Follow if you like

Apr 16, 2015

Nasi Ayam Singapura yang ringkas dan mudah


Assalamualaikum

Nasi Ayam Singapura.. Ita masak nasi ayam ni beberapa hari yang lalu, tak sempat-sempat ita nak kongsikan dalam blog akibat kekangan masa. Sibuk sangat sampai tak ada masa nak dok mengadap komputer lama-lama.

Kebetulan anak ita Dalili sekarang ni tak tentu masa sekolahnya. Sibuknya dia mengalahkan menteri yang sibuk menjawab soalan GST dari rakyat. Kadang pagi kadang petang.. kesibukkannya membuatkan emaknya juga semakin bertambah-tambah sibuk.. keluar masuk menghantar dan ambil pergi balik sekolah. Minggu ni Dalili banyak sekolah pagi ada latihan bola tampar katanya.

Mak.. boleh tak kita bawak kawan kita balik rumah..? tanya Dalili
Kesian kawan kita lama tunggu kat sekolah dari pukul 10 sampai pukul 12.30. Susah nak salin baju.. lagi pulak sekarang ni cuaca panas.. kesian dorang mak.. boleh ya mak.. pleaseee... katanya lagi..

Bawaklah Dalili... mak tahu Dalili memang suka bawak kawan datang rumah.. sebab Dalili ada kawan kan...




Ita mula memikirkan apalah ita nak masak ni.. Kebetulan kek tempahan pun banyak jugak nak di siapkan. Ita mula merangka masa supaya ita sempat masak dan sempat juga siapkan tempahan kek.

Ita cari resepi yang mudah-mudah aje.. Kebetulan ita pernah terpandang resepi Nasi Ayam Singapura yang di kongsikan di SINI. Ita tak pasti resepi dari siapa tapi pada gambar yang di sertakan tercatat nama RASA. Mungkin dari majalah RASA ita pun tak pasti. Kepada tuan empunya resepi kalau resepi ini anda yang empunya sila khabarkan kepada ita ya...

Ita tertarik nak mencubanya bila melihatkan kelainan resepi yang menggunakan gula merah. eeeemmm... menarik dan harus cuba.. nak tahu juga apa kelainan resepi dari Singapura ni. Selain itu resepi nasi ayam ni nampak sangat ringkas dan sangat mudah. Bahan pun tak adalah yang pelik bagai.. dan masa memasak pun tak lama.. itu yang paling penting kerana ita sangat mengejar masa sekarang ni..
Resepi pun tak pedas dan amat sesuai untuk anak-anak.


Setelah membeli bahan di pasar, ita terus perpencak silat di dapur. Detik jam di dapur membuatkan ita semakin pantas menyiapkan hidangan kerana Dalili akan pulang pukul 10. 30 pagi nanti. Maknanya sebelum pukul 10.30 dah nak kena siap memasak.

emmmm.... sedapnya bau.. teriak Dalili selangkah masuk ke dalam rumah
lapar perut kita... Dalili mula mengomel.. mak nenek ni memang kalau sampai aje rumah becok mulutnya tak berhenti bercakap.. ada aje yang nak di ceritakan..
kawa-kawan kita dah lapar ni mak.. kat kantin tak ada jual apa.. mahal pulak tu..  pot.. pet.. pot.. pet.. mulutnya tak berhenti.. berbicara
Jom makan.. 


Di meja makan juga tak berhenti dia bersembang dengan kawan-kawan nya.. sekejap-sekejap terdengar bederai tawa mereka.. seronok sangat nampak..
Sambil berborak berpinggan-pinggan juga nasi di tambah..
Seronok melihat mereka makan.. Bila makan dengan kawan-kawan.. berselera sungguh dia makan
Kawan-kawan kita kata sedap mak masak..
oh ya ke... terima kasih..
Mana tak sedapnya.. habis seperiuk nasi.. iss.. banyak jugak budak-budak ni makan.. tak padan kecik.. masak nasi 3 pot pun habis licin.. hihi
Kita makan kerak aje lah ye.. sapa ita pada suami..
tak pe.. rezeki budak-budak..


NASI AYAM SINGAPURA
Rujukkan : Koleksi Resepi Kek


Bahan Untuk Ayam
1 ekor ayam ~ dipotong empat dan dibersihkan ( ita potong kecil )
5 sudu makan gula merah
3 liter air
1/2 inci halia ~ di tumbuk
1 kiub pati ikan bilis ~ ita ganti pati ayam
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
Madu dan minyak masak secukupnya


Mula-mula kita Rebus ayam dahulu.
Masukkan ayam kedalam periuk bersama kiub ayam, gula merah, air, halia dan bawang putih. 
Rebus hingga separuh masak dan diangkat. 
Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.

Salutkan ayam yang telah di rebus bersama madu dan minyak masak secukupnya.

Panaskan oven pada suhu 180'c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan. 
Ita tak bakar ita salut ayam dengan madu dan goreng dalam minyak panas
Bila dah siap ketepikan
* ayam ni kita bakar atau goreng setelah nasi dan sup kita siap di masak. Makan masa ayam panas-panas memang sedap! 




Bahan Nasi Ayam
500 gm beras ~ dibasuh dan ditoskan
2 helai daun pandan
30 gm lemak ayam ~ ita tak letak sebab dah letak kiub ayam dalam air rebusan tadi
15 gm halia ~ dihiris
Sedikit garam

Air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi

Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. 
Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, halia yang dihiris dan daun pandan  sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. 
Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam. 
Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak. 


Bahan Sos Cili
10 biji cili merah
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
20 gm halia muda
15 gm cili padi
120 gm air limau nipis



Untuk menyediakan sos cili ini ada dua kaedah anda boleh pilih yang mana sedap ikut citarasa.

Kaedah 1
Panaskan sedikit minyak dan gorengkan semua bahan kecuali limau nipis sehingga semuanya layur
Masukkan dalam mesin pengisar, tambahkan sedikit air rebusan ayam , garam dan gula secukup rasa. 
Kisar hingga halus
Masukkan dalam mangkuk dan perahkan jus limau

Kaedah 2
Kisar semua bahan kecuali limau nipis
Panaskan sedikit minyak dan masak
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Bila dah masak angkat
masukkan dalam mangkuk dan perahkan jus limau


Bahan Sup
Air rebusan ayam

1 bungkus sup bunjut
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun sup secukupnya



Renehkan semula air rebusan ayam dan tambahkan sup bunjut
Bila menghidang, taburkan daun sup dan daun bawang yang telah di hiris dan taburkan bawang goreng




Akhir sekali hidangkan nasi ayam bersama ayam bakar, sup ayam dan sos cili. Jika suka boleh letakkan daun salad, hirisan timun dan tomato dan cili kicap sebagai penambah selera.






14 comments:

Ahmad Asraff Ahmad Ruslan said...

tak pernah lagi cuba nasi ayam singapura walaupun sebelum ni dah dekat sangat dengan singapura masa belajar di johor dulu....tengok gambar nampak menyelerakan....

Nani said...

emmm sedapnya..:)

miss eimanhikmah said...

wahhh nampak sedap nih

Najihah Hamidi said...

Suka baca tulisa ita yg sngt jujur..
Resepi anda saya dh cuba bbrapa kali mmg tepat n sedap..tq ita hanya Allah yg mmbalas kebaikan awak.

Najihah Hamidi said...

Suka baca tulisa ita yg sngt jujur..
Resepi anda saya dh cuba bbrapa kali mmg tepat n sedap..tq ita hanya Allah yg mmbalas kebaikan awak.

sheila lala said...

SY baru ikut blog kak ita slpas dicdangkan oleh kawan..sy suka sgt tgk pic n hsil kreatif kak ita susun mkanan.so sy mtk halal mtk kebenaran nk copy gmbr n resepi utk dgunakan seharian sy jerr..tq kak ita dan smga allah memblas kebaikan tersebut.

MamaDaniel said...

Terima kasih kak kongsi resepi detail begini.. terus teringin nak try.. :)

ayna_nur said...

Tq kak ita, mmg sedap,mudah n cepat..smlm try utk hidangkan pada student yg dtg beraya di rumah..terkejut sebab semuanya bertambah...licinnn!

Melati Amir said...

First time tgk blog akak terus jth hati. Pic cantik sgt sampai tertarik nk cuba. Mtk halal ilmu masakan yg akak share ya...terliur.. ^.^

syakirazali said...

sedap sangat guna resepi kak ita ni...

Benedict Yadan said...

Sedap..
Resepi yg tepat..

nurul syazwana said...

sedapnya nampak..mohon share ye resepi ni k.ita

Syafiqah Bte Abdullah said...

kalau tk ada sup bunjut blh ganti ngan ape ye kak ita?

kak long said...

Ita,gula merah tu Brown Sugar ?

Powered by Blogger.