Follow if you like

Sep 15, 2015

Bihoon Soup Kemboja


Seperti biasa ita sekeluarga cukup mengemari mi yang berkuah. Ita juga cukup mengemari soup. Kalau di Jb ni mee soto , sup daging, sup tulang memang menjadi kegemaran ita. Kebiasannya seminggu sekali mesti pekena semangkuk mi sup atau sup panas.

Cuaca yang tak menentu dengan jerebu yang melanda negara, membuatkan kesihatan kita pun sedikit terganggu. Ada yang dah mula di serang batuk dan selsema. Bila badan dah mula rasa tak berapa selesa, ita lebih suka masak sup untuk menghangatkan badan semula.

Sebenarnya dah lama ita nak buat Bihoon Kemboja ni. Ita selalu makan di Kota Bahru setiap kali ita pulang ke kampung. Bihoon Kemboja ni ia tak macam mi soto yang kita sediakan di Johor. Ia lebih ringan dan tidak berempah ratus.



Hasil perkongsian dari rakan-rakan di group Masak Apa Hari Ni, dapatlah ita melempiaskan hajat yang dah lama teringin nak mencuba masak sendiri. Mula tu frust jugak sebab ita tak sempat nak copy paste resepi yang kawan kongsikan. Puas lah scroll mencari tapi tak jumpa jugak adoiii...
Tapi bila ita kemukakan pertanya.. Alhamdulillah ada rakan yang sedia kongsikan semula.. kan ita dah kata group masak-masak ni best sangat.. semuanya sporting dan suka menolong. Tak rugi join group Masak Apa Hari Ni.


Terima kasih kepada sahabat ita Aimie Safawati yang sudi kongsikan resepi yang hilang ini. Terima kasih juga kepada tuan empunya resepi Indah Bayu yang sudi kongsikan resepi yang sedap ini.

Resepi yang Indah Bayu kongsikan ini cukup ringkas, katanya ala-ala aje.. Walaupun alal-ala tapi hilang juga kempunan ita ni..

Kalau ikutkan resepi asal yang ita google, Bihoon Kemboja ini di makan bersama daging merah atau daging mentah, tapi ita tak buatlah kan sebab ita memang tak boleh makan daging mentah. Jadi hirisan daging tu ita rebus sekali bersama tulang. Ia juga di makan bersama sos cili, minyak bawang putih, cili jeruk , kicap yang di masak bersama minyak ikan dan gula merah serta di makan bersama mi beras. Mi beras mereka ni bukan macam bihoon kita ni dia leper dan lembut macam kuetiau. Tapi dia datang dalam bentuk kering jugak, perlu di rendam dan di rebus sebelum boleh di hidangkan bersama kuah sup. Ita hanya menggunakan bihoon biasa aje.. sebab nak keluar kebandar mencari.. adoiii.. malas lah pulak dengan cuaca yang berjerebu ni.. Tak apalah guna bihoon pun sedap!


Seperti Indah Bayu, ita juga sediakn bihoon ini bersama cili kicap. Alahaiii... tekak anak Johor ni.. mesti nak cili kicap jugak kan..

Cara menyediakan Bihoon Kemboja ni ita ada ubah suai sikit, tapi masih lagi menggunakan resepi yang sama yang Indah Bayu kongsikan. Cuma ita ikut cara memasak yang ita lihat di youtube. Kuah dia kalau yang sebenarnya sedikit masam kerana perlu di makan bersama perahan lemon. tapi sorrylah sebab nak cepat snap gambar takut hari hujan.. ita terlupa pulak nak letak lemon. Tapi kalau kawan-kawan nak hidangkan jangan lupa lemon tau! sebab kalau masam-masam sikit baru ngam!


BIHOON SUP KEMBOJA
Resepi Oleh : Indah Bayu
Di kongsikan oleh : Aimie Safawati

Ita menggunakan tulang dan daging. Indah menggunakan ayam. Kawan-kawan boleh pilih samaada nak guna ayam atau daging dan tulang

500 gm tulang ~ potong kecil dan cuci bersih
500 gm daging ~  hiris nipis
2 labu bawang besar ~ di belah 4
3 cm halia ~ hiris
1/2 batang lobak hiris
akar daun bawang ~ cuci bersih ambil bahagian labu bawah yang warna purple 2 inc dari akarnya
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Bahan tumis

2 labu bawang merah ~ di hiris
3 ulas bawang putih ~ di hiris
Minyak untuk menumis

Bahan Lain

1 kiub sup
1 kiub daging
1 sup bunjut
1/2 batang lobak merah ~ hiris
4 biji kentang potong dadu


Masukkan tulang dan daging ke dalam periuk dan rebus
Kemudian masukkan juga  bawang yang di belah 4, hirisan halia dan batang bawang ( batang bawang ni optional nak letak boleh tak letak pun tak apa )
Rebus sampai daging dan tulang empuk
Bila dah empuk, tapis dan asingkan daging, tulang dan bahan lain ( lobak, halia,bawang dan batang bawang yang ni kita dah tak guna lagi )
Air rebusan tadi panaskan semula

Dalam kuali, panaskan minyak
Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing
Resepi orang Kemboja mereka menggunakan minyak bawang putih, tapi kita buat macam ni pun ok

Kemudian tuangkan bawang dan minyaknya sekali ke dalam air rebusan yang di panaskan tadi
Masukan sup bunjut, kiub daging dan kiub sup
Biarkan ia mendidih
Kemudian masukkan kentang dan lobak merah, masak hingga kentang dan lobak empuk
Tambahkan lada sulah dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Siap dah sup kita, sekarang kita nak sediakan pula sambal kicap


SAMBAL KICAP
Resepi Oleh : Indah bayu

5 ulas bawang putih ~ di bakar atau di goreng tanpa minyak, jangan sampai hangus.
1 gengam cili padi
7 sudu kicap manis
garam
gula

Satukan semua bahan dalam blender dan kisar
Bila dah siap perahkan jus limau atau perahan lemon

BAHAN DI MAKAN BERSAMA SUP KEMBOJA

Mi hoon ~ di rendam kemudian di celur
Taugeh
Daun Bawang ~ di hiris
Daun Ketumbar ~ dihiris
Bawang goreng
Kacang tanah tumbuk ~ ( kacang tanah goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar )
Minyak bawang putih ~ (bawang putih di cincang dan masak dengan sedikit minyak )
Hirisan daging
Cili jeruk
Sambal lada
Hirisan lemon

* sambal lada, cili jeruk, minyak bawang putih ita tak buat ^_^


Jom apa tunggu lagi..
Menjamu selera lah kita..









6 comments:

Ismaria Dean said...

Assalamulaikum is kiub sup dijual dimana? Kiub sup tom yam ke?

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam, kiub sup ada jual atas jenama knoor atau Maggi. Sama kotaknya macam kiub tomyum, kiub ayam dan kiub ikan bilis
Kalau tak ada gantikan dengan rempah sup pun boleh dalam 1 sudu

ruzanaibs said...

Assalamualaikum. Saya pun suka makanan sup macam tu.
Thanks for the recipe (Sambal kicap tu, especially..memang tercari2 resepi yang sedap) & beautiful pictures.
Saya suka tengok gambar2 Azlita.Masammanis... membuatkan yang malas jadi rajin nak memasak.. So inspired. :)

ruzanaibs said...

Assalamualaikum. Saya pun suka makanan sup macam tu.
Thanks for the recipe (Sambal kicap tu, especially..memang tercari2 resepi yang sedap) & beautiful pictures.
Saya suka tengok gambar2 Azlita.Masammanis... membuatkan yang malas jadi rajin nak memasak.. So inspired. :)

seri akmad said...

serius nampak sedap, baru try cheese tart
siap lebih masuk peti..

MAT UNIFI said...

Syok tgk org buat sup sedap je saya buat xpenah menjadi...pelik tul haha

Powered by Blogger.