Follow if you like

Jan 20, 2015

Ke Kampung Engku Mohsin lah kita....


Ita baru sahaja balik dari mendapatkan rawatan di Pakar Urut Saraf dan Tulang di Kampung Engku Mohsin. Boleh di katakan di sini adalah rumah ke 2 ita selain klinik, hospital, pusat rawatan tradisional, mahupun rumah ustaz-ustaz yang telah ita pergi.

Pakar urut saraf dan tulang di kampung Engku Mohsin ni memang popular dan terkenal di kalangan penduduk Johor Bahru. Sesiapa yang kalau patah tulang ke.. salah urat ke.. semua akan ke mari untuk dapatkan rawatan. Berubat di sini tiada ubat ya.. dia hanya betulkan urat atau tulang-tulang yang patah.

Biasa ita pergi sebelah pagi.. tapi sebab Dalili sekolah petang, sekarang ita pergi pada sebelah petang lah pula.
Kalau nak berubat di sini, kena datang awal-awal pagi sebab kat sini kena ambil nombor. Kalau tak dapat nombor kena datang pada sebelah petang pula. Ramai orang yang datang berubat kat sini, tak kiralah bangsa Melayu, Cina, India, dan juga warga asing yang semuanya dengan tujuan yang sama untuk dapatkan rawatan.




Masa ita sampai orang pun dah ramai.. mujur tak lama menunggu kali ni..
Pusat rawatan ni sempoi aje.. dia buat rawatan bawah rumah aje.. biasa kalau kat Johor ni ita panggil bawah kolong. Yang merawat pula adalah berbangsa Cina. Dahulu bapanya yang membuat rawatan ni.. tapi kini bapanya dah jarang-jarang ada.. kalau ada pun dia hanya memerhati anak-anaknya sahaja yang telah mengambil alih tugasnya kini..

Waktu rawatan nya macam yang terpampang pada gate rumahnya ni.. iaitu bermula dari hari Isnin hingga Sabtu, hari Ahad pula tutup. Masa rawatan pula dari pukul 8 pagi hingga 10. 30 pagi dan pada sebelah petang pula bermula dari pukul 3 petang hingga pukul 6 petang. Tapi jangan datang lambat nanti tak dapat nombor pula.. dah nak kena datang esok hari pulak.


Untuk rawatan patah tangan dan kaki biasanya ia buat di luar sahaja.. di hadapan orang ramai.. tu yang masing-masing kecut perut di buatnya..
Ada yang dah ambil nombor balik.. sebab kecut perut..
Bagi yang sakit di tengkuk, pinggang, tulang belakang pula ada bilik rawatan yang di sediakan. Kira ok lah kan taklah segan di buatnya..


Kalau kita tengok dia buat rawatan.. memang kecut perut bila di pulas-pulas tangan atau kaki yang patah tu.. sampai menangis-nangis mereka menahan sakit.. Tapi kalau nak baik kenalah tahan.. kuatkan juga semangat tu..

Ita yang menunggu pun bedebar-debar naik sejuk kaki dan tangan walaupun ita dah selalu dapatkan rawatan di sini.
Sebenarnya selagi ita boleh tahan sakit ita akan tahan.. tapi kalau dah tak tahan.. kena jugaklah ke sini dapatkan rawatan.. tapi memang kena bebel jugak lah sebab lewat datang..


Sampai giliran ita.. adoiii... sebu perut rasanya.. Mula memang kena bebel dulu sebab datang lambat.. katanya kalau ita lambat lagi datang ita boleh kena Silip Disc aduyaiii...

Ya Allah kali ini sakit betul dia urut.. habis di lipat-lipatnya tulang temulang ita ni.. rasa nak terkencing terberak di buatnya.. nak menjerit pun ada.. adoiiii... memang sakit sangat ya Allah....

Ita harap sangatlah ita cepat sembuh.. tak tertahan rasanya menanggung sakit.. nak diri duduk payah.. nak baring pun sakit.. tak boleh nak golek kiri atau kanan semuanya sakit..
Doakan ita segera sembuh ya..



36 comments:

ana said...

Salam ita....akak pun sakit blkng. Dh dekat sebln lebih. Pas urut baru ni dh kurang sikit...alhamdulillah. Nk ke tmpt ita ni jauh la pulak...apa pun semoga kita sembuh dan sihat mcm selalu...

fazianbatrisyia said...

Ikhtiar kan kak. kalau sy pon takut. haritu sy sakit blkg sy buat rawatan sonotron.

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum Ita, kaknoor doa kan Ita cepat sembuh, dah baca entry Ita sebelum ni, tak sempat nak komen lagipun dah ramai disana, jadi sebelum panjang kaknoorkomen disini, mudahan selepas ni Ita akan beransur pulih ikhtiar dan tawakal insya allah ya..

Cik Azz said...

Moga cepat sembuh dan sihat seperti biasa.. Amiinn...

Unknown said...

As salam dik
adik dah cuba pergi ker kg maju selong rawatan darul sifaq (ustaz husin)
Cubalah g sana cuma kena bangun awal pagi coz kena amik no pukul 5 pagi n waktu rawatan kol 11 pg utk rawatan ari sabtu n ahad. Kalau utk hari rabu kalau x salah kol 8mlm kot tapi amik no tetap mula awal pagi kalau nak cepat lah. Biasa nya dia akan buat rawatan smpi tgh mlm.
maaf bukan apa kesihan saya tgok awak dik.
Allah beri penyakit tapi Allah bagi juga ubatnya in sha allah akan ada ubat untuk penyakit awak dik, bersabar yer. . .

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Adakah yg di dalam gbr tu Kak Ita???

me said...

Assalamualaikum kak ita..
saya doakan semoga allah beri kesihatan yang baik pada kak. kuatkan semangat kak, saya percaya pembaca setia blog kak sentiasa mendoakan semoga kak cepat sembuh. terima kasih atas perkongsian ilmu masakan kak dengan kami semua. Moga allah melindungi kak sekeluarga.amin

hanan hussein said...

Semoga Kak Ita sembuh seperti sediakala, ada hikmah setiap apa yg terjadi & moga Kak Ita terus tabah...

atie isa said...

Salam kak ita...
Kita nak share 1 tempat untuk yang sakit urat, tulang belakang or yg sakit berkaitan sendi ni.. InsyaAllah memang ramai yang dah pergi ke sini Alhamdulillah beransur kurang dan hilang sakitnya. if 100% tu 10% je yang tak baik. Tapi kita berusaha semoga Allah juga membantu kita dalam usaha kita ni. Testimoni mak kita sendiri, mak mentua. Ada yg guna wheel chair da boleh berjalan.Cam tu la serba sikit citer nya.. kita ada share cite kat:http://saatakubersamanya.blogspot.com/2014/03/pusat-kiropraktik-bersama-ibu-mertuaku.html
**ni kita tinggalkan no phone pusat kiropraktik tu..kak ita call dulu n wat appointment.. tptnye kat melaka.
MindREst Centre
06-2866643
014-3023908

mamabeauty said...

semoga cepat sembuh kak..

saya slip disc alhamdulillah sekarang beransur pulih.. jika dulu nak guna tangan utk menyapu pun tak mampu angkat..

jemput ke blog saya

Kuntum Blossom by Zara Alisha said...

Assalam kak Ita,

Sy hrp kak ita cpt sembuh..cbe kak ita ikhtiarkan utk berubat dgn ustaz sarhan shafie..sy khuatir ade org dengki dgn kak ita je.. mcm2 mnusia skang ni..pntg tgok kita sng ckit..

hrp dpt mmbntu

nurul taqiyah said...

Ciannya tgok k.ita..xtau nk ckp apa..sedih..hanya mmpu doa dr jauh..ya Allah..sembuhkan lah k.ita..aminnn..

Alyatey Bakery said...

Saya mendoakan Allah memberi kesihatan yg baik dan cepat sembuh ITA....

Siti Hawa said...

Semoga kak ita cepat sembuh.

quinsha asma said...

Maaf kak ita saya kasih info. Kak ita bisa konsultasi & berobat pada Tuan H. Ismail bin H. Ahmad, beliau pakar herbalis Thibun Nabawi. Inshaa Allah Beliau ahli terapis & bekam bnyak orang berguru pada beliau. Yakinlah semua penyakit pasti ada obatnya, hanya Allah lah yang dapat memberi kesembuhan. Sakit yang kak ita alami Inshaa Allah menghapus dosa & noda bila kak ita ikhlas.

Zara Balqis said...

kesian nya tengok Ita. Semoga cepat sembuh.

xanti said...

salam kak ita, mungkin rumah kak ita ada masalah gangguan sebelum ni mkcik saya pernag kena gangguan mcm ini so ada org ubatkan dengan izin allah swt mkcik saya sudah pulih seperti biasa. kak ita boleh contact saya dekat email xanti74@yahoo.com insyallah saya akan tolong akak kenalkan tukang ubat tu.terima kasih

zila norazila said...

salam syg k,ita.
moga akk cepat sembuh..zila pun pernah buat rawatan di ungku mohsin tue..masa tue dua bulan x boleh jalan..kaki retak..so dpt mmbygkan mcmne diorg rentap kaki tue..nak terkencing mnhan ..moga akk n family sentiasa dlm lindugannye..kuatkan semangat ye kak..masa zila jumpa akk dulu ..akk pun batuk2..rupanya mmg kerap akk batuk..doa yg terbaik buat akk..aminn

Raja Haniza said...

Assalamualaikum Azlita
Sorry nak tanye blog baru Sora template you ni cantik...is this a paid blog or free because bila saya upload free dia macam tak boleh bukak.
Tapi kalau pergi ke download, dia akan papar satu sheet untuk buat bayaran. Hope you can help me with this.
Thank you.

Akmal Iqbal said...

Assalamualaikum kak ita..saya silent reader kak ita. Selepas saya baca cerita-cerita kak ita ni, saya terpanggil utk komen kat sini. Untuk pengetahuan kak ita, arwah ayah sy dulu pun pernah kena santau. Permulaannya dia batuk berbulan-bulan. Keluar masuk hospital, ingatkan kena asma, sampai kurus kering. Arwah ayah pernah jugak tak boleh tido berbulan-bulan, pernah mimpi dikejar binatang buas, mimpi jatuh bangunan tinggi. Yang ralatnya tu, pernah saya dan adik2 jumpa ustaz dan memang dibagitau terkena santau tp ibu tiri saya kurang percaya. Dah dibagi ubat oleh ustaz tu tapi tak diusahakn buat. Sampai akhirnya ayah saya dah teruk sangat, tak lama lepas tu meninggal. Ye lah kak, semua tu takdir dr Allah, dah sampai masa dipanggil Allah, sakit tu cuma asbab je. Tapi kak..kalau akak dah sedar akak terkena sihir tu, saya mohon akak jangan putus berubat. Lagi banyak akak berubat, gangguan tu akan ada lagi banyak. Akak kuatkan semangat ye. Doa saya sll utk akak.

khairiah khaizu said...

Assalamualakium ita,
moga ita cepat sembuh, mungkin ita sejuk sangat kot tu yang sakit sendi, jangan minum ais tau, banyak minum air kosong, selawat banyak2

quinsha asma said...

Apa kabar kak ita semoga Allah beri kesembuhan. Sabar & ikhlas kak karena sakit dapat menghapus dosa.

quinsha asma said...

Apa kabar kak ita semoga Allah beri kesembuhan. Sabar & ikhlas kak karena sakit dapat menghapus dosa.

Ayu azmir said...

assalamualaikum ita... moga cepat sembuh...

Mahfuzah Mohd Mahfudz said...

Assalamualaikum......kak ita
Semoga akak tabah dalam menghadapi ujian dariNYA.Setiap yg berlaku pasti ada hikmah dariNYA.Dan kak ita jangan lupa panjat doa kepadaNYA.Kerna hanya DIA yg maha mengetahui setiap ape yg berlaku.Tabah akak yer.....

Enjaafiqah said...

Assalamualaikum ita, sedih dan kesiannya saya tengok ita, saya ni silent reader yang sangat 'adore' you, ikthiar dan usahalah selagi halal disisi agama, in shaa Allah berkat usaha akan ada pertolongan dari Allah. Semoga ita sabar dan tabah hadapi situasi ini, saya berdoa smoga ita cepat sembuh, be strong & positif thingking. Deep down from my heart in shaa Allah.

Kayu Manis said...

semoga cpt baik..
nor bca pun dh seram sejuk..
Allah suka orang yg sabar,
In shaaAllah ada kemanisan

kyn said...

Slm..kak ita...saya ni pun silent reader blog akk ita..tergerak hati nk bukak blog akk ptg ni..terkejut jgak bile baca kisah akk ita ni..
saya nak bagitau...kalu akk berkesempatan cube akk jengah blog ni...
http://darulhantu.blogspot.com/search?updated-min=2015-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2016-01-01T00:00:00-08:00&max-results=2
InsyaƁllah moga2 beliau dapat membantu kak ita...

LiaNa YuSoF said...

Assalamualaikum Kak Ita..

terkejut baca kisah akak.. saya dah lama xbukak dan baca blog akak, arini tergerak hati nak baca.. rupa2nya akak tengah sakit...

saya harap akak cepat sembuh.. takpe kak, usaha lagi untuk cari penawar.. jangan menyerah.. kalau kita menyerah, 'benda' tu lagi suka.. harap akak kuat ye..

saya pon sebenarnya sedang mengalami sakit yang sama dengan akak, cuma sakit saya hanya disekitar tengkuk, belakang bahu hingga ke bahagian tengah badan.. setakat ni baru pergi 3 tempat untuk berubat.. macam2 versi saya terima.. ada yang cakap saya terkena sihir, ada yang cakap saka keturunan yang dah berumah kat badan saya.. ntah lah kak.. saya pon tak tau nak percaya atau tak.. terbaru saya pergi ke darul syifa' (kepunyaan ustaz harun din) di bangi, sepanjang dirawat saya tak rasa apa2 pon.. ustaz yang merawat kata, benda ni boleh keluar masuk.. takpelah, kita ikhtiar.. ustaz buatkan saya air dan minta saya ambil 21 helai daun bidara, ramas separuh hancur dan buat mandi selama 3 hari berturut2 (7 helai setiap hari) selepas asar sebelum maghrib.. saya belum buat lagi sebab takdapat lagi daun bidara, InSha Allah saya akan usaha jugak untuk pulihkan sakit saya..

saya pon harap akak sentiasa kuat semangat.. usaha, ikhtiar dan tawakal. dan yang paling penting, yakin dengan Allah SWT.. sama2 kita ikhtiar ye kak ubat penyakit kita.. saya nak tengok 1 hari nanti akak sihat seperti biasa dan boleh masak macam2 lagi resepi.. In Sha Allah..

Rizellye Rahman said...

Aamiin **" esok sy pergi tmpt ini .. Patah tulung rusuk dah seminggu

Anas Ismail said...

Assalamualaikum,,,saya mengalami penyakit pinggang,apakah disana bisa mengobatinya..mohon alamat nya..

Anas Ismail said...

Asslamualaikum.saya anas.saya menderita sakit pinggang,bisa tak diobati kat sana,mohon alamat nya..

Muhd Fahim said...

Salam kak..minta share lokasi tempay urut ni tak ? Minta tlg whatsapp no. saya ni 013-3833130-Fahim

Ahmad Jumali said...

assalam...dekat sini boleh mengubati penyakit scoliosis (tulang belakang bengkok) ke tak???
-insan terpilih-

fatheen erryanee said...

Salam..kak blh sy dptkan details tempat dia dan kos? Sgt2 memerlukan..akk blh wassap sy 0123216562

Unknown said...

Boleh saya dpt alamat tempat itu

Powered by Blogger.