Oct 31, 2014

Oh Anna Oh Elsa.. demam yang belum kebah..


Lama rasanya ita tak kongsikan kek tempahan kan..
Sebenarnya ita cuti.. banyak sangat hal yang tak dapat di elakkan. Bila semua perkara dah selesai bolehlah ita jalankan rutin ita seperti biasa.

Bila dah lama tak buat kek.. mood pun ke laut jugak.. hihi


Kue Tiaw Goreng kesukaan anak-anak


Kue Tiaw kesukaan anak-anak. Seminggu mesti sekali ita kena masak kue tiaw goreng, terutamanya bila-anak-anak semua berkumpul di rumah. Kadang dah malas nak masukkan n3 pasal kue tiaw ni.. sebab dah selalu sangat dan semua pasti dah tahu pun bagaimana nak menyediakan kue tiau goreng kaaannn... nak pedas ke.. tak nak pedas ke.. nak letak kerang ke.. tak letak kerang ke.. nak yang basah mahupun yang kering.. semuanya mengikut selera masing-masing.

Hari ni buat lagi kue tiaw. Biasanya kalau Azrul ada dia lah yang sibuk memasak kue tiaw ni di dapur. Bila Azrul tak ada tugas memasak di ambil alih semula oleh emaknya..


Oct 30, 2014

Cucur Manis Kembong


Sana kembong... sini kembong.. waaa... kita pun nak merasa jugak. Apalah istimewa sangat cucur ni hingga hari-hari orang dok tayang sakan di FB.

Nak tahu apa keistimewaan cucur ni..?
emmm... paling utamanya cara membuatnya yang paling mudah!
Bahan yang di juganakan pula sehabis minima.. hanya tepung, garam, susu dan air panas..
Bayangkan dengan hanya beberapa bahan sahaja dapat menghasilkan cucur yang enak dan amat sesuai sebagai minum petang kami untuk hari ini.
Lagi satu ianya sangat unik kerana bila masuk dalam minyak panas dia akan kembong.. aaa... kerana itulah ianya di namakan cucur manis kembong.


Pucuk Manis dan Keledek Unggu Masak Lemak Kacang Hijau


Hari ini ita masih lagi dengan menu kampung yang tak pernah jemu-jemu di nikmati seisi keluarga. Kali ni ita masak pucuk manis pulak. Pucuk manis ni ita masak lemak putih dan ita tambahkan keledek unggu dan kacang hijau.

Ada macam-macam cara sebenarnya nak memasak pucuk manis ni, tapi kebiasannya di masak lemak kuning atau putih sahaja. Ada yang meletakkan keledek oren yang menjadikan kuahnya bertambah manis. Ita pula guna keledek unggu, cari keledek oren tak ada.. unggu pun unggu lah janji boleh di makan.


Oct 29, 2014

Nagasari Nangka Pandan



Kuih Nagasari Nangka merupakan kuih yang menjadi kesukaan suami ita. Biasanya kalau musim nangka madu, pasti suami akan meminta ita membuat nagasari nangka. Suami ita memang amat mengemari kuih tradisional ini.

Kuih nagasari merupakan resepi dari emak ita. Biasanya emak akan membuat dalam jumlah yang banyak dan kebiasannya mengunakan sukatan kampit. Emak memang buat banyak kerana kuih ini emak hantar ke warong mak cik ita. Kadang kala ita juga membantu emak menjual kuih yang emak buat.


Air Detox bagi yang inginkan tubuh idaman


Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.


Oct 28, 2014

Gulai Nangka Berempah


Sayur kampung ni memang enak bila di nikmati dan tidak jemu walaupun di hidangkan setiap hari. Pucuk paku, pisang muda, pucuk betik, pucuk ubi dan nangka muda adalah sajian yang kerap di sediakan oleh emak masa ita kecik-kecik dahulu.

Bila terpandang nangka muda di pasar kemarin, ita pun capai sebungkus. Lamanya rasa tak makan gulai nangka muda... kalau di lawankan pula dengan ikan masin dan sambal belacan pasti mak mertua lalu pun tak perasan...


Oct 27, 2014

Karipap Pusing


Dah lama ita berhajat nak buat karipap pusing ni, sejak ita terpandang Shiela kongsikannya lama dahulu. Kebiasannya ita beli sahaja karipap pusing daripada sepupu suami ita yang menjualnya frozen. Nak buat memang tak berapa pandai masa tu. Nak tanya cara membuatnya terasa segan pula memandangkan beliau menjadikan karipap pusing ni sebagai sumber pendapatan.

Karipap pusing sepupu suami ita yang ita panggil Rokna ni cukup popular hingga beliau tak menang tangan menyiapkan tempahan. Karipapnya hingga di eksport ke Singapura memandangkan permintaan yang cukup tinggi.


Oct 26, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi


Kalau nampak buah mangga.. adoiii... kecur liur di buatnya kan..
Ita ni cukup suka makan buah mangga. Terutamanya yang muda dan rangup, apatah lagi yang masam.. sedap sungguh kalau dapat di cicah dengan gula dan kicap.. uiii... dah mengences air liur ni..

Biasanya mangga muda di jadikan jeruk atau ada juga yang membuat sambal belacan. Kalau mak ita dia tak benarkan pokok mangga atau buah mangga dari pokoknya di jadikan sambal belacan.. katanya nanti buahnya buruk.. atau busuk dalamnya. Kata mak itu adalah petua orang lama.. mak selalu ingatkan supaya kami tak melanggar pantang turun temurunnya. Jadi.. kalau terasa nak makan sambal mangga muda terpaksalah beli di pasar atau ke pasar tani..


Salam ulang tahun ke 4 Masam Manis

Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia.. teristimewannya buat semua sahabat-sahabat ita di alam maya ni.. Semoga penghijrahan kita pada tahun ini membawa kita ke satu farsa baru dengan keimanan yang semakin utuh buat Dia yang satu. Semoga kita di berikan petunjuk.. di kuatkan lagi pegangan agama dan keimanan serta senantiasa di berikan kesihatan yang baik untuk senantiasa sihat melakukan ibadah dan meneruskan kehidupan seharian.

Alhamdulillah kita masih di berikan peluang sekali lagi untuk sama-sama menyambut kedatangan Maal Hijrah. Alhamdulillah juga kerana kita masih bernafas di bumi ciptaan Ilahi ini.. di kelilingi insan-insan yang di sayangi serta senantiasa di berikan kehidupan yang bahagia.

Sekali lagi ita panjatkan kesyukuran kerana tahun ini merupakan tahun yang ke 4 Masam Manis menyambut ulang tahunnya. Tak sangka pejam-celik-pejam celik telah 4 tahun masa berlalu. Rasa sangat teruja dan bersyukur kerana ulang tahun Masam Manis tahun ini berserta dengan kedatangan Maal Hijrah. Ita berharap penghijarahan kali ini membuatkan Masam Manis semakin matang menghadapai sepak terajang dalam dunia blogging yang ada pasang surutnya.

Adat kita dalam kehidupan.. ada masam manisnya.. begitu jugalah dengan dunia blog.  Yang manis sangat indah untuk di kenang.. yang masam pula walaupun menjeruk rasa.. di mamah-mamah.. di telan juga akhirnya.

Tahun ke empat yang juga berada pada 2014 merupakan satu cabaran yang cukup hebat buat Masam Manis. Pelbagai onak dan duri yang terpaksa di tempuh. Di lambung ombak dan badai hingga adakalanya terasa hampir karam di pukul gelombang. Tahun ke empat ini juga menjadikan ianya semakin matang.. semakin lali dan semakin berani.. Semoga tahun mendatang memberikan seribu sinar buat Masam Manis meneruskan kesinambungan dalam berkarya dan berkongsi rasa.

Tahun ke 4 ini juga buat julung kalinya Masam Manis mula menerima tempahan kek, yang pada mulanya dari rasa suka-suka akhirnya mendatangkan juga sedikit imbuhan buat Masam Manis. Terima kasih kepada semua yang masih setia.. kadang kala terasa sangat sayu bila diri ini amat-amat di hargai.. dan blog picican ini senantiasa di layari..

Ada ketikanya terasa sangat dukacita bilamana setiap perkongsian ini di salah tafsirkan.. di salah ertikan.. hingga mengundang perbalahan. Setiap perkongsian anggaplah ianya adalah satu anugerah daripada Allah.. mungkin Masam Manis hanyalah satu pemangkin yang menyampaikan setiap yang tersurat dan juga tersirat. Sentiasa bersangka baik dan senantiasa ingat setiap apa yang di sampaikan adalah satu amanah daripada Allah.. jika baik penerimaannya maka baiklah ia..

Ita melihat dunia blog masakan dari sudut yang berlainan kini.. Semakin ramai blogger baru yang muncul. Masing-masing semakin kreatif. Sangat suka dengan perkembangan terkini dunia blog masakkan. Rata-rata mereka cuba berkongsi dengan seikhlasnya. Gambar masakan yang di pamerkan juga semakin hebat! hingga ita rasa blog masakan kita kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan blogger masakan dari luar negara. Syabas dan tahniah ita ucapkan kepada semua blogger masakan. Sebenarnya itulah yang ita harapkan sewaktu mula-mula ita menapak dalam dunia blog.. ita berharap sangat supaya  blog masakkan tempatan boleh pergi jauh bukan hanya menjadi ayam sabung di gelanggang sendiri.

Harapan ita, semoga kita dapat bersaing secara sihat.. tiada rasa cemburu atau rasa iri hati. Untuk apa kita simpan segala rasa hasad.. memandangkan kita hanyalah blogger masakan.. tiada imbuhan atau habuan yang menanti.. hanya rasa keseronokan yang terisi di kala kita cuba mengisi masa senggang yang terluang. Di samping mengutip setiap pahala untuk bekalan kita di sana nanti.

Ita percaya jika kita senantiasa berfikiran positif dan menerima semuanya dengan ikhlas dan seadanya.. insyaallah.. setiap yang baik pasti ada ganjaran pahala yang menanti kita.

Akhir kalam dari ita dan Masam Manis, anggaplah setiap perkongsian di alam maya ini adalah satu ibadah. Setiap yang baik itu datang dari yang maha Kuasa..

Di kesempatan ini juga dan bersempena kedatangan Maal Hijrah, ita dengan rasa rendah diri.. menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai sepanjang ke udara di alam maya.. ada hati yang terluka.. ada kata-kata yang berbisa.. ada ungkapan yang tersasar.. ada gerak tubuh yang menjengkilkan.. ita sekali lagi menyusun sepuluh jari dari kejauhan.. agar semuanya di maafkan.. Manalah tahu jika tahun ini adalah tahun terakhir kita.. semoga kita semua sentiasa di berikan petunjuk dan senantiasa berada dalam redoNya..

Assalamualaikum.....




Oct 10, 2014

Puri sekali makan pasti nak lagi dan lagi..


Kawan-kawan pernah makan Puri?
Tahu tak apa itu Puri?
Puri adalah makanan masyarakat India. Ia di jadikan hidangan untuk sarapan pagi, mahupun untuk makan malam.
Puri di makan bersama kuah kari atau dal. Ita pasti sekali anda dah cuba pasti anda rasa nak makan lagi.. dan lagi..
Puri ni cara membuatnya cukup mudah dan ringkas. Bahan asasnya hanyalah tepung gandum, air , garam dan minyak. Rasanya seakan roti canai tapi pada ita ia lebih enak dari roti canai. Tapi puri ni kena makan masa panas-panas kerana bila dah sejuk dia akan liat.


Oct 9, 2014

Seri Muka Gula Merah


Selamat malam semua..
Kejap aje dah malam kan.. rasa baru aje post n3 kari ikan tadi.
Malam ni ita nak kongsikan sajian minum petang yang sempat ita sediakan petang tadi. Lama pulak tak membuat seri muka.. tekak ni terasa-rasa pula nak makan kuih seri muka. Hujan-hujan ni nak keluar rumah malas lah pulak.. akhirnya godek ajelah sendiri. Guna aje lah mana bahan yang berbaki di dapur.


Kari Ikan Indian Style


Anda semua suka tak makan kari ?
Pasti ramai yang suka makan kari. Sebenarnya kita di Malaysia sangat beruntung kerana kita dapat merasa pelbagai masakan tak kira masakan Melayu, Cina, India dan juga masakkan Thai.

Ita suka makan kari, lebih-lebih lagi kari India atau mamak style. Ita cukup beruntung kerana suami ita juga mempunyai citarasa yang sama macam ita. Tak kira apa pun kari.. ikan, daging, ayam, udang.. semua ita suka. Tapi yang paling ita suka kari ikan. Selain makan dengan nasi, ita suka makan dengan roti, dengan lempeng, jemput-jemput, roti jala atau biskut lemak.. sedapnya..!


Oct 8, 2014

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang


Waaaaa.... dengar nama aje pasti dah meleleh-leleh air liur kan.. Itu belum lagi merasa.. kalau lah dapat hirup sup hangat dan pekat malam-malam ni.. adoiii... pasti nikmat terasa..

Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang sangat sedap! Mungkin ramai yang akan kata.. ala sup aje apalah yang sedap sangat... tapi... bila anda dah cuba baru tahu betapa sedapnya sup tulang ni.. tau! Bukan kata jangan pandang belakang aje.. toleh kiri kanan pun dah tak dan dah...


Heavenly Milo and Oreo Jelly


Puding ini ita sediakan untuk hari raya, sebagai hidangan pemanis mulut. Sedap sangat puding ni.. terasa lemak manisnya...

Gabungan antara Milo dan Oreo tak sangka ngam bangat.. dan menghasilkan puding yang bukan sahaja sedap dan nyaman tapi cukup cantik di pandang.


Sambal Belacan paling sedap!


Malam ni ita nak kongsi resepi sambal belacan paling sedap! Resepi ni ita ambil dari blog Hairul. Menurut Hairul resepi ini di kongsikan oleh kak Raja. Memang sedap sambal belacan ni. Caranya mudah dan ringkas. Apa yang menarik ita untuk mencuba kerana ia tidak menggunakan limau nipis atau limau kasturi, sebaliknya hanya menggunakan air asam dan cuka.


Oct 7, 2014

Mee Siam Berkuah


Mee Siam Berkuah adalah resepi dari masyarakat Cina Peranakkan atau Baba dan Nyonya. Resepi ini cukup popular di Singapura, Melaka dan di Johor Bahru.

Mee Siam berkuah adalah mee hoon goreng yang di makan bersama kuah khas yang di masak bersama tauco. Menurut Chef Florence Tan, jika mee siam goreng itu tidak berkuah maka ia tidak di namakan mee siam sebaliknya di panggil mee hoon goreng sahaja. Bila berkuah barulah di namakan mee siam.


Oct 6, 2014

Jalan-jalan di Street Art George Town Penang


Hari ini ita nak bawa anda semua jalan-jalan di sekitar bandar Georgetown Pulau Pinang. Bila sampai Penang apa yang menarik perhatian ita adalah tentang lukisan mural pada dinding bangunan usang yang terletak di sekitar Georgetown terutamanya di Art Street. Anda tahu atau tidak bahawa lukisan mural inilah yang telah memperkenalkan lagi Pulau Pinang hingga dapat menarik ribuan pengunjung dan pelancong ke pulau mutiara itu.


Oct 2, 2014

Mee Rebus Hj Wahid Special walla....!


Jika singgah di Johor kalau tak pekena Mee Rebus Hj Wahid memang ruginyaaaaa....
Bila dah rasa sekali pasti nak lagi.. hingga terbayang-bayang dalam mimpi tau!

Keunikkan Johor kerana makanan di sini sedap-sedap belaka. Salah satunya Mee Rebus. Mee rebus Hj Wahid memang cukup popular di bandar Johor Bahru. Kalau nak merasa anda boleh singah di medan selera Plaza Angsana. Satu lagi kedainya di uruskan oleh anaknya terletak di Taman Rinting berdekatan Mydin baru tu.. tapi yang tu ita tak pasti ada lagi tak sebab dah lama ita tinggalkan Taman Rinting.. dah lama tak makan kat situ. Selain mee rebus, kalau kat kedai anaknya di Taman Rinting tu.. Nasi Ayam dia pun sedap! gi lah cuba..


Oct 1, 2014

Agar-agar Cendol permanis mulut di Aidil Adha


Tak berapa hari lagi , kita umat Islam akan menyambut Aidil Adha. Pastinya kaum ibulah yang paling sibuk untuk memikirkan apalah juadah yang hendak di sajikan pada pagi hari raya Aidil Adha nanti.
Sambutan Hari Raya Haji atau Aidil Adha, tidaklah semeriah hari raya puasa atau Aidil Fitri, yang mana kita sibuk siapkan baju baru untuk suami dan anak-anak.. Biasanya kita hanya pakai pakaian yang bersih di pagi raya Aidil Adha, baju hari raya Aidil Fitri yang masih elok masih sesuai di gunakan untuk sembahyang hari raya Aidil Adha pula.


AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.