Follow if you like

Feb 20, 2015

Karipap yang rapuh dengan inti daging yang sangat sedap!


Ada yang  mengelarnya karipap ada juga yang memanggilnya epok-epok. Bagi anda yang tinggal di Johor pasti ada yang pernah dengar kuih ini di gelar tepung bawang.
Ita dan keluarga lebih selesa memanggilnya sebagai tepung bawang. Entahlah... tapi itulah nama kuih yang di perkenalkan oleh emak dan arwah nenek masa ita kecik-kecik dulu.. Kenapa ianya di namakan tepung bawang.. hingga kini ita sendiri tidak lagi mendapat jawapannya..

Karipap atau epok-epok adalah kuih yang menjadi kesukaan ita. Ita sukakan yang intinya kentang atau keledek.. lebih enak dan nyaman lagi jika ada tambahan daging di dalam intinya dan lebih pedas sedikit daripada biasa. Pasti berkeping-keping ita makan tanpa jemu.. bertambah rancak bila dapat menikmati karipap dengan pastry yang rapuh dan rangup.



Ada yang menyukai karipap pusing.. Bagi ita pula ita lebih suka karipap tradisional yang lebih rapuh dan lebih enak. Karipap pusing bukan ita tak suka.. tapi tak boleh makan banyak kerana cepat muak dengan pastrynya yang lebih menyerap minyak.

Ita suka mencuba bila terjumpa resepi yang baru.. yang ada kelainan. Kerana semakin banyak kita mencuba.. semakin banyak yang kita pelajari dan kita juga semakin mahir dan yang paling utama kita lebih bijak menilai resepi yang terbaik!


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi karipap yang sangat sedap!
Bukan sahaja intinya yang enak bangat..
Pastrynya juga sedap, enak dan rapuh tapi tidak sampai rapuh berderai. Pastrynya mudah untuk di klim dan mudah juga di bentuk. Pastry karipap ini bila karipap dah sejuk pun ia masih rapuh lagi.. walaupun seharian di bawah tudung saji.
Apa yang uniknya karipap ini adalah kelainannya meletakkan jus limau kasturi dalam adunan doh. Hingga kini ita tidak tahu apakah fungsi limau kasturi yang di letakkan dalam adunan doh.
Resepi karipap ini ita ambil dari blog Amy. Apa yang menarikya resepi karipap ini adalah hasil gabungan daripada beberapa resepi yang terbaik, Amy dengan bijak menyuai padan antara pastry yang terbaik dan inti yang sedap dan menjadikan karipap ini lebih deboooommm... cair di mulut dan ... terlajak laris.. gituuu...
Bagi anda yang sukan karipap apa tunggu lagi.. jangan lupa mencuba resepi terbaik ini


KARIPAP RAPUH DAN INTI DAGING
Resepi Olahan : Amy


Sebelum kita buat karipap, kita kenalah sediakan dahulu intinya. Jadi.. sementara nak tunggu inti karipap ini sejuk, bolehlah kita sediakan pastry karipap pula. Ita suka sangat inti karipap ni.. Sedap sangat gabungan antara kentang, keledek oren yang manis dan lembut bersama juga daging cincang. Resepi inti ini lebih kurang sama dengan resepi Karipap Daging oleh Quinnie yang ita pernah kongsikan di SINI , tapi masih lagi ada sedikit kelainan. Menurut Amy resepi asal adalah dari ibu Asnawi. Resepi ini kemudiannya di kongsikan pula oleh Chef Azli Razali di blognya. Asnawi adalah anak murid Chef Azli dan Asnawi telah kongsikan resepi karipap ibunya yang sedap untuk di rasai oleh Chef. Bila Chef rasa memang sangat sedap katanya dan chef pun kongsikan untuk kita semua mencuba. Tapi Amy telah mengubah suai sedikit resepi dengan menambahkan sedikit gula, daun sup dan daun bawang serta beberapa ulas bawang putih yang menjadikan inti ini lebih enak! terima kasih buat Amy , Chef Azli dan juga kepada Asnawi yang sudi kongsikan resepi inti karipap yang sangat sedap ini.
Jom kita intai bahan-bahan untuk inti karipap ni

INTI KARIPAP DAGING, KENTANG DAN KELEDEK
Resepi olahan oleh : Amy


Bahan asasnya mestilah kentang dan keledek. Dalam resepi Amy mencadangkan keledek kuning. Ita pula tak ada keledek kuning sebaliknya ita menggantikan dengan keledek oren yang lebih manis rasanya.
Keledek dan kentang kita kupas kulit, kemudian di dadu kecil. Cuci bersih dan toskan airnya. Ita hanya membuat 1/2 daripada resepi asal. Dan resepi yang ita kongsikan ini juga ita dah kurangkan kepada 1/2 adunan.. itu pun dapat banyak juga, boleh simpan dan frozenkan.


4 biji kentang ~ kupas dan potong dadu
2 biji keledek oren yang sederhana besar ~ kupas dan potong dadu
1/2 cawan daging kisar
1 peket rempah kari BABAS yang peket kecil anggaran 3 sudu besar
1 tangkai daun kari
2 tangkai daun sup dan daun bawang ~ di hiris
2 1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa  

Bahan Kisar

3 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
1 labu bawang besar / 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ~ di rendam lembut ( ini kalau nak rasa inti yang pedas )


Panaskan minyak dalam kuali
Campurkan bahan kisar bersama daun kari dan rempah kari hingga menjadi pes.
Kemudian tumis bersama minyak yang telah di panaskan hingga garing dan harum
Masukkan daging dan masak hingga daging empuk
Masukkan kentang , keledek dan air dan masak hingga kentang dan keledek empuk
Perasakan dengan garam dan gula
Masak hingga kering
Angkat dan toskan minyaknya


PASTRY KARIPAP
Resepi Olahan : Amy

500 gm tepung gandum
170 ml minyak jagung
250 ml air ais atau air sejuk dari peti ais
1 sudu teh garam halus
1 biji jus limau kasturi


Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun
Sementara itu kita panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
Berhati-hati tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.
Berhati-hati ya minyak masih panas, gunakan senduk kayu untuk kacau adunan rata-rata hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit garam
Kemudian tuangkan air sejuk dari peti ais, jangan tuang semua air tu ya, tuang sikit-sikit.
( sukatan air tidak di gunakan semuanya, ianya bergantung pada kesebatian doh, bila dah sebati tak perlu tambah air lagi )
Kacau adunan rata.
Perahkan jus limau kasturi dan uli adunan hingga lembut dan tidak melekat di tangan. Doh biar ia keras sedikit ya, sebab tu jumlah air tidak di masukkan semua.
Kemudian masukkan doh ke dalam bag plastik yang bersih dan tidak bocor
Bungkus kedap dan perap doh selama 15 minit, supaya doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut dan elastik


Selepas 15 minit, keluarkan doh dari plastik dan bulat-bulatkan doh sebesar guli, anggaran berat setiap doh 25 gm
Masukkan semula doh dalam plastik dan perap lagi selama 15 minit
Setelah di perap bolehlah kita mulakan proses membuat karipap.
Canai doh, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Jika menggunakan mesen pengelek, setkan pada no 3 untuk ketebalan yang sempurna.
Terap doh dengan menggunakan alat penerap. Jika nak membuat karipap bentuk bulat kena terap dengan acuan bulat dan anda perlukan 2 keping untuk 1 karipap.
Letakkan inti, kemaskan tepinya dan klim kan tepinya kemas.
Susun di atas dulang yang telah di taburkan sedikit tepung.
Jika menggunakan acuan karipap yang separa bulatan anda hanya perlu letakkan doh yang telah di canai pada acuan karipap, letakkan inti dan tutup acuan, maka terhasillah karipap separa bulatan.
Buat sehingga habis semua adunan doh
Kemudian bolehlah di goreng.

Kaedah Mengoreng Karipap :
Panaskan minyak, tapi tidak boleh terlalu panas.
Minyak yang terlalu panas membuatkan permukaan karipap mengerutu atau berbenjol-benjol
Tapi minyak juga tidak boleh tidak panas kerana karipap akan menyerap minyak membuatkan terasa muak bila di nikmati.
Jadi pastikan minyak sederhana panasnya.
Biarkan ia kuning keemasan di sebelah bawah baru balikkan 
Bila dah betul-betul masak baru angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.
Bagi anda yang nak jadikan karipap frozen, atau jika jumlah karipap yang di buat terlalu banyak dan tak habis untuk di goreng semuanya, anda boleh simpan dan boleh di goreng semula pada keesokkkannya. Atau jika anda nak simpan untuk di hidangkan pada tetamu yang datang ke rumah, anda boleh juga simpan dengan kaedah frozen juga. Atau jika anda nak membuat jualan karipap frozen ada 2 kaedah atau cara bagaimana nak frozenkan karipap.


Kaedah Pertama :
Karipap yang telah siap di kelim dan di letakkan atas dulang, anda masukkan dalam peti ais paling kurang 3 jam supaya ia keras dan mudah untuk anda menyusun dalam bekas nanti.
Sediakan plastik yang telah di potong mengikut saiz bekas menyimpan
Susun karipap dalam bekas dan lapiskan dengan plastik pada setiap lapisan susunan karipap supaya ia tidak melekat-lekat dan memudahkan anda mengeluarkannya nanti bila hendak mengoreng.
Tutup bekas kemas dan simpan dalam peti ais pada bahagian beku jika anda nak menyimpan dalam masa yang lama. Jika anda nak goreng keesokkannya anda hanya perlu simpan di ruang chiler sahaja dalam peti ais.

Kaedah mengorengnya pula :
Panaskan minyak tapi jangan terlalu panas.
Keluarkan karipap dari peti ais, tak payah tunggu ia lembut ya.. terus sahaja masukkan dalam minyak
Dia akan lembut dalam minyak yang hangat
Biarkan ia kuning keemasan di sebelah bawah baru balikkan 
Bila dah betul-betul masak baru angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.


Kaedah Kedua :
Karipap yang telah siap di kelim dan di letakkan atas dulang.
Panaskan oven suhu 170C
Masukkan karipap dalam oven dan bakar sebentar selama 5 ~ 10 minit sahaja
Biarkan ia sejuk sebentar, kemudian terus susun dalam bekas
Tutup bekas kemas dan simpan dalam peti ais pada bahagian beku jika anda nak menyimpan dalam masa yang lama. Jika anda nak goreng keesokkannya anda hanya perlu simpan di ruang chiler sahaja dalam peti ais.

Kaedah mengorengnya pula :
Keluarkan karipap dari peti ais
Tunggu ia lembut sebentar
Sementara itu panaskan minyak , tapi jangan terlalu panas
Gorengkan karipap yang lelah lembut tadi
Biarkan ia kuning keemasan di sebelah bawah baru balikkan 
Bila dah betul-betul masak baru angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.







44 comments:

EAT,MAKE,READ said...

Cara buat doh sama mcm mama buat ^^

syira yaya said...

Comel karipap bulat-bulat:)

Gee® said...

Ita!bak nk sepiring karipap montel tu...terlior dibuatnya...

Aqilah Azmi said...

peh peh TT_TT
menangis and meleleh air liur ni hee~~~

Ummiakid @ lily said...

harus cuba resepi yang sis ita kongsikan ni sebab karipap ni makanan kegemaran seisi keluarga. Cukup penerangan yang sis nyatakan...TQ atas perkongsiannya... :)

Anantara said...

Comel betul karipap tu! Ita, kentang & keledek tu anggaran berapa gram? Di tempat saya tinggal, kentang & keledek nya besar2 belaka...heehee...jadi kalau Ita boleh kasi beratnya dlm gram, lebih mudah. Terimakasih, Ita!

Enjaafiqah said...

Cantiknya karipap ni terliur menegoknya

NEKCIK said...

Betol lah Ita..nekcik pun tak gemar karipap pusing..tapi nekcik selalu fail bila tang kulit tu..inti dia takpe..insyaallah ..sesuka hati..nekcik suka karipap keledek udang kering..insyaallah nekcik nak cuba kulit karipap niii..tkasih Ita

galaksibimasakti said...

Woww..tksh kongsi. Dh lama cari resepi karipap yg sdp mcm ni dan kaedah2 yg ita sebut tu. Tksh byk ye. Semoga ita dimurahkn rezeki..aminn

galaksibimasakti said...

Woww..tksh kongsi. Dh lama cari resepi karipap yg sdp mcm ni dan kaedah2 yg ita sebut tu. Tksh byk ye. Semoga ita dimurahkn rezeki..aminn

galaksibimasakti said...

Woww..tksh kongsi. Dh lama cari resepi karipap yg sdp mcm ni dan kaedah2 yg ita sebut tu. Tksh byk ye. Semoga ita dimurahkn rezeki..aminn

amyra said...

K.ita adakah karipap garing tu akan rasa limau ke tidak?

sumysya said...

best..best best...tq 4 awesome tips utk frozen tu,,mmg tip top

Rai Ellyn said...

sedapnye...
macam arwah atuk dulu buat

ColourFulsara a.k.a LukisLukih said...

Bestnyaaaa😍😍😍

vanilla@coco said...

Thankyou..sedap sangat...resepi menjadi..terbaik... !!

zainah mukhtar said...

Salam kak ita...saya dah cuba resepi ni.Memang senang dan sedap.Siap buat jual lagi.Terima kasih kak.

Aida Nureen said...

.terliur sy tengok karipap yg comel2 nih..hihihi...mohon share dn cuba resepi ni ye kak ita...tak sabar nk membuatnya...

Aida Nureen said...

assalamualaikum kak Ita..


mohon share ye resepi karipap yang comel lotey nih plk ye..pernah gak cuba resepi2 yang lainnya..tk mengecewakan ..mmg best...thumbs up kak......tak sabar nak mencubanya yg nih plk....tq ssgt..

siti rohana said...

Mohon share

danial ashraf said...

pandai nya ita buat.sedap nmpak

Najihah Abdul Mutalib said...

mesti cuba resepi ni..tgk pun dh nampak sedap..anak2 saya suka sangat mkn karipap..

May Sapar said...

Tq utk resepi.. <3

Azmi Sultan said...

Can we order . Pl text me . 0122045566

Pin Biru said...

Wow nampak sedap

Siti Atiqah Noordin said...

Klu guna minyak masak biasa untuk doh tu bole xl

Yuhaniz Yahaya said...

Resepi yg dikongsi oleh Azlita memang sedap2. Saya juga telah cuba beberapa resepi lain..

Suriati Mokhtar said...

Mengiurkan karipap ni...
Saya mohon share yer...
kredit to blog kak ita...

Suriati Mokhtar said...

Resepi yang menarik dan mengiurkan.. hehe
Mesti cuba...

Saya mohon share resepi ni yer kak ita..

Peugoet Abraham said...

Nampak sodap, cadangan utk menambah rasa, masukkan bawang besar sebagai salah satu bahan inti, potong dadu. Belum cuba belum tahu

ghebor lepok said...

Kalo limau kasturi tk de, blh ganti limau len tak

ghebor lepok said...

Kalo limau kasturi tk de, blh ganti limau len tak

Mamairfan said...

Yes ....ais dan jus limau....menjadikan pastry garden. ..yummy! !

abi said...

Sedapnya... mohon nak guna resepi ni... minta halal ye... ingat nk wat niaga... InsyaAllah... kalo rezeki murah... sy sedekahkan pada masjid... atas nama tua punya resepi. Aamiin.

Haliza Md Diah said...

Terima kasih.
Resepi baru pastry karipap campurkan jus limau. Pasti akan dicuba...

Zai Akmal said...

Saya dah cuba pastri karipap ni..memang sedap sangat. Terima kasih azlita.

Zai Akmal said...

Saya dah cuba pastri karipap ni..memang sedap sangat. Terima kasih azlita.

Datin Sitie said...

comel karipapnya...

Nur Habibah Ibrahim said...

Wow.. Nak try nih..

ida nefina said...

saya dah try resepi doh yg puan bagi ni, alhamdulillah saya rasa resepi ni betul dan terbaik. cuma sy tambahkan dua sudu besar mentega. rapuh dan rangup walaupun dah sejuk. tq puan.

maryann990 said...

Nak guna air ape ye?..

Carolyne Cindy Nadin said...

Thank you sbb share resipi ni. Baca entry ni pun dah rasa sedap sgt karipap ni. InsyaAllah akan cuba buat sendiri ☺️

Anisah Abd Rahman said...

nak tanya...ada beza tak klu guna minyak saji dan minyak jagung?

♥ Ini Adalah Tg NurFatin Fatihah Tg Yacob Belog ♥ said...

assalamualaikum kak sy ambil ya resepi untuk buat 😘😘 Minta di halalkan tq 😘😘😘❤️

Powered by Blogger.