Follow if you like

Jan 8, 2015

Lala Pedas




Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat semua..
Dah bersedia nak berperang di dapur hari ini..?
Pasti para ibu masing-masing dah mula buka peti ais mencari apalah yang hendak di masakkan untuk hari ini.

Hari ini ita masak lala.
Lala adalah kesukaan anak-anak ita. Suka sangat lah mereka meratah lala ni. Kerap kali juga ita sediakan lala untuk keluarga. Dah bermacam-macam juga resepi lala yang ita cuba.. semua enak dan sedap-sedap belaka. Mana tahu sedap..? emmm.. kalau dah licin pinggan tak bersisa maknanya sedap sangat lah tu... ^_^

Hari ini sekali lagi ita sediakan lala untuk keluarga tersayang. Tapi kali ini ita cuba resepi dari Dapurku Sayang yang dah lama sunyi sepi. Mana lah Dayang menghilang.. sihat ke dia...? merajuk ke dia...? letih ke dia melayan kerenah dunia blog yang bermacam ragam..
Walauapa pun.. ita doakan semoga Dayang dan juga rakan-rakan bloger yang dah lama sunyi.. agar tahun 2015 ini dapat membuka semangat baru buat mereka untuk bangkit semula dan terus berblog..
Rindu rasanya dengan rakan-rakan yang dahulu sama-sama memasak, berkongsi resepi dan berkongsi rasa....


Dayang juga adalah antara otai dalam dunia masak alam maya ni. Beliau yang tak lokek berkongsi tip dan petua memasak sangat di senangi semua... Ita cukup kagum dengan kehebatan beliau membuat kek. Kek Dayang cantik-cantik dan sedap-sedap belaka... maka tak hairanlah jika nama Dayang sering kali meniti di bibir pencinta makanan..

Bercakap pasal otai.. hari ini juga merupakan hari ulang tahun otai kesayangan ramai dalam dunia blog terutamanya blog masakan. Bakat dan kebolehan beliau memang tidak dapat di sangkal lagi.. Idola kesayangan ita dan kesayang semua ini menyambut ulang tahunnya hari ini.. 8 Jan 2015. Selamat ulang tahun Che Mat, semoga Allah merahmati kehidupan Mat, di berikan kesihatan yang baik... senantiasa di murahkan rezeki.. dilimpahkan dengan kasih sayang dan senantiasa ceria dan bahagia selalu..

Rasanya belum terlewat juga untuk ita merakamkan ucapan tahniah dan selamat ulang thun buat blog Sinar Kehidupanku yang menyambut ulang tahun yang ke 5 tahun.. Alhamdulillah.. diam tak diam dah 5 tahun blog Sinar Kehidupanku bersiaran... Bukan mudah nak bertahan dalam dunia blog ni tau! macam macam cabaran dan dugaan yang terpaksa di tempuhi.. selain melayan masam manis dunia blog. Taniah buat Yatie pelopor di sebalik Sinar Kehidupanku..

Di kesempatan ini ijua ita nak merakamkan ucapan tahniah kepada kak Noor dari Bicara kak Noor di atas penerbitan buku masak ke dua beliau.. tahniah kak Noor. Siapa kata jadi blogger buang masa sahaja..? kejayaan demi kejayaan yang di raih oleh blogger masakkan membuktikan bahawa berblog bukanlah kerja yang sia-sia.. jika pandai merancang insyaallah bukan sahaja dapat pulangan di dunia malahan kita juga dapat mengumpul saham di akhirat....

LALA PEDAS
Resepi Oleh : Dj Dayang Jack

1/2 kilo lala ~ cuci bersih
1 sudu besar cili giling
5 biji cili api ~ di ketuk
3 ulas bawang putih ~ di ketuk atau hiris halus
1 cm halia ~ di ketuk atau hiris halus
1 batang serai ~ diketuk
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 helai daun limau purut ~ di siat-siat atau hiris halus
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap manis
sedikit daun bawang atau daun sup ~ di hiris ita letak daun ketumbar
sedikit garam
minyak untuk menumis

Tumis bawang putih, halia dan cili giling hingga terbit bau.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan daun limau purut.
Kacau sebati.
Masukkan lala dan sedikit air.
Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan garam.
Hidangkan setelah masak.

2 comments:

Fadhilah Izaraee said...

sedapnya kak...wajib cuba ni.

Ren Misaha said...

Sedapnya... Lama tak makan lala. nak cuba masak jugalah nanti. saya nak jadikan blog azlita masam manis ni sebagai rujukan masakan saya. tq azlita..

Nak tips kesihatan dan kecantikan secara online, jemputlah singgah ke blog saya www.jomlawa.com

Powered by Blogger.