Follow if you like

Apr 7, 2015

Kek di bulan March

Assalamualaikum..
Lama rasanya ita tak menjengahkan diri di blog kesayangan ita ni.. Maaf ya pada rakan-rakan yang sering ternanti-nanti perkongsian resepi dari ita. Kesibukan ita terhadap keluarga, bertambah dengan tempahan kek yang tak putus-putus.. syukur alhamdulillah atas rezeki dari Allah SWT, masalah internet yang sangat slow kebelakangan ini.. masalah dengan blog ita yang tak berkesudahan dan masalah gambar masakan yang sering kali dicuri.. dan masalah kesihatan yang tak berapa mengizinkan.. semuanya adalah penyebab kenapa ita mula meninggalkan blog ita ini.. Mungkin ita perlukan sedikit masa untuk mengumpul kembali kekuatan diri.. di samping mencari idea-idea baru untuk dipersembahkan.. Doakan kesihatan ita baik selalu supaya ita dapat melakukan hobi yang sangat-sangat ita minati ini..


Bulan March telah pun meninggalkan kita.. waaahhh... sebulan lamanya blog ita sepi tanpa bicara..
Entah kenapa setiap kali nak mengetuk papan kekunci ini hati ita resah gelisah.. macam ada yang tak kena.. hati ini seakan dibawa lari dari terus berblog.. kenapa? mengapa? sering kali tertanya-tanya.. ya! ita perlukan kembali semangat yang hilang..



Bulan March.. banyak sangat peristiwa bersejarah yang berlaku..
Hari ini dalam sejarah.. tanggal 14 hb March adalah hari kelahiran anak ke dua ita Azrul. Kebetulan tarikh ulang tahun Azrul kali ini dia pulang bercuti. Maka ita pun menyiapkan kek ulang tahun untuk Azrul.

Azrul yang ita kenali adalah anak yang sukakan surprises.. Dia sukakan sesuatu yang lain dari biasa. Minatnya pada komputer game tidak dapat disangkal lagi. Kemaruk dengan permainan COC yang ita sendiri tidak tahu apa kebendanyalah.. permainan tu.. Ita ni bukannya minat game-game ni.. hehe sebab tu tak payah lah pelawa kak ita untuk main game di Fb ya.. sebab memang tak ada masa langsung nak mengadap game.. ada dapur akak tak berasap karang....  Tapi bagi anak ita ni.. aduyaiii.. game , komputer dan gajet memang tak boleh di pisahkan dari Azrul. Kalau tak ada internet.. ia ibarat bateri yang dah weak.. lemau.. dan melepek.. adoiii.. risau mak dan ayahnya.. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan game dan internet.. Azrul bijak bahagikan masa dan dia bijak memilih kehidupannya.. mungkin ini ulang tahun terakhir Azrul bersama kami sekeluarga.. sebelum Azrul meninggalkan kami sekeluarga untuk mengejar impian dan cita-citanya..


Emak, Ayah , Abang dan Dalili.. sangat sayangkan Azrul... Kejarlah cita-cita mu dan gapailah ia anakku... Doa dari kami tak akan putus mengiringi perjalanan mu.. agar setiap langkahmu diberkati selalu.. senantiasa dalam rahmat dan lindungan Allah yang satu.. tiada apa lagi yang kami harapkan hanya ingin melihat kejayaan Azrul di dunia dan juga di akhirat... Kemana sekali pun Azrul melangkah.. senantiasa ingat pesan emak.. di mana bumi kita pijak di situ langit kita junjung... jangan lupakan Dia penciptamu.. dan juga rasul yang diutuskan buatmu..

Kali ini ita sediakan surprise birthday cake..
Memang suprise sangat Azrul bila potong aje kek.. maka berteraburanlah harta karun yang ita sembunyikan dalam keknya.. Suka sangat anak-anak menikmati kek bersama MnM dan Skitels di dalamnya. Sebabkan kek ini agak besar , maka Azrul membawa pulang ke Kuala Lumpur untuk di jamu bersama rakan-rakan.. hihi maklumlah orang di rumah yang dah hari-hari mengadap kek rasa dah muak pula nak makan kek kan.. bawalah Azrul.. bagi kawan-kawan merasa..


Bulan March juga ita mendapat perkhabaran yang sedih... Hanya dialah satu-satunya kakak ipar yang ita ada.. baik atau buruknya dia.. itulah kakak ipar ita Kak Yati..
Ita banyak belajar dari kak Yatie.. kak yati adalah antara idola ita.. Beliau pandai memasak dan cukup tangkas di dapur. Kehidupan kak yatie banyak memberikan pengajaran dan panduan buat ita menghadapi alam rumahtangga ita. Seawal usia perkhawinan ita.. dialah yang banyak membantu ita.. dia juga yang bertungkus lumus membantu ita di hari perkhawinan ita. Dia lah yang menjadi penyelamat dan menyolekkan ita di hari perkhawinan ita disebabkan mak andam ita lewat datang atas alasan kesesakkan lalu lintas.. Kak yati banyak mengajar ita memasak.. dia lah guru ita.. Dia juga yang banyak membantu ita dan mengajar ita cara nak menjaga anak ita sewaktu ita bersalinkan anak ita yang sulung Amirul. Kebetulan dalam waktu yang sama kak Yati juga mengandungkan anaknya yang bungsu. Kerana itu ita cukup akrab dengannya.. dia lah yang ajar macam mana nak mandikan baby.. nak buatkan bubur untuk baby.. dan macam-macam lagilah yang ita belajar dari kak Yatie. Anak-anak ita dan anak-anak kak yati cukup akrab. Mereka seakan tak boleh berpisah.. di mana ada Rashid.. di situ pasti ada Amirul dan Azrul.. mereka cukup rapat dari kecil hingga dewasa. Rasyid jugalah atu-satunya anak saudara ita yang kerap kali menziarahi ita sekeluarga. Bila hari raya mereka beraya bersama... keakraban anak-anak ita dan anak kak yatie amat mengembirakan ita.. dan berharap biarlah ianya berkekalan tanpa ada rasa cemburu dan irihati.. Suka melihat mereka bergurau dan usik mengusik.. dari kecil hingga dewasa.. Kini kak yatie tidak sesihat dan selincah dahulu.. sabar ya kakakku.. semuanya adalah dugaan buat mu dan keluarga.. Ita yakin, pasti ada rahmat buat mu di sana nanti.. Setiap penyakit adalah penghapus dosa semalam.. bertabahlah.. hanya doa yang mampu ita galaskan agar kakakku akan kembali pulih dan ceria seperti sedia kala...


Tanggal 31 March pula adalah hari ulang tahun anak ita yang sulung Amirul. Kali ini ulang tahun Amirul dan dia tak adalah pulak.. begitu juga anak ita yang lain.. masing-masing tak ada cuti lagi untuk pulang. Ita sediakan juga sebiji kek untuk Amirul. kali ini kami juga bercadang buat surprise untuk Amirul. Saje aje.. tak bagi tahu Amirul yang kami akan bawa kek ulang tahunya ke sekolah.


Selepas menghantar dalili ke sekolah ita dan suami terus ke Batu Pahat untuk membuat kejutan. sampai bagaikan pucuk di cita ulam mendatang.. ada pulah budak-budak basking depan sekolah. Apalagi ayahnya mintalah nyanyikan satu lagu birthday untuk birthday boy. Merah padam muka Amirul... malulah tu.. maklumlah dah besar.. pasti segan kan.. hihi saje mak dan ayah nak menyakat.. sekurang-kurangnya ianya menjadi kenangan ulang tahun yang mungkin tidak dapat dilupakan..


Sebenarnya deco kek Amirul ini adalah projek final paper Amirul hihi... terkejut dia bila lihat final paper atas kek pulak kali ini.. bukan Amirul aje yang terkejuk.. lecturer dia pun terkejut jugak.. hihi


Hari ini ita kongsikan beberapa koleksi kek tempahan yang telah ita sediakan sepanjang bulan March. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberikan ita kepercayaan untuk menyiapkan dan menyempurnakan kek idaman masing-masing.
Untuk bulan March ni, macam-macam kek yang ita terima tempahan. Dari yang mudah hingga yang mencabar. Seronok sangat bila customer suka dan berpuas hati. Hilang rasa penat walaupun kadang kala ita tak sempat nak melelapkan mata. Penat tak usah ceritalah kan.. bukan sahaja penat menyiapkan tempahan tapi penat juga memerah otak untuk merialisasikan impian masing-masing. Tapi bila melihat hasilnya hilang rasa penat bertambah-tambah lagi bila tuan empunya diri sukakan hasilnya.
Terima kasih semua...



































17 comments:

Anne Yusnizah said...

Salam Ita, awesome sesangat...semuanya cantik cantik belaka.....my favourite will be the flower flower cake....suka sesangat...semoga Ita sihat selalu dan diberi idea idea yang lebih kreatif...tq for sharing with all of us....

fazian batrisyia said...

Semoga kak ita sihat & family kak ita jugak. kek kak ita makin cantik2 semuanya...maknanya kak ita ada idea yg sangatlah terbaik. teruskan berblog kak...sy pun minat sikit2 ni sebab selalu rujuk blog akak...

Suzana Ibrahim said...

As salam Ita..segar mata yang letih bila tengok kek Ita yang cantik-cantik ni

Dzu Liza said...

Assalamualikum Kak Ita..cantiknya..sumber inspirasi Dee..

Serai Wangi said...

Slm ita.. Ya allah kagumnya sy melihat kek2 ciptaan ita.. Keistimewaan bsr allah pd ita.. Syukur alhamdulillah.. Klu dkt nk je oder..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita.. sy doakan segala yg terbaik utk Kak Yati.. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, semoga beliau cepat sihat nanti.. Aamiiinnn YRA.

Noor Azizan said...

As salam. Kagum saya lihat hasil karya seni kek Ita. Semoga Ita sentiasa sihat untuk terus berkarya. Sy sebenarnya salah seorang dari beribu peminat Ita. Tak lengkap rasa nya bila buka computer tak lihat Blog ita.

Liyan Pages said...

kagumnya tengok..terpegun x berkelip..cantik sgt..ya Allah :)

waiem said...

Salam Kak Ita

Terima kasih berkongsi gambar kek yang cantik2. Seronok tengok. Tak dapat makan tengok pon jadi lah.

Semoga terus sembuh dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.

:)

Asz Ariffin said...

Salam kak ita, saya mmg salute dgn akak. Mmg geram n terpesona dgn semua deco kek yg akak buat dan mnjadi sumber inspirasi utk sy wat kek mcm tu. Cuma satu prtanyaan, bentuk bunga yg akak buat tu guna buttercream jenis apa?mohon akak bls. Terima kasih.

zai abDmalik said...

num telefon ada tak nk buat tempahan

zai abDmalik said...

nom telefon

cazamiya said...

first time singgah n follow sini. sangat menarik blog ni.. ya allah, kak ita, teruskan berblogging ye kak ita. cantikk sgt kek itu, btw, jemput singgah n baca entri terbaru syaza tentang kereta idaman

Che Lynn said...

Cantik sgt kek kek tu!

Keladi Betawi said...
This comment has been removed by the author.
lindaza said...

Assalam kak ita..masyaAllah cantik2nya kek akak..untungnya Allah anugerahkan bakat yg tak ternilai pd kak ita dan tq juga xjemu2 "ajar" kami di alam maya ni hehe

Humaira Sweet Home said...

As salam kak ita sangat berbakat lah, kek2 kak ita semua cantik, berseni dan sgt kreatif. Saya pun blaja step by step resepi kak ita. Terima kasih dgn ilmu yg dikongsikan

Powered by Blogger.