Follow if you like

Apr 20, 2015

Bagaimana nak dapatkan kek buttercream yang licin?


Lama ita tak kongsikan DIY kan. Maaflah sebab ita sibuk sangat dan masa memang terlalu mencemburui. Memang tak sempat nak berfoto-foto lama-lama. Lagi pula masalah kaki ita yang masih lagi belum pulih sepenuhnya memang amat-amat membataskan pergerakkan.

Hari ini ita cuba menjawab beberapa pertanyaan yang sering di lontarkan iaitu, bagai mana untuk mendapatkan kek buttercream yang licin dengan penjuru yang tajam.

Ita ni bukanlah pandai sangat, maklumlah ita tak ada guru yang mengajar, kebanyakkan ilmu yang ita perolehi adalah atas permerhatian ita di internet dan juga pembacaan dari buku-buku rujukkan. Tapi pada ita semuanya adalah dari kemahiran dan teknik. Semakin lama kita membuat sesuatu benda tu kita semakin mahir dan semakin tahu selok beloknya. Tapi semuanya kena rajin try and eror.




Ok lah hari ini ita kongsikan bagaimana ita menghasilkan kek buttercream ita. Kek ita tak lah selicin kek-kek kawan-kawan yang dapatkan ilmu dengan guru-guru yang handal. Tapi buat masa ni ita puas hati dengan percubaan ita walaupun sebenarnya masih banyak lagi yang ita perlu gali dan banyak lagi yang ita perlu perbaiki.

Ini adalah cara ita, kalau kawan-kawan nak cuba ita sangat-sangat mengalu-alukan dan sangat-sangat bebesar hati. Mungkin kawan-kawan juga ada teknik atau cara yang tersendiri.


Hari ini ita tujukkan kaedah untuk melicinkan kek buttercream sahaja ya. Sebab kaedah bagaimana nak melayer dan melempa kek ita rasa semua pun dah mahir dan ita juga pernah kongsikan sebelum ini.

Seperti biasa setelah melayer kek dengan frosting atau krim, ita akan salut satu lapisan buttercream nipis pada kek. Kita kena dapatkan dahulu bentuk kek yang rata dan seimbang atas dan bawah. Bila dah dapat bentuk yang ideal, ita akan simpan kek yang telah bersalut buttercream ini dalam peti ais paling kurang 4 jam. Ini adalah bertujuan supaya krim mengeras dan memudahkan proses seterusnya.
* Simpan tempat sejuk sahaja bukan rempat beku

Langkah Pertama, ini adalah untuk melicinkan permukaan kek, kekemasan dan bentuk yang ideal.


Setelah salutan pertama buttercream kita mengeras, kita sapukan pula lapisan ke dua.
Ita lebih suka meletakkan buttercream ita dalam piping bag. Selain ianya mudah untuk ita kendalikan, kaedah ini juga lebih bersih dan kemas.
Paipkan satu lapisan lagi buttercream pada kek
Kemudian dengan menggunakan spatulla, ratakan di keseluruhan kek.
Untuk mendapatkan bentuk kek yang ideal, iaitu sama tinggi bawah dan atas dan juga untuk mendapatkan penjuru kek yang tajam, ita menggunakan cake scraper seperti dalam gambar. Ok ita suka guna scraper yang ni sebab ia tegak, mudah di pegang dan sangat mudah mendapatkan permukaan kek yang licin.
Cara memeggang atau kedudukkan scraper itu adalah betul-betul tegak dan selari dengan lapik kek. Mesti rapat kedudukannya dan dalam keddukan 45 darjah.
Anda hanya perlu pegang scraper sahaja pada sebelah tangan, manakala tangan yang sebelah lagi memusingkan stand cake.
Scraper mesti bergesek dengan lapik supaya mendapat permukaan kek yang rata, bucu yang tajam dan kek yang seimbang.


Ita lebih suka memegang scraper pada tangan kanan dan tangan kiri memusingkan stand kek
Stand cake pula di pusing dari kanan ke kiri
Ulang proses ini sehingga anda betul-betul mendapat permukaan yang licin dan tidak nampak lagi bayang kek di dalam.
Untuk bahagian atas pula, lebihan pada penjuru anda tarik dari luar ke dalam dengan menggunakan spatula.
Buat sampai nampak kemas dan licin.
Bila dah rasa puas hati dengan hasilnya, simpan kek anda dalam peti ais semalaman.
* simpan tempat sejuk sahaja bukan tempat beku


Setelah kek mengeras sepenuhnya, sekarang kita nak melicinkan dan mengemaskan lagi permukaan kek.
Ita lebih suka mernggunakan tisu tangan. Anda boleh guna kitchen towel juga.
Ita lebih suka guna tisu tangan yang dalam peket ni sebab ia lebih nipis. Bila kita lekap pada kek tidak ada lah kelihatan corak pada tisu yang akan tertinggal atas permukaan buttercream kita.
Ambil sehelai tisu
Buka, dan bentangkan atas permukaan kek.
Dengan menggunakan tangan, anda cuma pusing-pusing tangan dalam putaran supaya haba pada tangan dapat meratakan dan melicinkan permukaan kek nanti.
Dengan perlahan dan berhati-hati tanggalkan tisu tersebut


Dengan kaedah yang sama, buat untuk bahagian tepi atau sisi kek
Biasanya ita lipat dua tisu tu, untuk lebih memudahkan.
Gosok atas kek perlahan sahaja dan jangan di tekan ya, cuma layang-layang perlahan sahaja.
Gosok dari atas ke bawah atau dari kanan kek kiri ikut keselesaan
Buat untuk setiap permukaan hingga rata keseluruhannya
Tada... anda dah pun dapat memiliki kek buttercream yang licin permukaannya dengan bucu yang tajam.

Selamat mencuba!


RESEPI BUTTERCREAM

120 gm butter
170 gm susu pekat manis
2 sudu besar golden syrup
330 gm gula icing
2 sudu teh esen vanilla atau perasa yang tidak berwarna

Masukkan kesemuanya dalam mixer dan pukul dengan speed perlahan hingga semua sebati dan bergaul sempurna

400 gm shortening
600 gm creamwell

Campurkan shortening dan cream well dalam adunan butter tadi dan pukul speed sederhana sebentar sahaja. Jangan pukul lama-lama nanti krim lembik

* resepi ni dapat banyak untuk 2 atau 3 biji kek bergantung pada saiz kek. Kalau nak buat 1 kek aje boleh buat setengah daripada adunan
* resepi ini hanya untuk melempa kek , memnuat hiasan tepi kek seperti corak cengkerang, tali dan juga  untuk membuat tulisan di atas kek.
* resepi ini bukan untuk bunga

untuk melihat tutorial di : SINI









50 comments:

Faiz said...

terima kasih puan yang baik hati

Aina said...

Terima kasih ita, ilmu yang sangat berguna bagi saya yang baru nak memulakan langkah pertama dalam bidang baking".

hafiz said...

Terima kasih d atas pencerahan & berkongsi ilmu. Smuga d limpahi rezeki & kesihatan yg baik. Ammiin...

Teratak Qaseh Meriam said...

Tq kak ita..ilmu yg sgt bermanfaat

nurul taqiyah said...

Terima kasih kak ita..ilmu yg sgt2 berguna..alhamdulilkah..moga berkat ilmu dan phala berpnjangan...:)

nurul taqiyah said...

Dh lma tgu kelas dr kak ita..huhu rindu sgt2..moga kak ita cepat sembuh..:)

Nuha Nisrin said...

terima kasih atas perkongsian ilmu k.ita semoga Allah memberkati k.ita amien2.

MamaFaMi said...

Terima kasih Ita sebab sudi share ilmu. Tapi ma rasa, kalau mama buat, still tak de licinnya. Hehehe.. Mama dah redha dah. Hehehe

manisno.7 said...

thanx kak ita.. it is so kind of you. tak ramai org nak berkongsi ilmu mcm ni memandangkan skrg ramai org buat business kelas baking. semoga kak ita dimurahkan rezeki lagi.. amin!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

baru nak komen macam mamafami, hihihi.. sy cuma berbakat memotong kek itu sama besar sebnyk 4 bahagian... heheheh.

Zulinda Kadir said...

salam kak ita... trima kasih share ilmu akk...semoga akk dimurahkan rezeki... kak ita, yang resepi buttercream tu saya x berapa paham... shortening n creamwell dipukul sebati lepas tu apa kak?? dicampur pula ngan adunan kat atas tu ke?? maaf, saya x paham..

Azlita Aziz said...

wasalam, Zu ok akak dah betulkan. maaf ya

Syafik Kamaluddin said...

nice entry. hehe

Tinta said...

kak ita..buttercream ni dpt bnyk mana?

nurul taqiyah said...

Salam Kak ita..kak ita,resepi tu utk melempa (betul ke tak perkataan ni xpasti) kek je atau bleh wat yg lain2 cm bunga ke??

Bai Zura said...

Alhamdulillah..tq kak Ita,moga murah rezeki kak Ita sekeluarga.

farahzurah mohdyusof said...

As slm k.ita.t.kasih atas perkongsian ilmu.sy nak tanye, k.ita simpan kek dlm freezer lps lepa ye?

Nooriah Abdullah said...

terimakasih Ita berkongsi tips dan resepi buttercream tu, insya allah nanti kaknoor nak try juga cara Ita

Siti Asmidah Mahfot said...

assalam kak, saya nak oder kek dari akak la. bagaimana ye?

intan fatihah said...

terima kasih kak ita, mmg tgh mencari2 mcm mn nk licinkn kek :)

fazian batrisyia said...

sy harap sy juga boleh buat kek cantik2 mcm kak ita. selalu berkongsi tip berguna - sgt diperlukan org yg masih belum nampak arah mcm sy. semoga kak ita dikurniakan kesihatan yang terbaik, murah rezeki.

Rifa Abdullah said...

Salam kak ita... saya browse cari buttercream untuk bunga tak jumpa la... k.ita boleh tolong bagi link tak...

mimie ghani said...

akak..tau2 je saya tgh cari tutorial ni.. maceh kak... Semoga Allah limpahkan rahmat buat akak sekeluarga!

Zulinda Kadir said...

trima kasih kak ta... sekarang saya da jadi pembuat kek n penjual kek disebabkn resepi2 kak ita.saya x pergi kelas buat kek,.. smoga setiap rezeki yang saya dapat, Allah lipat gandakan rezeki kak ta..amin

lindaza said...

Assalam ita tq bg tips yg sgt berguna..nk tnya kt mna ita beli scrapper tu hihi

zeera umar said...

Best nye kak ita....tips yang sangat berguna...tq so much.. tapi knape slalu sy buat butter cream cair ye? Kne buat dalam bilik aircond ke?

shuha.zainal said...

salam kak ita MasyaAllah kemasnyaa!

kak ita nk tnya, mcmana kak ita maintain fondant yg akak lilit kt skeliling kek tu kak. sy penah buat xlama kt luar, makin melurut jatuh fondant tu.. at last kena ubah deco bukak terus. xberani dh lepas tu..

Nor Shahidah said...

Salam.kak ita, saya baru ingin belajar buat buttercream macam akak tapi saya google takda resepi buttercream utk buat bunga... tolong saya kak ita bg link or resepi buttercream untuk.bunga... saya perlukan sangat...atau boleh ke buat bunga dgn buttercream ni.... tahan lama tak buttercream ni untuk suhu 30 darjah.. untuk wedding kahwin dirumah.terima kasih kak ita atas ilmu kak ita. Somoga ilmu ini beri kebaikan kak ita hingga akhirat.

dilla zullkifli said...

Nampak senang tp susah gak nk menjadi..huhuu

dilla zullkifli said...

Nampak senang tp susah gak nk menjadi..huhuu

Ella Fifi Fifi said...

Selepas masukan shortening n krimwell, putar speed sederhana n sekejap shj. Nak putar brp lama ya sis...mohon pencerahan.

Supiati Sukari said...

Terima kasih atas perkongsian ilmunya...Semoga allah memberkati puan dan keluarga :-)

Zill Jannah Abdullah said...

Assalamualaikum kak ita, adunan ni bleh guna mcm fondant ke? Bleh tekap2 n ukir?

nini mohd said...

salam kak ita, jenis brand butter apa ye? tq kak ita..

nini mohd said...

salam kak ita, jenis brand butter apa ye? tq kak ita..

Siti Nor said...

Assalam..terima kasih kak ita, sgt berguna untuk new comer mcm sy ni..

Nor Shahidah said...

Assalamualaikum kak ita, saya mohon tnya buttercream ni lepas dh di corakan dan dah dimasukan dalam chiller keras lepas tu keluarkan atas meja kahwin tahan lama tak... Saya tgk berwap2 dan risau cair... Jika suhu 30 Celsius cmne mahu buat..... Terima kasih kak ita.... Di sebabkan kemurahkan hati kak ita berkongsi resepi murah rezeki saya.. Dan saya mohon kak ita halalkan dan semoga rezeki kak ita berlipat kali ganda murah kak ita.... Tolong reply kak ita ke email marasyraf135@gmail.com...

Nor Shahidah said...

Assalamualaikum kak ita, saya mohon tnya buttercream ni lepas dh di corakan dan dah dimasukan dalam chiller keras lepas tu keluarkan atas meja kahwin tahan lama tak... Saya tgk berwap2 dan risau cair... Jika suhu 30 Celsius cmne mahu buat..... Terima kasih kak ita.... Di sebabkan kemurahkan hati kak ita berkongsi resepi murah rezeki saya.. Dan saya mohon kak ita halalkan dan semoga rezeki kak ita berlipat kali ganda murah kak ita.... Tolong reply kak ita ke email marasyraf135@gmail.com...

Noorliah Saidi said...

Assalammualaikum kak..nak tnya buttercream ni blh tahan utk berapa lama...

Noorliah Saidi said...

Assalammualaikum kak..nak tnya buttercream ni blh tahan utk berapa lama...

Nor Shahidah said...

Tlg kak ita reply.. Sy mmg mohon pencerahan kak ita.. Bagaimanapun nak dapatkan buttercream licin... Nak belajar dgn akak jauh sgt di johor saya kl... Kenapa bila masuk dalam chiller cantik siap semua lepas keluar berwap atas meja pengantin... Tolong ya kak ita... Hantar terus ke email marasyraf135@gmail.com pun xpe kak... Sy ble call akak terus... Mekasih kak

asmaini ahmad said...

ita guna unsalted butter ka?

teratai said...

Kak ita.. Sy amat2 memerlukan pertolongan akak.. Buttercream apa yg blh tahan selama 7ari atau lebih bile d sapu pd kek..
Contohnya. Sy buat kek hari selasa dan hias ari tu juga. Customer amik hari ahad..
If xdpt bg detail d sini. Whatsapp sy 0173993528 :)

Farjana Haneef said...

Salam Kak utk recepi ini kalau guna krimwell sahaja tanpa mengunakan shortening boleh ke. Tolong ye kak pls reply saya syahza2@yahoo.com.my or wsp 0176703345. Tq

Farjana Haneef said...

Salam Kak utk recepi ini kalau guna krimwell sahaja tanpa mengunakan shortening boleh ke. Tolong ye kak pls reply saya syahza2@yahoo.com.my or wsp 0176703345. Tq

Azlita Aziz said...

Nor sahidah ~ buttercream ni tahan lama jika di simpan dalam peti ais. Jika kek dah di deco , simpan dalam peti ais ia tahan seminggu. Cuma kena pastikan kek yang di gunakan juga tahan untuk seminggu, kerana ada sesetengah kek hanya bertahan selama 3 hari sahaja. Lepas tu kek akan berkulat

Azlita Aziz said...

Farjana ~ jika tidak menggunakan shortening, buttercream akan menjadi terlalu lembik nanti. Mungkin sukar untuk di lempa pada kek dan mudah lembik pada suhu bilik

Sithra Jega said...

Hi..very good tips..thank you for your sharing..keep sending

Celine Sookling said...

Hi kak Ita, buttercream ni tahan panas tak.

Unknown said...

Assalam..Thanks kak sharing knowledge to everyone..nak tanya kalau utk buat buttercream coklat guna resepi akak ni boleh add on serbuk koko je ke or kena guna resepi lain?

Powered by Blogger.