Follow if you like

Aug 19, 2015

Chocolate Brownies Kedut




Sana kedut.. sini kedut..
Rata-rata ramai yang teruja dengan brownies yang berkedut seribu ini dan menjadi satu fenomena baru pula... walaupun sebenarnya brownies ini dah lama popular dan lebih di kenali dengan namanya Chewy Gooey Yummy Brownies.

Sekarang muncul pula dengan  di berikan nama baru iaitu brownies kedut. Mungkin ianya satu perangkap untuk menarik orang ramai.. atau inginkan kelainan dengan nama baru yang menjadi bualan ramai.

Bagi yang baru.. mesti teruja.. pada hal brownies ni sama sahaja, dari segi resepi mahupun rasanya. Kalau ada perubahan pun adalah.. sana sikit sini sikit di ubah pada sukatan bahannya.

Oklah kerana ramai permintaan maka hari ini ita kongsikan resepi Brownies kedut yang menjadi kegilaan dewasa ini. Yang ita buat ni yang plain sahaja, tiada campuran badam atau coklat cip. Kalau nak letak coklat cip atau badam pun boleh sahaja. Tapi bila letak badam, kena bakar dahulu badam sebelum di campurkan ke dalam adunan.




Ramai yang menyatakan kehairanan.. bagaimana brownies ni boleh berkedut pada permukaannya. Kedutan itu terhasil dari penggunaan coklat masakkan yang banyak dalam sukatan hampir 1/2 kg.
Untuk mendapatkan brownies yang cantik kedutnya dan sedap rasanya, pilihan coklat masakan sangat-sangat mempengaruhi kejadiannya, Pilihlah coklat masakkan yang baik kualitinya. Untuk brownies ita ini, ita menggunakan coklat masakkan jenama Beryl's dan untuk serbuk kokonya ita menggunakan Cacao Barry Extra Brute 100 % coco. Pilihan butter juga pilih butter yang baik dan sebaiknya menggunakan ulsalted butter. Ia akan menghasilkan tekstur brownies yang lebih lembut.

Membuat brownies cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan mixer. Hanya gaul dengan wisk atau senduk kayu sahaja. Gaul pun tak perlu kuat-kuat sekadar adunan sebati sudah memadai.

Resepi ini di katakan oleh Cik Cek dan di kongsikan oleh Ayu. Ita ambil pula dari blog Juicy Cafe. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi dengan rakan-rakan. Kepada yang nak cuba jom ikut ita masuk dapur.


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko



Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!


Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.


Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.


Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.


Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.


Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.


Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit


Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.







159 comments:

Roziah Muhammad Nor said...

wow sedapnya kalau makan dengan nutella atau sos coklat nih.

siti salwa said...

Salam kak ita..gula perang dan gula kastor itu cukup sekadar sebati atau kena pastikan dia hancur sepenuhnya.?

Farhain Azmi said...

kedut kedut pun nampak sedap kak..yummy

jemput baca
http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/2015/08/carta-pertumbuhan-gigi-bayi.html

masuri24 said...

Nampak sangat melting dan cantik kejadiannya..

Gee® said...

Yummy nyaaa....

Azlita Aziz said...

Siti salwa ~ gaul sebati aje pun dah ok

Rozita said...

nampak sedap sangat kak..saya pun suka guna beryl..kalau pegi kilangnya jadi kelabu mata..hehehe...

eedazz zed said...

Salam kak ita..nak tanya..choc yg dah cair tu kena biarkan sejuk dulu tak sebelum masukkan adunan telur dan tepung?

TIA :)

Jemput baca →http://beautysigne.blogspot.com/2015/02/kesan-ajht-seawal-5-hari-hilang-sakit.html?m=1

Rin Wan said...

Terima kasih sebab sudi kongsi resepi. Saya doakan agar puan dimurahkan rezeki dan diberkati.

Azlita Aziz said...

eedazz ~ tak kisah, lagipun coklat yg di cairkan kaedah double boiler tu tidaklah terlalu panas. Kalau dia suam2 pun blh masukkan.

rahel said...

Hi kak Ita...
cantik benar kejadiannya brownies yg berkedut tu...antara resepi yg ada dlm simpanan...tunggu masa je nak buat...

Nor Marshaliza Shaidan said...

Sedapnya brownies ni kak ita.


Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ralit sy membaca dan menengok gambar2 Kak Ita.. hihi

Dazlyna Ely said...

ermmm menarik.. terima kasih atas resepi tu... really ispired me..hope that kak ita sihat sejahtera selalu dan dimurah rezeki.. klu sy trun JB teringin rs nak order kek kak ita.. ble jmpa mn2 tuk sy amik nnt.. sy dok seremban ble stahun sekali pasti trun JB jenjaln carik makan.. :)

Malinda said...

selalu terliur tengok gambor brownies kedut2 camni kat IG...kalau tengok dari bahan2 nye mesti sedap dan penuh dgn rasa coklat...yum2

fazian batrisyia said...

yg ni kedut tak pe...org nak awet muda...he..he..he

techikdirikuini said...

salam kak ita, klu tak guna tepung naik sendiri boleh x? guna tepung gandum + baking powder or tepung gandum shj?

Rozie rahman said...

Mmg sdp brownies kedut ni..saya dh buat sblm ni ikut resepi dr juicy cafe spt Kak ita ikut tu...dan mmg dpt pujian sedara dan kawan2..

Rozie rahman said...

Mmg sedap resepi ni..saya ikut resepi dr juicy cafe spt Kak ita..ramai puji ckp sedap :)

Rozie rahman said...

Mmg sdp brownies kedut ni..saya dh buat sblm ni ikut resepi dr juicy cafe spt Kak ita ikut tu...dan mmg dpt pujian sedara dan kawan2..

Azlita Aziz said...

wasalam, techikdrikuini

blh, guna tpg gandum dan + dgn baking powder sikit

Sarimah Shahidin said...

Sedap sangat dah cuba. Boleh simpan lama kek ni. Tq

Sarimah Shahidin said...
This comment has been removed by the author.
Marina said...

as salam. mohon Ita tunjukkan brand apa yg Ita gunakan. nak jugak tau. tq

PiNkY said...

salam kak ita,

tumpang tanye, kat mana akak beli "Cacao Barry Extra Brute 100 % coco" tu?

saya selalu refer resepi masakan kak ita, semua nya sedap2 belaka. mintak halal yea. time kasih kak ita.

PiNkY said...

salam kak ita,

tumpang tanye, Cacao Barry Extra Brute 100 % coco tu akak beli kat mane yea?

lagi satu, saya selalu refer resepi kat blog kak ita ni. semuanya sedap2 belaka. mintak halal yea.

presentation makanan akak paling cantek penah saya tengok :)
keep it up ur superb work kak ita!

Huzaimah Maya said...

Menarik-narik rasa hati ini untuk mencuba. Teringat gambar yang ditunjukkan sebiji hadiah pemberian dari kawan baik saya dulu. Tq so much for the sharing dear....

eedazz zed said...

TQ for the reply ;)
Nak cuba nanti.

ila ahmad said...

K.ita, nak tanya kenapa bila dh masak biar dlm oven dgn pintu terbuka ye.

LuLun 87 said...

As salam kak ita...sy tgh bakar brownies resepi k.ita ni...dah 30mnt tp kenapa tgh mcm xmasak..goyang2 lg ni ha..ni sy bakar lg 10mnt tgk mcmana..ke mmg cmtu kak..hihihi

LuLun 87 said...

Kak ita..saya dah cuba resepi ni semalam..tp nak tanya..kenapa masa tgh masak tgh2 dia membukit...bile dah sejuk die turun...hihi..sy guna tepung gandum+baking powder ...tapi rasa mmg tip top...

Noorsyahida Rasit said...

k.Ita.. Boleh ke adunan yg blm msk tu letak walnut.. Mcm brownise secret resepi tu.

hansmierna said...

Sedapny tgk brownies akak..baru nk try buat..akak nk tny,butter tu kalau sy guna buttercup biase instead of unsalted butter boleh x?ada beza tak nanti brownies sy?

Dilah Naim said...

kelmarin dah try buat tapi tak jadi kedutnya..next time nak try resepi ni pulak..

terima kasih sudi share resepinya.. ;-)

Myra Amir said...

Kak ita! saya buat hari ni jadi kedut nya! Happy 😁 tq

Myra Amir said...

Sorry tlg reply. Rasanya sbb api kuat sangat. Saya pun penah jdi mcm tuh. So maybe turunkan 10 degree. Sbb oven kt ni lain2.

Aarifa Packeer Mohamed said...

Salam kak ita, sy tgh bake brownies guna resepi kak ita..yeayy..dh nampak kedutnyer..

Aarifa Packeer Mohamed said...

Salam kak ita, sy tgh bake brownies guna resepi kak ita..yeayy..dh nampak kedutnyer..

Zila Izad said...

Kalau guna Beryls tapi bukan dark chocolate boleh ke

Ibu Ira said...

Tengok gambar pon dah selera tau heeh

Zahirahhafizan.com

faizah Awang said...

Assalamualaikum... Ita..tgk gmbr pn dh nmpk sdp...tringin nk bt
Cma nk tnya...klu Kt guna gula perang saja boleh x?

Mahfuza Mahzan said...

terliur dibuatnya. Tq ita.

jemput singgah

Cahaya Adneen

Nur syafinaz said...

Kak ita coco brand tue akak beli kat mane?

Nun Adnan said...

Terima kasih kak azlita for the recipe mmg sedap 👍🏼

nasriza nasri said...

Nmpk sedap sis. Nk share resepi ni boleh ye 😊😊😊

Ellya Ramli said...

Kak azlita..kalau pakai tpg gandum nk sukat cmne ye..campo dgn serbuk penaik kan bnyk mn?

AZLINA M YAUSOP said...

Hahahhh..sy tersalah daaaaa..baking powder ye..sy pg ltk soda bikarbonat..apa jd la brownies ku dlm oven tu😅

Azlita Aziz said...

Tambah 1/2 sudu teh b/powder pun ok

Cheq tie said...

Salam k.ita, saya dah Cuba resepi ni dua kali..dua2 menjadi sama macam gambar kat atas ..tq for sharing

Unknown said...

Assalamualaikum kak..coklat yg akak gn tu beli kat mn..sp2 tau blh share x..teringin nk buat brownies ni..klau jenama van Houten ok

Unknown said...

Assalamualaikum kak..coklat yg akak gn tu beli kat mn..sp2 tau blh share x..teringin nk buat brownies ni..klau jenama van Houten ok

AZLINA M YAUSOP said...

Mmg terbaik rase brownies resepi awak ni..saya dah cuba.wlaupun ada ubah2 sikit due to bahan tak jumpa,masih sedap lg ..hihi..tq for sharing..

Ainniah Zulkefli said...

tgh berpantang, tapi sy dah macam org mengandung plak, dah beberapa hari teringin nak makan brownies kedut. jumpa resepi senang & nampak sedap. masa utk mencuba!!! 😬

tq for the recipe! 😘

So Mi Do said...

Assalamualaikum,k.ita..terima kasih byk2, sdui kongsi resepi yg sgt sedap ni..terima kasih byk sbb k.ita byk tlg saya dalam mulakan bisnes saya..k.ita halalkan ilmu yg saya ambil dr blog k.ita ye...semoga k.ita sentiasa dlm lindungan ALLAH...tq k.ita...

eyja mohd said...

Assalamualaikum k.ita sy dah cuba resipi k.ita ni super sedap moist gitu..sy ad try tmbah walut dalam adunan ni dan hasilnyer dia x brp moist dan x kedut..kenapa ye kak ita?

Umi Kalsom said...

Assalamualaikom,, terima kasih kerana resepi yg lengkap dan sng utk saya buat.. saya telh merasa kek ini yg dibuat khas daripada ank murid sya thun 6..semoga
Allah memberkati dan tmbhkn ilmu puan kerana puan adalah seorang yg pemurah..tq..☺

She Syilah said...

kak ita , kalau gula perang to tukar gula biasa bole tak ?

Aida Adriana Abdul Halim said...

my mom tried it.. mmg sedapp...

Armel Aisya said...

Assalamualikum . Nk tanya coklat tu ambil masa yg lama ka untuk cair? Anggaran masa?

syikin mdnor said...

salam kak ita...coco yg selalu kak ita guna koko ap ye?

syikin mdnor said...

salam kak ita..nak ty...coco yg selalu kak ita guna brand ap ye

syikin mdnor said...

mmm

Afimoha said...

ok, smua dah saya printscreen, kakak mntak saya buat, nk hntarkan bekas jiran katanya, haa lgpun resipi ni nmpak simple, saya pun xpenah buat brownies, hope menjadi, haha, thanks akak for resipi,.

nur ainna said...

As salam, sekiranya nk tambah kekacang macam almond .. boleh kea?

nana said...

Alhamdulillah.. Terima kasih kak kongsikan resepi.. Dua kali buat menjadi.. Siap jual.. Kawan2 semua cakap sedap.. Terima kasih banyak kak.. Mohon dihalalkan ye resepi kak.. :)

khairul syazwani said...

alhamdulillah. elok kejadiannya ikut resepi akak. terima kasih! :)

Masnita Nita said...

Kak..nak bakr brownies ni pkai api aras bawah ker mcana

Masnita Nita said...

Kak..bakar pakai api atas bawah ker

Azlita Aziz said...

ya api atas bawah

hayati ariff said...

Azlita...sy minta izin utk guna resepi ni ye...tq so much

mas nazli said...

Akak, knp brownies sy jadik berminyak ek?

Solehah said...

bestnya, bahan2 pun tak banyak 👍😁 nak try lahh

Zahir Syikin said...

Sedappp..nak try laaa

Unknown said...

Nak Tanya...Kalau nak masak brownies ni pakai api atas ke bawah or pakai api atas dan bawah?

Its Scha said...

Kedut I xmenjadi :'(

Abd Karim Raliza said...

Salam.. dah byk kali buat .. sedapppppp... terima kasih share resepi ni... �� semiga Allah merahmati puan sentiasa hendaknya...

Nur Habibah Ibrahim said...

Wah.. Nak try lah..

yati yahaya said...

sis,kilang beryls kt mn ye?nk pegi jgak..huhu

yati yahaya said...

kt mn kilg beryls kak?sy tingin nk p...

azwa zua said...

Salam akk nak tanya kalau guna callebaut tu gnti beryl dark choc, sukatan dia tetap 400gm ke?sbb callebaut tu rasa dia mcm pekat sikit rasa dia.

azwa zua said...

Salam akak,nak tnya ni,kalau saya guna callebaut ganti dark choc beryl tu sukatan dia tetap 400g ke kak?or kena kurangkan sikit sukatannya?sbab pekat sangat rasa choc dia

Ummi Syuhada said...

kilang beryl's kat serdang. tapi kat kedai beryl's tu tak jual coklat masakan.

D Ibrahim said...

Saya pon penah buat kek silap letak soda... huuhuuu instead of baking powder.. terus jd gunung kinabalu

insan biasa said...

Mmg sgt sedap brownies nii..jd btul kedutan tuuu...tq so much kak ita..xrugi mncuba resepi dr blog masam manis ni..especially all the tempting and mouthwatering desserts' recipes...luv u la kak ita..credit utk methods yg slalu disertakan ngn photo menarik sebagai guidance..thanx again kak!

hanis Abu said...

Sama la. Saya buat pun berminyak. Sebab apa ya?

Dilla Don said...

Alhamdulillah.. Setelah berkali2 membuat brownies, ternyata resipi yg dikongsi Kak Ita ini paling menambat hati keluarga dan sahabat sy. Terima kasih Kak Ita.

Kepada yg bertanya tentang bahan2, nak tukar bahan or tukar jenama lain, saya rasa terserah anda bagaimana. Setiap jenama ada 'tugas' tersendiri. Jujur sy katakan, hasil dr resipi ini sama sebijik mcm gambar diatas. Kreatifkan seni masak/baking/makanan kita. Mana tahu, yg anda buat tu lagi cantik kejadiannya, boleh la share..kan? Hehe..

Thanks Kak Ita..

EiJA said...

Assalam Kak Ita,
saya mohon copy resepi brownies ni tau & cara2 buat dia. Saya tepek kat blog saya untuk rujukan nanti. jgn risau saya give credit kat kak ita siap bagi link blog kak ita. nasib menjadi 1st time buat.. Hehehe.. Tq kak ita share mcm2 ilmu free.. Semoga kak ita murah rezeki & sihat selalu untuk buat kek-kek yg gojes meletop kebabom lagi.. hihihi

Nur Fifi Din said...

Alhamdulillah sedap sangat kak. memang menjadi. Saya dah try tadi, sedapppp!
mintak tepek kat blog ye kak :)


http://thekitchenzone.blogspot.my/

emnha zri said...

Assalamualaikum auntie ita.. Saya suka sangat baca blog auntie. Nak tanya, kalau cairkan coklat dgn butter guna microwave boleh tak ? Thank you for the recipes :D

Terra Fauzi said...

Minta halal segala ilmu. May Allah bless

Ainz said...

Salam. Kak ita.. Mcm mana nk buat kedut tu nmpk shining? Sy buat kedut.. Xpi xberkilat mcm akak punya.. Camne ek?

Unknown said...

Boleh guna milo x?

Farjana haneef said...

Salam kak sedap kek brownies saya ada oven butterfly 3 tray
kalau masak kek saya taruk tray tengah betul ke cara masak itu.
oven saya ada kipas tepi apa fungsi kipas. tq

Farjana haneef said...

Salam kak sedap kek brownies. Saya guna oven butterfly 3 tray klu masak kek
brownies kena letak tray yg mana. Oven saya ada kipas tepi apa fungsi kipas itu. tq

Unknown said...

Tq k.ita ilmunye..nak mohon share

Ruqayyah Othman said...

Tq k.ita ilmunye..nak mohon share

Ruqayyah Othman said...

Tq k.ita ilmunye..nak mohon share

Solehah said...

dah tryy ! sumpah bestt !!!!!

ERILESYA said...

wahhh nmpk sgt mnyelerakn,kedut dia tu cntik...suka tgk hasil masakan akk,smuanya sempurna...

Siti Rafeah Md Jasni said...

salam kak ita,
saya dh try buat semalam..tp xmenjadi..tekstur lembik sangat..kenapa ya? :(

Siti Hamizah said...

Alhamdulillah....dh try.menjadik.tq kak ita.luv it

Ummu Shaufi said...

Kilang beryls ada dekat2 area upm tu..dekat je..area serdang

Nadia Nazra said...

Salam akak . Ada sukatan cawan tak buat brownies ni ?

Nadia Nazra said...

Salam akak . Ada sukatan cawan tak buat brownies ni ?

ckg ainaa said...

tgh buat ni .da ckup masa membakar 30 minit tapi knapa masih goyang2 lagi huhu

wani said...

Salam kak ita. Trima kasih share resipi ni. Ringkas and sedap sgt!! Saya tambah walnut sikit, sbb ade walnut yg tak habis lagi

Biqque said...

Salam, saya gunakan loyang 7"x10"..blh x bgtau kuantiti yg perlu saya kurangkan? Maksud saya setiap bahan. Sebab kalau separuh adunan nnti brownies terlalu nipis..harap azlita blh kasi idea ye..tx a lot ��

desuebakery@blogspot.com said...

Assalamualaikum...Puan.

Mohon kebenaran untuk menggunakan resepi ini..

- Ayob - De Sue Bakery , Bidor.

Zama Kamal said...

Salam kak.. Kalau surface brownies atas tu melengkung maksudnya tak masak lagi ye?

HASHIRA HAMID said...

Assalamualaikum kak ita....minta halal ye di atas ilmu yang dikongsi. Brownise ni sangat sedap. 1st time buat terus menjadi. Alhamdulillah syukur.

HASHIRA HAMID said...

Assalamualaikum kak ita....minta halal ye di atas ilmu yang dikongsi. Brownise ni sangat sedap. 1st time buat terus menjadi. Alhamdulillah syukur.

Intan Safinar Omar said...

Saya pun dh byk kali buat sebijik ikot resepi kak ita...result dia mmg osem...

Aulia Resti said...

nice kak, follow blog ini resepku mana resepmu

Izz Amanda Azwan Hidayat said...

Akk kalau nak letak coklat chip mcm mana pula kaedahnya.ke cuma tabur atas je

Izz Amanda Azwan Hidayat said...

Akk kalau nak letak coklat chip mcm mana pula kaedahnya.ke cuma tabur atas je

mazz シ said...

assalamualaikum akak , saya nak tanya . kalau topping dengan chocolate ganache sesuai tak ?

jamaluddin jaffar said...

akak. kalau guna white compound boleh?

Hawa said...

Brownies kedut resipi ni memang sedap sangat. Tak perlu alter resipi, follow 100% step by step. Terima kasih Azlita sebab sudi kongsi resipi brownies yang terlajak sedap ni.

Murni Hayati Mohd Sapiri said...

Assalamualaikum wbt kak ita,nak tanya,kalau letak dlm cupcake bole tak brownies ni kak?

Didi Riadi said...

enak sangat tuh.. mau coba bikin ahh..
bundaasraf.com

Kaseh Akma said...

Kak ita, saya dpt tahu blog kak ita dari bekas officemate saya.saya nak try buat kek brownies ni dulu...😊

Nur Izzatul said...

Kalau bakar guna bekas yg aluminum tuhh okay ke ?

NOR FADZLINA MD EHWAN said...

Kak ita ssy dah cuba resepi akk ni, mmg sdp kak. :)
Tq kak..

Marykay nurul farhana said...

Salam..saya Dh Cuba resepi..sedap..time kasih ATS perkongsian..

Sape Yang Nk tahu Pasal produk Mary Kay lawat blog saya. Macam2 Ada..bedak, foundation, lipstick, skin care pun Ada. Yang penting produk memang ohsem..

Siti Nur said...

As salam sis, sy dah cuba resepi ini, brownies tak kedut... tapi berkerutu la.
Apakah kemungkinan brownies boleh berkerutu ye??

naw78 said...

Tq..sgt menjadi..sedap...

ida said...

Assalamualaikum kak ita... Sy ikot sukatan betul.. tapi pahit sikit la kak.. kenapa ya.. sy guna cocoa powder kedai bakery je.. unsalted butter plak anchor

ieja said...

Salam kak. Kalau nak tambah macadamia atau badam atas brownies, bila nak letak ye? Tq ;)

ieja said...

Salam kak. Kalau nak tambah macadamia atau badam atas brownies, bila nak letak ye? Tq ;)

Julia Nin said...

Salam..saya ikut resepi ni Dan bakar suhu 175c 35min tapi kenapa brownies saya basah Dan lembik yaa..

Julia Nin said...

Salam..saya ikut resepi ni Dan bakar suhu 175c 35min tapi kenapa brownies saya basah Dan lembik yaa..

Satilah Yunos said...

Salam kak ita...nak bakar guna api yg atas bawah ke atau api bawah je. Mekasih kak

Satilah Yunos said...

Salam kak ita...nak bakar guna api yg atas bawah ke atau api bawah je. Mekasih kak

zarida zakaria said...

Gune api atas bawah

MADMAX motorsports said...

Alhamdulillah.. Sy dh cuba harini. Kedut menjadi yg pasti rasanya sedap ��������

Nursyamimie Atan said...

Salam akak..ni berapa kg satu brownies tu ya?

Zach Emanuel said...

Dah buat!! Baunya sedap sangat!! Nasib blm buka puasa!! Tq kak :)

zaniza H said...

Alhamdulillah...resepi tuan empunya ni mnjadi..da 2kli sy buat ..dpt sambutan..syukran kak...😊
Yg pastinya sedap sgt2...

Unknown said...

Terbaik!

kim nieza said...

penggunaan gula tu boleh kurangkan ke atau mmg kena guna seperti dalam resepi

sara kumar said...

Hi aka ita!! Mmg sedap brownies aka..
Tlg guide kalu nk jual berapa yea?

Diah Aristi said...

nampak sedap sangat kak resepnya..saya pun suka guna beryl..kalau pegi kilangnya jadi kelabu mata..hehehe... aku juga ada resepi Chocolate Cup Cake Sederhana

Norzi beautilicious house said...

cantiknya ... belum ada kesempatan cuba resepi coklat kedut ni.. resepinya dah berapa kali tengok dah ni heheh.. tq kak ita share resepi

Nur Ardini said...

as salam kak ita. nak tanye.kenapa ye brownies saya tgah bakar tu die naik, ble dah msk tu die turun ke bawah..kenapa ye

nothing said...

Bru siap buat brownies ikt resepi kak ita,skrg tgah renggangkn pintu oven..tp bakar dlm 45mnit suhu 160 drjah..maybe faktor oven masing2..hrp2 elok la kejadian kedutnya..kak ita atau pun siapa yg leh tlg jwb..nk ptong kena tgu sejuk ke?

malynn said...

SAYA DAH CUBE MMG D BEST... BYK KALI CUBE MMG TERBAEK...
UOLS KALO LEMBEK.. TAMBAHKAN MINIT MASA BAKAR.
SAYA GUNA 160 C BAKAR 40 MINIT. ALHAMDULILLAH JADIK CUN..

Muhammad Firdaus Roslan said...

Samalah jadi lembek

nothing said...

Macam mana nk otter kasi xlembik sgt dan xmanis sgt?

Syawal Omar said...

Salam kak ita..saya dah cuba buat..sedap dan saya nak minta izin guna resepi kak ita..nak buat jual..tambah pendapatan..boleh ya..halalkan ya..tq kak

Hazilah Abdullah said...

Tq akak, mabelesss resepi ni. Semoga akak sentiasa dlm rahmat ilahi.

Hazilah Abdullah said...

Tq akak, mabelesss resepi ni. Semoga akak sentiasa dlm rahmat ilahi.

cik temah said...

Assalan...mintak dihalalkan ye menggunakn resepi k.ita ni

aisyah mp said...

Salam, k.ita, saya dah cuba resepi ni rasanya lebih 10 kali, sedap sgt , tapi saya x prnah dpt kedutnya, boleh x kongsi tips mcmana nak dapatkn kedut tu

Khairom Maisarah's said...

Salam kak ita..
Nak tanya kalau guna salted butter boleh ke?
Jadinya sukatan salted butter perlu kurangkan ke macam mana?

hani hasan said...

TErima kasih untuk resepi. . dah buat, sangat jadi dan sedap. tapi kenapa keliling brownies kering dan ada lubang2. . tengah2 jek yang cantik.

azieda abdul talib said...

As salam Kak Ita..jujurnya saya dapat resepi akak daripada rakan..setelah mencuba berkali2 byk lagi perlu saya betulkan..kemudian saya google cari blog akak..lepas baca saya tau dimana kesilapan saya..saya mohon halalkan resepi ni yer akak dunia akhirat..semoga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati Akak...

Razzia Azzia Aziz said...

Tq kak ita...sgt sedap cuma saya derhaka sikit..takdak loyang 10"...saya pakai 8"..jd tebal n tgh cair choc larva yg melting..tp sgt sedap...next time nak cari loyang yg ngam

Elliea Syuhada said...

Kilangnya juga ada di Kota Damansara.. kwsn perindustrian

Azman Abdul Hamid said...

Yeah....sedap super b la ..skali buat terus jadi😍 Tq sis murah rezeki sis.💕👍🏻

Powered by Blogger.