Follow if you like

Aug 17, 2015

Roti jala yang kekal lembut dan sedap

Ita sangat suka makan roti jala. Roti jala seringkali di hidangkan di hari kenduri kendara atau jamuan hari raya. Penyediaannya cukup mudah dan ringkas. Tapi tak ramai yang suka menyediakannya kerana katanya agak rumit dan cukup malas nak mengirai roti jala.

Kesedapan roti jala bergantung pada kelembutannya dan kesedapan kuah yang mengiringinya. Jika lembut rotinya dan sedap kuah karinya, maka larislah roti jala tersebut.

Ada banyak juga kaedah penyediaan roti jala, ada resepi yang menggunakan santan dan tak kurang juga yang menggunakan susu cair. Kebiasannya resepi yang menggunakan santan tidak tahan lama dan cepat basi. Jika salah cara penyipanannya dan pengendaliannya, maka rosaklah ia.

Resepi yang bakal ita kongsikan ini tidak menggunakan santan dan susu, sebaliknya menggunakan air sahaja. Roti ni cukup mudah di sediakan dan sedap pulak tu... ianya juga tahan lama dan lembut walaupn seharian di simpan.
Resepi inilah yang seringkali ita gunakan bila tekak kami sekeluarga teringin nak menikmati roti jala dan bila rumah kami di kunjungi tetamu.

Sejak menggunakan resepi ini, ita dah tak beralih kepada resepi yang lain.. ianya menepati selera kami. Selain lembut, mudah di sediakan dengan bahan ramuan yang ringkas.. ianya juga sangat enak untuk di nikmati tidak mengira masa.

ROTI JALA YANG KEKAL LEMBUT DAN SEDAP
Resepi Oleh : Suriati Ramli

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
secubit garam
sedikit pewarna kuning telur

Satukan semua bahan di atas dan kacau rata
Masukkan dalam mesin pengisar / blender dan kisar halus
Kemudian tapis
Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair

Mentega untuk di gris pada kuali leper
Daun pandan sebagai alat untuk meratakan mentega
Acuan roti jala

Panaskan kuali leper atas dapur hingga betul-betul panas ( guna api sederhana ), ini supaya roti yang di kirai tidak melekat dan mudah di angkat
Bila dah panas barulah sapukan mentega dengan menggunakan daun pandan
Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan dan kirai dalam bulatan kecil-kecil secara berterusan hingga menjadi bulatan yang besar. Anggaran 6 inc
Tunggu hingga permukaan atas kering , ini bermakna dah masak lah . Tak perlu balikkan
Terus angkat dan lipat. Terpulang kalau suka lipat boleh lipat bentuk 3/4 bulatan atau boleh gulung seperti mengulung kuih dadar
Ulang proses yang sama hingga habis

3 cawan tepung gandum 3 1/2 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 biji telur gred A Secubit garam Sedikit pewarna kuning

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_
3 cawan tepung gandum 3 1/2 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 biji telur gred A Secubit garam Sedikit pewarna kuning -Adun sebati semua bahan di atas. Sue masukkan dalam blender dan kisar. Kemudiannya, tapis. Bahan lain : -sedikit mentega untuk di griskan pada kuali -sehelai daun pandan untuk menyapu mentega (sebagai ganti kepada berus) -acuan roti jala berbentuk corong (boleh dibeli di kedai barang plastik dengan harga rm1.30 sahaja) Cara penyediaan : 1. Griskan sedikit mentega pada kuali leper. 2. Tunggu sehingga kuali panas dalam api sederhana. Isikan roti jala ke dalam acuan dan buat gerakan membulat yang kecil-kecil hingga membentuk satu bulatan yang besar, anggaran diameter 6 inci. (Saiz terpulang pada kesukaan anda). Tunggu sehingga masak, sekejap saja anggaran 2 minit. Setelah masak, tidak perlu kalih roti jala. Terus angkat dan lipat. 3. Ulangi proses ini sehingga habis. *tips penting : sebelum anda menjala pada kuali, pastikan adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar secara jaluran panjang, bukannya menitis. Jika menitis, membentuk titik seperti bedak sejuk, bermakna adunan anda terlalu pekat. Tambahkan air sedikit-sedikit dan kacau sebati.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_we

Roti jalan ini enak di makan bersama kuah kari ayam atau pun kari daging.

KARI AYAM

1 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 cwm minyak masak
3 sudu makan rempah kari ayam atau daging
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk cili atau cili kisar
2 sudu besar kerisik
2 cwn santan ~ dari 1/2 biji kelapa
4 biji kentang ~  dipotong 4
3 biji tomato ~ dipotong 4
1/2 cwn air asam jawa
garam secukup rasa
2 kiub ayam

Bahan Tumis

6 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
2 inc halia
3 tangkai daun kari
rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelag

Panaskan minyak dan tumis bahan menumis hingga naik bau dan garing.
Masukkan rempah kari, jintan manis, serbuk cili yg dibancuh dgn air asam dan kiub ayam kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kentang, santan, kerisik dan garam.
Biarkan mendidih hingga ayam dan kentang empuk.
Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi, roti atau roti jala...

17 comments:

Aya Zuki said...

sedapnyaaaaa roti jalaa.huwaaaaaaaaaa T_______________T

Shareena Hashim said...

tq kerana berkongsi resepi..biasa buat yg ada guna susu/santan
nampak menyelerakan

musa nora said...

dh lma komen dlm blog kak ita..tp asyik invisible je..coz kak ita x approved..huhu..sedih

aliana81 said...

First time tau bater roti jala bubuh minyak! thanks ita..

Diyana Naqiuddin said...

Sedapnye.. Resepi kak ita tak pernah mengecewakan. Wajib buat esk. Tq kak ita.

maz mat said...

Saya baru cuba.....sedap sgt2...t.ksh ye berkongsi tesepi

Rosumia Saan said...

Mohon share.

ROTU GURL said...

Salam kak ita. jika buat sebelah malam untuk makan esok paginya.. agak2 basi tak kak?

Siti Raihan Jamaludin said...

Wow.. best nya mudah nk carik bahan

Siti Raihan Jamaludin said...

Wow.. best nya mudah nk carik bahan

Afifah Husna Azhar said...

wow nampak sedap ja nak cubalah

Afifah Husna Azhar said...

wow! nampak sedap ja! mesti cuba ni!

Azlina Ali said...

Assalamualaikum kak ita,
Saya dah cuba buat. Dah tiga kali buat roti jala menggunakan resepi kak ita..terima kasih.semua sukakan rotinya yang lembut dan tahan lama..rupanya tak susah pun.next week nak buat lagi untuk kenduri kawen anak sedara pulak..hehe..tq k.ita..sy minta halal ye

syaida said...

salam kak ita.. resepi akk ni dpt bape keping roti jala ye?

najwa ruslan said...

Assalam kak ita sya dh buat suami & anak2 suka sgt..tq kak ita 😊

khafizah yosoff said...

Resepi ni sgt marvelous
Ini kali ke 4 buat n mmg x mngecewakan
Tetap lembut smpai ptg
Tq kak ita tak lokek kongsi resepi2 yg sedap2 utk kami cuba
👏🏻👏🏻👏🏻

Rafidah Omar said...

Terimakasih kerna berkongsi lumayan tahan lama

Powered by Blogger.