May 21, 2014

Malim Kundang


Orang sekarang sibuk nak jadi jutawaan. Seminar atau kem motivasi semuanya menjanjikan.. janji-janji manis yang tak pasti. Semuanya menuju ke arah yang satu iaitu menjadi seorang jutawan.
Best ke jadi Jutawan..?
Best lah... dapat duduk rumah besar.. kereta mewah.. dapat melancong ke luar negara.. dapat beli apa yang kita suka.. macam dalam lagu "kalau aku kaya " tu..


May 18, 2014

Jom kita salut kek fondant pula



Ini adalah antara persoalan yang sering di tanyakan.
Bagaimana caranya nak membalut kek dengan fondant.


May 12, 2014

Mango Lassi


Assalamualaikum

Masa ita pergi pasar hari tu.. banyaklah nampak kelibat buat mempelam yang masak ranum di jual di kaki lima. Ita memang lah peminat no satu buah mempelam. Suka yang mengkal-mengkal dan masam-masam sikit.. emm.. lagi masam lagi sedap.. adoii.. kecur liur di buatnya bila nampak buah mempelam yang bergolek-golek di atas pangkin.


May 11, 2014

Koleksi Kek Kereta


Assalamualaikum
Kek dengan model kereta sebagai hiasan adalah antara kek yang kerap kali ita terima sebagai tempahan. Boleh di katakan setiap bulan pasti ada sahaja model kek kereta yang di tempah.

Sebenarnya untuk menyediakan model kereta yang comel-comel ni bukalah suatu yang mudah. Ada masanya ita terpaksa buat berulang kali kerana tidak menepati bentuk atau model seperti yang di kehendaki.

Ia juga memerlukan sejumlah gumpaste yang banyak untuk menyediakan sebiji figurine kereta. 
Untuk mendapatkan bentuk model kereta, ita terpaksa rujuk di pencarian google. Ada masanya, customer kirimkan gambar model kereta masing-masing untuk ita jadikan contoh.

Oleh kerana ita ni amatur.. dan ibarat baru nak merangkak.. ita berharap ianya dapat di terima walaupun tak sesempurna seperti kejadian asal. 
Terima kasih ita ucapkan kepada semua yang mempercayai bakat ini. Segala kelemahan dan kekurangan ita dengan rendah diri mohon ampun dan maaf, halalkan semuanya dan maafkan segala kekhilafan.


Ferrari Formula 1


May 3, 2014

Maaf dia hilang...


Assalamualaikum..
Maaf ya N3 yang ita masukkan petang tadi ni dia hilang lah pulak dari blog ni..
Ita pun tak tau macam mana dia boleh hilang daripada blog.
Bila ita buka dekat post dia tak ada.. macam post tu ita belum buat lagi..
Adoii.. pelik pulak?
Siapa boleh bantu ita macam mana perkara macam ni boleh berlaku?
Ita ni tak berapa tahu sangat pasal blog ni..


May 2, 2014

Demam Korea lagiii..


Assalamualaikum..
Jumpa lagi kita petang ni..

Hari ni ita relax sikit..
Ita baru selesai siapkan tempahan. Semuanya pun dah di serahkan pada tuan empunya masing-masing.
Hari ni tempahan tak banyak sangat macam semalam.. Alhamdulillah dapat siapkan semuanya dalam masa yang di tetapkan. Ita harap semunya berpuas hati . kalau ada kelemahan kat mana-mana ita mohon maaf dan minta halal dunia dan akhirat.


Jus Asam Boi


Uik...
Kecur liu tengok jus asam boi ni kan.. Pulak bila cuaca panas-panas ni.. kalau dapat 1 gelas besar memang perghhh...

Jus asam boi.. ubat sakit tekak..
Emm.. bila sakit tekak .. suara dah mula keluar macam suara itik sekati.... kita mulalah bancuh jus asam boi ni kan.. Bila minum dapat lah legakan sikit sakit tekak ni..

Kali ni buat guna asam kecut yang putih ni.. cari yang merah tak de yang besar..
Tapi yang putih pun sedap.. lebih elok sebab tak de bahan pewarna.. kira original colour dia..
Mudah aje nak buat dia..


May 1, 2014

Maafkan saya.. ^_^


Assalamualaikum..
Selamat bercuti kepada semua dan selamat menyambut hari buruh untuk semua warga pekerja. Wah best kan dapat cuti.. bagi yang makan gaji dapatlah cuti.. rehat-rehatkan minda dan bersantai bersama keluarga.
Tapi bagi kami yang berkerja sendiri.. tiada istilah cuti untuk hari ini. Lihat ajelah tempahan ita hari ini.. kussss... semangat.. naik semput ita nak menyiapkan semuanya..

Entahlah tak taulah apa yang telah berlaku pada ita hari ini. Semuanya kelang kabut dan serba kalut di buatnya..  aduhaii...
Kepada yang tempah kek dengan ita hari ni, ita minta maaf banyak-banyak ya.. banyak sangat ita buat silap hari ini.. hingga ita rasa benar-benar bersalah.. Maaf sangat-sangat..

Sebenarnya ita pun tak tau lah kenapa.. kepala dok serabut. Ita ni semalam dok fikir pasal gambar ita yang kena curi.. bukan masalah ganbar itu yang ita fikirkan sangat.. kes curi gambar ni dah kerap sangat berlaku.. hingga ita dah malas dah nak fikir.. pada ita.. biarlah.. sebab kalau ita bising-bising sekalipun akhirnya ita jugak yang kena balik..  Gambar kita yang kena curi.. kita pulak yang di marah.. sabar ajelah..

Apa yang merisaukan ita adalah tentang status ita di FB yang hilang. Sebelum ini ita telah kehilangan banyak album masak ita di FB. Bukan sahaja di fb azlita aziz, malahan di fb azlita masam manis pun hilang..


Ita juga pernah hilang Fb ita berapa tahun yang lepas. Bila ita nak buka FB tak boleh buka.. panik jugaklah ita waktu tu.. sampai ita minta tolong sahabat ita yang berkerja di balai Polis Bukit Aman. sahabat ita ni dia jaga jenayah macam ni lah.. pasal-pasal internet lah.. entahlah ita pun tak pasti sangat apa tugasnya.. yang ita tahu dia jaga bahagian komputer nilah.. dia suruhlah ita buat report kat Fb, lama lah jugak rasanya dekat seminggu lebih baru ita dapat balik FB ita.

Ada yang kata.. ala fb hilang pun nak risau.. apalah yang ada kat FB tu sampai kalut sangat.. hihi sebenarnya banyak sangat kenangan ita di FB, ramai kenalan lama ita, kawan sekolah yang dah lama hilang.. dan dah dapat dikumpul semula melalui fb ni.. ramai juga kenalan baru.. koleksi resepi masakan yang ita suka serta gambar-gambar masakan dan keluarga yang ita simpan didalamnya. Jadi bila dia hilang rasa sedih lah jugak kan.. Bukan mudah ita nak cari kawan-kawan sekolah ita.. Bila ada fb ni ada jugak baiknya.. sekurang-kurangnya dapat juga mengeratkan silatulrahim..

Kerana dok fikir sangat pasal status ita yang hilang tu.. tak sangka pula ia menganggu fokus ita.. Aduhaii.. satu kesilapan besar ita lakukan.. entahlah.. dapat tak ita di maafkan..

Ita dah plan baikkk punya...
Dah bahagi-bahagikan kek mana yang ita nak kena siapkan dahulu.. mana yang nak ambil dahulu dan mana yang akan di hantar..
Tapi kek ni bila dah bersalut.. krim.. ita pun tak kenal yang mana satu... dan akhirnya terjadilah kek tertukar.. ya Allah macam mana boleh jadi lagu ni..

Semalam lepas ita lepa kek ita, ita asingkan, mana yang nak balut fondant.. mana yang salut ganache dan mana yang salut buttercream. Ita kena siapakan 5 biji kek hari ni. 2 kek hantaran perkhawinan, 2 kek dengan tema JDT dan satu carrot kek. 
3 biji daripada kek ini kena salut fondant, satu bersalut ganache dan satu kek carrot.  Carrot kek ita dah siapkan malam tadi tinggal deco yang ita kena siapkan lagi kerana kek ni nak hantar pagi. Kek bersalut fondant ni ada 3 satu 4 segi, dan yang 2 lagi tu bulat. Sebelum tidur ita dah letakkan kedua-duanya dalam peti ais yang berlainan supaya mudah ita nak ingat nanti.


Esok pagi kompidennn.. aje kan..
Pagi ita siapkan kek carrot dulu, bila dah siap ambil gambar dan masuk kotak ketepikan untuk dihantar.
Kemudian ita perlu siapkan kek JDT yang bersalut fondant dulu kerana ita nak kena hantar dia sekali dengan kek carrot tadi. Tiba-tiba dapat panggilan talifon. Adik kata seorang customer ita nak ambil kek dia.. katanya ita dah janji pukul 10 pagi.. ya Allah.. eh ya ke?? ni.. adoii.. kek dia tak siap lagi.. yang JDT ni pun tak siap lagi.. Ita mula panik.. jam dah pukul 9. 30 am mashaallah.. macam mana ita boleh tak perasan ni..



Dalam kelang kabut itulah ita telah tersalah ambil kek.. Kek JDT yang asalnya adalah kek Rainbow ita dah tertukar dengan kek untuk hantaran iaitu kek Red Velvet.. adoii.. masak..
masa tu ita tak perasan lagi tau..
Bila ita dah hantar kek tu semua.. tiba-tiba ada timbul satu perasaan macam tak sedap hati.. napa ya.. macam ada yang tak kena aje..



Ita diamkan aje mulanya..
Lepas makan tengahari.. ita nak mulakan pula siapkan 2 kek hantaran yang ita kena hantar pada sebelah malam. Masa ita nak letak ribon atas kek, ita mula perasan.. napa riben ni macam kecil sikit pulak saiznya.. rasa semalam dah ukur betul-betul.. tak kan kek ni salut buttercream tebal sangat.. ke fondant ni tebal sangat..


Astragfurullahhalazimm.. baru ita terperasan ita dah tertukar kek.. serta merta tangan ita mengeletar.. ya Allah.. macam mana ni.. memang terasa sangat panik.. Ita segera hubungi adik ita.. khabarkan bahawa ita telah tertukar kek. Ita ingat kalau customer ita belum potong kek tu, ita nak minta semula dan buatkan semula kek tu..
Adik ita cuba hubungi customer tadi tapi panggilan tak berjawab.. mungkin dia dah balik ke Singapura.. kerana katanya kek ini untuk adiknya.. ya Allah.. ita minta maaf sangat-sangat atas kecuaian ita.. maafkanlah saya.. saya janji akan lebih berhati-hati lagi..

Adik ita yang tahu sikap ita yang cepat panik segera ingatkan ita supaya relax... jangan panik-panik.. insyaallah semuanya ok.. tapi hati ita masih tak sedap..


Dalam ita sedang leka siapkan kek, sambil masih rasa bersalah.. sekali lagi ita di uji.. Adik talifon.. katanya kek yang malam ni dah tersilap orang pula.. kebetulan ada pulak customer yang sama nama dan dua-duanya dari Batu Pahat dan kedua-duanya tempah kek untuk hantaran. Tapi.. tariknya berlainan..
Adik kata dia dah sampai nak ambil kek.. ya Allah.. lagi sekali.. rupanya adik ita ingat Aishah yang ni adalah Aishah yang ita kena hantar kek sebelah malam kat rumah makciknya.. rupanya Aishah yang ni Aishah yang lain.. yang memang keknya janji nak ambil petang.. adoii... sekali lagi ita panik.. Adik ita pula minta maaf kat ita sebab dah tersilap info.. hehe ^_^  tak pe.. 1 sama.. hihi

Alhamdulillah akhirnya siap juga kesemua kek ita siapkan walaupun dalam hati ita masih tersimpan seribu satu perasan bersalah dan sangat menyesal.. bila ita lakukan kesilapan..
Sekali lagi ita mohon maaf kepada semua.. ita harap.. sangat mereka dapat maafkan ita..



AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.