Follow if you like

Aug 21, 2015

Asam Rebus Ikan


Asam rebus ikan ini adalah satu resepi masakkan yang cukup popular diutara tanahair. Kalau di Johor dan Melaka popular dengan asam pedas nya.. di utara juga ada asam pedas mereka tersendiri. Nampak seakan sama, namun rasanya dan kaedah penyediaannya adalah berbeza. Resepi sebegini kalau di Johor ni lebih di kenali sebagai gulai lada hidup dan kebiasannya di letakkan nenas untuk menambahkan kesedapan gulai tersebut. Sebaliknya asam rebus utara menggunakan bendi dalam gulainya.



Menu ini cukup mudah di sediakan dan di katakan juga masakkan untuk kesihatan kerana ianya tidak menggunakan minyak untuk menumis, sebaliknya kaedah merebus menjadikan ianya satu resepi yang di sukai ramai.
Kata orang juga, menu ini lebih kepada pembuka selera. Kalau rasa tekak tak berapa nak berselera, inilah menu yang harus di cuba. Mungkin rasanya yang masam-masam pedas itu yang membuatkan mereka yang menyantapnya terasa cukup berselera sekali, bertambah lagi jika di lawankan dengan sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan kering... pasti tak pandang belakang di buatnya..


ASAM REBUS IKAN

4 ekor ikan kembung ~ ita menggunakan ikan merah
5 batang bendi
2 biji tomato ~ belah 2
2 keping asam keping
1 inc halia ~ di hiris
1 batang serai ~ di titik
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

6 tangkai lada merah ~ buang bijinya
4 biji cili padi ~ jika suka pedas
1 inc kunyit hidup
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

Ikan di siang, bersihkan dan di cuci
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
Tambahkan air secukupnya
Masukkan halia dan serai
Letak atas dapur dan rebus hingga didih
Bila dah mendidih masukkan ikan dan asam keping
Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan ikan empuk
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi
Biarkan ia merenih dan bendi empuk
Angkat dan hidangkan






4 comments:

Naddia Mokhtar said...

Assalammualaikum. Salam perkenalan. Asam Rebus mmg peberet arwah mak sy. Teringat ada kawan mintak resepi asam pedas perak, puas fikir setahu sy perak xde asam pedas, huhuhu tny org tua tua kat kampung rupa nya asam rebus ngan asam pedas tu sama la bezanya satu rebus yg satu lg tumis. TQ bawak kuar resepi ni, nostalgia utk saya masa dikampung. :)

Yusla Mahat said...

dah lama tak masak lauk Asam Rebus, tak menjadi.. kerap kena complaint dgn hasben...huhuhuuu..
http://ummidihatiku.blogspot.com/2015/08/5-bahagian-sakit-sendi-serang-kita.html

Halimahtus Saadiah said...

Salam...ini salah satu feveret sy tau!biasanya sy letak nenas & bendi sebagai serilauk asam rebus kuh..hihi.btw, best baca blog you...banyak pasai makan, boleh lah jadi rujukan nanti..

jirus air said...

terima kasih share resepi ini.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja tiada yg lain.Dulu kini dan selamanya.

Powered by Blogger.