Follow if you like

Sep 14, 2015

Kek Pisang Lembab dan sangat lembut


Demam kek pisang TMJ tak kebah-kebah lagi. Ini penangan tayangan perdana oleh cik adik kita Sweet Laling. Adoiii... pengsan tengok kek pisang yang laling tayang setiap hari.. yang kebah boleh demam dan yang demam boleh kebah..

Ramai pengemar kek pisang rupanya. Bukan TMJ sahaja, ita juga aladalah salah seorang pengemar kek pisang. Pantang nampak kelibat kek pisang, pasti ita teringin nak mencuba. Banyak dah resepi yang ita cuba, tapi tak dan nak snap gambar sebab taulah kan bau kek yang semerbak memang tak boleh tunggu lama. Anak-anak pun merengek  tak sabar nak merasa.. tu yang tak pernah sempat nak posing kek pisang tu. dan..dan.. tu jugak habis sebuku.

Selera orang lain-lain kan.. ada yang suka kek pisang yang gebu ala-ala kek span. Ada yang suka kek pisang yang moist, lembab dan berat ala-ala bingka. Ada juga yang sukakan kek pisang kerana tektur keknya yang berbecak-becak di dalam.



Hari ni ita kongsikan satu lagi kek pisang yang bukan sahaja sedap dan lazat tapi kek ni cukup moist, lembut sangat dan dia basah-basah kat atas permukaannya yang membuatkan kek ini pada ita cukup istimewa dan lain dari kek pisang yang pernah ita cuba sebelum ini.


Resepi kek pisang yang moist dan lembut ini di kongsikan oleh Yatie. Menuruk Yatie , beliau mendapat resepi kek pisang ni ketika beliau melawat auntienya. Kebetulan auntienya sedang menyediakan kek pisang, kata orang tu langkah kanan lah kan.. bila dah rasa kek pisang yang sedap, yatie pun mintalah resepi. Alhamdulillah dari perkongsian Yatie ni dapatlah ita merasa kek pisang yang sedap ni. Kek yang sangat lembut, moist dan lembab di permukaan kek.

Resepi yang yatie kongsikan agak banyak. Ita hanya sediakan 1/2 daripada adunan sahaja. Kek ni dia tak naik mengunung atau gebu tau! ia sedang elok aje... rata aje permukaannya tu. Ita ada lah tokok tambah dan ubah suai sikit resepi sesuai bahan yang ada di rumah. Pisang yang ita guna ni ita tak pasti pisang apa.. suami yang beli, sayang tengok pisang tu tergolek-golek ita pun buatlah kek pisang ni.. tapi memang tak berbintik lah kan kek nya. Kalau nak yang berbintik-bintik cantik tu kata orang guna pisang berangan atau pisang 40 hari.

Jom kita intai pulak resepi kek pisang yang lembut dan moist ni.


KEK PISANG LEMBAB DAN LEMBUT
Resepi Oleh : Auntie Yatie
Rujukkan: Yatie

350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung
1 sudu teh baking powder
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
Untuk kek yang ita sedikan , ita menggunakan butter yang di cairkan.
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak


Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair ~ ita guna susu segar
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. ( jika ikut resepi yatie dia bakar menggunakan api bawah sahaja. Tapi ita menggunakan api atas dan bawah tapi yang api atas ita kurangkan suhunya)
*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam
Taburkan badam cincang di atasnya jika suka

Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
Bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk pastikan kek dah masak, cucuk dengan lidi, di bahagian tengah menyerong. Jika lidi keluar kering, menandakan kek dah pun masak. Jika lidi masih basah, bakar semula dan tambahkakan masa lagi 5 ~ 10 minit.

Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai
Kek ni kalau di biarkan semalaman, permukaan atas kek akan lembab dan macam basah-basah gitu.
Sedap sangat...!







23 comments:

fazian batrisyia said...

mmg nampak sgt sedap tu kak ita. sy kalau ada pisang mmg suka buat kek selain buat cekodok pisang.

S.W.E.E.T. said...

kak....akak ni pandai masak la...jealous tengok...sy selalu refer blog akak if nak masak...best sgt!!

nur syazana said...

Agak2 kalau xguna telur, lembut tak kek ni k.ita?anak sy allergic telur jd selalu perlu ubahsuai resepi...tq

Ain Rahman said...

sedapnya. dah lama tak buat kek pisang

ziana eunos said...

tengok dah tau mcm sedapnyaaa ^_^

*singgah n follow *11452

Noriza Rahman Momma Vogue said...

Sedapnya kak Ita..apa pun yang kita buat memang menawan hati saya..hihi

Tengku Sofia said...

sedapnya

cahayaadneen.blogspot.com said...

Bestnyer.. tapi sebaiknya guna pisang apa yer kak ita

cahayaadneen.blogspot.com said...

Sedap.. tq kak ita

Btw guna pisang apa yer

Azlita Aziz said...

guna pisang berangan , 40 hari atau pisang emas cahaya

Red Dandelion said...

Boleh cuba.. saya dah cuba resepi kek pisang k ita yg sebelum ni.. mmg resepi tulah sy guna tiap kali buat kek pisang. sgt sedap...

red dandelion said...

K. Ita.. saya dah cuba buat 2 kali kek pisang ni..tapi tak jadi.. rasanya sedap cuma jg bingka.. tak tau apa tak kena. lain kali akan cuba buat sampai berjaya...

Nor Lailee Ahmad said...

Halalkan resepi...tq 😊

Muhammad Sabri Din said...

Assalamualaikum Kak ,Salam perkenalan dr Sabah say dh Cuba Kek in sedapppp to next time may Kasim Kurang sick it Gula nya

Muhammad Sabri Din said...

Sdn Cuba sedan tp betullah mcm bingka rasanya

tuan shaz Tuan said...

kak ita..sy dah try resepi ini..tp jadi bingka terus..kek naik kemudian turun bila sejuk..mgkin sbb telur xputar sampai gebu kan?atau sbb ape yer?

D Ibrahim said...

Bantat... myb kacau lama sgt masa masuk tepung

rosnita hashim said...

saya cuba buat tapi tepung kacau tak lama pun masih jadi bingka.. 😅😅

suhaila j said...

Saya buat pun jd bingka

Unclenuar said...

Nampak sedap nak try lah

Aida Fazliza Mat Fadzil said...

Saya bru je buat..betol2 ikut resepi...tp xletak ovalette la...mmg jdk bingka...ish cmne nie...mna yg x kene nyer

zie erniza said...

Saya wat jadi bingka jugak.bila baca balik rupanya kena pukul gebu telurnya...macam buat Kek span..bekas kena tanpa minyak kan.tul tak Kak ita

zie erniza said...

Jadi bingka gak sebab telur saya tak pukul gebu

Powered by Blogger.