Follow if you like

Sep 11, 2015

Kek Milo 3 minit osem!



Percaya tak... ita boleh siapkan 2 mug kek milo ini hanya dalam masa 3 minit sahaja..

Wah! mesti ada yang tak percaya kan... percayalahhhhh....
Sebenarnya memasak atau menyediakan sesuatu hidangan bukanlah sesuatu yang sukar. Janji kita rajin dan ada sedikit perasaan kasih dan sayang.. pasti semuanya semudah ABC

Terima kasih tau! pada penyumbang resepi yang memberikan idea yang cukup briliant ini. Resepi yang cukup mudah , ringkas dan menjimatkan masa ini ita dapat hasil perkongsian rakan-rakan di group Masak Apa Hari  Ini



Seronok dapat join group masak-masak ni, kerana dari sini kita dapat pelbagai ilham nak masak apa untuk suami tercinta dan anak-anak tersayang. Walaupun group ini di lahirkan atas perkongsian " nak masak apa untuk hari ini" tapi ianya banyak membantu memudahkan tugas suri rumah di dapur. Rakan-rakan dalam group ini juga cukup sporting. Mereka tidak lokek untuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang lain. Admin page ini juga pada ita cukup rajin dan cekap mengendalikan page ini. Sebarang bentuk iklan atau apa-apa yang kurang selesa, beliau segera bertindak untuk meredakan keadaan. Itulah yang terbaik dan buatkan ita suka sangat menjengah group ni untuk dapatkan ilham memasak.


Dulu, sebelum ita terlibat dengan blog, ita bermula dari fb group masak-masak jugak iaitu Kongsi Resepi. Tapi sekarang group tu rasanya macam dah tak ada lagi.. sedih sangat.. sebab ramai rakan-rakan masak-masak yang ita kenali di situ yang kebanyakkannya adalah rakan terbaik dan sifu yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami yang baru berjinak-jinak di dapur.


Zaman sekarang ni.. dengan bahan - bahan yang semakin mahal harganya, sebagai suri rumah kita kena bijak dalam menguruskan kewangan dan belanja dapur. Oleh itu ramai yang ita perhatikan sekarang lebih suka masak masakkan yang mudah dan simple.

Hari ini ita kongsikan resepi yang mudah dan simple . Dahlah bahan nya mudah.. tak perlukan mixer untuk mengadun hanya guna sudu atau senduk kayu pun ok! masak pula tak perlukan oven, hanya menggunakan microwave aje.. cukup cepat hanya 3 minit anda sudah dapat menghidangkan kek yang osem untuk suami dan anak-anak... rasanya juga sedap.. kek yang lembut dan gebu . Kek ni kena makan panas-panas tau! baru sedap.. kalau sejuk dia akan keras sikit, anda kena panaskan semula biar hangat-hangat makan sedap dan lembut. Letakkan pula ganache coklat atau melty hershesy lagilah... mengancam! ada pulak aiscream vanilla.. waaaa.... dah tak boleh cakap dah meleleh-leleh ayak liur di buatnya


KEK MILO 3 MINIT
Resepi Oleh : Siti Nor Arbi Ibrahim
Rujukkan : Masak Apa Hari Ini


4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar Milo
4 sudu besar gula kastor atau gula halus
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan
2 mug atau ramekin ( yang boleh di bakar dalam microwave )


Sebaiknya tepung gandum dan baking powder di ayak bersama terlebih dahulu
Masukkan milo, tepung, gula, baking powder, susu, minyak jagung, telur dan vanilla ke dalam mangkuk pengadun
Kacau adunan rata dengan senduk kayu, sudu atau wisk
Kacau rata


Sedikan ramekin atau mug atau apa-apa mangkuk yang boleh di bakar dalam microwave
Tuangkan adunan kedalam mangkuk 3/4 atau 1/2 bahagian mangkuk sahaja , kerana adunan akan naik dan di takuti membuak dan tumpah
Akhir sekali taburkan choc cip atau choc rice dia atasnya


Bakar dalam microwave selama 3 minit sahaja. Kalau lebih masa bakar dia akan sedikit keras. Kalau 3 minit ngam-ngam sedap dan lembut.
Kalau tak ada microwave boleh juga di bakar dalam oven, masa membakar lebih kurang 15 minit jika menggunakan oven.


Inilah hasilnya setelah masak.
Sedap sangat bila di hidangkan dengan curahan Melty Hersheys.
Makan hangat-hangat pulak tu.. kalau ada ice cream vanilla lagilah walla!

Nak tengok betapa lembut kejadiannya..


Nampak tu....
Gebukan.. bersakar-sakar lagi...
Jomk cuba!





29 comments:

The Kehalusan Kelembutan said...

wah nanti nak try la.:)
tq share kak

Amanda Suria said...

ok SA terliur,.nanti nak suruh adik buatkan

Sue Norrman said...

Wow sedap ni.. Nak buat juga lah nanti. Thanks Kak Ita!

Latifah said...

Assalamua'laikum sis!
Pertama kali singgah blog sis.
Selalu baca perkongsian di FB sahaja.
hihihi...
Berhantu betul kek 3 minit Milo ni kan.
Semua orang bercerita tentangnya. ;)

f.m.y said...

Kak.. kalau guna oven, berapa suhu dia? teringin nak buat.. tapi xde microwave

Aida the Pinky said...

BEST..NAK TRY

intan rh said...

nampak gorgeous sangat untuk dimakan! :)

echa takashimaya said...

boleh try ni! thanks kak ita :)

~adeQ~ said...

Salam,

Guna microwave, high ke, medium ke?

TQVM. Nak cuba nanti.

hamba ilahi said...
This comment has been removed by the author.
hamba ilahi said...

klu nak blender bahan2 nya boleh tak?

ruzanaibs said...

TQ Sis sebab share resepi mudah & cepat ni.. sesuai le dengan saya yang "semua nak cepat" hehe.
Terlioq.. berapa kali dah telan ayaq lioq.. dari dok baca FB tadi..sampai le baca blog ni.
Izinkan saya copy resepi ni ye.. kat blog saya.. in syaa Allah saya akan creditkan your blog... letak link, supaya ramai lagi boleh menikmati "keenakan" gambar serta resepi Sis ni.

TQ so much!

ruslanafiq said...

memang viral sungguh kek milo microwave ni

Safia Muslimah said...

https://safiamuslimahonline.wordpress.com/

Ika Zul said...

Salam, maaf tumpang tanya. Saya budak baru belajar. Hehe

Kalau bakar gune oven berapa suhunya? Terima Kasih

Lynn Razif said...

Assalamualaikum hihi nak tanya, kalau guna oven, suhu nya berapa pula iya ?
dok katam 3 kali baca kot kot terlepas baca pasal suhu kihkihkihkih

Syira Omar said...

Dah cuba sedap sgt...thanx kak ita

Mardiah Diana said...

Sedapnya....nak buat pun nampak mudah....

maxi dressr said...

Dah try byk kali mmg trbaik!! Tp versi tanpa telur..mcm brownies pm ada jgk

Watie Rashid said...

Salam. Sy nk tanya kalau sy nak bakar dalam cup kertas,boleh ke? ade ape perubahan ke kalau sy nk gune cup kertas?

Watie Rashid said...

Salam,kalau saya nk guna cup kertas,boleh ke? ade ape2 yg nk kena ubah tak?

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

Tq for the recipe.tgh malam try.hahaha

Maizan Abdul Hamid said...

Bru cuba td. Mkn dgn ais krim. 😊 👍 menu lapar mlm mlm. Terbaik sis

Atikah Kahar said...

Dua soalan
1-kalau pakai yeast atau ibu roti boleh tak ganti baking powder?
2-kalau pakai oven suhu kepanasan nye berapa darjah untuk 15 minit bake tu?

NaZiRaH @ Ezyra said...

Klu pakai mkrowave tu 3 minit tahap suhu camna?

scha said...

Mohon share kat ig resepi ni ya.tq

Tyaa Fatiya said...

Cuma nk komen pndai tuan tanah guna angle ms amik gmbr.. Nmpk cantik :)

mahirah asirah said...

sy tgh membakar.. hope menjadi.. minx halal resepi

mustasyaar ahmad said...

masuk dalam oven boleh ke?

Powered by Blogger.