Follow if you like

Sep 26, 2015

Ketam Masak Cili mudah dan ringkas


Masa singgah pasar hari tu, nampak lah ketam bunga ni.. Besar-besar , gemuk-gemuk dan segar-segar. Banyak pulak yang betina. Kata mak kalau ketam betina banyak isi. Macam mana nak tahu ketam jantan atau ketam betina?

Sebagai suri rumah merangkap tukang masak, kita bukan sahaja perlu tahu memasak dan merasa masakkan. Tapi kita juga kena arif tentang bahan yang kita nak masak.Yang mana sesuai dan yang mana tidak.  Jadi kalau beli ikan, ayam, daging atau juga sayur-sayuran, pilihlah yang segar kerana yang segar adalah yang terbaik.

Ketam yang segar akan menghasikan masakkan yang bukan sahaja enak tapi bau masakan juga cukup harum dan menyelerakan.

Bagaimana nak membezakan ketam jantan dan ketam betina?




Gambar rujukkan google di atas ini menunjukkan ketam betina, biasanya ia bulat, gemuk. Di belakangnya tu tempat tersimpannya telur. Kalau dapat yang banyak telur lagi sedap!
Jadi kalau pergi pasar nak beli ketam pilihlah ketam betina kerana banyak isi dan rasanya lebih lemak


Ini pula ketam jantan. Biasanya ketam jantan sedikit leper dan kecil tubuhnya. Kalau kita lihat bahagian belakangnya lebih runcing. Ketam jantan tak banyak isi. Jadi bila membeli ketam elakkan terbeli ketam jantan.

Hari ini ita nak berkongsi satu lagi resepi ketam yang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Ketam masak cili. Cara memasknya tak susah, bahan pun yang mudah dan ringkas. Sesuai di makan bersama nasi hangat. Kalau lauk ini sahaja dah cukup membuka selera.


KETAM MASAK CILI

4 ekor ketam ~ cuci bersih, buang bahagian yang tidak perlu dan toskan
1 batang serai di titik
3 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris

Bahan kisar
15 tangkai cili kering ~ rendam dan kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc halia
sedikit belacan ~ jika suka

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan pecah minyak
Tambahkan air jika terlalu kering
Masukkan serai dan sos cili
Masak hingga kuah pekat
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan ketam dan biarkan ketam masak dan empuk
Taburkan hirisan daun ketumbar
Tutup api dan hidangkan


7 comments:

Kak Nita said...

kak ita...ketam segar berisi ni mmg sedap buat goreng bercili nih...dapp nyer!!

Aznin Taridi said...

Saya pun baru je setahun dua ni belajar tengok ketam jantan atau betina. Sebelum tu tak kisah, main beli je. Sedap nampak ketam masak cili tu.... terima kasih kongsi resepi.

Jesnita said...

Saya pun baru tahu macam mana nak bezakan jantan Dan betina..terima kasih bagi info ne ...

rehana nurul amin said...

Wow merahnya ketam. Mesti pedas ni. nyum2!

nurul hayati said...

nak tanya ketam ni kene goreng dulu ker?

kamarulz uswan said...

Ketam tak perlu rebus dulu?
Buah keras, susu cair, telur tak pelu?

kamarulz uswan said...

Ketam tak perlu rebus dulu?

Powered by Blogger.