEdapnya nampak... boleh buat hidangan hari raya haji nanti...TQ Ita

fazian batrisyia said...

uish...menyelerakan la sungguh...kalau kak ita buat apa pon semua jadi teringin....

Powered by Blogger.