Jun 30, 2014

Tempahan sebelum Ramadhan


Assalamualaikum..
Dah 2 hari dah kita berpuasa. Semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran.

Hari ni ita kongsikan kek yang sempat ita siapakn sebelum Ramadhan. Lepas ni ita akan bercuti panjang dari buat kek, mungkin selepas anak ita Dalili habis periksa UPSR. Mungkin ita akan ambil semula tempahan pada pertengahan bulan 9. Atau ita cuti terus dari buat kek.. semuanya akan ita tentukan kemudian.


Jom buka puasa! pasti memuaskan..

Bulan puasa tiba lagi..
Bila tiba bulan puasa ramai antara kita yang mengambil kesempatan pada bulan Ramadhan untuk membawa keluarga berbuka puasa di luar.
Begitu banyak restoran, kedai-kedai makan, cafe dan juga hotel-hotel yang menawarkan hidangan berbuka puasa dengan pelbagai menu yang menarik daripada mereka.



Watermelon Jus


Minuman yang ita sediakan untuk berbuka puasa semalam ialah jus tembikai. Sebenarnya kami sekeluarga memang suka sangat makan tembikai, dan tembikai adalah buah yang mesti sentiasa ada di dalam peti ais.


Jun 29, 2014

1 Ramadhan

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat, di mana sahaja anda berada.

Alhamdulillah dah sehari dah kita berpuasa, semoga kita sama-sama dapat melipat gandakan amalan di bulan yang penuh barakah ini.

Awal puasa , ita dah tak sihat. Entahlah.. mungkin ujian Allah, sakit adalah satu dari ujian Allah yang dapat menghapuskan dosa. Semoga bersempena bulan Ramadan ini, terhapuslah segala dosa yang pernah ita lakukan, samaada ita sedar atau ita tak sedari. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kita dapat menjalani setiap ujian darinya dengan penuh kesabaran.


Jun 25, 2014

BLACK FOREST CHOC CHEESE CAKE

Tiada ungkapan yang dapat ita coretkan.. hanya rasa syukur yang teramatnya... di atas ucapan selamat ulang tahun yang tak putus-putus ita terima..


Ya Allah terima kasih kerana memberikan aku peluang bernafas lagi di bumi mu ini.. menjadi hambamu..
Ya Allah sesungguhnya kau memberikan ilham kepada mereka untuk sentiasa mengigatkan ku.. agar aku tidak leka dan alpa.. sesungguhnya bumi ini hanyalah perjalanan yang sementara.. yang pasti kekalnya di sana kelak.. Oleh itu Ya Allah peliharalah iman ku.. janganlah kau pesongkan ia setelah Engkau berikan daku petunjukMu...


Jun 23, 2014

23 Jun 1971 masihkah ku ingat...

23 Jun 1971
Pasti tarikh keramat ini senantiasa terpahat di sudut hati..
Kelahiran yang mungkin di nantikan bagi ibu yang mengendong selama 9 bulan 10 hari.
Di lahirkan pada hari selasa petang, dalam keluarga yang cukup besar..

Kini dah 43 tahun ianya berlalu..

Sedari kecil tak pernah memikirkan tentang hari ulang tahun.. kerana pada ita ianya sama seperti hari-hari yang lain.. tiada kek ulang tahun.. tiada pulut kuning.. waima bubur pulut hitam putih yang selalu mak sediakan untuk kakak-kakak yang lain..
Mungkin ita tidak pernah ingatkan mak tentang ulang tahun ita.. mak juga tahu ita tak pernah kesah tentang tarikh keramat itu..
Tapi... ita tahu jauh di sudut hati pasti mak tidak pernah sesekali melupakan tarikh ulang tahun kelahiran setiap anaknya.

Pernah satu hari ita bersembang dengan mak.. mak sebut satu-satu tarikh lahir anaknya.. beserta hari dan masa.. Ingatan mak cukup kuat waktu itu.. Kini ita takut nak tanya mak semula.. takut mak terlupa tarikh lahir ita.. ingatan mak semakin hari semakin kabur.. hanya satu doa ita, mak takkan sesekali melupakan ita.. terutamanya dalam doa yang mak titipkan setiap hari..

Masa ita kecik-kecik dulu, setiap kali hari ulang tahun.. ita bangun awal.. Ita mengharapkan ada ungkapan selamat ulang tahun untuk ita.. tak kira dari emak.. bak atau adik beradik yang lain.. namun suasana itu tidak pernah wujud.. hingga sampai satu masa.. ita lali.. bagi ita hari itu tiada istimewanya..
Mungkin pada waktu itu.. emak dan bak lebih memikirkan tanggungjawab yang lebih besar.. ya.. pendidikan anak-anak.. nak cari wang belanja.. nak tampung perbelanjaan dapur.. nak isi 10 mulut yang mengharapkan sesuap nasi setiap hari..

Pernah satu hari.. ita membuat kek ualang tahun ita sendiri.
Ita masukkan tanah ke dalam tin kosong. Ita telangkupkan tin dan terbentuklah kek 2 tingkat yang sangat ita idam-idamkan..
Ita hiaskan kek ita dengan bunga seripagi yang ita kutip di tepi pagar.. Kemudian ita nyalakan sebatang lilin.. Ita tiup lilin dan berdoa semoga satu hari ita dapat membuat kek cantik-cantik untuk kanak-kanak yang menyambut ulang tahun.. ita nak sangat  hati kecil mereka gembira di hari ulang tahun mereka nanti...
Ita tiup lilin dan ita potong kek tanah ita sorang-sorang..
Itulah ita... anak comot yang suka main sorang-sorang.. suka cakap sorang-sorang... tapi ita cukup happy..

Hari ini...
Ita tak terlupa lagi hari ulang tahun ita.. kerana ramai kawan-kawan yang mengigatkan.. Celik mata aje ita dah dapat ucapan selamat ulang tahun dari suami, anak-anak dan kawan-kawan..
Terima kasih Allah.. 




Jun 21, 2014

Semalam dan hari ini..


Beberapa kek lagi yang sempat ita siapkan untuk tempahan semalam dan hari ini.

Ok kita lihat dahulu kek pertama semalam dengan tema Sofea The First and friends. Dalamnya adalah kek Choc Mud. Luarnya ita salut buttercream. Deco dengan figuine, fondant dan juga manik gula.


Jun 19, 2014

Frozen.. oh! Frozen

Walaupun cuaca sekarang hangat membara dek perubahan suhu dunia yang melampau.. namun tempahan kek Frozen ni tak pernah putus..

Nampaknya masih ramai yang mengemari kek dengan tema yang satu ini.



Jun 18, 2014

2 Kek untuk hari ini..


Hari ini ita sempat siapkan 2 kek tempahan dari customer.
Kedua-dua kek ini adalah untuk birthday kanak-kanak dan kedua-dua kek ini di deco dengan buttercream dan hiasan figurine .


Jun 17, 2014

KEK LAMINGTON


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi yang bukan sahaja unik tapi juga sedap dan semestinya menjadi kegemaran anak-anak di Hari Raya.
Kek kesukaan ibu kepada Chef Rose yang telah di berikan sentuhan moden agar tampil lebih menarik dan penyeri di meja hidangan.


Jun 16, 2014

Ayam Paprik ~ Kelantan Style


Lauk ayam lagi..
Bagi pengemar ayam boleh lah mencuba resepi yang mudah dan ringkas yang di kongsikan oleh Yani ni..
Kadang kala kita menghadapi masalah untuk memasak. Asyik masak menu yang sama kadang kala terasa bosan pula..
Kalau makan kat kedai, kadang kala ianya tak menepati citarasa kita dan keluarga.
Memasak ni bukanlah susah sangat.. tak sampai berjam pun di dapur.. dalam berapa minit pun dah siap satu hidangan untuk keluarga.


Kek hari ini..


Assalamualaikum...
Sekali lagi ita di minta untuk buatkan kek Running Man, dahulu dah pernah buat sekali, tapi masa tu kek full fondant. Kali ni kek buttercream pulak.
Dalamnya ialah kek Checkered Rainbow, luarnya pula di salut buttercream sepenuhnya.
Hiasan figurine dari gumpaste.
Kek ni agak besar bersaiz 10 inc

Jun 14, 2014

Dc Mcstuffin Birthday cake



Salam hujun minggu.
Hari ni ita hanya kena sediakan 1 kek sahaja. Kek comel dengan tema Dc Mcstuffin ni dah pun di ambil oleh tuannya pukul 11 pagi tadi.

Lepas ni nak bersiap-siap nak keluar jalan-jalan dengan anak-anak sebelum esok mereka mula bersekolah. Kesian anak-anak ita sejak maknya dok buat kek , dah tak punya banyak masa untuk mereka berjalan-jalan.


Jun 13, 2014

Tempahan hari ini


Assalamualaikum...


Biskut Untaian Kasih


Pernah dengar nama biskut Untaian Kasih ?
Biskut ni cukup popula pada hari raya tahun lalu. Dah berapa kali ita berangan-angan nak buat tapi tak terbuat-buat juga.. dan akhirnya hari ini dapatlah ita cuba biskut ni..
Kenapa namanya Untaian kasih tak usahlah di tanya pada ita kerana ita pun tak tahu di mana nak cari jawapannya..


Ayam Goreng Percik Berkuah


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Pagi ni ita nak kongsikan resepi lauk yang ita masak semalam. Ita masak lauk ini untuk hidangan makan tengahhari ita dan keluarga. lauk yang cukup ringkas, bahan yang cukup mudah dan simpel namun.. jangan tak caya.. resepi sesimple ini dapat menghasilkan satu hidangan yang cukup menyelerakan kami sekeluarga. Alhamdulillah sedap lauk ni.. tak sia-sia mencuba.


Jun 12, 2014

Tear Rose Pink , Tifanny Blue and Tifanny Green


Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan.. Sedang buat apa tu..?
Dah makan? pasti masing-masing dah mula melayan mata yang hampir kuyu.. ialah bila dah makan tengahari.. mata pun dah mulalah berat.. 
Sambil melayan mata tu..  dan sebelum terlelap... apakata kita cuci-cuci mata dulu dengan tempahan yang ita sediakan untuk hari ini.

Mee Kicap


Pernah dengar nama mee kicap?
Ita selalu juga dengar tapi belum berkesempatan lagi nak mencuba.
Semalam masa ronda-ronda cari resepi di My Respi, ita terpandang lah resepi Mee Kicap yang sekali lagi dikongsikan oleh Cik'Iza
Nampak mudah aje cara nak buat dia..
Bahan-bahan pun tak banyak.. semple dan sampoi kata anak-anak..


Jun 11, 2014

Sago Gula Melaka





haiii... selamat petang..
Pasti para suri rumah sedang bersantai-santai petang ni.. Ada yang mengambil peluang waktu petang untuk melipat kain baju sambil menonton cerita kegemaran di kaca TV. Sambil menyelam minum air kata orang..


Char Kuey Teow


Assalamualaikum, selamat pagi dan salam sejahtera buat semua..
Apa khabar rakan-rakan ita di luar sana.. semoga sentiasa sihat, di limpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah.. dan sentiasa berfikiran positif di dalam melayari kehidupan.

Dah sarapan?
Sarapan apa pagi ni?


Jun 10, 2014

Rusian Black and White in cup


Rusian Black and White adalah kek yang sering kali mendapat permintaan yang tinggi di kalangan customer. Kek yang unik ini bukan sahaja cantik di pandang malahan rasanya juga cukup mewah dengan rasa coklat dan cheese moca.


Sarapan pagi ini

Sarapan apa pagi ni?
Ramai yang memilih untuk bersarapan yang ringan-ringan sahaja sebagai alas perut. Bagi yang berdiet mereka selalu jarang mengambil sarapan pagi. Kalau kat Johor ni, sarapan pagi kami biasanya tidak terlalu berat dan tidak juga terlalu ringan, nasi lemak, lontong, soto, nasi ambeng, mee hoon, roti canai dan nasi goreng adalah menu yang biasa di sediakan untuk sarapan pagi di samping kuih muih tradisional tempatan.

Kalau di Kelantan, sebelah mertua ita, kebanyakkan suka mengambil menu berat untuk sarapan pagi, kebiasannya nasi seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan pelbagai bentuk menu lagi yang kebanyakkannya dari nasi. Mula ita berada di kalangan keluarga Kelantan terasa jangal.. tapi kini dah terbiasa.. mengambil nasi untuk bersarapan.

Hari ni ita akan kongsikan satu lagi menu yang ita ambil dari buku Seceria Air Tangan Ibu bersama Planta
Dalam buku comel ni bukan sahaja di himpunkan resepi biskut dan kek yang berwarna warni tapi di selitkan juga resepi masakan yang enak dan salah satunya ialah Nasi Goreng Bawang Putih yang telah menjadi pilihan ita pagi ni. Nasi ni ita makan bersama ayam goreng  berempah serai.



Jun 9, 2014

Red Velvet Chocolate Cips Cookies


Pasti ramai antara anda yang sedang memikirkan apakah biskut yang akan di sajikan untuk hari Lebaran nanti. Mungkin ada juga yang sedang tercari-cari biskut yang sesuai untuk di jual sempena musim perayaan bagi menambahkan pendapatan keluarga.


Jun 8, 2014

Resepi Mee Racun

Jangan makan kalau anda berasa curiga. Kita bertanggungjawab dengan apa yang kita makan.. kelak kita juga yang akan menanggung akibatnya..


Janganlah takut, walapun ianya beracun tapi ianya tak membunuh..
Mee yang cukup terkenal di Batu Pahat Johor.
Selain daripada beriani gum Batu Pahat, mee racun juga adalah salah satu menu istimewa yang di cari setiap kali menjejakkan kaki ke Batu Pahat. Bagi anda yang suka jalan-jalan cari makan jangan lupa singgah ke Batu Pahat untuk merasai kesedapan mee racun yang tak membunuh ini.


Jun 7, 2014

Kek tarikh 7 June 2014


Alhamdulillah..
Selesai sudah tugasan ita untuk hari ini. Hari ni ita kena siapkan 3 biji kek ni, yang mana dua daripadanya adalah kek perkhawinan.

Ramai yang tanya ita, mana ita dapat idea untuk setiap deco kek yang ita hasilkan.
Sebenarnya ianya bergantung pada customer juga. Ada customer yang mereka pilih sendiri design yang mereka inginkan. Mereka berikan gambar kek yang mereka berkenan untuk ita jadikan rujukan.
Tapi kebiasannya ita tak ikut bulat-bulat sebab bimbang juga copy right dari oner asal. Ita akan ubah ikut kesesuaian, dengan tema yang di berikan dan tambahan mana yang ita rasakan perlu.


Jun 6, 2014

Kek hari ini


Setelah beberpa hari bercuti, hari ini bermulalah kembali tugas ita menyiapkan tempahan dari kawan-kawan.

Hari ni ita kena siapkan 3 kek. 12 biji kek cawan dengan deco tudung Faridah sebagai dekorasinya.
Rasanya ini adalah kek tudung Faridah yang ke 2 rasanya ita buat. Sebelum ni ada juga ita terima tempahan untuk tudung D' haja.

Jun 5, 2014

Seceria Air Tangan Ibu Bersama Planta, jom kita beramal..



Assalamualaikum
Waaa... lamanya ita dah tak mengupdate blog ita ni kan.. Ya Allah kesibukan ita akhir-akhir ini memang amat mencemburui masa ita untuk berseronok-seronok di blog kesayangan ita ni. Ita harap lepas ni ita boleh terus berblog seperti selalu, dapat berkongsi sesuatu yang istimewa dengan resepi dan idea yang lebih menarik  untuk ita persembahkan pada kawan-kawan yang ita sayangi dan hormati.


AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.