Follow if you like

Apr 18, 2015

Oreo Slice Cake



Assalamualaikum

Satu lagi slice kek yang ingin ita kongsikan. Sebenarnya ita buat kek ni untuk dessert Dalili dan kawan-kawannya tempoh hari. Kawan Dalili ni suka makan kek, jadi Dalili minta ita buatkan kek untuk mereka.

Di sebabkan ita terlalu sibuk dengan tempahan, maka ita buatkan kek yang simple aje, yang penting mereka suka. Ita tahu anak-anak ni mereka suka Oreo. So ita buatkan Oreo Slice Cake sebagai pencuci mulut.

Suka betul dorang makan, bertambah-tambah.. walaupun dah kekenyangan sebenarnya makan nasi ayam yang ita masak. Esoknya bila mereka datang lagi, mereka tanya lagi.. ada lagi tak kek oreo semalam.. sedap sangat lah tu.. hihi




Kek Oreo ni memang sedap, bukan anak-anak aje suka.. ita pun tumpang suka juga. Ianya tidak terlalu padat dan berat.. kira kek yang ringan dan tak muak di makan.  Sesuailah sebagai hidangan untuk menyambut tetamu, untuk minum petang bersama keluara mahupun teman-teman. Sesuai juga untuk majlis kenduri kendara.

Sebenarnya ada lagi beberapa resepi yang ita tak sempat lagi kongsikan. Pada kawan-kawan yang bertanya dan request resepi tu harap bersabar lah ye.. sebab masa ita cukup-cukup terbatas kini.

Beberapa hari ini ita adalah terbaca beberapa status di FB. Macam-macam hal.. entahlah ita sendiri pun tak tahu nak cakap apa.. semuanya adalah atas pandangan masing-masing.
Masalah pertama yang kecoh di perdebatkan adalah berkenaan dengan resepi. Ala.. pasal tak nak kongsikan resepi atau kata lain.. lokek nak sharekan resepi.  Ada yang kata mana boleh nak kongsi resepi sebab resepi tu mereka bayar untuk dapatkannya atau erti kata lain mereka pergi kelas.. bayar mahal-mahal senang-senag aje mintak resepi.

Aduyaiiii.... awak ni pun... kalau nak minta resepi tu agak-agak lah.. kata orang kalau kita nak litas jalan jangan lupa toleh kiri kanan. Kalau orang tak nak kongsi resepi tak payah lah nak marah.. Insyaallah kalau sepolan A tak kongsi.. nanti akan ada sepolan B yang akan baik hati kongsikan.. banyak-banyak berdoa dan bersabar.. Atau apa kata anda google aje.. sebab sekarang ni semuanya di hujung jari.. kalau orang kita tak nak kongsikan mungkin ada orang luar yang sudi kongsikan.. Jadi kenalah rajin mengoogle..

Teringat ita kenangan di bangku sekolah dulu.. tak tahulah kalau kawan-kawan ada pengalaman yang sama. Masa kat sekolah cikgu selalu pesan pada murid-murid. Kalau ada makanan yang sedap-sedap atau mainan yang best-best.. kalau tak nak kongsi dengan kawan jangan bawak pergi sekolah.. buat bergaduh aje nanti.. maklumlah kat sekolah tu.. kawan-kawan dari pelbagai latar belakang.. ada yang berada.. ada yang sederhana.. tak kurang juga yang miskin dan tak berharta.. Dari kecil cikgu dan ibu bapa dah latih kita supaya kita kalau tak nak kongsi jangan di tunjuk.. Oleh itu ita nasihatkan jika kita tak nak kongsikan resepi jangan tunjukkan.. mudah aje kan.. jadi tak adalah perbalahan..

Mungkin akan ada yang kata.. kita punya FB kita punya suka lah.. Dan itulah harga yang anda perlu bayar jika terjadinya perbalahan.. atau pergaduhan..
Ada juga yang kata.. saya berniaga online.. kenalah tunjuk..
Kalau macam tu.. tulis kat status tu.. 'Siapa nak oder...' ' Sedia menerima tempahan..' atau anda boleh tulis 'resepi ni saya beli.. kalau nak rasa boleh beli dengan saya..' Tak kiralah nak beli resepi ke.. atau beli kuihnya.. kan senang.. tak lah ada yang mintak resepi nanti. Ini tak anda tunjuk gambar kek yang dah lah membuatkan orang meleh air liur.. dengan baris ayat yang power.. " sedapnya lah kek ni.. tak puas makan.. berketul-ketul.. saya makan.. sedap sangatlah tak terkata.." ayat yang macam tulah yang membuatkan orang yang melihat meruntun jiwa raga... tu yang tak tertahan-tahan nak tanya resepi.. bila tanya kena sound lah pulak.. " kalau nak resepi pergilah kelas.. duit kedekut.. tahu nak resepi free aje.." kan dah kata... pasti lah bergaduh dan terjadilah perbalahan yang tak ada penghujungnya.. Siapa lah yang kita nak salahkan nanti..


Satu hal lagi yang kecuh di perkatakan adalah pasal status halal. Ada yang kata tak halalkan resepi yang mereka ajar di kelas di kongsikan pula oleh anak didik kepada rakan-rakan. Astragfirullahal azimmmm..... sampai ke situ sekali.. Istifar dulukakk... Kesian anak-anak didik tu..
Pada pandangan ita lah kan... Kalau kita dah bersedia nak buat kelas.. kita juga telah bersedia untuk lepaskan segala ilmu yang kita ada. Maknanya kita dah bersedia untuk kongsikan segala ilmu di dada.
Kita juga kena bersedia dengan segala macam kemungkinan..
1. Resepi kita akan berpindah tangan
2. Bersaing pula dengan pelajar kita yang mungkin akan mengikut jejak langkah kita mengajar pelajar lain pula.
3. Persaingan kita juga semakin bertambah

Cuba kita bayangkan jika masa kita sekolah dulu.. tiba-tiba cikgu kita kata saya tak halalkan ilmu yang saya ajarkan pada awak.. aduyaiiii.. mahu pitam rasanya kan... Apatah lagi ilmu yang kita tuntut ini pula berbayar. Pelajar yang nak belajar sangup keluarkan duit untuk menuntut ilmu.. sampainya hati kita tak halalkan..
Sebenarnya.. semakin kita halalkan semakin kita tenang... hati kita pun lapang.. kita pun tak stres-stres... dan semakin bertambah rezeki yang kita ada.. percayalah..

Cuba anda letak pula diri anda pada tempat pelajar tersebut.. bayar kelas mahal-mahal.. Kumpul duit berbulan-bulan nak pergi kelas.. dengan harapan dapat ilmu. Mungkin dalam kepala dah terfikir dapat ilmu ini nanti nak buat jualan.. duit jualan tu boleh kirimkan kat emak di kampung.. Atau boleh bantu anak-anak yang tak berbapa.. maklumlah ada juga yang ibu tunggal.. Atau dapat ringankan sedikit beban suami.. maklumlah dengan GST sekarang perbelanjaan semakin meningkat.. Tiba-tiba, bila masuk kelas.. kena sign kontrak.. atau agreement.. " resepi untuk kelas ini tak boleh di kongsikan " " Sesiapa yang belajar dengan saya tak boleh buat kelas macam saya" yang lebih parah lagi.. " resepi yang anda belajar saya tak halalkan " emmmm... tak tahu lah nak cakap apa.. ita rasa anda semua pun dah besar panjang.. dan masing-masing juga bijak pandai.. anda pasti tahu membuat kesimpulannya sendiri..


Lagi satu yang kecoh ita dengar.. pasal resepi lagi.. kali ini lain sikit..
Orang dah kongsi resepi.. dahlah tak cakap terima kasih... pas tu kutuk-kutuk pulak resepi yang orang  kongsi.. tak jadi lah.. bentatlahlah.. kongsi resepi tak ikhlaslah.. bagi resepi salahlah.. resepi tak sedaplah.. adalah pulak... Adoiii.. ini tak bersyukur namanya ni... Cuba belajar bersyukur.. dan belajar dari kesilapan..
Mungkin kita ada silap di mana-mana.. yang menyebabkan kek kita bentat.. kadang cara pukul adunan tak betul.. bahan yang kita guna tak tepat.. jangan lah terus hentam.. lihat dahulu kesilapan kita kat mana.. 
Ok ya.. lepas ni tak mahu gaduh-gaduh lagi.. bukan dapat apa pun.. dapat stres aje.. hati sakit.. jantung bedebar.. darah naik.. nanti macam-macam penyakit pulak menyerang..
Nak bergaduh ni.. memanglah senang.. nak baik nanti.. aduh... sakitnya tuh disini...

Jom lah dari gaduh baik kita makan kek.. kan anak-anak.. ^_^


OREO SLICE CAKE

Untuk resepi slice kek ni kita perlukan 2 keping kek span coklat
Untu resepi kek span coklat anda boleh rujuk di SINI
Dalam resepi tu menggunakan loyang 8 inc bulat. Untuk membuat slice kek ini anda tukar loyang bulat kepada 4 segi bersaiz 10 inc.
Bila kek dah masak anda potong kek kepada 2 kepingan dan ketepikan.

KRIM COKLAT

3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Bukan Tenusu

Larutkan gelatin dan air
Cairkan coklat masakkan gelap
Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
Masukkan gelatin dan putar lagi

Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
Masukkan krim telur dan terus putar
Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata
Ketepikan

Dalam mixer bold lain putar Krim Putar Bukan tenusu hingga kental
Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
Masukkan krim di dalam piping bag.
Krim sudah tersedia untuk digunakan tanpa perlu di sejukkan.

Kaedah Penyediaan

2 keping kek span coklat
Krim coklat
Oreo di hancurkan atau di kisar kasar
Mini Oreo untuk hiasan
Sedikit air Nescafe ~ jika suka

Letakkan sekeping kek coklat atas lapik kek
Basahkan kek dengan sedikit air nescafe. Anda boleh masukkan air nescafe dalam sprai dan spray pada kek . Spray sedikit aje jangan sampai kek basah lencun pulak ya
kemudian ketakkan krim coklat di atasnya ratakan
Taburkan oreo yang telah di kisar
Ulang proses yang sama
Letakkan kek span coklat
Spray dengan Nescafe
Letakkan krim coklat
Akhir sekali letakkan Oreo hancur
Simpan dalam peti ais
Bila krim dah mengeras bolehlah di potong
Hiaskan kek dengan krim dan kepingan oreo untuk menambahkan lagi keindahan kek slice anda










15 comments:

lynda yusuf said...

Saya setuju dgn pendapat akak...ada resepi yg baik sekalipun tapi tiada bakat dan teknik yg betul..kek tu tetap tak jadi..knp perlu kedekut ilmu..ilmu tu datang dr allah

timm bill said...

sedapnya..timm pun ada jugk ongsi resipi dlm blog..sbb rsa mcm suka nk brkongsi..ikutlah sma ada pembca nak try jugak ke..sharing is caring.. :)

Shazle Qiras said...

Salam Kak ita..nk tanya.ada beza x buat kek guna mentega tanpa garam dgn yg ada garam.sy keliru ckit psl dua mentega ni.. :) tq

Murni Hayati Mohd Sapiri said...

Setuju kakita,ilmu yg dpt patut kongsi2 kan,yg nak ilmu pulak berbahasa lah...tak salah merendah diri menuntut ilmu ni..memasak pun perlukan ilmu..yg penting ingat pesan nabi,sayangi saudara mu seperti kamu menyayangi diri sendiri...byk ilmu sy dpt dr blog kakita..sll berangan nak jd mcm kakita..hihihi..terima kasih byk2 kakita...sy guna pakai apa akak ajar untuk family sy...

jacq73 said...

Tq for sharing this yummylicious recipe😋Love all those recipes in u're blog. Ada try few & family/kekawan suka. Betul juga if bertimbun resipi tapi takde teknik fail juga. Tq again

Ina Mohd said...

assalam kak ita, teknik buat krim coklat tu, double boiler ke?

pinkdiscuss said...

Trimakasih ita. Tak lokek ilmu 😊 jg cari kesilapan org kalau kalau apa yg kita buat tak menjadi .cuba lg jg putus asa.air tangan masing2 tak sama kan😅

mimie said...

yg kata macam2 tu pasti bukan mimie,,,
sebab mimie dah 3 bulan ttp akun fb.
yalah kak....manisnya hidup kita yg tentukan...
tp sebab ttp fb, jd rindu kak ita pulak,,, :)

haizie abd hamid said...

Assalam k.ita..izinkan haizie utk mencuba resepi nie yer..mcm sedapp jer:) kalo menjadi kek nie nnt bole la haizie bukak tempahan pd kwn2...tq akk sudi share resepi dgn kami2 semua....

norihan din said...

assaalamualaikum...blog akak tempat rujukan saya..yang ralat,saya pernah beli resepi dari mmber,tapi resepi send dlm wassup,kelabu asap,dan tak complete langsung.rm70 tu ,hanya satu resepi yg simple.hard copy pun x ada,sesiapa yg jual resepi,pastikan customer puas hati dan sertakan step by step macam kak ita.tak kesah beli resepi,tapi pastikan berbaloi la dgn rega yg di bayar.terima kasih k.ita atas perkongsian resepi..yg ikhlas..

NURSYAFINI AHMAD KAMIL said...

Salam k.Ita,fini slalu tgk2 blog k.Ita,dan ade la amik resepi ckit2,tp fini bkn wt jual ke ape,utk mkn2 dgn family je...smga sgala perkongsian k.Ita ni bermanfaat utk semua pembaca..smga k.Ita halalkn resepi2 yg fini ade gne utk masak2 dgn family ye...Terima kasih K.Ita.

NURSYAFINI AHMAD KAMIL said...

Salam K.Ita,
Saya adalah pengikut blog K.Ita,dan sy juga ade amik beberapa resepi utk try masak...bkn utk dijual,mkn2 dgn family je...sbb suka tgk resepi K.Ita,harap K.Ita izinkan ye...
Smga sgala perkongsian ilmu masakan K.Ita diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.
Trm Kasih K.Ita

MommyRaisha AisyAlamin said...

Kak ita juga la yg terbaik.. terima kasih atas ilmu yg kak ita kongsikan bersama.. dari mula buat kek tak jadi2 blog kak ita banyak membantu smpai sekarang.. farah doakan kak sentiasa dimurahkan rezeki dan kesihatan yg baik... amin

pinkdiscuss said...

Trima kasih ita. Izinkan share resipe nya ye😊

shuha.zainal said...

tq kak ita!

mmg dh lama sy cari resepi slice cake sbb kek ni bajet skit kalau nk wat jual pd yg xnk order kek mewah lain. bestnya x sabar nk cuba! mintak halal ye kak :)

Powered by Blogger.