Follow if you like

Sep 19, 2015

Expo Safe Food 2015


Alhamdulillah bila ita berpeluang untuk menjadi juri dalam pertandingan hiasan kek di Expo Safe Food 2015 di bawa oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia ( MAFSA ) dan di sokong oleh Kerajaan Negeri Johor dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan , Kementerian Kesihatan Malaysia ( BKKM KKM )

Karnival Safe Food 2015 ini bakal berlangsung bermula hari ini 18 Sept  hingga 20 Sept 2015.
Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti sepanjang 3 hari karnival ini berlangsung yang bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru.






Bermula dengan pertandingan gubahan buah-buahan dan dekorasi kek, ia turut di rasmikan oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat ,  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar. Selain itu pelbagai lagi aktiviti di bawah karnival Safe Food seperti pertandingan melukis untuk kanak-kanak, pertandingan Karaoke, Forum Perdana Ehwal Islam,  serta pameran produk makanan dan kesihatan.
Jom lah berkunjung ke Expo safe Food 2015 ni, bawa anak-anak bersama, dapat juga mengisi aktiviti cuti sekolah mereka.



Seronok sangat bila ita turut sama bergandingan dengan chef-chef yang hebat. Selain menjadi juri, sempat juga bertukar-tukar pendapat dan pandangan di samping mendapat ilmu baru dalam bidang masakkan dan kesihatan.

Untuk pertandingan yang bermula seawal pukul 10 pagi dan berakhir lewat tengahari, ia terbahagi kepada dua pertandingan iaitu gubahan buah-buahan dan hiasan kek. Ita dan Chef serta seorang lagi pegawai dari Kementerian Kesihatan di tugaskan untuk menjadi juri untuk bahagian hiasan kek manakala Chef Razak dan dua lagi pegawai kesihatan untuk bahagian gubahan buah-buahan.







Peserta yang mengambil bahagian pula kebanyakkannya adalah  terdiri daripada pelajar-pelajar Kulinari dari kolej tempatan.

Untuk hiasan kek, setiap peserta perlu menghias sebijik kek yang di sediakan oleh pihak penganjur. Kek yang di sediakan berbentuk 4 segi. Tema gubahan pula adalah Keselamatan Makanan / Safe Food. Peralatan untuk hiasan kek hanyalah menggunakan icing, buttercream, fresh cream atau ganache coklat sahaja. Penggunaan hiasan lain seperti coklat , gula-gula, buah-buahan  adalah di benarkan. Penggunaan fondant, sugar paste, edible image dan lain-lain yang tidak sesuai,  sama sekali tidak di benarkan. Peralatan eletrik juga tidak di benarkan dan peserta perlu menyediakan icing dan hiasan lain dari rumah.



Masa yang di berikan pula selama 1 jam yang bermula pada pukul 10. 45 pagi dan berakhir pada pukul 11. 45 am. 
Nampak macam mudah kan.. tapi bila di berikan masa yang cukup terbatas dan menghias kek di hadapan orang ramai dan juri, pasti ketar juga lutut di buatnya. Namun begitu semua peserta dapat menyiapkan gubahan buah dan kek dalam masa yang di tetapkan. Hebat kan adik-adik kita yang bakal pelapis chef-chef tanah air ni.





Sekalung tahniah kepada para peserta yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik.. jangan berputus asa. Cuba lagi bila ada lain kesempatan.

Di kesempatan ini juga ita ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Sekretariat Safe Food 2015, Jabatan Kesihatan Negeri Johor kerana menjemput ita, juga tahniah  di atas penganjuran karnival Safe Food 2015 ini.







6 comments:

Kak Rose said...

Tahniah Ita, dari masak2 dah jadi Juri sekarang and memang u deserved to be one!

Ika Nadira said...

Alhamdulillah... Terima kasih pn azlita atas kesudian utk turut sama menjayakan safe food expo 2015... Kami pihak penganjur sgt berbangga dan terharu atas kesudian puan utk terlibat sbg juri...

Aznin Taridi said...

Tahniah! Gambar pun cantik2 =)

KVA Kulinari JB said...

Salam perkenalan dan ribuan terima kasih dari kami pelajar Seni Kulinari Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru.

Ruzita Idias Ismail said...

Tahniah Ita, semuga terus berjaya dalam bidang yang diminati..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Tahniah Kak Ita.. melangkah setapak lagi. Chef Razak tu kawan sekerja saya Kak Ita :))))

Powered by Blogger.