Follow if you like

Jan 13, 2015

Anemia Oh Anemia


Sejak akhir-akhir ini kesihatan ita kerap kali terganggu. Pada mulanya ita hanya beranggapan ianya adalah di sebabkan oleh faktor cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini. Seminggu ita berhadapan dengan demam yang agak teruk.. batuk yang kronik yang membuatkan tubuh badan semakin hari semakin lesu. Hingga ada ketikanya ita terasa seakan macam nak pitam bila duduk lama atau berdiri. Badan menjadi terlalu lesu, tangan mula terasa kebas. Dada sering kali bedebar dan kerap kali berpeluh sejuk. Kaki dan tangan sudah mula terasa sejuk dan kadang-kala terasa lenguh pada seluruh sendi.

Melihatkan kesihatan ita yang semakin kritikal.. Sekali lagi ita ke klinik untuk mendapatkan pengesahan dari doktor sekali lagi. Ita bawa sekali hasil ujian darah dan air kencing yang doktor berikan tempoh hari. Kali ini ita ke kelinik Asia pula. Ita suka sikit pergi klinik Asia, kerana pada ita doktornya sangat profesional, dan mereka melayan setiap pesakitnya dengan baik.

Alhamdulillah kali ini ita tidak perlu tunggu lama, kerana tidak ramai pesakit, mungkin sebab hari dah petang. Ita berjumpa dengan seorang doktor muda yang sangat lembut tutur bicaranya. Seorang doktor India, beliau tanyakan masalah yang ita hadapi dan mendengarnya dengan berhati-hati. Ita berikan laporan kesihatan dan ujian darah dari klinik sebelum ini. Setelah mengamati hasil laporan beliau menerangkan dengan ita setiap apa permasalahan kesihatan yang ita hadapi hingga membawa kepada simtom-simtom yang ita alamai kini.



Rupanya ita mengalami Anemia.

Apa itu anemia?
Darah merah secara umumnya berfungsi membawa bekalan oksigen makanan ke tisu badan untuk kegunaan seharian. Ia sel darah utama selain sel darah putih dan platlet. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayapenghidapanemia/MA/Article#sthash.xpdNXe0N.dpuf

Anemia ialah keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah. Sel darah merah diperlukan untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu di dalam badan. Kekurangan darah merah merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia.

Tanda-tanda kurang darah

1. Kelopak Mata Pucat
Sangat mudah untuk mendeteksi anemia dengan melihat mata. Ketika Anda meregangkan kelopak mata dan memperhatikan bagian bawah mata. Anda akan melihat bahawa bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat.

2. Sering Keletihan
Jika anda merasa letih sepanjang waktu selama satu bulan atau lebih, besar kemungkinan anda memiliki jumlah sel darah merah yang rendah.

3. Kerap loya
 Mereka yang menderita anemia seringkali mengalami gejala morning sickness, mual atau loya setelah mereka bangun dari tempat tidur.

4. Sakit kepala
Orang yang mengalami anemia sering mengeluh sakit kepala secara terus-menerus. Kekurangan darah merah membuat otak kekurangan oksigen. Hal ini sering menyebabkan sakit kepala.

5. Ujung Jari Pucat
Ketika Anda menekan ujung jari, daerah itu akan berubah jadi merah. Tetapi, jika Anda mengalami anemia, ujung jari Anda akan menjadi putih atau pucat.

6. Sesak napas
Jumlah darah yang rendah menurunkan tingkat oksigen dalam tubuh. Hal ini membuat penderita anemia sering merasa sesak napas atau sering termengah-mengah ketika melakukan aktiviti sehari-hari seperti berjalan.

7. Denyut Jantung Tidak Teratur
Palpitasi adalah istilah medis untuk denyut jantung tidak teratur, terlalu kuat atau memiliki kecepatan abnormal. Ketika tubuh mengalami kekurangan oksigen, denyut jantung meningkat. Hal ini menyebabkan jantung berdebar tidak teratur dan cepat.

8. Wajah Pucat
Jika Anda mengalami anemia, wajah Anda akan terlihat pucat. Kulit juga akan menjadi putih kekuningan.

9. Masalah keguguran rambut
Rambut gugur bisa menjadi gejala anemia. Ketika kulit kepala tidak mendapatkan makanan yang cukup dari tubuh, Anda akan mengalami penipisan rambut dengan cepat.

10. Menurunnya Kekebalan Tubuh
Ketika tubuh Anda memiliki energi yang sangat sedikit, kekebalan atau kemampuan tubuh untuk melawan penyakit ikut menurun. Anda akan mudah jatuh sakit atau kelelahan.
 
Punca-Punca Anemia

1.  Wanita mengandung selalu mengalami anemia yakni kekurangan paras hemoglobin dlm darahnya. Ini disebabkan keperluannya terhadap nutrien bertambah dengan adanya bayi dlm kandungan yg semakin berkembang.. Sebab itu keperluan RDA nutrien wanita mengandung meningkat dengan ketara berbanding wanita tidak mengandung.

2. Kekurangan zat pemakanan (malnutrition). Boleh terjadi kepada kanak-kanak, orang dewasa dan org tua yg kurang selera makan, terutama bagi mereka yg banyak mengambil makanan ringan @ junk food, makanan segera dan makanan 'highly refined processed foods' seperti beras putih, gula putih, tepung putih, minyak refined, dan majerin yang sangat kurang kandungan nutrien asli..

3. Wanita bersalin juga   terdedah kepada masalah anemia kerana kehilangan darah yg banyak semasa melahirkan anak. 

4. Pesakit kronik yg semakin kurang selera makan.  
 
5. Pesakit yg mengalami pendarahan kronik walaupun sedikit seperti buasir berdarah, kanser.

6. Kemalangan yang menyebabkan kehilangan cecair tubuh dan darah yg banyak.

7. Penyakit genetik spt talassemia, G6PD, dsb.

8. Penyerapan nutrien yg terjejas akibat masalah  sistem penghadaman.

Rawatan Anemia
  • Mengambil makanan asli wholefoods yang kaya pelbagai nutrien
  • Badam yg kaya protein , karbohidrat, lemak vitamin B kompleks, mineral
  • Susu asli (kambing, lembu) spt susu segar, susu tepung penuh krim FERNLEAF 100% original.
  • Daging kambing anak biri-biri yakni lamb yang kaya protein berkualiti tinggi yang mudah hadam serta vitamin B kompleks, mineral. Ia sgt cepat membina sel darah merah.
  • Ayam kampung serta telur kampung, puyuh, merpati serta telurnya
  • Butter susu asli spt Anchor, SCS kaya lemak tepu & kolesterol yg seimbang (highly bioavailable) utk membentuk membran sel yg utuh
  • Beras rebus / parboiled rice yg kaya vitamin B kompleks terutama folate, mineral yg diserap 99%.
  • Bulgur wheat yakni soaked, steamed cracked wheat  yg kaya karbihidrat kompleks, vitamin B kompleks , mineral terutama zat besi yg diserap hampir 100%
  • Barli
  • Madu asli, gula merah asli, molasses tebu
  • Garam bukit Himalaya warna pink yg mengandungi 84 mineral
  • Jintan hitam serbuk / biji
  • Halba biji
  • Kurma merah / buah bidara China
  • Buah kurma
  • Minyak kelapa dara @ minyak zaitu extra virgin yg membantu membentuk membran sel serta menjana tenaga yg banyak utk sintesis sel darah merah. Ia juga memberi kesan fisiologi kepada seluruh organ tubuh yg mengoptimumkan sintesis sel darah merah.
  • Kekacang spt kacang hijau, pulut hitam, kacang  kuda, merunggai.
  • Air mineral yang bersih.
  • Tepung gandum atta.
  • Santan kelapa asli yg menggalak pembentukan sel-sel baru.
Makanan Yang Harus Di elakkan

  • Makanan masam yang  boleh melemahkan badan.
  • HVO, minyak goreng recycle kerana ia memberatkan lagi keadaan anemia akibat gangguan edara darah dan oksigen rendah
  • Makanan banyak kimia, refined foods, makanan ringan yg kurang berzat
  • Ayam daging, telur komersial  yg kurang berzat
  • Makanan yang boleh mengganggu penghadaman spt mencampurkan susu dan buah, mencampurkan dua jenis protein yg berbeza spt daging dan ikan @ telur @ susu
  • Makanan yg terlalu pahit spt hempedu bumi, seruntun, peria, tunjuk langit.. Ia boleh melemahkan badan
  • Air R.O yg tiada mineral. yg mengganggu keseimbangan homeostasis darah.
  • Beras putih, gula putih, tepung gandum putih yg tiada zat 
Doktor nasihatkan ita supaya jaga pemakanan, kena banyak berehat. Ita di nasihatkan supaya makan banyak buah kiwi, kurma dan kerang untuk kembalikan semula darah dalam badan. Ita berharap sangat kesihatan ita akan kembali seperti biasa.. agar ita dapat menjalani rutin seharian ita bersama keluarga.


Darah merah secara umumnya berfungsi membawa bekalan oksigen makanan ke tisu badan untuk kegunaan seharian. Ia sel darah utama selain sel darah putih dan platlet. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayapenghidapanemia/MA/Article#sthash.93LBT8mA.dpuf

16 comments:

yong norliza said...

moga sihat sokmo kak ^^

jemput singgah

www.mommylizz.com

The new Coosyasya said...

Assalam Kak Ita, saya baru jer browse through your latest kek pisang posting masa kak ita tak sihat aritu. tiba2 terbaca post yang ni plak. sedih plak rasa...

As one of your loyal readers, sy rasa terpanggil utk share pemakanan sunnah yg sy amalkan almost 6mths - Qaseh Gold Adinda.

Mengandungi kurma, madu, za'faran, delima, habatussauda, passiflora & pegaga which are very2 good for anemia.

sy sendiri ada tekanan darah rendah and low platlet count. so Qaseh Adinda ni sgt bagus pd sy. cubalah cari Kak Ita, kalau dekat mmg sy hantarkan kat akak... sy doakan kak ita cepat sembuh lebih baik dr sebelumnya. inshaaAllah...

take care sis!
-syazwani-

Fiza Abdul Rahman said...

salam kak ita,

Tq for info... saya pun ada anemia..

makcikkantin said...

Take care Ita, have good rest & ikut nasihat doktor.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Ita.. ikut nasihat doctor ya... semoga cepat sembuh....

umi's cup cake said...

Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada kak ita..

lia ummiirfan said...

take care dear.. i dulu oenah kena anemia masa duduk kat Uk.. my GP cakap kena makan makanan yg tinggi iron dan ambil vit c bersama untuk tujuan penyerapan iron tu. Makanan yang GP suggest ialah daging kambing.. sunnah Rasulullah kan.. kita pun selalu lupa.. semoga sihat yea..

Umi said...

Slm k ita, stress juga blh menyebabkn kita jatuh sakit... Saya dulu x sedar perkara ni smpi kwn saya tegur mengatakn saya overworked & abai kesihatan sndiri. Kdg2 bila kita ambil too many jobs scr x lgsung kita terjejas waktu mkn, waktu rehat & waktu tidur. So, k ita jgn pressure diri sendiri ambil orders byk2 ya! Pastikn rehat secukupny & get well soon..

joceline lyn said...

Take care kak ita ...... All the best for you. Wish you recover soon.

joceline lyn said...

Take care kak ita ...... All the best for you. Wish you recover soon.

Unknown said...

As a person who had gone through this before, my suggestion is that you take lots of vege like kangkong, bayam or broccoli. I used to grill a piece of hati lembu as well for my meal and in no time at all , I recovered. But of course the GP must have told you what is best for your condition. May you recover fast Azlita.God Bless You.

nasa mulia said...

take care kak, banyakkan rehat moga cepat sembuh..

Husni Nazra AB said...

Saya doakan Kak Ita cepat sembuh. Mungkin Kak Ita boleh bacakan doa ini. Doa yang saya dapat daripada ustazah dalam rancangan Tanyalah Ustazah... Doanya.. Ya Allah, engkaulah yang mendatangkan penyakit ini Ya Allah, Engkau juga yang menyembuhkannya Ya Allah, Tiada tuhan yang maha kuasa Ya Allah, Ya Allah, sembuhkanlah sakit ini dengan kesembuhan yang tiada kesakitan....

fazianbatrisyia said...

Sy doakan k ita sihat & cergas mcm dulu. sy pernah juga rasa berdebar...jantung laju...berpeluh2 rasa nak pitam. bila check sy kurang gula rupanya.

prancissca febby said...

One of the causes difficulty concentrating and fatigue is due to lack of blood, or in the medical world called anemia. Anemia can be caused in part by lack of iron and vitamin B-12. Source of iron and vitamin B-12 is the most important of the food. To prevent gejala anemia hence we need to consume a varied diet with balanced nutrition levels.

Sue Yusuf said...

Assalam.. blog walking cari resepi, jumpa pula notes ni.. symptom2 sy slalu rasa sejak kebelakangan ni..n cek darah mmg low HB.. huhu kena jg pemakanan la ni..Mohon share ya utk ingatan..TQ

Powered by Blogger.