Follow if you like

Sep 21, 2015

Majlis Persandingan Nabila dan Arif






20 September 2015, bertempat di Dewan EC Maktab Sultan Abu Bakar, berlansungnya majlis persandingan anak saudara ita Nabila dan pasangannya Arif. Majlis yang penuh gilang gemilang, dan buat julung-julung kalinya dalam keluarga kami. Nabila adalah anak sulung kepada abang ita Johan Aziz dan satu-satunya kakak ipar kesayangan iaitu Pn Nor Hayati.

Majlis akad nikah pada sebelah pagi di dewan yang sama. Minta maaf ya Bila, mak teh tak dapat datang pada sebelah pagi.. tiba-tiba pula kena sakit perut. Jadi tak dapatlah merakamkan saat-saat indah pasangan mempelai ini di ijab kabul.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga pada kaum keluarga yang datang dari jauh dan dekat. Sahabat-sahabat kedua pasangan mempelai dan ibu bapanya, dan keluarga kedua-dua belah pihak.



Alhamdulillah majlis persandingan anak saudara ita yang pertama ini berjalan dengan cukup lancar. Persiapan yang rapi yang di atur sejak awal lagi, memudahkan segala urusan yang telah di rancang. Walaupun kakak ipar ita tak berapa sihat, tapi alhamdulillah Allah berikan kekuatan padanya untuk turut sama memeriahkan majlis. Sakit yang di tanggung hilang bila melihatkan pasangan mempelai tersenyum di atas mahligai pelamin yang indah dan kedatangan saudara-mara dan sahabat-sahabat menghilangkan  kesakitan yang di tanggung.

Ita pun tumpang seronok. Comel nampak nabila dengan busana pengantin. Sama cantik dan sama sepadan bagai pinang di belah dua.

Nabila memilih tema putih. Suci katanya sesuci ikatan yang lama tersimpul. Semoga hasrat suci Bila untuk menjadi pasangan pada Arif berkekalan hingga ke Jannah. Mak teh doakan bahtera yang di bina senantiasa bahagia.. di kurniakan anak-anak yang comel dan senantiasa di murahkan rezeki.

Buat abang dan kakak ita, sekalung tahniah! tak lama lagi kita semua dah jadi datuk dan nenek laaa... Adoiii... cepat sungguh masa berlalu.. sedar tak sedar semua anak-anak dah meningkat remaja. Masih terbayang lagi zaman kanak-kanak mereka dengan masing-masing mempunyai gelagat dan kenangan lucu dan manis unrtuk di kenang oleh  kami sekeluarga selamanya...








Keluarga pengantim perempuan ( abang dan kakak ipar ita )
Keluarga pengantin lelaki ( keluarga Arif )
mak dan ayak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yg tudung kuning tu.. mak saya tersayang 
Kedua-dua belah pihak merakamkan kenangan di hari bahagia
Keluarga Nabil Mentor 






















.


eh..eh.. kek saya lah... untuk anak saudara tersayang...





7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai.. sama cantik sama padan ibarat cincin lekat di jari.. kek tu sentuhan Kak ita ke?

Marziah Zakaria said...

Pengantin tu memang iras kak ita. sebijik !!

Mat Gebu said...

Selamat pengantin baru..moga hingga ke jannah....Kak..rupanya Puan Nor Hayati tu kakak ipar kak ita. Tempoh hari masa mak, bak dan 2 abang saya nak berangkat ke Mekah, Puan Nor Hayati ada bergambar dengan mak saya dan kakak beliau di KLIa yang juga berangkat ke Mekah...Puan Nor Hayati share gambar tu Instagram beliau dan dia tag saya....

Red Dandelion said...

Kak Ita, saya ada nak tanya sikit.. saya budak baru belajar.. syok tgk kek pengantin K. Ita.. cantik.. selalunya kalau kita nak buat kek bertingkat macam tu kek apa yang sesuai..

fazian batrisyia said...

tahniah pengantin. la...gambar mak teh yg buat kek tak de pulak?

Mardiah Diana said...

Alhamdulillah dan tahniah kepada kedua mempelai...memang sama cantik sama padan bagai pinang di belah dua....semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat....cantik kek tu.....

ir said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya, mcm mana cara nak tempah dewan ec ni? Terima kasih

Powered by Blogger.