Follow if you like

Aug 16, 2015

Asam pedas ikan pari sawi jeruk yang sangat sedap


Asam pedas dan orang Johor memang tak boleh di pisahkan
Versi asam pedas Johor ni ada banyak, ada yang menggunakan cili kering ada yang menggunakan cili hidup , lada hitam atau juga campuran dari kedua-duanya. Ada yang meletakkan sayur bendi, ada letak sawi jeruk, ada letak kobis, belimbing, mempelam dan lain-lain lagi yang di rasakan bersesuaian. Walau apapun kaedah dan bahan yang di letakkan.. asal namanya asam pedas pasti membuka selera.



Selain ikan, terdapat juga asam pedas daging dan ayam. tapi macam manapun asam pedas ikan lah yang paling sedap di tekak ni..
Ikan pula kebiasannya ikan yang bersaiz besar dan yang paling sinonim di guna pakai adalah ikan parang, ikan tenggiri, ikan pari, ikan merah , ikan kebung atau lain-lain.

Ita pula agak cerewit dalam memilih ikan. Ini kerana tak semua ikan ita boleh makan. Alhamdulillah Allah temukan jodoh yang sama jugak macam ita.. banyak yang tak makan hihi.. Cuma ada juga yang ita baru belajar makan setelah ita berumah tangga.. itupun atas paksaan suami.. hihi

Ita tak makan ikan air tawar... apa-apa pun ikan air tawar memang lah tak makan. Biasanya ita makan ikan yang sersaiz kecil dan yang biasa emak masak macam ikan kembung, ikan selar dan saudara maranya.. ikan parang, ikan tenggiri , ikan siakap, ikan merah, ikan cermin.. dan bila yang tak biasa dengar memang ita tak makan.

Ikan pari juga tersenarai dalam ikan yang ita tak makan selain ikan tongkol dan ikan patin. Sebab itu ita tidak memasak ikan ini untuk keluarga. Tapi suami dan anak-anak ita makan ikan ni.. sebab itu ita tak akan menghalang selera mereka dan ita masak jugalah jika ada yang teringin nak merasa.

Kebetulan suami ada meluahkan rasa teringin nak makan asam pedas ikan pari, maka ita pun belilah ikan ini sepotong dua untuk melempiaskan selera suami agar tak kempunan pula nanti..
Kalau masak asam pedas ita suka letak sawi jeruk, walaupun ita tak makan ikan pari tu.. dapat ratah sawi jeruk pun dah terlalu berselera di buatnya.. janji asam pedas!


ASAM PEDAS IKAN PARI SAWI JERUK
Rujukkan : ASAM PEDAS TENGGIRI SAWI JERUK
Oleh : Dapur Tanpa Sempadan

3 keping ikan pari ~ cuci bersih dan toskam
Sawi jeruk secukupnya ~ potong kasar dan rendam
1 kuntum bunga kantan ~  belah 2
1 genggam daun kesom
3/4 camca besar pes asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS

7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan


Panaskankan 1/3 cawan minyak masak.
Tumis bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum dan bawang perang.
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga wangi.
Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak.
Guna api kecil dan kacau sentiasa.
Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml). Kacau dan biar mendidih. Masukkan sawi jeruk (tos dan perah), bunga kantan dan kiub ikan bilis, jika guna.
Kacau rata dan masak sekejap.
Tambah ikan dan kacau perlahan.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan serbuk lada hitam dan daun kesom.
Kacau dan masak hingga ikan masak.
Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan bersama nasi, telur dadar dan ulam2man..





2 comments:

umi's cup cake said...

Salam kak ita,
namanye org johor memang tak boleh pisah dengan asam pedas..umi kalau dapat makan hari2 pun x jemu...

EAT,MAKE,READ said...

umph... mengancam ... kecur air liur

Powered by Blogger.