Follow if you like

Jan 11, 2015

Akukah superheroes itu..


Hari ini merupakan hari pertama anak-anak melangkah ke sekolah. Rutin para ibu kembali berulang seperti biasa. Mungkin ada yang masih lagi menyesuaikan diri dengan rutin baru.. ialah kalau dahulu anak sekolah sebelah pagi.. tahun ini pindah pula ke sebelah petang.. ada pula yang dahulu petang sekarang pula ke sekolah pagi.. Tugas ibu sebagai superheroes pun bermula...


Dengan urat dawai tulang besinya, pagi-pagi lagi dah berperang di dapur menyiapkan sarapan untuk anak-anak.. pasti mulut tak berhenti mengomel.. meminta anak-anak agak cepat supaya tidak lewat ke sekolah..

Si ibu juga menjadi superheroes menghantar dan mengambil anak pergi dan kembali dari sekolah.. Belum hilang penat, tak sempat melabuhkan punggung dah nak sediakan makan tengahari pula.. nanti anak-anak balik perut kosong pulak.

Sambil memasak, sambil memunggut kain baju kotor untuk di cuci. Yang di jemuran berangkat tidak sempat lagi di lipat sudah sebakul lagi menanti untuk di sidai.
Sambil-sambil, sempat pula capai penyapu dan mengemop lantai.. Sesekali mata menjeling ke arah jam yang ligat berputar..

Bergegas pula menunggu anak-anak pulang, berlari pula menghantar anak ke sekolah agama..
Belum sempat mengelap keringat dah teringat nak perangat nasi untuk makan malam pula... Apa pula menu minum petang ni nanti..

Lepas mengemas dapur, lewat malan malam.. mula menyemak buku sekolah anak-anak.. Anak pula dah terlelap di meja. Tak sampai hati nak di kejut di kendong pula anak ke bilik.. Mengusap rambut anak sambil mengucapkan.. mak sayang kamu.. jadi anak yang solehah... dan cerdik..

Apabila suis lampu di tutup... barulah dapat nak meregang-regangkan tulang empat kerat ni..




7 comments:

Emma B said...

Cake sgt awesome!! Darwisy mesti happy dpt cake superheroes ni. Umi dia pulak rasa sedih x dpt sambut bday sama2 tahun ni... Anyway thanks sis, sgt puas hati :)

Azlita Aziz said...

Terima kasih Emma, mesti Darwisy happy dapat kek dari Ummi, walaupun Ummi tak ada tapi masih ingat kat Darwisy. Akak pun harap Darwisy suka kek ni.. Terima kasih sekali lagi ya Emma. Sampaikan salam ulang tahun untuk Darwisy, semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat ^_^

Jeni Umi said...

Boleh tak bagi terang sikit tulisan..background dh la warna kelabu.huruf pn kelabu..seksa nk baca..

Cik Puan Rann said...

cantik la kek nie....mcm sayang nak makan...hehehehe

Rafidah Ishak said...

ita darling , buat laksa sarawak plz, fid ni bukak blog ita klau nk masak tau

SHUKTI said...

sis mcm ne nak order gan sis ye..blh saya dptkan no fon sis

Azlita Aziz said...

Shukti blh wassap 017 7279179

Powered by Blogger.