Follow if you like

Jan 19, 2015

Kenapa saya kerap sakit sekarang..


Aku tanya apa khabar?..
Pasti semuanya sihat-sihat belaka..
Ita, macam ni lah.. kesihatan tak berapa baik sekarang.. tapi macam mana pun tugas mesti berjalan seperti biasa.. cuma agak perlahan sikit lah.. Tak boleh ligat macam selalu.. Tapi Alhamdulillah.. masih sihat.

Ramai juga yang bertanya khabar.. Ada yang tanya kenapa asyik tak sihat aje kan ita ni sekarang.. Nak buat macam mana Allah nak uji kita.. terima dengan redoh dan sabar..

Semalam ita pergi klink lagi. Ubat yang doktor bagi hari tu dah habis. Tapi ita masih rasa tak berapa segar badan ni.. Lepas tu ita kena pula sakit pinggang. Susah nak bangun duduk. Ada macam satu urat yang tegang yang menjalar dari tengkuk ke betis sampailah ke hujung kaki. Ita juga dah tak boleh sembahyang berdiri.. ita sembahyang duduk aje.. sebab susah nak bangun duduk dan ita tak boleh nak rukuk sebab pinggang ita sakit sangat...


Beberapa hari yang lalu bila ita tidur malam kaki ita kerap di serang simpul biawak. Biasanya ita kena serang simpul biawak ni ketika ita mengandung. Tapi sejak dua menjak ni dia kerap benar menyerang ita ketika ita tidur. Kadang terjerit-jerit ita tengah malam bila kena simpul biawak ni. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu..

Nak kata sejuk, ita tidur sekarang memang tak bukak aircond, tapi masih lagi di serang simpul biawak. Mungkin ini adalah akibat ita kekurangan darah merah, ita pun tak berapa pasti.
Ita ni mengalami kurang darah bukanlah baru. Seingat ita ita kena tekanan darahh rendah atau kurang darah merah ni selepas ita melahirkan anak yang pertama. Lepas bersalin anak sulung ita memang kerap pitam. Pernah ita jatuh pitam sampai tempat sidai telekung ita patah dua, bila ita terjatuh ke atasnya. Mujur lah tak apa-apa masa tu..

Belum sihat betul ita dah mengandung anak yang ke dua pula. Lebih memburukkan lagi keadaan. Selalu lah ita kena marah dengan doktor sebab ita kurang darah. Tapi ita pun tak tahu nak buat macam mana.. Bila mengandung ita biasalah morning sickness, tak boleh makan apa.. semua habis di keluarkan.. sampai lembik badan di buatnya..

Lepas bersalin anak yang ke dua.. doktor pesan supaya ita tak mengandung lagi hingga tekanan darah ita betul-betul ok! Lama jugaklah kan 6 tahun ita tak mengandung. Bila ita nak hamil lagi, doktor bagi ita ubat supaya subur dan tambah darah. Habis sebotol ubat tu barulah ita mengandungkan Dalili.

Lepas, bersalin Dalili ita memang kerap sakit. Selalu nak pitam, gelap mata dan kadang bila ita bawa kereta tengahhari nak ambil anak sekolah, mata macam berpinar-pinar.. macam ada cahaya dalam mata ni yang buatkan ita sukar nak memandu waktu itu, kerana ia menganggu penglihatan. Bila ita rujuk pada doktor, mulah doktor scan kepala takut-takut kalau ada apa-apa ke kan kat kepala ita ke.. sebab ita kerap pening kepala, migrane dan kerap pitam. Tapi memang tak ada apa-apa pulak. Doktor cadangkan ita dapatkan rawatan perubatan tradisional atau rawatan secara Islam.

Ita ni dulu memanglah tak percaya sangat dengan perubatan tradisional atau kaedah rawatan Islam. Sebab ita tak nampak kaedah rawatan yang mujarab dan berkesan.. lagi pula ita bimbang jika tersasar.. Akhirnya ita buat rawatan akupuntur, namun rawatan akupuntur juga tidak berapa berkesan.. namun masih lagi ada kesan-kesan yang baik.

Tahu tak.. yang menghairan kan ita.. sewaktu ita menunaikan umrah, ita tak pula kena sakit kepala atau pitam waktu di sana, walaupun cuaca di sana pada waktu itu sangat panas. Ita rasa segar sangat di sana.. cuma masa tu ita batuk aje lahkan.. tapi batuk ita tu memang ita dah bawa dari Malaysia lagi..

Emm.. selain ita kerap sakit kepala, ita juga kerap sangat batuk.. Batuk ni memang macam payah nak baik.. rasanya macam batuk sepanjang tahun.. Sampai suatu masa , ketika ita berada di depan Kaabah, ketika nak solat.. mungkin melihatkan ita yang asyik batuk aje kan.. adalah seorang wanita Arap tegur ita dan dia berikan ita ubat.. dia suruh ita makan ubat tu.. dia ambilkan ita air zam-zam dan suruh ita minum.. Lepas tu memang kurang sikit batuk ita.. tapi hari terakhir sebelum pulang, ita kena demam dan batuk semula hinggalah ita balik Malaysia.

Sebenarnya masa di sana ita juga adalah mohon pada Allah supaya berikan ita kesihatan yang baik.. dan ita minta tunjukkan apalah permasalahan yang ita hadapi. Bila balik Malaysia.. ita mula lah dapatkan rawatan Islam. Ita ada jumpa beberapa ustaz untuk mendapatkan rawatan.. ada yang ok tapi ada juga yang macam mencurigakan. Tapi rata-rata jawapan permasalah adalah sama.. Ramai ustaz yang kata ita kena sihir.. Batuk yang ita kena ni pula katanya adalah santau angin..

Kata orang mimpi adalah mainan tidur.. Tapi kadang-kadang mimpi kita buatkan kita kerapa berfikir.. macam ada yang tersurat dan tersirat dalam setiap mimpi yang ita alami. Dulu ita memang tak ambil endah pasal mimpi..  Kerap ita bermimpi bermain dengan kanak-kanak kecil. Kadang ita mimpi menyusukan baby.. Mula ita rasa sebab ita ni teringin sangat nak baby lagi.. tu yang terbawa hingga ke dalam mimpi.. Tapi bila mimpi tu macam berulang-ulang dan boleh di katakan setiap malam ita rasa macam pelik pulak..

Selain mimpi bermain dengan budak kecik dan kerap menyusukan baby, ita pernah mimpi ular. Ada suatu ketika ita mimpi ita terpaksa berhadapan dengan 7 ekor ular. Ita memanglah sangat geli dengan ular.. tengok gambar ular pun ita dah lari.. inikan pula bila mimpi yang ita terpaksa berhadapan dengan 7 ekor ular. Dalam mimpi ita itu, ita dapat bantuan dari seorang tua, lelaki berserban putih dan berjubah putih, lelaki itu yang tolong ita tangkap ular-ular tersebut dan masukkan ke dalam guni. Cuma satu ekor ular yang besar dan agak ganas dia tak dapat tangkap.. dan ita terjaga dari tidur..

Selain mimpi binatang yang berbisa, ita juga kerap mimpi ita berada di tanah perkuburan.. ita berada dalam bilik air yang sangat kotor dengan najis.. Pernah mimpi di kejar oleh lembaga hitam hingga ita terjerit-jerit dalam tidur.. sampai suami ita kejutkan ita bila lihat ita tercungap-cungap ketika tidur.

Sebenarnya ita pernah juga mengalami masalah tidak boleh tidur malam. Pernah sampai 3 bulan ita tak boleh tidur malam. Sampai doktor bagi ita ubat tidur yang paling kuat pun ita tak boleh lena.. Kalau ita terlelap pun sekitar pukul 4 pagi.. dan lena ita pula penuh dengan mimpi-mimpi yang meletihkan..

Bila ita tidur pula ita kerap tersentap atau terkejut.. Terkejutnya ita terasa seakan ita terjatuh.. ita pun tak tahu kenapa kerap sangat.. ianya berlaku bila ita hampir nak terlelap.. lepas tu memang tak boleh lelap terus sampai pagi..

Memang banyak sangat perkara-perkara yang pelik-pelik berlaku..
Percaya atau tidak.. ita pernah lumpuh satu badan.. Pada suatu pagi tu bila ita terjaga nak bangun solat subuh.. tiba-tiba.. tubuh ita tak boleh bergerak dari leher hingga ke kaki.. Ita hanya mampu menangis menahan sakit.. pada masa itu ita terasa macam ita dah kena paralyzed. ya Allah memang ita rasa dunia ita dah gelap waktu itu.. dan ita rasa kehidupamn ita sudah pun berakhir..

Suami ita menangis melihat keadaan ita..
Dia cuba hubungi rakannya dan rakannya cadangkan supaya suami ita pergi ke rumah yang usang atau rumah yang dah lama di tinggalkan.. Pergi pada waktu malam hari.. Dia suruh suami ita cabut beberapa paku dalam rumah tersebut sambil membaca beberapa potong ayat Al Quran..
Malam itu suami ita pergi lah ke rumah lama yang dah bertahun di tinggalkan.. kalau lalu siang hari tengok rumah itu pun menyeramkan.. inikan pula bila kena pergi tengah malam.. Namun kerana kasihan melihatkan ita.. Suami ita buat juga..

Percaya atau tidak.. keesokkan harinya ita boleh bagun dengan sihat tanpa rasa sakit.. dan seolah ita pun tak perasan yang ita tak boleh bangun semalam.. hingga suami ita tegur.. eh! dah boleh bangun.. Ita rasa macam ita berada dalam mimpi aje waktu itu.. namun ita rasa syukur sangat bila ita sihat..


Tahu tak rumah ita pernah menjadi tempat lebah buat sarang. Jika ada yang perasan ita pernah kongsikan gambarnya pada tahun 2010 di FB. Biasa lebah buat sarang pada pokok yang tinggi, yang peliknya dia boleh buat sarang di pokok rumah ita yang rendah dan di kawasan kereta lalu lalang.. macam pelik aje kan..

Cuba anda lihat gambar lebah yang ita ambil dekat sikit..


Ini kedudukan lebah yang ita ambil gambarnya dari rumah ita.
Bila di terbalikkan gambar ini anda dapat lihat apa????.....


Nampak macam lembaga kan....?
Dan lembaga ini yang kerap ita nampak kelibatnya baik dalam mimpi mahupun alam realiti..
Nanti ita sambung lagi ya.. sebab ita dah terasa macam ada yang perhatikan ita sekarang....



81 comments:

MyCherita said...

Salam Ukhwah, Jemput join Segmen GA Mycherita yang sedang berlansung sekarang ye.. Ini Link nya..>>> Segmen Giveaway MyCherita

Sha@Mama Tina said...

Ya Allah kak.. ngerinya dengan cerita akak ni. Jumpalah ustaz dan orang2 alim ulama minta bantuan. Semoga Allah melindungi akak sekeluarga. Teringat pesanan arwah datuk dulu.. " dengki khianat orang yang dia hantar kat kita dalam bentul ilmu mahupun suruhan takkan berkesan bila Allah tidak menghendakinya. Dan jika kena pun itu kerana Allah hendak menguji kita". semoga dikembalikan ketenangan & nikmat sihat kepada akak ye.. by the way.. gambar sarang tu memang sedikit menakutkan lah kak..

nieda said...

salam kak ita...
meremang bulu roma saya tgk pic last sarang tebuan tu.
mimpi anak kecil kalau berulang kali ada something wrong di situ. wallahualam...
semoga kak ita sekeluarga dilindungi..Amin..

EAT,MAKE,READ said...

salam.. saya rasa akak perlu berehat n makan makanan sunnah n baca matsurat setiap hari sebab ayat dalam matsurat tu ada penghalau gangguan jin n hantu.. try le kak ita. isyallah lama2 ok la tu.
Allah bagi ujian dekat org yg dia syg ^_^ semoga cepat sembuh!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Akak.. bertabah ya kak

ct zetty said...

seram pulak sy rase kak

Mas said...

kak ita ..
kuatkan semangat yerk...
mas sentiasa doakan akak sekeluarga sentiasa dibawah lindungannya ...

mama echah said...

as'salam...kak ita, sy bersimpati dengan kesihatan akak...akak jgn putus asa untuk berubat dgn ustaz-ustaz yang boleh mengubati. usaha yg jgn putus asa. semoga akak cepat sembuh ye.

nurul taqiyah said...

K.ita..takutnya..seram pulak tgok gmbr tu..kak ita jumpa la ust syarhan yg sllu mai tv9 tu..bab2 ni ust tu blaja..dia pun da kuarkan cd bcaan yg dpt halau jin2..

nurul taqiyah said...

Doa byk2 k.ita..mintak kt Allah lindung dr mskhluk jht..k.ita sllu lh amalkn bca matsurat lps subuh n asar..insyaAllah..Allah akn lindung..

~dee~ said...

Assalam. Allah Ita, terkejut saya membaca entry Ita kali ini... apa yang Ita lalui ini sama dengan apa yang pernah saya lalui beberapa tahun dulu. Jadi saya rasa terpanggil untuk kongsikann bersama Ita, manalah tahu kot dapat membantu Ita.

Saya juga pernah lumpuh satu badan selalam seminggu, juga tidak boleh tidur berbulan lamanya serta pernah disahkan kena penyakit asma yang kronik sehingga terpaksa bergantung dengan oksigen untuk bernafas. Hospital tu dah jadi rumah no. 2 saya kerana saya juga antara mereka yang kurang percaya dengan alam mistik ni. Namun, atas nasihat orang tua dan rakan-rakan saya cuba juga dengan cara perubatan Islam, ke sana ke mari saya mencuba dan macam-macam pengalaman saya lalui. Apa yang boleh saya katakan, berpegang teguhlah kita dengan suruhan dan amalanNya. Bahawasanya, ayat-ayat suciNya yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Jangan sekali kita lalai dengan solat dan pastikan kita membaca ayat-ayat suciNya sebanyak yang boleh setiap hari dan masa yang terluang. Pastikan ayat-ayat ruqyah dialunkan sentiasa... baik di rumah, di dalam kereta atau di mana-mana. Itu saja amalan saya hingga ke hari ini. Alhamdulillah, syukur... saya dah pulih hampir 80%.

p/s:
Selama ni saya hanya silent reader blog n page fb Ita. Jadi tak perlu rasanya publish komen saya ni... Dari jauh, saya hanya mampu berdoa agar Ita kuat dan tabah hadapi dugaan ini dan moga dipermudahkan segala urusan agar semuanya kembali seperti sediakala. InsyaAllah... Amin.

~dee~ said...

Kalau perlukan apa2 bantuan, Ita boleh email saya

djulaiha@gmail.com

Dhuha Tns said...

salam aunty... huhuhu... saya dulu experienced benda yang sama... seperti tak boleh bangun.. kena simpul biawak... tapi saya berubat dengan seorang ustaz yang agak terkenal juga.. nama dia ustaz dusuki, di shah alam (maaf, jauh pula dari JB).. kesian pula saya baca artikel ni... ustaz dia akan bacakan ayat ruqyah, scan badan kita, dan kemudian dia akan buat supaya benda tu panas.. selain dari tu, kena bawa air, dan limau purut atau limau nipis (bukan limau kasturi), dia akan bacakan pada limau tu.. waktu asar sebelum maghrib, kita kena mandi limau dan air yang dibacakan tu. setiap hari.. limau tu digosok ke seluruh badan termasuk juga bahagian yang sakit... kulit limau tu tidak boleh dilangkah, kemudian mesti terus dibuang ke dalam sungai, atau laut.

selain dari jumpa ustaz saya juga cuba kaedah bekam... memang macam2x usaha saya lakukan.. memang muntah keluar rambut, dan banyak lah lagi... amalan yang ustaz suruh bawa adalah zikir... nak baca ma'thurat pun boleh.. tapi kalau rasa panjang sangat baca lailaahaillallah banyak kali...

marmed world said...

salam k.ita,
saya rase mcm pelik plk apa yg org sarankan suami k.ita buat..wpon mjadi tp mcm xssuai.. wpon mgunakkan ayat Al-Quran tp cara tu xkena.. pape pon smoga ksihatan k.ita btambah baik inshaAllah

FARAH deeb said...

Salam kak. Semua yg akak alami dr A sampai Z semuanya perkara yg sma saya alami kak. Sy pertama kali dpt detect thn 2005 alhamdulillah masih ada nyawa hingga sekarang Allah bagi mungkin unt tambahkan lg ibadah. Insyaallah bila kita redha semuanya tak lg mengganggu fikiran kak. Yg pasti setiap perkara ade hikmah dan hukumannya.

rinduan citarasa said...

Allahuakhbar

Kak.. Ayu sarankan kak jumpa dengan ustazah kartini bt haji mohd Amar call dia, 0167545482

Harap membantu.
Dia mengajar kat sekolah area taman daya tempat akak je rasanya

Maaf kalau ayu tersalah ttg sekolah y ustazah tu ajar ya

umi's cup cake said...

Salam kak iat..biasanya kalau ada mimpi budak..maknanya ada saka..tapi lebih afdal akak pg beruabat yang amalkan rawatan islam..kita usaha kan kak... jangan lupa buat solat tahajud dan bersedekah dengan niat supaya diberikan kesembuhan

Anaton Halim said...

Semoga kak ita segera bertemu dengan penawar untuk segala penyakit yg dihadapi dan kembali sihat.

intan adura mat amin said...

salam kak ita...jika kak ita ada masa cubalah buka link yg sy berikan ni http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2012/03/doa-air-zam-zam.html#more...akak cubalah dan lagi satu selalu pasang bacaan rukyah dlm rumah...sy pernah alami perkara mcm akak ni, skrg alhamdulillah tidak dibelenggu rasa2 takut...tidur malam pun ok...jgn tggl solat, akak kena berani wlu pun masih ada rasa takut...

izahdaut said...

Simpati saya baca cerita kak ita. Saya doakan akk kuat Semangat dan dilindungi Allah selalu, ujian besar tu bila xsihat ni kan.

Gee® said...

Alamak!! seram pulak baca kisah Ita ni... Ya Allah kau lindungilah sahabat kami ini...

rozana rahman said...

Assalam
kawan saya kata kalau mimpi baby memang petanda kene buatan orang/sihir..
cuba ikhtiar berubat di Darul Syifa atau tempat perubatan lain..
mana tahu sembuh dengan izin ALLAH jua...
insyaallah..

Ruzita Idias Ismail said...

Salam Ita, Cerita Ita lebih kurang dengan cerita saya. Dan sekarang saya cuti sakit dah hampir 5 bulan. Dan bermakna dah 5 bulan saya tidak bekerja.., pelbagai cara dah saya buat, macam yang Ita buat tu..pergi akupuntur lah, hospital pun dah banyak tempat saya pergi.. last..saya cuba pergi jumpa ustaz yang selalu masuk TV tu.. saya pun berfikiran macam Azlita jugak.. sehingga saat ini saya masih buntu.. saya amat risau dan takut ianya berpanjangan..dan menjejaskan kerjaya saya..

mamadanish said...

Assalamualaikum Ita..mungkin perlu utk Ita teruskan berusaha cara Islam. Ada sesuatu yang Allah sampaikan melalui semuainsiden yang Ita lalui. Yakin dengan perlindungan Allah kerana dia sebaik2 pelindung.

susumanis said...

As salam ita, byk dia guna as maul husna..ya jabbar ya mumit ya awal ya akhir ya zahir ya batin n baca 3 kul byk byk byk niat utk perlindungan dr sihir etc..insyaAllah..

Lina Abu Bakar said...

Kak Ita, byk2 berdoa pada Allah semoga dijauh kan dri segala hasad dengki manusia kak..byk kan solat tahajud & solat hajat ya.. sy doakan semoga kak ita sentiasa dilindungi oleh Allah

shierah said...

kak ita sabar byk2 ye... cuba berubat cara Islam kak.. jumpa mana2 ustaz... semoga kak ita dan keluarga sentiasa dilindungi Allah SWT..

Nani said...

salam ita..saya juga pernah diuji dgn kesihatan yg kurang memuaskan..saya juga pernah kena simpul mengkarung/biawak sewaktu badan tidak sihat dulu...
seorg ustaz telah mencadangkan saya agar selalu melakukan sembahyang sunat hajat sepertiga mlm dan sembahyang sunat2 yg lain..cuba bangun pd tengah mlm dan berdoa/memohon lah kpd ALLAH segala hajat kita. Kemungkinan kita diuji dgn kesakitan makin dekat diri kita dgn Pencipta/ALLAH.

khairul afiq said...

Assalam.kak ita doa banyak,,.cuba akak jumpa ust sarhan yg dr Kelantan tu..mana tau Allah lorongkan untuk permudahkan segala kesulitan akak.

Raradazzle said...

Assalam Ita. Apapun yang terjadi jgn putus berdoa dan sentiasa dekat diri pada yg Esa. Allah is always the best planner and He knows best. Mohon anak2 sekeluarga solat dan berdoa melawan segala ilmu2 hitam dan niat yg buruk orang luar terhadap kita. Hanya kita yg mampu melakukan. Mohon suami pagar rumah dgn ayat2 quran serta doa seisi keluarga. Insyaallah itu lah penawar sebaik baik mungkin dan senjata yg paling halus serta mujarab. Semoga Ita sekeluarga dibawah lindungan nya dan sentiasa diberkati Allah swt.

Cecil Henry said...

Astaghfirullah...Ya Allah mudahan Kak Ita sekeluarga sentiasa dlm lindungan Allah SWT Aminn....

Raradazzle said...

{\rtf1\ansi\ansicpg1252
{\fonttbl\f0\fswiss\fcharset0 Helvetica;}
{\colortbl;\red255\green255\blue255;\red51\green51\blue51;\red255\green255\blue255;}
\deftab720
\pard\pardeftab720\partightenfactor0

\f0\fs22 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
\outl0\strokewidth0 \strokec2 \uc0\u8234 Assalam Ita. Apapun yang terjadi jgn putus berdoa dan sentiasa dekat diri pada yg Esa. Allah is always the best planner and He knows best. Mohon anak2 sekeluarga solat dan berdoa melawan segala ilmu2 hitam dan niat yg buruk orang luar terhadap kita. Hanya kita yg mampu melakukan. Mohon suami pagar rumah dgn ayat2 quran serta doa seisi keluarga. Insyaallah itu lah penawar sebaik baik mungkin dan senjata yg paling halus serta mujarab. Semoga Ita sekeluarga dibawah lindungan nya dan sentiasa diberkati Allah swt.

azzalli said...

Sejahtera ke atas mu Azlita yg baik hati.. Ya Allah, kau lindungi lah, peliharalah ita.. semoga Ita tabah menghadapi dugaan ini. . Aamiin

baizura-muhammad said...

Kak, mimpi2 akak tu mmg mimpi org kena hantar kak.. kawan saya mimpi camtu mmg bila jumpa ustaz siap ada yg ngilai kak.. akak berubat cara Islam ya kak.. take care!

hijau said...

K.ita kena kuat... Teruskan perjuangan....

nasa mulia said...

Salam kak, memang ngeri baca kisah akak ini, semoga Allah permudahkan akak untuk berjumpa penawar terhadap segala sakit kak ita ini...

maklang azie said...

Pegilah berubat dgn ustaz sharhan. Kalo bc cerita ita mcm ada gangguan jin je eg ular,budak kecik,lembaga.lebih2 lg jika terasa mcm ada org duk perhati...ada npk kelibat ke uishhh seram pulak rasanya.
mklg doakan moga ita dilindungi Allah...

maklang azie said...

Pegilah berubat dgn ustaz sharhan. Kalo bc cerita ita mcm ada gangguan jin je eg ular,budak kecik,lembaga.lebih2 lg jika terasa mcm ada org duk perhati...ada npk kelibat ke uishhh seram pulak rasanya.
mklg doakan moga ita dilindungi Allah...

Umie Jazz said...

Assalamualaikum..ita..semoga ita sentiasa dibwah lindungan Allah selalu...

Cik Azz said...

Moga Ita cepat pulih dan sihat seperti sedia kala.. Amiinn...

Dulu sayapun selalu mimpi ular tapi bila 'perkara' tu putus, takde dah mimpi ular tu datang..

CT Delima said...

Assalamualaikum ita... ct sentiasa mendoakan kesejahteraan semua kawan2. Semoga ita bertabah dengan apa yang diuji olehNYA. Berbanyakkan membaca ayat Al Quran dirumah. Dan selesai solat bacalah ayat qursi sebanyak 3 atau 7 kali. InsyaAllah.. kita dijauhkan dari benda2 yang jahat dan sihir.. semoga ita cepat sembuh..Aamiin

Nurza Ahkilaz said...

Assalamualaikum kak.ita...Kuatkan semangat. Semuanya berlaku dengan KehendakNya. Mama saya pernah jadi macam kak ita..tak boleh tido, kaki bisa sangat2..satu hari satu jam je boleh tido.mama saya amalkan al mathurat dan tak outus mengaji.Last sekali dia jumpa pusat rawatan islam kat bangi tu.. Alhamdulillah, dia hanya bagi air minuman yang dibaca ayat Alquran aje.Memang mama saya tak boleh berjalan dengan baik masa tu.kaki hampir lumpuh sebelah. Alhamdulillah sekarang. Akak jangan putus asa ya. Mama saya ada kedai makan. Ini memang ujian Allah buat kita. bertabah ya kak. Moga Allah memberikan kekuatan yang berpanjangan untuk akak tempuh ujian ini.

Anna Qawina said...

Aslmkm Kak ita...moga sihat2 selalu..jaga diri kak.

Muhamad Ali Daud said...

slm ita.. sy bsimpati dgn apa yg menimpa ita. sy juga mengalami pkara yg sm semasa sy meniaga & stlh 4 thun sy putuskn utk tdk meniaga lg tetapi sy msih sakit wlpn tdk seteruk 4 thun dulu. seorg ustzh nshtkn sy memsg surah rukyah sepjg hari utk mhalau hantu syaitan yg berada dlm tubuh sy. berbulan2 juga sy mengamalkan surah rukyah itu & mmg bkesan. semasa sy memsg surah tsebut sy letakkan juga sebaldi kecik air utk sy renjiskn di sudut2 dlm rmh sy juga utk mandi. semuanya sy lakukan sendiri krn merasakan lbh dkt dgn allah jika kita usahakan sendiri. sy mkin sht cuma sy kerap sakit pggang & sakit urat srf.. semoga apa yg sy kongsikan ini dpt mbantu ita dgn izin allah.. apa yg kita buat mesti bulatkn hati & yakin allah mbantu kita.. in sya allah

Amie said...

Ita,
jangan tunggu lagi... teruskan usaha dan ikhtiar, cubalah cara perubatan mana yang Ita fikirkan sesuai... & jangan putus asa ye. Banyakkan bersabar dan kuatkan semangat... sesungguhnya Allah tetap bersama kita!

Liza Hanum said...

assalammualaikum kak ita.....

saya simpati dengan apa yg menimpa akak...bersabar yer...saya salah seorang yg pernah kena apa yg akak alami walaupun mungkin cerita kita berbeza....saya berubat banyak tempat dan sekarang pun masih berubat....
kadang2, kita tak tahu hati org...jadi, sejak saya sakit hingga sekarang ,on and off jer sakitnya....saya amalkan surah al mathurat setiap hari,al fatiha 7 kali setiap lepas solat...insyaallah,ada keserasian kat situ...ujian yg allah bagi tu ada hikmahnya.....kalo boleh, dalam blog akak atau fb akak, janganlah letak picture akak dan keluarga akak...lagi2 gambar muka penuh akak....org nak khianat,bole melalui gambar saje kak...( itu sebab dlm blog dan fb bagai,kalau boleh jangan letak gambar real...nak letak gambar menu makan takpe...hehehe)...takut2 ada yg jeles dan dengki serta sakit hati,jadinya......wallahualam..moga Allah jauhkan sangka buruk saya nie...tapi tak salah rasanya utk saya bgtau akak sebab saya mmg mengalami....tq

mrs.smile said...

saya mengalami hampir semua yang kak ita alami, saya juga sehingga hari ni masih tak sihat..bersabar mungkin ini dugaan buat kita

mira said...

Salam Kak ita.. Cuba la berubat secara Islam sbb mgkin kita tak tahu ape yg ade dlm bdn kita.. Tak salah mencuba in sha Allah jika di izinkn Allah Kak ita kembali pulih. Cuba call number nie 011-2361 5387 cerita kn masalah Kak ita mgkin die blh tlg.

hamzah gendang gendut said...

call org ni inshallah dia bole tlg hamzah 0133123550

hamzah gendang gendut said...

call org ni 0133123550 hamzah

Shiela said...

Allahuakbar.. memacam perasaam bercampur baur membaca tulisan ita.. seram, geram dan sedih juga memikirkan jika ini adalah hasad dengki sesama manusia. Apapun akak harap ita kuatkan semangat dan terus berusaha dan yakin sekuatnya pada Allah SWT. Banyakkan juga membaca Al-quran yer ita.. yang penting sekali ita kena kuat. Take care dan jaga kesihatan demi insan insan tercinta.. Akak doakan moga ita dilindungi Allah sentiasa.. Ameen..

hamzah gendang gendut said...

call org ni inshallah dia bole tlg 0133123550

tengku emysya said...

Allahuakhbar..semoga kak ita cepat sembuh dan sntiasa dilindungi olehNya..

Susy Fahey said...

Kak Ita, saya selalu baca blognya kakak. Saya tinggal di USA tapi aslinya saya dari Indonesia. Sembayang yang banyak ya kak, untuk batuk kakak bisa coba ini resep: apple vinegar, 2 clove garlic dan 2sendok makan honey. Semua di campur dan diamkan 2 jam di refrigerator, lalu minum 2 sendok makan.Mudah mudahan kak Ita cepat sembuh ya.

Norliha Samad said...

Meremang bulu roma saya...

babylola2u said...

semoga kak ita sembuh seperti sediakala dan tak ada lagi yang mengganggu. kalau sekali cerita kepada orang yang tak pernah kena, memang kata kita merepek..tapi kalau dah alami sendiri, akan rasa seperti hidup dalam ketakutan, resah dan gelisah. sabar la akak, redha dan berusahalah..syaitan dan iblis sentiasa memerhatikan kita namun Allah juga tempat bergantung.

Husni Nazra AB said...

Rasa nak menangis baca cerita kak ita sebab pengalaman sakit kak ita macam yang saya pernah alami. Berubat macam2 tapi sekarang nie Alhamdulillah jugak selepas saya berubat dengan seorang ustaz dan pergi berurut dengan seorang akak nie...kedua2 mereka berada di Ipoh. Tengok gambar lebah yang Kak Ita tunjuk tu terasa meremang bulu roma dan kepala jadi rasa besar...Allahuakbar...Harap Kak Ita selalu amalkan baca yassin,selepas tu doa, buat air dan minum... saya doakan Kak Ita cepat sembuh...saya sangat faham macam mana perasaan Kak Ita...

diana qamarudin said...

masyaAllah akak.. syafakallah kak.. moga sihat semula.. kenapa masih ada org yg dengki mendengki di zaman yg moden ni? apa yang mereka2 ni nak sebenarnya? akk cuba la berubat dengan darul syifa dekat kg maju jaya kak.. sesungguhnya toada apa yang dapat menundukkan kuasa Allah.. harapan saya agar akk kiat menghadapi ujian ini.. perbanyakkan solat2 hajat.. sulat sunat ye akk.. saya doakan agar akk sihat semula..

siti.selfimage.blogspot.com said...

masyaallah kesian dgn ita. jangan putus asa. ini ujian pada ita. terus berubat moden dan tradisional. sy doakan kesejahteraan ita. Allah ada bersama kita. minta pertolongan dariNya ya ita.

Suzana Ibrahim said...

As-Salam Ita,
walaupun setiap penyakit itu telah di diagnosiskan oleh doktor dengan adanya sign and sympton tetapi Ita kena juga ambil kira bahawa ada juga sesetengahnya di sebabkan oleh gangguan iblis dan syaitan.contohya seperti angin ahmar(cva)dan cancer.

Bai Zura said...

assalamualaikum kak azlita...terkejut jugalah saya membaca blog kak ita kali ini...sabarlah ye kak..ujian Allah ni mcm2 bentuk..namun kak ita kena usaha berubat ya..rumah saya juga begitu..mcm2 dah yg berlaku..rupanya rumah saya laluan kg makhluk halus..alhmdlh, tiadalah sakit seperti yg kak ita kongsikan..saya doakan kak ita cepat sembuh..dan kuat smgat.

Sunah Sakura said...

Allahuakbar...Allah Maha Besar...Allah Maha Berkuasa...Allah Maha Melindungi...moga Allah lindungi keluarga akak dari perkara-perkara yang memudaratkan...ameen ya Rabbal 'alameen....

Eno Ahmad said...

Salam perkenalan kak ita...
saya selalu menjengah blog kak Ita. Dapatkan tips dan resepi untuk masakan harian. Terima kasih kak ita.
Terkejut dan seram bila baca tentang post kali ni.
Semoga kak Ita tabah dan sabar. Semoga diberi kesembuhan dengan cepat dan berpanjangan.
Jangan bersedih kak, jika melihat komen2 di sini, semua mendoakan kesejahteraan kak Ita.
Kepada Allah kita berserah kepada Allah jua pergantunngan kita.
Dapatkan rawatan secara Islam dengan segera ye kak Ita. Allah sentiasa bersama.

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

dugaan ni kak.. sabar..

Puan Nurul said...

Assalam Kak,

Semoga akak dan family bersabar dan tabah. Saya doakan Allah permudahkn urusan akak & family.

Ya Allah, mmg meremang bulu roma saya bila baca kisah ni. Semoga Allah memberi petunjuk bg apa yg terjadi.

Hesti HH. said...

Assalamualaikum, semoga Kak Ita sekeluarga selalu dalam lindungan Allah dan diangkat semua penyakit akak. Kasus seperti ini banyak terjadi kak, suami saya pun kena dan 3 tahun terakhir ini berobat ruqyah alhamdulillah membaik tapi belum 100 % pulih. Masih banyak gangguan. Banyak kejadian yang tidak masuk akal terjadi tapi yang kena fisik itulah yang sangat berat. Semoga bisa kembali sehat seperti sedia kala Kak Ita sayang, kami selalu mendoakan.

familisihat said...

salam kak..dah lama saya tak menyinggah kat blog akk yang best ni...bila baca entri ni..terkejut pula..sabar ye kak,,,teruskan doa dan minta pertolongan ALLAH..komen2 di ats sgtlah membantu.
bab akk kurang darah, mudah pitam tu sy cadangkan akk kurangkan bergantung dgn ubat tp cubalah vitamin yg lebih natural.kesian juga bdan kalau terlalu byk ubat...kita ikhtiar moden dan rawatn Islam ye..akk boleh emel syaa ke fawwaznuha@gmail.com kalau akk berkenan nk cuba vitamin ni ( sy niat sedeqah)...sebab dulu sya de maslah anemia dan low hb..Alhamdulillah mengandung kedua dan ketiga dah xde,,,anak 1st saya mkn iberet gak tp x lalu...n xnaik banyk pon hb..
maaf ye ..saya doakan akak sihat dan terus berkongsi saham akhirat ilmu2 yg terbayar ni..

hanee said...

Assalamualaikum Kak, I am yr new follower and tky for sharing yr wonderful recipes.

Sedih sangat membacanya.. take care of yrself ok kak. Memperbanyakkan baca ayat-ayat Al quran esp surah Al Baqara. Insya-Allah ok kak...

Hani

Azisyarina Azizan said...

http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/
ustaz sharhan

fazian batrisyia said...

seram sy....sampai meremang bulu roma sampai ke rambut. semoga kak ita & family dilindungi Allah. Utk kita juga sesame Islam. Sy sayang kak ita...pulihlah seperti dulu

Nadia Wazir said...

Salam kk ita
berhati-hati ye..jaga diri
alunkan bacaan surah al baqarah setiap masa...insyaallahdijauhi dari jin atau makhluk halus...

Kayu Manis said...

ye ita, mmg nmpk pelik..

nor dh follow lma dh suka tengok resepi kt sini..


Siti said...

Salam k ita..

Sy doakan akak cepat sentiasa dlm lindungan Allah ya...sedihnya dpt berita akak tgh sakit camni..harap2 k ita cepat sembuh ya...
amin..

Sayangku Zie said...

dah lama dah tu kak baik pergi berubat... sekarang ni dah banyak rawatan cara islam...

Norridah Husin said...

Slm, k ita try la pergi darul syifa. Ada banyak dah branch tak semestinye ke bangi je. Dengan izin Allah

Mrs pink said...

As salam kak ita. Saya juga mengalami mimpi yg bukan2 dan tak boleh tido mcm kak ita sampai saya jumpa pakar sakit jiwa sebab terlalu stress akhirnya saya pegi berubat dengan ustaz di darul syifa. Dh setahun saya berubat and ustaz ckp saya kena kuat dan byk berdoa. Saya faham apa yg akak rasa. Saya doakan akak sentiasa dilindungi.

Fayanunalif Malek said...

bole refer list kat http://gappima.blogspot.com untuk pusat perubatan islam yg registered under jakim

DecoByImpianCollection said...

salam kak ita..apa yg akak alami..sama mcm mak & ayah saya..serta kami sekeluaga sama terlibat..
dgn apa yg mereka lalui sgt sukar..saya harap akak dpt kuatkan semangat n tabah...jgn putus asa dgn apa yg menimpa akak dan sekeluarga.. Allah sedang uji akak n family..

EZ MiND said...

Sediakan air satu gelen ke atau lg byk lg baik..sebaiknya air tapis..tp jgn air masak atau air mati..kmdian bukak penutup air tu bacakan al fatihah 70x,ayat kursi 70x,al ikhlas 70x,al falaq 70x,an nas 70x kmdian ditiupkan pd air sekurang-kurangnya stiap kali smpai pd bcaan kelima setiap surah..air ni akan jd ubat mujarab bg smua penyakit dgn izin Allah..jdkn air ni sbg minuman harian sbg ganti pd air yg sedia ada. Jdkn juga sbg mandian dgn dicampurkan dgn air paip dlm baldi dan disiram pd bilasan terakhir. Sebaiknya dicampur perahan limau purut atau limau nipis. Blh digunakan utk sesiapa shj tanpa kecuali. Klau ada org sakit berilah pd dia. Dlm proses pembacaan pd air trsebut sbnrnya ia telah membantu merawat diri kita. Klau ada jin dlm bdn insyaallah akan keluar. Air trsbt juga blh digunakan utk memagar kediaman atau mn2 tmpt dari gngguan mkhluk halus atau kejahatan. Caranya renjis atau spray seluruh kediaman atau tmpt2 trsbt dgn air tu luar dan dlm tr msuk atas siling dan tandas..smua skali..insyaallah dilakukan 3hari iaitu satu kali sehari, lenyaplah gngguan tu. Jgn terpengaruh dgn prasaan bcaan trlalu pnjg..klau buat btol2 dlm masa sejam stengah dh blh siap..klau ada hal pnting blh ditinggalkan sementara dan ingat bilangan bcaan yg dah dibaca pastu ada masa sambung lg smpai btol2 cukup setiap surah 70x. Cubalah..sy kongsikan kaedah ni sbb sy pn alami hal lbh krg sama..insyaallah mujarab..kos pn xbyk kna kluarkan..hnya air shj..slbhnya bermohonlah pd Allah seikhlasnya..semoga Allah memberkati kita smua..Amin

Dr Akbar Abdullah said...

Sebaik-baiknya kita mendapat khidmat pakar perubatan Islam untuk merawat masalah yang berkaitan dengan penyakit misteri. Jangan biarkan sampai melarat.

LYANA said...

Assalammualaikum...Kak Ita

Mimpi ular, jatuh dari bukit @ curam tinggi, berdekatan sampah, tanah kubur...semua itu berkaitan dengan sihir. Kalau mimpi bayi atau anak kecil... itu saka. Tambahan akak siap mimpi menyusukan bayi itu. Ada rama-rama pernah masuk dalam rumah atau berkeliaran di halaman rumah sebelum sakit? Orang tua-tua kata itu tanda orang nak datang. Sebenarnya, berkaitan dengan sihir juga. Bukan orang nak datang berkunjung. Saya kurang setuju suami akak ambil paku dari sebuah rumah usang. Lain macam lak bunyinyer walaupun mujarab. Perubatan Islam, akak kena tengok juga siapa yang mengubat. Kalau tidak kenal atau arif...jangan pergi. Kadang ...memang mereka gunakan ayat-ayat Al-Quran tetepi kita tidak sedar, mungkin diselitkan mentera di dalamnya. Akan menyeru jin sebenarnya. Pastikan pengamal perubatan itu tidak menggunakan lilin, kemenyan. Ada satu lagi benda...saya terlupa pulak. Terus ke Darusshifa sahaja. Jumpa ustaz di sana. Sebab dikuatiri, kalau pengamal perubatan Islam yang tidak kita kenal...takut makin melarat. Mungkin sembuh, tapi untuk seketika. Kemudian datang balik. Kebanyakkan mereka ini ada 'pendamping'. Setiap kali minum atau makan, selawat dan tiupkan pada makanan atau minuman itu. Itu yang ringkas. Zikir jangan tinggal. Lepas solat sekurang-kurangnya baca fatihah, Qursi, 3 Qul, zikir... Semoga akak cepat sembuh. Insya-Allah...

Powered by Blogger.