Nov 29, 2014

Kek Minyak lembut dan mulus hasilnya.. sedap!


Kek Minyak.. Ramai kawan-kawan yang dah buat kan..?
Ita baru berkesempatan nak membuat kek ni.. Kek yang menjadi fenomena di alam maya. Rata-rata ramai yang memuji akan kesedapan.. keenakkan.. kegebuan.. dan kehalusan kek yang satu ini.

Kek minyak?
Biasa kek di buat menggunakan minyak.. ianya bukanlah satu yang pelik..
Kek menggunakan minyak biasanya lebih lembut terutamanya bila di letakkan susu pekat semakin lembab dan mulus hasilnya.

Rasa kek jika menggunakan minyak dan menggunakan butter ada kelainannya.. Kalau kek butter ia lebih harum.. dan lebih lemak. Jika menggunakan minyak pula kek tidak terlalu muak bila di nikmati.

Jom berkebun


Nov 28, 2014

Beetle GSR


Satu lagi kek hari ini sebelum ita melelapkan mata.. sangat letih hari ni..
Tak boleh sembang dah hari ni.. memang penat sangat.. mata pun dah tak boleh nak bukak dah ni.. Tapi tak boleh lena lagi.. sebab ada lagi kek nak siapkan untuk esok hari pulak.

Kek terakhir untuk hari ni.. kek tema kereta Beetle GSR.
Susah nak buat bentuk kereta ni lebih-lebih lagi dalam cuaca yang hujan.. macam nak nangis aje rasanya nak siapkan..

Gift Box Cake


Satu lagi kek hari ini, kek Gift Box untuk hantaran.
Kek ni dalamnya adalah kek red velvet.
Kek ni adalah kek buttercream hiasan ribon dari gumpaste
Tema kali ni ialah magenta dan peach

Red Velvet Cuppies


Tempahan Red Velvet cup cake pula petang ni..
Tempahan dari rakan, untuk majlis perkhawinan.
Terima kasih atas tempahan ..


KIA Optima K5 Cake


Assalamualaikum..
Salam kepada penghulu segala hari..
Kek lagi.. dan lagi dan lagi..
Maaf lah bagi yang tunggu resepi dari kak ita.. Minggu ni ita memang sibuk sangat.. sibuk menyiapkan tempahan kek.. siapkan figurine..  dan macam-macam yang berkaitan dengan kek..

Minggu ni memang banyak kek yang perlu ita buat figurine.. itu yang mengambil masa ita yang banyak.. Kadang makan pun tak sempat.. bukan makan aje tak sempat nak masak pun tak dan.. Mujur suami dan anak-anak faham.. Kadang suami dan anak-anak tolong ita masak.. hihi :)

Nov 27, 2014

Kek Anniversary


Kek hari ini..
Hari ini ita buat kek Rusian Black and White tempahan daripada customer.
Kek untuk ulang tahun perlhawinan mereka yang ke 4 tahun
Selamat ulang tahun daripada kak ita juga ya.. semoga kekal bahagia hinga ke Jannah.. sentiasa di murahkan rezeki dan beroleh rahmat dari Nya..


Nov 26, 2014

Frozen.. entah yang ke berapa kali...


Kek Frozen lagi.. yang entah ke berapa kali.. Hingga ita dah kekeringan idea untuk mendeco kek yang menjadi kesukaan ramai ini.
Hari ini sekali lagi kek Frozen..
Dalamnya adalah kek Choc Moist dan kek di deco sepenuhnya dengan fondant

Nov 25, 2014

Lagi tempahan Victoria Sandwich Cake


Dua biji kek Vicoria Sandwich untuk hari ini.
Terima kasih kepada yang membuat tempahan.
Malam ni tak boleh sembang panjang.. Ita ada kerja yang harus di siapkan.
Layan gambar dulu ya.. insyaallah panjang umur kita jumpa lagi esok !

iPhone 6 idaman ku..


Kek hari ini... iPhone 6
Waaa..... seronoknya dapat iphone 6, idaman anak-anak ita ni..
Tapi tu lah.. bila beli yang baru.. tak lama keluar lagi yang baru.. beli lagi.. keluar lagi yang baru.. aduyaiii.. bilalah nak habis..
Asyik nak tukar-tukar hp aje.. boleh pengsan maknya..

Singgang Daging


Ita memang cukup meminati lauk singgang. Walaupun lauk singgang sering kali di kaitkan sebagai lauk untuk orang sakit namun ita memang cukup suka.. nak-nak lagi bila di letakkan kuahnya yang banyak tu.. macam makan bubur pulak terasa.. sedapnyalah aiiii....

Kebiasannya emak masak singgang ikan. Ikan yang paling sedap untuk buat singgang adalah ikan parang dan selar kuning.. eemmm... satu ikan besar dan mahal harganya dan satu lagi ikan kecil dan murah.. terpulanglah.. ita tak kisah mana-mana pun ita suka.

Nov 24, 2014

Jus Tembikai Lemon


Ita pasti ramai yang suka makan buah tembikai. Warnanya yang menarik dan jusnya yang manis adalah antara penyejuk dan penyaman tekak ketika berhadapan dengan cuaca yang panas dan terik. Tahukan anda terdapat banyak khasiat bila kita memakan buah tembikai.

Victoria Sandwich Cake


Assalamualaikum..
Selamat pagi.. dan Alhamdulillah syukur kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini..
Minggu baru.. kita hadir juga dengan semangat baru pagi ni.. Semangat ingin mengumpul sebanyak pahala hari ni.. ingin membuat banyak kebaikan hari ni.. ingin memperbaiki setiap kelemahan.. dan mungkin ada yang ingin mencuba sesuatu yang baru..
Apa sahaja yang anda inginkan.. lakukan.. jangan bertangguh.. jangan rasa rendah diri.. anda berhak memiliki.. merasai.. dan menikmatinya...

Pagi ni ita free sikit.. tapi petang ni dah mulalah sibuk dengan tugasan ita.. macam biasa siapkan tempahan customer.. kita buat suka-suka kan.. sekadar menceriakan hati insan-insan di sekeliling kita.. Kalau mereka suka.. kita pun rasa suka jugak.. sebenarnya ianya adalah suatu terapi yang cukup baik.. bukan sahaja untuk tubuh kita tapi juga minda dan iman... Kalau hati kita happy.. maka kecerian itu akan terpancar di wajah.. senyum sokmolah...!

Nov 23, 2014

Rusian Black And White dengan bunga hiasan


Satu lagi kek yang perlu ita siapkan hari ini.
Kek kali ni istimewa sikit sebab kek ni ita tak pernah buat lagi. Tapi sebab tuan empunya minta buatkan ita buatkanlah..
Dalamnya kek Rusian Black and White. Kek ni di deco dengan bunga buttercream. Ita tak pernah lagi gabungkan kek Rusian Black and White dengan buttercream, dan ini adalah percubaan yang pertama. Tak tahulahkan gabungannya.. tapi bunga ni bukan untuk makan.. ia sekadar untuk mencantikkan hiasan dekorasi kek sahaja

Baby Girl With Baloons


Seperti biasa hujung minggu ita terisi dengan memenuhi permintaan customer. Alhamdulilah.. siap semua tempahan untuk minggu ni.

Hari ini ita kongsikan satu lagi tempahan kek untuk adik Darwisyah.
Kek Darwisyah adalah kek rainbow, bersaiz 10 inc. Layer dalam adalah cream cheese frosting. Luarnya pula di lempa dengan buttercream.

Nov 22, 2014

APAM SUSU


Hari-hari nampak rakan-rakan di FB dok tayang apam susu masing-masing. Gebu-gebu semuanya.. buatkan hati ni tak tertahan untuk mencuba. Ita memang suka makan apam, dan dah lama jugak ita tak mengapam.

Apam ni ita sediakan untuk minum petang kami hari ni. Bila hari hujan-hujan ni perut ni cepat aje lapar.. Kebetulan anak-anak dah mula bercuti, semakin sibuklah emaknya di dapur.

Princess Merida Brave Cake


Kek untuk hari ini, dengan tema Brave dan figurine Princess Merida di atas kek.
Kek untuk Deliesya yang menyambut ulang tahunnya yang ke 2 tahun hari ini. Happy Birthday Deliesya.

Kek bersaiz 9 inc. Kek dalamnya kek rainbow dengan cream cheese frosting dan di lempa dengan buttercream sebelum di salut dengan fondan pada keseluruhan kek.

Kek Tempahan Semalam


Inilah kek tempahan yang perlu ita siapkan. Fuh..! jenuh nak menyiapkan figurine minion yang sebesar duit 20 sen ni.. mata dahlah tak berapa nampak.. terkial-kial nak menghabiskan..

Tempahan untuk kek Devil's food Choc Slice cake untuk Sueina. Tema minion pula kek slice ni kali ni.

Nov 21, 2014

Roti Lapis Daging Berkeju mudah, ringkas dan sedap !


Dah lama ita simpan resepi yang dikongsikan oleh rakan FB  Sarimah Md Nor. Bila nak buat ada aje aralnya.. Roti tah dah berapa kali ita beli.. habis di makan anak-anak aje.. sama juga dengan cheese tu..
Hari ni baru ita berkesempatan untuk mencuba.. aduyaiii... ruginya rasa kenapalah ita tak cuba dari awal.. sedapnya lah aiii.... Terima kasih Sarimah kongsikan resepi yang sempoi tapi rasanya cukup umph!

Ita adalah olah sikit resepi.. sebabnya ita suka pedas. jadi ita tambahkan lada hitam , cili padi dan cili merah.. baru terangkat.. memang sedap! anda pun boleh cuba..

Sayur Bayam Tumis Air



Semalam  ita cukup sibuk siapkan tempahan kek. Ada beberapa biji kek yang ita harus siapkan figurinnya. Bila ita kena buat figurine, ita kena ambil masa yang lama untuk siapkan. Kena fokus dan kena tenang.. kalau fikiran bercelaru.. ita memang tak boleh fokus.

Pada sebelah paginya.. ada sedikit ganguan pada blog ita, Entah kenapa bila nak bukak tak boleh " page not found " tertera pada skrin komputer.. Down jugaklah rasa.. sebab rasanya dah banyak kali blog ita kena macam tu.. Mungkin sebab server.. ita pun tak tahu.. atau sebab spam.. atau komputer dah ada virus.. entahlah.. macam-macam yang ita fikirkan.. Tapi ita dah bertekad dah.. kali ni.. kalau blog ita tak dapat dijumpai.. maka berakhirlah tugasan ita sebagai blogger masakan.. bukan kecewa... tapi terasa sangat penat.. mau tak penatnya.. hasil kerja yang ita kumpul untuk anak-anak jadikan rujukan hilang macam tu aje.. Mungkin ita akan fikirkan untuk bukukan blog ita ni.. untuk rujukan anak cucu nanti..

Nov 19, 2014

Continental Cake


2 biji lagi kek untuk hari ini.. Tapi kali ni kek continental pulak. Aduiii... penat betul rasanya hari ni.. macam nak patah rasanya pinggang ni siapkan tempahan kek. Alhamdulillah syukur rezeki dari Allah.. Terima kasih Allah.


Nasi Ayam Penyet Paling Sedap!


Apa ya maksud di sebalik nama Penyet itu..? Kita ni tahu makan aje.. tak pernah nak ambil tahu kenapa sesuatu makanan itu di namakan sedemikian. Ramai yang menyatakan penyet tu sama maknanya penyek dalam sebutan kita. Jadi makna Ayam Penyet tu ayam yang di penyek-penyekkan lah ya... ? ops.. masih kurang tepat rupanya..


Kek Jamuan Akhir Tahun Sek Seri Alam 2


Bila tiba penghujung tahun, banyaklah sekolah yang mengajurkan majlis perpisahaan terutamanya untuk murid-murid tahun 6 di sekolah rendah dan tingkatan 5 di sekolah menengah. Hari ini sekali lagi ita menerima tempahan dari Sek Keb Seri Alam 2. Sudah banyak kali juga Sek Seri Alam 2 menempah kek dengan ita, terima kasih banyak-banyak ya cikgu.


Nov 17, 2014

Ikan Kerisi Masak Sos Tiram


Setiap kali bersembang dengan Sara, kawan ita.. Kami sering berborak mengenai hidangan yang mudah dan ringkas untuk di hidangkan kepada keluarga. Maklumlah kami sekarang cukup sibuk.. Walaupun suri rumah.. ita sibuk dengan tempahan kek.. Sara pula sibuk menguruskan perniagaan keluarga. Dalam masa yang sama kami juga memikul tanggungjawab penting iaitu menguruskan keluarga. Sesibuk manapun dapur perlu berasap. Mujur suami dan anak-anak tak berapa cerewet bab makan. Apa sahaja yang di masak mereka akan menikmatinya dengan penuh berselera sekali.

Nov 16, 2014

Devil's Food Choc Kek paling besar yang pernah saya buat



Seperti biasa hujung minggu ita terisi dengan aktiviti menyiapkan tempahan kawan-kawan. Selain kek Angry Birds semalam ita juga kena siapkan sebiji kek ulang tahun untuk Danish Kumar. Kek di tempah oleh auntie Danish, Pria untuk birthday boy. Happy Birthday Danish.. wah.. dah 21 tahun dah umur Danish, sudah melangkah ke alam dewasa.. Kata orang kalau 21 tahun dah mendapat kunci kebebasan.. itulah yang di idam-idamkan oleh setiap remaja.

Angry Birds Stella 3D Cake Tutorial


Bila kak Lina minta ita tolong buatkan kek anggry birds untuk anak buahnya.. ita rasa terkedu seketika bila melihat contoh kek yang beliau inginkan. Kek Anggry Birds yang berbentuk 3D ni memang ita belum pernah buat lagi..
"akak percaya ita boleh buat.." kata-kata semangat dari Kak Lina buat kan ita semakin bersemangat untuk mencuba.. walaupun ita tahu ini adalah pengalaman pertama menyediakan kek berbentuk bulat ini.

Nov 14, 2014

Pocoyo and friends


Ini adalah satu lagi kek yang ita sediakan semalam. Kek dengan tema Pocoyo untuk adik Hanania. Kesian adik Hananiah lama tunggu kek dari cik ita kan..

Sebenarnya bapa Hanania dah tempah awal lagi.. dan ulang tahun Hanania pada bulan Oktober yang lalu. Tapi tu lah.. kan kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan.. kebetulan bapa mertua ita tak sihat dan ita terpaksa pulang ke kampung dan semua tempahan terpaksa di batalkan.. Maaf sangat-sangat pada yang dah tempah awal tapi kak ita terpaksa pulangkan semula wang anda kerana memang tak boleh nak elak lagi.. Ita pun masa tu dah naik buntu dah.. tak tahu nak buat macam mana. Memang rasa bersalah sangat sebab customer dah bayar dan ita pun dah berjanji nak buatkan.. tapi tulah bila bapa ita masuk hospital sebagai menantu sulung ita kena juga pergi menziarah..Bila dapat tahu bapa mertua ita masuk ICU ita terus pecut ke Kota Bahru dengan tak bawak talipon, camera dan komputer. Mujur adik ita banyak membantu..

Nasi Lemak Pandan dan Sambal Sotong Kering



Hari Jumaat yang barakah.. Sekarang dah mula masuk musim tengkujuh. Bila musim tengkujuh ni masalah utama suri rumah adalah pada pakaian yang di jemuran yang tak kering-kering. Penuhlah rumah dengan ampaian, dan pakaian yang bergantungan..

Bagi para ibu, tak lama lagi dah mula masuk musim cuti sekolah. Mungkin ada sesetengah sekolah yang anak-anak dah mula bercuti dari minggu lepas lagi.. Ingat ya.. musim cuti sekolah bersekali dengan musim tengkujuh.. jadi ibu-ibu jangan terlalu leka.. senantiasa perhatikan di mana anak-anak anda berada.. terutamanya anak-anak kecil. Jangan biarkan mereka bermain di tepi sungai, longkang atau parit besar. Malang tidak berbau.. cegah sebelum parah dan beringat sebelum terkena.. agar tidak menyesal di kemudian hari..


Nov 13, 2014

Louis Vuitton Bag Cake Tutorial


Waaaa... ramainya peminat bag LV ni kan... Ialah bag mahal pasti ramai yang suka terutamanya golongan hawa. Ita juga adalah salah seorang peminat bag LV. Ada juga lah beberapa koleksi bag LV yang menjadi simpanan ita. Ita tahu.. kalau kaum hawa ni pasti inginkan satu koleksi bag LV dalam simpanan.. tapi harganya yang agak mahal dan di luar kemampuan.. banyak yang hanya gigit jari.. tak pe lah... kalau tak ada.. ianya bukan satu keperluan sebaliknya lebih kepada kehendak sahaja.. Lebihkan mana yang utama dahulu.. ya.. insyaallah kalau ada duit terpijak nanti barulah boleh dapatkan satu..

Nov 12, 2014

Apple Calamansi


Apple Calamansi, jus ni ita suka sangat. Bukan ita sahaja yang suka suami ita pun suka. Hari tu semasa perjalanan pulang dari Kota Bahru, ita singgah di Kuala Lipis. Lama dah tak singgah Kuala Lipis sejak Amiru menamatkan persekolahannya. Kami singgah di Secret Recipe untuk makan tengahari. Di sebabkan cuaca hari itu agak panas, ita dan suami oder Apple Calamansi untuk menghilangkan dahaga di sambil menikmati hidangan makan tengahari di situ.

Mungkin nasib kami hari tu tak berapa baik, jus apple calamansi yang kami pesan tidak berapa sedap, agak tawar dan kurang umpph!. Suami ita pun tak menghabiskan minumannya. Lepas makan kami pun beredar dengan rasa terkilan kerana pesanan hari itu tidak menepati selera.

Nov 11, 2014

Turi Masak Lemak Keledek Oren


Hari ni ita masak sayur kapung lagi. Sayur turi, sayur yang kerap emak sediakan untuk makan tengah hari kami sekeluarga. Pokok turi emak yang tanam, kata emak senang kalau tak ada lauk nak masak pucuk turi boleh jadi galang gantinya.

Masa ita kecil ita tak berapa suka jika mak masak turi, kerana daunnya terasa amat pahit bila di makan. Ita cuma makan kuahnya sahaja. Emak kata sayur ni bagus di makan rasanya yang pahit itulah penawar kata emak.

Nov 10, 2014

Makan-makan di Kota Bahru Part 1

Kunjungan ita ke Kelantan tidak lengkap rasanya jika tak jalan-jalan cari makan.
Hari ini ita nak bawa anda semua ke beberapa gerai atau kedai makan yang menarik di sekitar Kota Bahru Kelantan.


Awal-awal pagi lagi ita dah mengunjungi sebuah kedai Kopitiam yang terletak di pinggir bandar Kota Bahru. Kopitiam Kita, nama yang mudah di ingat yang merupakan konsep kedai kopitiam Kelantan. Di sini macam-macam ada dan ianya sebenarnya sebuah kedai makan yang lengkap menghidangkan semua makanan sarapan pagi bagi masyarakat Kelantan. Antaranya pastilah nasi kerabu, nasi dagang, laksam, nasi berlauk, nasi tumpang, dan macam-macam lagilah.. sangat banyak makan yang terhidang hingga kita pun susah nak membuat pilihan. Makanan ini pula di ambil oleh tuan kedai dari penduduk setempat dan antara yang popular dan tersedap di Kota bahru.


Ikan Bakar Cara Protugis


Ikan bakar cara Protugis pernah popular di kalangan para blogger masakan. Cuma ita sahaja yang belum berkesempatan untuk mencuba pada ketika itu. Resepi ikan bakar yang di katakan sangat enak dan cukup beraroma ini telah di cuba ramai. Ada yang menyatakan resepi asal milik Chef Wan dan tak kurang juga yang tidak menyatakan dari mana resepi asal mereka perolehi. Tapi bila ita tengok pada resepi, sukatan dan cara penyediaan yang sama, sudah pastilah ianya dari satu sumber yang sama... cuma tak dinyatakan sahaja.
Nov 9, 2014

Belajar membuat bunga Peony step by step



Assalamualaikum..
Seperti biasa hujung minggu ita cukup sibuk menyiapkan tempahan kek dari rakan-rakan. Bila tiba hujung tahun pasti ramai kawan-kawan dan saudara-mara yang mengadakan majlis perkhawinan. Ada juga yang merebut hujung tahun untuk mengadakan majlis pertunangan, akikah mahupun berkhatan bagi anak lelaki yang sudah akil baligh.

Minggu ni ita menyiapkan tempahan kek 3 tier untuk sebuah majlis perkhawinan. Kek ini design dan deco adalah pilihan dari pengantin dan ibunya. Kek ni nampak simple tapi amat rumit juga nak menyiapkannya, terutamanya bila bab nak melekatkan manik dan membuat jaluran halus renda pada kek memang cukup rumit dan perlu banyak kesabaran.


Nov 7, 2014

Kek Buah Kukus jimat masa.. cepat, mudah dan ringkas..


Kek buah kukus lagi.. kali ini buat khas untuk ibu mertua ita.
Sebenarnya ita buat kek ini sebelum ita pulang ke Kota Bahru minggu lalu. Semasa ita pulang dulu, ibu mertua ita ada menyatakan keinginannya untuk menikmati kek kukus buah. Pada masa itu sudah kesuntukkan masa untuk ita membuatkan untuknya. Lagi pula di Kelantan ita tidak tahu lagi di mana ita nak dapatkan bahan-bahan untuk membuat kek. 

Keinginan ibu mertua ita untuk merasa kek buah pernah di suarakan oleh adik ipar ita pada hari raya puasa yang lalu. Pada masa itu ita terlalu sibuk dengan tempahan kek dan biskut raya hingga ita tak sempat nak kirimkan kek kukus buah ni. Bila pulang kali ni, ita terus buatkan kek yang dah lama di idamkan.


Kelantan ku datang....


Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Nama 'Kelantan' dikatakan pencemaran daripada perkataan 'gelam hutam', iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan 'kilatan' atau 'kolam tanah'. Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.

Majoriti penduduk Kelantan adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Selebihnya adalah bangsa Cina, Siam dan Hindu. Tahu tak sepanjang ita berada di Kelantan.. atau seawal ita menjejakkan kaki ke Kelantan, ita tidak pernah lagi melihat kelibat orang India di Kelantan. Hingga bapa mertua ita pernah bergurau dengan anak-anak ita, " jika nampak orang India atuk bagi seghiya " melilau anak-anak ita mencari orang India.. tapi memang payah nak jumpa orang India di Kelantan ni.. hehe..

Nov 1, 2014

Frozen lagi....


Kek frozen lagi.
Bisalah kan kalau hujung minggu ita memang agak sibuk menyiapkan tempahan kek dari customer.
Satu lagi kek yang akan ita kongsikan hari ini, kek Frozen lagi..

Kali ini dalamnya rainbow kek, di lapisi ceram cheese frosting. Ada yang bertanya kenapa kak ita kalau kek rainbow selalu menggunakan cream cheese. Pada ita gabunga antara kek rainbow yang lembut dan cream cheese frosting sangat serasi.


Kek Bakul Putih 3 Tingkat


Satu lagi kek yang ingin ita kongsikan untuk hari ini. Kali ni kek weading tiga tingkat pula. Sebenarnya kek ni dah lama dah sebelum ita bercuti emergency tempoh hari.  Kek untuk sebuah majlis perkhawinan.

Sebenarnya ita tak sempat nak ambil gambar kek ni tau! sebab masa tu dah kelang kabut nak mengejar masa. Tahulah kan buat kek bunga dari buttercream ni memang banyak masa kita perlukan. Ialah nak fikir bancuhan warna yang sepadan, nak buat jalinan bakul tu lagi.. nak buat kuntuman bunga yang pelbagai.. memang mengambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi keknya tiga ketul pula.. lagilah kelang kabut menyiapkannya.


AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.