Follow if you like

Sep 25, 2015

Fanta Hijau Homemade sedap!


Bila nampak rakan-rakan postkan minuman Fanta Hijau buah tangan sendiri.. hati berbunga ceria hendak mencuba!
Betul ke sama macam air fanta hijau bergas yang di jual dalam botol di kedai runcit atau pasaraya tu..
Ada yang kata sama.. ada yang kata ala.. ala.. aje.. tapi kata orang dari kita berteka-teka baiklah kita mencuba.. tak cuba tak tau.. ya tak..?

Melihatkan bahannya yang sangat mudah dan simple.. lagi lah semangat nak mencuba semakin membuak-buak.. Kebetulan cuti sekolah.. Hari Raya Haji pulak tu.. dapatlah di jadikan minuman sepanjang cuti atau pada hari Raya Haji ni..

Dalili lah yang cukup bersemangat..
"jadi ke mak.. macam air fanta tu..? "
" tak pe.. kita cuba dulu.. mana tahu sedap! "

Hasil godek-godek bersama Dalili di dapur.. akhirnya... dapat juga ita merasa air fanta buatan sendiri.. aha... siapa sangka boleh buat sendiri.. dapat jimat kan..kalau beli mahal jugak sebotol tu kan..




Macam mana rasanya..?
Kata Dalili " sedap lah mak.. macam sama cuma tak ada gas aje.. "
Yup! betul sedap! seperti kata Dalili tak ada gas aje lah.. rasanya saling tak tumpah.
" kalau mak tambah aiscream soda mesti lagi sama" tambah Azrul pulak
eeemm.. tak ada dalam peti ais.. tak pe lah kalau tak ada gas lagi bagus kan..

Adunan ni menggunakan gula yang banyak. Ita ikut sukatan asal 3 kg gula pasir. Bila dah siap nanti bila nak hidang kenalah tambah lagi air sejuk supaya dapat seimbangkan rasa manisnya tu.. Kalau resepi yang ita buat ni.. boleh jadi ,macam ibu sirap lah ni kan..

Kalau nak minum terus tanpa tambahan air, ita cadangkan kurangkan sukatan gula.. lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak suka manis.

Resepi hasil perkongsian rakan di group Masak Apa Hari Ni. Ita tak pasti resepi asal dari siapa? ita copy dari Haliza Baharum . Terima kasih kepada tuan empunya resepi asal dan juga kepada Haliza yang dah cuba dan kongsikan semula. Kepada kawan-kawan yang nak cuba ita kongsikan di sini pulak ya.


FANTA HIJAU HOMEMADE
Di kongsikan oleh : Haliza Baharum


3 kg gula pasir ~ boleh kurangkan jika tak suka manis
2 liter air
330 ml Oren Sunquick
1/2 botol pewarna hijau apple Star Brand
1/2 botol perasa pisang Star Brand
1 helai daun pandan di simpul


Gunakan periuk yang besar atau tinggi untuk memasak air
Tuangkan air, daun pandan dan gula ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan air mendidih
Masukkan Oren Sunquick dan biarkan ia merenih sebentar
Masukkan pula pewarna hijau
Bila dah didih tutup api dan masukkan perasa pisang
Biarkan sejuk

Untuk menghidang, tuangkan dalam jug atau gelas, tambahkan air sejuk jika manis
Masukkan ketulan ais
Hidangkan dingin







8 comments:

Emy Effendi said...

wahh, macam sedapp je..
macam bestt je nk buat.. hehehe

Fadtin Fatanah said...

Kak Ita boleh campur dengan air soda F&N (tin warna hitam, so far botol punya tak ada lagi) untuk jadikan dia bergas. Saya selalu guna untuk buat lemonade. Best sangat! Selain bagi effect bergas, air soda tu tak ada sugar content langsung n kekalkan rasa asli minuman bancuhan kita (kalau guna ais krim soda terus air rasa vanilla). Selamat mencuba!

Fadtin Fatanah said...
This comment has been removed by the author.
Jesnita said...

Sedap ye..nak Cuba buat..terima kasih...

umi's cup cake said...

salam kak ita..air ni dah lama jadi air fav keluarga..cuma panggil lain..air Ben 10

myra arifin said...

Tiap2 raya air ni saya buat untuk dihidangkan kpd tetamu...xtahu nama dia apa....anak saya panggil air hijau je...hehehe...

Zaleha Abdul Salam said...

Nmpk refreshing :)

FAKHRUL blog... said...

Daun pandan tue kalau tak letak tak apa tak??

Powered by Blogger.