Follow if you like

Jan 7, 2015

Ayam Masak Halia mudah , ringkas dan sedap!


Dah tiga hari demam tak kebah-kebah jugak. Tekak ni terasa semakin perit dan gatal. Bangun pagi hari ni kepala dah mula rasa senoneng.. tak boleh berdiri lama rasa nak rebah aje.. teruskan juga solat walaupun terasa badan seakan melayang-layang..

Walaupun badan tak berapa sihat.. tugas memasak harus di teruskan, kerana ada mulut yang menanti untuk di suap. Tapi masak yang ringkas-ringkas aje.. sebab tak larat nak berdiri lama-lama.. takut pulak pitam nanti.

Ok hari ni ita masak ayam masak halia. Resepi dari Chef Hanieliza dan di kongsikan oleh Yatie. Dah banyak kali nampak Yatie masak lauk ni.. pada fikiran ita mesti sedap sebab Yatie ni kalau sedap dia akan masak berulang kali. Ia menguatkan lagi semangat ita untuk mencuba memandangkan cara memasaknya yang cukup mudah dan simple dan bahan yang minima.


Bila intai dalam peti ais, tengok apa bahan yang ada, dalam keadaan badan yang tak berapa sihat, malas pula nak ke pasar. Bahan tak berapa lengkap, tapi ita tokok tambah bahan-bahan lain yang ada dalam peti. Ita tambah bunga kubis dan putik jagung, biar ada sayur sikit.. jadi tak perlu ita nak masak lauk sayur sebagai sampingan..

Memang tak sia-sia mencuba, resepi yang cukup mudah dan ringkas tapi hasilnya cukup enak! anda pun boleh cuba terutamanya mereka yang tidak punya masa yang lama untuk ke dapur.. resepi yang mudah macam ni adalah terbaik untuk di cuba!


AYAM MASAK HALIA
Resepi Oleh : Kak Liza
Rujukkan : Yatie

1/2 ekor ayam ~ potong kecil, basuh bersih dan toskan ( ita goreng dulu ayam ni dengan kunyit dan garam )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang atau sup ~ potong pendek
1 biji buah tomato ~ belah 4
1/2 batang carrot ~ potong kecil
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula

Bahan Hiris

5 cm halia
1 labu  bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah

Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.



21 comments:

adda syuhada said...

Ok..ok.. lain kali nak cuba ayam masak halia yg mudah dan sedap ni plk...:)

Qaseh Abadi said...

memang mudah betul.. boleh lah cuba nanti..

>>http://syidamenulis.blogspot.com/

Penyelaras LINUS PPD Klang said...

Salam, kak ita. Nampak sedap, boleh cuba ni.

Aan DaFunky said...

Jumpa post ni tatkala kemalasan melanda2 jiwa.. sangat mudah.. nak try lah.. thanks kak ita.. 😄

Sha My heart said...

wah, nampak sedap

Karina Mazafi said...

As-salam..dah cuba. Memang mudah dan sedap. Thanks for sharing the recepi. 😘

May Sapar said...

:-) nak cuba.....

NOOR AIN OSMAN said...

Dh try x sbr nk.mkn.
www.momstoreretail.blogspot.com

nur amni said...

Sng menu cmni campak2 syur dah complete aym tu..lpstu buat smbl blcn bg yg nak mkn pds

d!d!b said...

Sedapnya nmpak lauk tu. Nak try la..hehehe..akak..sila jenguk blog sy ni ye..
https://inikataaku.wordpress.com/
Tq.. :)

Fathin Amani said...

Assalamualaikum akak (ke makcik?) Hehe. Saya tengah cuti sekarang and memang boleh kata zero ah bab2 masak ni. Biasanya tolong Mak potong2 je. Tapi sebab dah 20 ni so nak belajar masak. And sebab Mak cuti, so memang belajar sendiri ah. Terima kasiiiiiiih sangat kat akak sebab tulis resepi ni semua, Alhamdulillah Mak adik2 semua puji weee :D

Ana said...

Terima kasih share resepi. Dah selesai masak utk husband yg demam. Memang simple n sedap. Berpeluh2 suami lepas makan. Memang penangan halia dan lada hitam. Hopefully cepat sihat.

azzans2u m.azmi. said...

Assalamualaikum k.nita....fuhhh memang marveles you tau...teman terpaksa la masak mlm ni sbb wife tak berapa sehat...tengok dlm freeze ada pulak bahan tu...try masak resepi k.nita...mmg sedap giler..podeh poheheh...melilih makan...terima kasih k.nita sudi berkongsi resepi....

Aliya Zahirah Ariffin said...

Assalam. TQ atas perkongsian resepi... mmg mudah n padtas... menu mlm ni...

hayati abdullah said...

menarik dan simple..nmpak pun sedap..harus cuba ni :-)

Unknown said...

Aslamulikum..nk tnya akak klau nk bgi aym tu mcm rngup skit mcm mna ek? Sbb ad hr tu pegi mkn kt kdai ayn hlia ni pstu aym dia mcm rngup skit..hjat nk try buat cm tu.. Ada idea x??

Unknown said...

Aslamulikum..nk tnya akak klau nk bgi aym tu mcm rngup skit mcm mna ek? Sbb ad hr tu pegi mkn kt kdai ayn hlia ni pstu aym dia mcm rngup skit..hjat nk try buat cm tu.. Ada idea x??

Zainol Irwan said...

Mmg sdap...sya dah try msak dah pun....knyangnya perut,,,nyummm...nyummm jewww..

Zainol Irwan said...

Sdap sngat...sya dah try buat....knyangnya..perut..nyumm...nyummm..jew..

Zainol Irwan said...

Sdap sngat...sya dah try buat....knyangnya..perut..nyumm...nyummm..jew..

Zainol Irwan said...

Mmg sdap...sya dah try msak dah pun....knyangnya perut,,,nyummm...nyummm jewww..

Powered by Blogger.