Follow if you like

Feb 7, 2015

Red Pearl Cookies biskut yang sedap sangat...


Assalamualaikum.. semua

Tak lama lagi kawan-kawan kita yang berbangsa Cina akan menyambut tahun Baru Cina. Pasti ramai yang sibuk menyiapkan cookies untuk di hidangkan pada hari tahun baru nanti.

Teringat ita akan kawan-kawan di alam persekolah. Ita ni ramai kawan-kawan bangsa Cina, baik di sekolah rendah.. sekolah menengah, kawan sepermainan, kawan di tempat kerja mahupun jiran tetangga. Tapi setelah lebih 20 tahun meninggalkan alam persekolahan.. ita hanya ingat nama kawan-kawan ita yang di sekolah rendah sahaja.. sepertia rakan baik ita Chong Wei Ching, Chu Cuan Eng, Phillips, Dorris, Chan Kid Mei dan Hang Li Sha,  hihi maaflah ya pada kawan-kawan di sekolah menengah.. sebab ramai sangat.. pastu nama masing-masing pelik-pelik jadi ita memang susah nak ingat.. ita hanya ingat Choi Har aje.. itu pun sebab dulu ita suka tengok dia sebab muka dia cubby , pipi dia bulat macam nak picit-picit aje... dia ni tegas dan garang maklumlah ketua pengawas.. tapi dengan ita dia baik.... hihi

Seronok kan kita hidup di Malaysia yang pelbagai kaum. Kita bukan sahaja dapat mengetahui serba sedikit budaya mereka malahan kita juga dapat belajar beberapa bahasa ibunda masing-masing.

Yang sangat seronok bila tiba hari perayaan, cikgu ita Puan Chee selalu bagi kami limau mandrin dan ang pow.. seronok sangat masa tu.. kadang simpan angpow yang cikgu bagi bawah bantal.. kalau ada ong harap-harap dia bertambah.. hihi kalau tak ada ong dengan angpow-angpow sekali pun hilang..




Kenangan suami ita sewaktu zaman persekolahannya tak kurang juga lucunya... Suami ita ni dia suka kongsikan kenangan lama-lama dia dengan anak-anak.. katanya " yang baik jadikan panduan yang buruk.. jangan ikut.." hihi
Suami ita belajar di MRSM Muar, Johor. Mereka adalah first batch MRSM Muar pada masa tu.. Menurut suami ita asrama pelajar lelaki berdekatan dengan kubur Cina.

eeee... tak takut ke ayah? sampuk Dalili
Kenapa nak takut?
Kubur kan ada hantu... Cina yang lompat-lompat tu.. terkebil-kebil mata Dalili
eish... hantu yang takut dengan kita orang.. kata ayah sambil tergelak mungkin terkenang kenangan lucu bersama kawan-kawannya..

Munurut suami ita.. beliau dan rakan-rakannya selalu lepak di kubur Cina tu bila ponteng kelas atau kata budak-budak asrama Fly
uiiii... nakal juga suami aku ni.. bisik ita dalam hati..
Paling seronok melepak selepas tahun Baru Cina.. sambil melepak sambil dok makan buah limau mandrin..

eeee... hantu tu tak marah ke ayah makan buah limau dia..? beriya-iya Dalili nak tahu..
eh! tak lah.. kata ayah
Kita kan geng... siap bagi-bagi lagi..

Badan: 1 utk engkau, 1 utk aku. 2 utk engkau, 2 utk aku. 3 utk engkau, 3 utk aku. errr... lepas tiga no brapa ar??
Nyawa: Hentam sajalah...
Badan: Hentam sajalah utk engkau, hentam sajalah utk aku. Lepas hentam sajalah??
Nyawa: Bedal daa...
Badan: Bedal daa utk engkau. Bedal daa utk aku. Lepas bedal daa??
Nyawa: Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa!!
Badan: Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa utk engkau. Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa utk aku.
Nyawa: Aku bagi kan lah...
Badan: Aku bagi kan lah utk engkau. Aku bagi kan lah utk aku...
Nyawa: Ei, ko nak mampus ye??
Badan: Ei, ko nak mampus ye utk engkau. Ei, ko nak mampus ye utk aku.
Nyawa: E-eeiii... dia ni....
Badan: E-eeiii... dia ni....utk engkau. E-eeiii... dia ni.... utk aku.

Kata ayah sambil mendialogkan watak Badan dan Nyawa dari filem Pak Belalang..

aiiii.... ayah ni main-main lah.. kata Dalili bila dia tahu ayahnya kelentong..


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi biskut raya yang enak! Sedap sangat biskut ni. Ita buat semalam.. mula ingat nak buat kudapan anak-anak bila menonton rancangan Maharaja Lawak semalam.. Tak sempat.. sekali hadap dah licin..

Bagi pengemar cornflakes anda harus cuba.. Tapi pada ita harus ita kurangkan sedikit gula kerana pada tekak ita sedikit manis. Pada selera nak-anak dah teramat sedap dah tu.. Jom kita intai resepi..


RED PEARL COOKIES
Resepi Oleh : Jaja FnR
Rujukkan : Zack Zachoes


150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang 


Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi

Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.









31 comments:

sayamyzatulieya said...

Kak butter tu buttercup yer kak

Azlita Aziz said...

Tak kisah lieya, butter boleh, buttercup boleh, margerine pun bole

Jeram Manir said...

Kena buat ni, sedap...

Azwar Syuhada said...

Dah lama tak makan kuih ni :)

Jeram Manir said...

Nampak sedap biskut ni.. kena cuba. Tapi lagi sedap cerita hantu cina lompat-lompat tu!!!

syira yaya said...

Sedapnyaaa :) :)

Aza/Rin/Na said...

...tabik spring la Ita ... mmg tak payah dah beli buku2 resepi kat majalah2 ke ... your's perfecto!

Juls Julie80 said...

Assalam kak...sedapnyer biskut tu..

tp nak request kat akak ni...nak mintak akak gelapkan sikit warna font.. x puas baca sbb kene tgk satu2... hehehe

Veronica Ng said...

Your cookies look so beautiful and I really like the bright red cherries that stood out from the cookies.

Nana said...

kak ita...terima kasih ya share resepi yang sedappp nii..

:)

Azie Sanimin said...

dah lama xmakan biskut ni..terima kasih kak Azlita atas resipi..mudah2an Allah murahkan rezeki akk sebab akk suka kongsi resipi...hihihihi

hani zaha said...

senangnya kak ita...tak payah pukul guna mixer pun ek..nnt nak try la, tapi tak buh cery kot sebab kami tak gemar ceri hihihi

Aqilah Azmi said...

OMG SEDAPNYA!!!

Hayati Sakaria said...

tetiba rasa naka makan biskut.. pos kat saya sikit. :D

Ann Anne said...

cantik!! rasa nk cube lah nnti bila ada masa nanti..

humairah shariff said...

rasanya ms sy skolah form 1-2 dlu kelas masak kemahiran hidup, biskut ni dipanggil nama Biskut Batu Karang

fazianbatrisyia said...

Menarik ni. bole cuba bila ada kerajinan sbb semua bhn da ada...

Gadis Nikon said...

Hurmm nti buat jgn lupa bg ak..nk rasa..ngidam ni

Syaiyatul Hajar said...

Kak..kalau bakar biskut..api atas bawah ke...atau api bawah??

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

Nak cuba nanti...terimakasih resepinya!

shan zain said...

Klu gula tu nak kurang Kan berapa sukatan nyer Sis Azlita

missterebozudotdot said...

kak.. sy nak tny boleh? sy follow akak punya adunan tapi kena tak rangup? rasa mcm lemau..rasa ok..sedap..cuma x rangup

umikelly said...

Alhamdullilah sy dah try. menjadi. cuma bezanya sy masukkan dlm cup. thanks sis share resepi ni :)

chefmoh said...

its awesome!! simple and home friendly!! Prefect for working couples weekend bonding sessions :)

zarra said...

Sis.. Nak tnya tepung gandum guna yg biasa or guna tepung blue key

Iela Fazielah said...

Kak...dah buat..sgt sedap....sy kongsi resepi akak kat blog saya ye..tq

nurul aziyana said...

dh buat..senang sangat dan sedap sangat

Sall Farina said...

dah buat.,memang sedappp.,dah 2x buat.,bile makan 1 rse nk makan lagi dan lagi dan lagi.,hahaha! Thank you for the recipe kak ita :D

Julie M said...

Thank you so much utk resepi ni...mmg sedap

Rohaiza Abd Rahman said...

Kak Ita adunan tu dpt berapa biji ya?

Azizan Ali said...

Kena bakar lama sikit..35 ke 40min 150 celcius

Powered by Blogger.