Apr 30, 2014

Carrot Susu




Rujukan : RASA
Info : Karangkraf

ASAL USUL
Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan berubi. Namun begitu
ia dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan merupakan spesis D.Carota serta dikelaskan sebagai Magnoliopsida.

Selain dijadikan bahan makanan, lobak merah juga berfungsi untuk
tujuan perubatan. Menurut herbalis Nichiolas Culpepper di dalam bukunya The Complete Herbal, lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing,
memecahkan batu karang dan daunnya dihancurkan dengan madu boleh merawat luka.

JENIS-JENIS LOBAK MERAH

Lobak merah yang biasa kita beli berwarna jingga yang terang dan kulitnya lembut serta mudah dikupas.
Pun begitu, terdapat pelbagai jenis lobak merah dengan warna, rasa dan saiz yang berbeza.

Umpamanya lobak merah Dwarf yang mempunyai saiz yang kecil dan lembut isinya. Manakala lobak merah Chantenay mempunyai rasa yang manis. Lobak merah kecil atau dikenali sebagai baby carrot pula bersaiz sebesar jari manusia dan rasanya lembut dan manis.

Walaupun begitu, terdapat juga lobak merah yang berwarna ungu,
putih, kuning dan merah. Ia hanya popular di negara barat sahaja.


MUSIM
Lobak merah ini boleh diperoleh sepanjang tahun.
 
KEGUNAAN
Lobak merah boleh dijadikan aneka hidangan enak dan menyihatkan. Ia bukan saja dijadikan makanan sampingan untuk lauk pauk, tetapi turut dijadikan salad, kek, kuih muih, tat, minuman, dijadikan sup dan stew, dipanggang dan sebagainya.

CARA MENYIMPAN
Seeloknya lobak merah hanya boleh disimpan selama seminggu sahaja di dalam peti sejuk atau di tempat yang dingin dan gelap.

KHASIAT
Seperti yang dijelaskan tadi, lobak merah yang berwarna jingga terang adalah berpunca daripada Beta Karotena yang berlebihan di dalam lobak tersebut. Secara tidak langsung ia memberi kebaikan kepada kesihatan manusia kerana ia membekalkan vitamin A. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat, anti oksida dan pelbagai mineral berkhasiat. Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Justeru memakan lobak merah dengan kerap dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Bukan itu sahaja, pengambilan lobak merah dalam sajian harian juga dikatakan
mampu mengurangkan kandungan gula dalam badan, mencegah kanser dan gout, mengubati kencing manis, mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu penghadaman


JUS CARROT SUSU

Beberapa batang lobak merah
Susu cair
Air gula
Air

Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, dan kisar halus
Kemudian di tapis
Tuangkan dalam gelas dan tambahkan ais untuk rasa yang lebih segar dan nyaman.



Daging Nasi Kandar


Assalamualaikum..
Selamat pagi semua
Menu lauk pauk lagi..
Dulu ramai yang bersunggut kan..
"kak ita ni mana resepi masakan dah lama tak kongsikan.. hari-hari asyik kek.. kek.. kek.. "
"kita nak kak ita yang dulu.. yang selalu kongsi resepi masakan.."
"bosanlah akak ni.. mana ni menu masakan.. ?'
rungutan inilah yang selalu buatkan ita rasa sangat stress..

Sebenarnya ita berblog adalah untuk hilangkan stress.. buat apa yang ita suka..
Berblog adalah satu hobi santai yang ita seronok lakukan..
Tapi bila ianya dah menjadi sesuatu yang terpaksa dibuat.. keseronokkan itu akan hilang dan akan mula rasa bosan..
Bosan ni kalau kita simpan.. lama-lama dia akan jadi boring.. boring pula akan bertukar kepada malas.. bila dah malas kita dah rasa tak seronok.. Itulah antara penyebab kenapa sejak kebelakangan ini ramai bloger yang dah mula tarik diri.. tak nak berblog lagi..
Semua ini adalah berpunca dari perassan stress tadi..

Bila keadaan ini berlaku siapa yang rugi.. ?
Oleh itu setiap daripada kita harus fahami situasi.. jangan mendesak, memaksa dan yang lebih penting lagi mengambil kesempatan.. atas kebaikan orang lain.

Untuk menjadi orang yang pandai memasak atau apa-apa sahaja kemahiran.. kita tidak hanya boleh mengharap sahaja.. sesekali kita kena mencari.. mengali dan harus ada usaha untuk memperbaiki diri. Buangkan sikap yang hanya suka berpeluk tubuh..

Kadang ita rasa sangat sedih..
Ada yang kita dah kongsikan resepi di blog tapi tak ada usaha langsung untuk mencari.. Semua minta kita yang carikan untuk mereka.. Salinkan semula resepi dengan alasan mereka menggunakan handphone..

Ita sempat berbual dan bertanya dengan beberapa rakan blogger yang sekarang dah lama tak ke udara.. Kebanyakkan puncanya adalah kerana tidak larat nak melayan kerenah orang ramai.. yang suka mendesak.. Bila tak bagi.. mula memburuk-burukan dan pukul canang akan kelemahan mereka.. tak baik ada sikap macam tu.. cuba kita bersabar sikit.. Sesekali kita cuba ingatkan semula kebaikan mereka..

Bukan mudah sebenarnya nak menghasilkan satu blog masakan. Serius ita katakan blog masakan adalah blog yang paling banyak kos perbelanjaannya dan yang palig mahal.

Untuk mendapatkan blog masakan yang terbaik..

Pertamanya anda haruslah seorang yang rajin.. bukan rajin aje.. tapi extra rajin.. kalau bukan dari kelompok itu.. lupakalah untuk menghasilkan blog masakan yang di sukai ramai. Rajin yang di maksudkan di sini.. rajin memasak.. rajin mencuba.. rajin memperbaiki diri.. rajin mengemas.. rajin mencari bahan.. rajin mengeksplore dan lain.. lain.. rajin lagi..

Ke dua.. anda juga harus seorang tahan sabar.. bukan 50 % kesabaran aje.. atau 70.. atau 80.. tapi extra sabar.. 100% atau lebih dari itu..
Sabar bila apa yang anda lakukan tidak berhasil.. Sabar terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih.. sabar dengan cuaca dan persekitaran.. sabar dengan kepenataan.. sabar dengan kerenah dan asam garam manusia di sekeliling anda.. yang akhir tu,.. kena extra sabar lagi ya..

Sanggup mengeluarkan perbelanjaan.. poket money untuk mendapatkan sesuatu hasil yang terbaik! Yang ni tak ramai rasanya yang sangup..
1. Perlu memiliki kamera yang baik. Ini termasuklah peralatan kamera yang lain juga seperti tripod, lens, reflector dan lain-lain
2. Lens cakera yang berkualiti untuk hasil foto yang tip top! yang ni memang mahal gilerr.. satu lens aje pun dah lebik 2 K harganya..
3. Props yang menarik bersesuaian dengan tema gambar yang di ambil.. yang ni memang banyak belanja.. sebab bukan satu dua pinggan tapi extra pingan mangkuk.. dengan alas kain lagi.. lapik kayu.. guni.. tikar.. atau apa-apa bahan yang di rasakan perlu untuk menghasilkan props gambar yang cantik dan menarik
4. Membeli bahan basah dan kering untuk setiap masakan..tak kan bila kita nak blog yang menarik kita nak gunakan gambar orang lain.. mestilah kita menggunakan gambar yang kita ambil sendiri.. masakan yang kita masak sendiri.. barulah blog kita nampak berkualiti.. ya tak?
Bahan basah dan kering sekarang memang cukup mahal.. bertambah harga barangan yang semakin melambung-lambung naiknya.. RM 50 tidak cukup untuk menghasilkan satu hidangan masakan kini..
5. Anda perlulah ada komputer.. kalau tak ada komputer macam mana nak buat blog.. betul tak?

Apa yang palig mahal yang ita rasakan untuk menghasilkan blog adalah masa..
Sesungguhnya masa itu ama-amat berharga bertepatan dengan firman Allah..
"demi masa sesungguhnya manusia sentiasa di dalam kerugian.. kecuali mereka yang beramal soleh berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Masa yang di ambil untuk menghasilkan blog cukup banyak.. cuba anda kira berapa masa yang anda peruntukkan sehari untuk menghasilkan blog
1. masa ke pasar mencari bahan
2. masa memasak
3. masa menghidang di dalam pinggan
4. masa menyediakan props
5. masa mengambil gambar
6. masa memilih gambar dan mengedit gambar
7. masa memnulis blog

kadang kala terpaksa curi masa anak-anak dan keluarga semata-mata untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik!

Oleh kerana itu, bila ada yang marah-marah bila gambar, mereka di curi.. anda harus faham.. renung kembali apa yang ita tulis di atas tu.. bagaimana penatnya.. terasa... bila hasil usaha kita bertungkus lumus di rompak.. di lanun.. di samun tanpa ada timbang rasa.. atau sekelumit rasa bersalah..

Bagaimana luluh hati.. bila kita dah susah payah kongsikan tapi masih ada yang tak pandai.. atau tak ada usaha lansung untuk mencari.. masih meminta kita carikan lagi untuk mereka.. apakah kita perlu lagi mencuri masa kita untuk keluarga semata-mata nak mengikut telunjuk..

Bagi yang lain pula.. jangan mudah kecewa jika blog kurang di kunjungi.. jangan kecewa atau iri dengan kejayaan orang lain.. perbaiki lagi kelemahan diri.. insyaallah jika kita rajin.. buat dengan ikhlas.. tak harapkan apa-apa  ita percaya insyaallah.. kejayaan pasti ada di situ..

Buat blog bukan untuk mengejar glamor atau populariti.. Semua tu tak ke mana.. Cuba anda lihat otai blogger kita yang sentiasa steady.. tanpa sekelumit pun ita rasa di hatinya untuk berblog demi mengejar nama dan glamour..

ok lah dah penat ita membebel..
Hari ni ita kongsikan  satu lagi resepi daripada Chef Ismail Ahmad.
Kita masak dulu , pastu kita makan ya.. lapar dah ni.. tu lah banyak sangat bebel sampai lapar perut..


DAGING NASI KANDAR
Resepi oleh : Chef Ismail Ahmad
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu
Terbitan : Marshall Cavendish

1 sudu besar minyak sapi
6 sudu besar minyak masak
4 tangkai daun kari
8 ulas bawang besar di kupas dan hiris nipis
4 ulas bawang putih  dikupas dan hiris nipis
4 cm halia dihiris nipis
8 inc kulit kayu manis
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar pes cili kering
5 tangkai cili merah di kisar
5 biji tomato sedehana besar di potong baji

1 kg daging lembu di potong keping-keping, rebus
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 kiub pati daging
6 sudu besar kicap pekat
200 ml pati santan daripada 1 biji kelapa, guna santan kotak pun boleh
250 ml air
4 tangkai daun pudina

Pijarkan minyak di dalam kuali atau periuk
Tumis daun kari, bawang besar, bawang putih, halia, dan kulit kayu manis hingga kekuningan
Kecilkan api dan masukkan rempah kari, pes cilikering, pes cili merah dan tomato, kacau sehingga sebati
Masukkan daging, gula, garam, pati daging, kicap pekat, santan dan air
Kacau rata
Renihkan sebentar sehingga daging empuk
Tambahkan daun pudina dan gaul mesra hingga kuah pekat sedikit
Sedia di hidangkan





Apr 29, 2014

Gulai Ayam



Assalamualaikum

Satu lagi resepi yang mudah dan simple untuk di cuba.
Jika semalam ita dah kongsikan resepi daging, hari ini kita beralih pula kepada menu ayam. Masih lagi dengan suber protien yang baik untuk tumbesaran anak-anak.
Anak-anak ita cukup sukakan ayam berbanding daging. Oleh kerana itu menu ayam kerap ita sajikan untuk hidangan keluarga.

Kebiasannya anak-anak lebih sukakan resepi ayam yang sedikit pedas.. tidak terlalu menyengat pedasnya.
Suami ita pula kurang di dalam sajian ayam dan lebih mengemari ikan dan daging. Setiap kali ita menyediakan masakan ayam di dalam gulai atau masakan.... ayam itu perlu di goreng terlebih dahulu. kalau tak semua tak nak makan.. Mungkin rasa ayam yang digoreng terlebih dahulu lebih enak dan dagingnya lebih kenyal berbanding ayam yang di masak terus tanpa di goreng.

Sebagai ibu dan isteri yang dipertanggungjawabkan menyediakan hidangan buat keluarga, sudah semestinya kita memasak mengikut selera dan citarasa keluarga.. ' keluarga di dahulukan.. perestasi dalam masakan diutamakan.. '


GULAI AYAM
Resepi oleh : Chef Ismail Ahmad
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu
Terbitan : Marshall Cavendish


1 ekor ayam ~ di potong kepada 12 bahagian, cuci bersih dan toskan. gaul dengan sedikit garam biar sebentar dan bilas semula dengan air.  Ketepikan
Ita gaulkan ayam dengan kunyit dan garam dan goreng 1/2 masak. Ketepikan

6 sudu besar minyak masak
250 ml pati santan di perah daripada 2 biji kelapa parut. Boleh juga menggunakan santan kotak
750 ml air
500 gm ubi kentang di belah 4
4 tangkai cili merah
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam

Bahan Di Kisar Halus
2 batang serai dihiris
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 1/2 inc halia
1 1/2 inc kunyit hidup
2 sudu besar pes cili kering atau boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar

Kaedah Penyediaannya

Pijarkan minyak di dalam periuk di atas api yang sederhana dan tumis bahan kisar hingga harum
Masukkan kepingan ayam dan balik-balikkan.
Renihkan selama 5 minit
Tambahkan pati santan, kiub ayam dan air
Kacau rata
Masukkan ubi kentang dan masak hingga ayam dan ubi kentang empuk
Maukkan cili merah
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Renihkan sehingga kuah sedikit pekat
Sedia di hidangkan



Sekali lagi resepi ini ita ambil daripada koleksi resepi oleh Chef Ismail yang di kongsikan dalam buku masakan beliau Kusin Warisan Melayu. Banyak koleksi resepi warisan yang terbaik di dalam buku ni. Semuanya sedap-sedap dan pasti tidak mengecewakan selera anda dan keluarga.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Ingat memasak dari hati untuk mereka-mereka yang kita kasihi..



Apr 28, 2014

Daging Masak Hitam Chef Ismail



Assalamualaikum
Selamat pagi buat teman-teman ita di luar sana.

Ada yang kurang sihat hari ni?
Jangan lupa makan ubat, minum air banyak-banyak..
Cuaca yang tidak beberapa memuaskan sejak akhir-akhir ni banyak mempengaruhi kesihatan kita.
Ita pun tak berapa sihat, demam batuk dan selsema dah menyerang kami sekeluarga. Ialah di JB ni kalau pagi panas terik yang amat.. bila petang pula hujan selebat-lebat tidak dengan guruh dan petir yang berdentum dentam..
Bila dah hujan lebat.. jalan mula naik air.. sana sini banjir kilat.. bagi pemandu-pemandu kenderaan kena hati-hati ya.. cuba elakkan melalui kawasan yang rendah dan mudah di naiki air..

Bila dah demam , batuk dan selsema nak kena jaga makan.. tak boleh makan makanan yang berminyak.. pedas-pedas maupun yang terlalu sejuk..
wahh... ada tak macam Dr cakap kat pesakit.. hihi

Dah plan nak masak apa hari ni..?
Ramai yang semakin bersunggut, bila perberlanjaan semakin hari semakin meningkat.
Nilai perberlanjaan dah melebihi jumlah pendapatan keluarga.
Sekarang note RM 50 dah semakin kecil, kalau pergi pasar tak tau apa yang dapat di beli dengan jumlah sebanyak itu..
Harga bahan basah dan bahan kering naik terlalu drastik, ya Allah.. kadang tergaru.. garu.. apalah nak masak untuk keluarga yang dapat memenuhi baget..
Bagi keluarga yang besar, sudah semestinya ianya sangat-sangat membebankan.
Usahkan nak menabung... nak menampung kos keperluan pun  tak mencukupi..
Sebagai ketua keluarga, kita terpaksa merancang dengan sebaik-baiknya.. supaya tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kita seharian.. ingat, hidup bersederhana penuh barakah..


Hari ni ita nak kongsikan resepi yang pada ita cukup mudah penyediaannya dan bahan yang di perlukan pun tak lah sukar di cari. Semua ada di dapur kita. Terpulang pada kita bagaimana nak mengayakannya aje..

Resepi dari chef tersohor yang di sukai ramai kerana sikap ramah tamahnya ini, dititipkan beliau dalam buku hasil karya beliau Kuisin Warisan Melayu. Siapa tak kenal Chef Ismail, pelopor masakan dari Negeri Sembilan... orang nogori lah katakan..

Dalam buku ni banyak resepi warisan yang sedap-sedap, kebanyakkan ita dah cuba dan menepati selera. Cuma seperti biasa ada juga ita terderhaka, ialah ita ikut bajet apa bahan yang ita mudah dapati.. mana yang boleh kita tukar pakai kita olah lah ikut citarasa kita dan keluarga..

Apa kita tunggu lagi jom ikut ita masuk dapur kita masak lauk Daging Masak Hitam hari ni.. yok!


DAGING MASAK HITAM
Resepi oleh : Chef Ismail Ahmad
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu
Terbitan : Marshall Cavendish

100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan sesuai

2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi

Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak

Sos
4 sudu besar kicap pekat 
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh 
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging

Cara Penyediannya
Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan. 
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum 
Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan
Apa lagi.. jom kita makan!


 

Selamat mencuba dan memjamu selera



Apr 25, 2014

Flourless Nutella Cake with Caramel Sauce

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi petang ni di dapur maya. Hari ni ita tak boleh sembang lama-lama sangat, sebab ita perlu menyiapkan tempahan kek yang di pesan oleh customer.

Hari ini ita nak kongsikan satu resepi yang pada ita cukup unik kerana ia tidak memerlukan bahan yang banyak untuk menyediakan satu bijik kek yang enak ini.

Kek ini adalah permintaan seorang rakan muka buku ita. Beliau minta ita carikan resepi yang menjadi kesukaan anak-anaknya. Katanya anak-anaknya cukup suka kek ini, tapi harganya yang sangat mahal membuatkan beliau merasakan adalah lebih baik sekiranya beliau membuat sendiri untuk keluarga tersayang.

Betulah.. sekarang harga makanan dan barangan cukup-cukup mahal. Kadang bercinta rasanya nak membeli. Jika mempunyai keluarga yang ramai.. adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan keperluan untuk mereka cukup. Jika tak larat nak beli disebabkan harganya yang mahal.. ada baiknya kita buat sendiri.. puas dimakan bersama keluarga.. bukan itu aje ianya juga terjamin darisegi kebersihan dan sudah semestinya di sediakan dengan penuh kasih sayang.. ya tak?


Hasil pencarian ita di google, akhirnya bertemulah ita dengan resepi yang dipinta. Resepi ini ita ambil dari blog Kirbie's Cravings. Tak sangka resepi ini hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Ita mula terfikir adoii.. 2 bahan aje.. tapi kenapa ianya dijual dengan harga yang jauh lebih mahal.. ooo.. mungkin harga Nutella itu yang membuatkan harganya turut mahal dipasaran.

Macam mana? ada yang terasa nak mencuba? Jom ikut ita masuk dapur dan kita intai-intai resepi yang cukup mudah ini.


Flourless Nutella Cake with  Caramel Sauce

Flourless Nutella Cake
Resepi oleh : Kirbie's Cravings

4 biji telur bersaiz A
250 gm Nutella


Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Sediakan loyang berukuran 7 inc dan di gris dengan butter serta lapikkan dengan kertas minyak, atau kertas pembakar

Masukkan telur ke dalam mixer
Putar telur dengan speed tinggi hingga kembang , ringan dan naik 3 kali ganda. Warnanya akan bertukar putih krim masa yang di anggarkan 6 minit

Ambil 1/3 bahagian telur dan kaup balik di dalam nutella.
Kaup balik rata
Ambil lagi 1/3 dan ulang proses yang sama hingga habis semua adunan telur
Tuangkan adunan di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 mint
Bila dah masak, keluarkan daripada loyang dan sejukkan atas redai.


Caramel Sauce

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim ( tick cream, double cream. whipping cream)
25 gm mentega
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan gula hingga larut dan berbuih
Tuangkan krim ( berhati-hati ketika melakukan proses ini)
kacau rata.
Tutup api masukkan garam, esen vanilla dan butter
Biarkan sejuk

Letakkan kek di atas pinggan. Kek ni nipis aje ya..


Tuangkan sos karamel atas kek dan ratakan


Hiaskan jika perlu


Sedia dinikmati bersama keluarga.. eeeemmm.. yummy!
Sedap tau! tak sangka resepi yang semudah ini dapat menghasilkan kek yang yummy!
Selamat mencuba!









Apr 24, 2014

Apa beza cupcake, cup cake dan muffin?

Assalamualaikum,


Hari ni ita nak bincangkan  perbezaan antara cup cake dan muffin yang sering di tanyakan oleh kawan-kawan.
Sekali imbas memang kita lihat kejadiannya sama, iaitu di masak dalam bekas atau acuan kertas secara berasingan atau individu, tapi sebenarnya ia mempunyaai banyak perbezaan tak kira samaada dari segi rasa, tekstur dan penyediaan.


Apa kata kita kenali dahulu apa itu cup cake sebelum kita buatkan perbandingan antara cup cake dan muffin.

Tahukah anda bila bermulanya sejarah pembikinan cup cake?
Cup cake yang di kenali sebagai fary cake di British dan patty cake di Australia adalah kek yang di masak dalam cawan kecil atau bekas kecil secara berasingan. Di kisahkan pada zaman dahulu, para kulinari memasak cup cake dalam cawan kopi kecil atau teh yang di perbuat daripada seramik, kerana pada masa itu tidak ada cawan kertas atau loyang muffin seperti hari ini. Oleh kerana itu mereka menamakannya cup cake, yang bermaksud kek yang di masak di dalam cawan.


Selain itu ada yang menyatakan di sebabkan ukuran bahan-bahan untuk membuat cup cake kebiasannya di ukur dalam unit cawan, itu juga adalah antara penyebab ianya di beri nama cup cake juga.


Cup cake telah berkembang di Amerika sekitar abad ke 19. Kebiasannya ia di sajikan secara individu dan dihidangkan untuk acara-acara tertentu khas untuk tetamu yang datang.

Jangan silap ada perbezaan untuk ejaan antara cup cake dan cupcake yang mempunyai maksud yang berbeza juga. Cup cake adalah kek yang di masak dalam cawan kertas hari ini. Pada tahun 1828 atau  awal abad ke 19, cupcake pula di perkenalkan. Apa pula bezanya cup cake dan cupcake? wah.. dah pening dah ni..



Cupcake pula adalah kek yang di masak dengan ukuran yang kecil atau sekarang ni kita lebih selesa memanggilnya miniature cake atau ada juga yang memanggilnya mini cake.




Sebenarnya kedua-dua ni adalah menggunakan bahan yang sama seperti kita membuat kek, cuma bezanya cup cake di bakar dalam cawan kertas yang comel, manakala cupcake di bakar dalam acuan loyang kecil.


Tekstur cup cake adalah lembut dan rasanya juga manis. Ia juga di hiasi dengan pelbagai deco bersesuaian dengan tema dalam sesuatu majlis tertentu. Kebiasannya cup cake di saluti krim tidak kiralah samaada menggunakan buttercream, coklat krim, atau fresh cream. Ia juga di hiasi kemas dengan manik berwarna-warni yang tujuan utamanya untuk menarik perhatian kanak-kanak. Kini kebayakkan cup cake juga di hiasi fondant dan figurine comel untuk menambahkan lagi viarasi dalam decoration cup cake itu sendiri.



Cup cake lebih sesuai menggunakan resepi kek yang agak padat seperti butter cake. Penyediaannya tidak sesuai menggunakan resepi span kek yang lebih lembut. Bila menggunakan span kek, kek akan mengecut bila sejuk dan tidak sesuai sebagai penyedian cup cake maupun cupcake.

Kebiasannya cup cake di hidangkan untuk majlis keramaian hari ulang tahun atau hari perkhawinan. Bentuknya yang comel dengan deco yang tampil menarik buatkan kita seakan sayang untuk memberikan gigitan pertama..


Kini ada muncul satu lagi cup cake tapi lebih dikenali cake in cup atau cake in jar.
Kaedah penyediaannya sama seperti kek biasa juga cuma bezanya jika cake in jar di masak di dalam jar, manakala cake in cup pula, kek dimasak di dalam loyang atau tray yang lebih besar, kemudian di potong dengan cutter mengikut saiz cawan plastik.
Kek ini lebih digemari kerana ia dilapisi krim diantara lapisan kek yang menjadikan rasanya lebih enak.


Kek ini biasanya tidak di hiasan sarat kerana ia bertutup. Deconya yang simple dan sedikit ringan buatkan ianya sering menjadi pilihan sebagai buah tangan untuk para tetamu.


Kini cup cake maupun cupcake tampil lebih ayu dan menarik bila dijadikan sebagai hantaran untuk hari bahagia pasangan mempelai.



Bagaimana pula dengan muffin? nampak macam serupa aje..

Walau nampak serupa ianya adalah kek yang bebeza. Muffin sebenarnya adalah dari kelompok roti. Cara penyediaannya juga sama seperti kaedah membuat roti ringkas dan mudah Banyak menggunakan tepung roti dan kurang didalam penggunaan telur. Cuma ianya di bakar dalam loyang muffin yang kecil. Kerana itu tidak hairanlah jika ianya juga di  diklasifikasikan sebagai quick bread -quickly made and quickly eaten. Jika cup cake dihidangkan untuk majlis keraian, muffin pula adalah sajian yang dihidangkan untuk sarapan pagi atau pun untuk minum petang.


Muffin tidak lah pula dihias dengan krim, ianya juga tidak di deco. Bentuknya yang munjut ke atas dan pecah di permukaan yang tidak menjadikan ianya sebagai kek hiasan. Ia juga di masak dalam cawan kertas yang lebih tinggi dan dibakar dalam loyang muffin khas.

Terdapat 2 kaedah atau jenis muffin dan kedua-duanya mempunya kaedah dan penyediaan yang berbeza. Satu yang teksturnya yang lebih padat dan kasar seakan roti dan cara penyediaannya juga sama seperti kaedah penyediaan roti. Kebiasannya ia menggunakan minyak jagung dalam penyediannya. Muffin ini kurang manis , enak di nikmati bersama secawan air kopi ketika masih panas, dan tidak boleh di simpan lama kerana ia cepat keras.


Kaedah penyediaannya pula di bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahan yang kering dan satu bahagian bahan yang basah. Bahan tidak di pukul di dalam mixer sebaliknya campurkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul perlahan dengan spatula. Adunan akan kasar dan berketu-ketul. Adunannya juga pekat dan kental. 

Mufin yang mempunyai kandungan gula dan mentega yang tinggi lebih menyerupai kek mentega.  Teksturnya lebih lembut dan halus seperti kek mentega . Tidak hairanlah jika di kedai bakeri dan hotel-hotel, mereka lebih gemar menjual mufin jenis kek berbanding mufin seakan roti.Rasanya juga enak, ia juga boleh di tambahkan raisin, badam dan tampil kebiasannya dengan perasa, vanilla, coklat dan pisang.

Untuk muffin ini pula kaedah penyediaannya sama seperti kaedah penyediaan membuat kek mentega, cuma kandungan bahan cecair lebih sedikit berbanding kek biasa. Tekstur adunan juga lebih licin dan lembut.

Ok macam mana? dah dapat bezakan antara cup cake, cupcake dan muffin. Ita harap penerangan yang serba ringkas ini  sedikit sebanyak dapat menjawab beberapa persoalan yang seringkali ditanya.




Apr 22, 2014

Cheezy Crunchy Carrot Cake

Assalamualaikum



Dah pukul 2 pagi, ita baru sahaja menyaipkan tempahan kek untuk esok. Esok ita cuti lagi..
Cuti daripada ambil tempahan memandangkan kesihatan ita dan suami yang tak berapa sihat. Akhir-akhir ni kerap pula tak sihat. Mungkin terlalu penat, kurang tidur, mungkin juga faktor cuaca yang tak menentu.. atau stres.

Tahun ni, ita memang sedikit sibuk, lebih-lebih lagi anak ita Dalili akan ambil peperiksaan UPSR. Kadang-kala dia bersungut juga bila melihat ita asyik buat kek aje..

" dulu masa abang, mak tunggu abang belajar.. mak ajar mana yang abang tak faham.. mak bagi latihan.. tapi kita mak sibuk buat kek.. "

Sayu pulak hati bila dengar Dalili bersunggut. Rasa bersalah cukup menebal didalam diri ini..

" Kita nak mak suap kita makan.. lama dah mak tak suapkan kita.. makan "


Bebelan dan rungutannya buatkan ita rasa cukup bersalah.. Ya Allah apalah yang aku dah buat ni.. adakah aku telah menjadi ibu yang tidak adil dalam memberikan kasih sayang pada anak-anak ku..

Dulu dia tak begini.. mungkin bila lihat emaknya terlalu sibuk, dia telah mula merasa dirinya terabai.. Ita rasa apa yang ita alami ini turut di rasai oleh ibu-ibu yang lain, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja. Bimbang juga 'yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..'

Kerana itu ita terpaksa mengambil beberapa keputusan yang ita rasa cukup sukar.. Ita terpaksa kurangkan berblog, menolak beberapa undangan dan jemputan kelas masak dan beberapa jemputan function. Ita tak lagi menerima apa-apa undangan untuk majalah dan juga permintaan untuk menerbitkan buku. Ini semua bagi memenuhi tuntuan ita terhadap suami dan anak-anak.


Di kesempatan yang ada ini juga ita nak mengucapkan terima kasih pada kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang sentiasa berikan ita sokongan moral.. sentiasa doakan ita dan keluarga.. dan memotivasikan diri ini.. Alhamdulillah ita akan ingat setiap pesanan.. ita akan ikut segala apa cadangan dan kata-kata nasihat yang baik untuk ita dan keluarga . Terima kasih ita ucapkan hanya doa sahaja yang mampu ita ucapkan agar kalian memperolehi rahmat daripada Allah dan sentiasa di bawah lindungannya..

Setiap apa yang berlaku memang dah tersurat dan tersirat.
Hanya Allah juga yang maha perancang dan sebaik-baik perancang..
Ita hanya mampu berdoa agar Allah tidak menguji ita dengan ujian yang seberat ini.. kerana ita tidak mampu memikulnya..


Ok lah, malam pun dah semakin larut.. bunyi cengkerik dah sayup-sayup kedengaran.. bimbang pula bila ayam berkokok.. Esok Dalili akan ke sekolah.. takut kalau tidur lewat , lewat pula dia ke sekolah.. Nanti semakain kuat bebelannya.. panas cuping telinga mendengarnya.. :)

Dah lama ita tak kongsi resepi kan?
Maaf lah ya kadang ita tak punya banyak masa nak menaip panjang lebar dalam blog, masa cukup-cukup terbatas. Di pagi yang hening ni, di kesempatan yang ada ni ita taipkalah resepi yang banyak sangat permintaan dan yang selalu di minta pada ita di dalam ruangan pm di fb  ita.

Maaf juga kerana gambar yang ita lampirkan di sini semuanya adalah tempahan dari customer. Kek tak boleh potong.

Resepi ini agak panjang stepnya. Kaedah penyediaannya cukup panjang lebar, tapi bila buat tu rasanya taklah sukar sangat.. cuma banyak yang perlu di sediakan.
Bahan-bahan yang di gunakan juga boleh tahan harganya.. bertambah-tambah lagi sekarang.. bila bahan-bahan untuk membuat kek cukup mahal harganya.. Almond aje dah naik berganda.. tak taulah nanti bagaimana harga biskut raya untuk tahun ni.. pasti melambung juga harganya..

Ok kita mulakan dahulu dengan menyediakan Kek Lobak Merah atau dalam bahasa orang putih lebih popular dengan nama Carrot Cake


Kek Lobak Merah

200 gm tepung gandum atau tepung kek
1/2 sudu besar soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
~ Kesemua bahan ini di satukan kemudian di ayak.  Serbuk kayu manis tu kalau tak nak kuat sangat bau dia boleh kurangkan.

250 gm lobak merah yang telah di parut dan telah di perah.
 ~ Lobak ni kita parut halus, kemudian kita perah dan buang airnaya. Lepas tu baru timbang untuk dapatkan 250 gm tadi

150 gm nenas dalam tin
~ airnya jangan buang sebab kita akan gunakan juga nanti. Nenas ni potong kecil atau cincang kecil, perah sikit arinya dan timbang untuk dapatkan 150 gm adunan tadi.

100 gm almond nibs
~ pangang selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C

40 gm kelapa kering
80 ml jus nenas dalam tin

240 gm gula halus
180 gm minyak jagung
2 biji telur A saiz

Kaedah Penyediaan
Putar gula dan telur hingga kembang
Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
Masukkan campuran tepung yang telah di ayak tadi dan kaup balik sempurna
Di dalam bekas lain, satukan lobak merah, nenas, almond dan kelapa kering
Gaul sebati
Masukjkan campuran lobak, almond, nenas dan kelapa kering, kaup balik sebati
Tambahkan jus nenas dan kaup balik sempurna

Sediakan loyang ukuran 8 inc
Lapik loyang dengan kertas pembakar dan oleskan sedikit buter pada loyang
Tuangkan adunan
Bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170C yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit
Bakar kek selama 1 1/2 jam.
Bila dah masak, biar sebentar dalam loyang dan kemudian terbalikan atas redai

Sementara kita tunggu kek kita masak, bolehlah kita sediakan krimnya dan crocount


Krim Keju

150 gm *cheese / keju (philadelphia / tatura atau apa2 brand yang halal)
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh lemon paste
*Cedar Cheese untuk hiasan ~ diparut halus( yg ni blh guna kraft, embrog sekadar memberikan beberapa brand, boleh cari di pasaran yg halal)

Pukul *cheese ( philadelphia / tatura)  dan gula aising hingga kembang
tambahkan mentega, vanilla dan pes lemon
Pukul adunan sebati


Croqant

100 gm badam cincang
100 gm gula
20 gm butter
Masukkan gula dan badam dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. Kacau hingga karamel tersalut pada keseluruhhan badam dan nampak kuning keemasan
Tutup api dan masukkan mentega
Kacau hingga rata dan berderai


Bila kek kita dah masak, potong bahagian atas yang keras
Kemudian kita potong kek kepada 2 bahagian
Letak kek atas lapik kek atau pinggan
Letakkan 1 keping kek, letak krim keju dan ratakan
Tutup selapis kek lagi dan salutkan keseluruhan kek dengan krim keju
Salutkan kek dengan parutan keju* cedar (kraft, embrog)
Akhir sekali hiaskan dengan taburan croqant








Apr 17, 2014

Gucci Handbag Cake


Assalamualaikum..
Apa khabar sahabat ita hari ini.. semoga semuanya beroleh kebahagian dan sentiasa di murahkan rezeki oleh yang maha Esa.

Alhamdulillah..
Hari ni kita di beri kesempatan untuk bersua lagi di alam maya. Lama ita tak kongsikan gambar masakan atau hasil kerjatangan ita di blog kan.. ? Sebenarnya blog ita mengalamai beberapa masalah yang ita sendiri tidak tahu di mana puncanya dan bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut. Beberapa bulan yang lalu, ita tak boleh nak masukkan gambar ita di dalam blog ita ni. Gambar akan menjadi terlalu putih seperti over expose dan kadang kala ia menjadi kotor.. banyak noise walaupun pada gambar sebenar yang ita ambil tidak pula begitu kejadiannya.

Apa yang menghairankan ita gambar yang sama bila ita masukkan dalam FB dia ok lah pulak! bila masuk dalam blog aje dia bermasalah..

Ita memang kurag arif bab IT ni.. lagi pula dah masuk 4 series ni lagi lah lambat slow.. Blog ita ni pun anak-anak yang buatkan untuk ita. Ita tak berapa pandai nak godeh-godeh .. takut tersalah godeh karang habis hilang semuanya..  barulah kata orang nangis tak berlagu.. >_<

Sebelum ini tak adalah pula masalahnya.. tulah yang cukup menghairankan ita. Ita sangkakan masalah pada kamera. Mungkin dah lama tak hantar service takut dia berfungus, maklumlah kamera ni ita guna hari-hari dan sentiasa ita bawa ke mana sahaja ita pergi.. kira dah jadi maccam boy friend ita lah ni.. memang tak boleh dipisahkan.. Bila dah hantar service.. masih juga serupa.. aik.. pelik jugak..

Mungkin masalah pada blog kot..  ita tunggu anak-anak balik cuti.. Bila mereka balik dan godeh-godeh tak juga dapat selesaikan masalah ni.. Ita terfikir mungkin masalah dari Pic Monkey. Ita edit gambar di Pic Monkey, sebenarnya bukan edit sangat pun ita gunakan Pic Monkey untuk resize gambar dan untuk letak watermark. Tapi hairan gambar yang edit dari Pck monkey masuk dalam FB ok lah pulak...



Buntu rasanya fikirkan masalah blog ita ni.. tu yang buatkan semangat nak berblog pun semakin hari semakin pudar. Ita ingat nak hantar komputer ita service pula jika masalah ini tak selesai jugak.

Alhamdulilah.. perancangan Allah..
Ita tak tahu kenapa hari tu.. hati ita terlalu sayu..dan update status ita di blog yang akhirnya menemukan ita dengan jalan penyelesaian oleh Allah...
Allah kirimkan seseorang kepada ita untuk membantu ita menyelesaikan masalah yang sering membelengu diri ini.. Dengan bantuan Sue Aleen dan As Niza alhamdulillah masalah ita akhirnya berakhir.. Ya Allah terima kasih yan Allah.. sesungguhnya hanya engkau yang lebih mengetahui dan mengatur segala-galanya..
Terima kasih ita juga kepada Sue dan Niza kerana sudi membantu akak.. Alhamdulillah Allah temukan ita dengan insan yang baik-baik yang sentiasa bersedia membantu di saat sahabat memerlukan..

Sejak berblog ita mempunyai ramai sahabat yang baik-baik.. Ita ni sebelum ni tak punya ramai kawan.. Kawan ita adalah emak ita, bapa ita suami dan anak-anak.. mereka lah sahabat ita dunia dan akhirat..  Ita ni pemalu sangat.. kata orang malu tak bertempat.. >,< tak taulah kenapa.. Ada yang kata ita pendiam dan tak kurang juga yang kata ita sombong.. Sebenarnya ita ni bukan sombong.. tapi ita tak pandai nak berbual.. sebenarnya ita cukup takut nak berbual sebab ita takut bila ita silap cakap akan menguris hati orang yang berada di sekeliling ita. Kerana itu ita rasa diam itu lebih baik.. bukan apa.. kalau salah cakap dan terguris hati.. bukan mudah nak minta maaf.. kalau dengan Allah bolehlah kita minta maaf tapi sesama insan ni.. memang cukup sukar..


Amboii.. panjang pulak melalut..
Ok hari ni ita nak kongsikan pengalaman pertama ita menyediakan kek 3D. Sebelum ni ita memang tak pernah buat kek ni.. Terasa nak cuba tapi macam takut-takut.. ialah takut tak jadi.. nyaya aje tempahan orang kan.. tapi sekali lagi ita bertuah kerana di temukan rakan -rakan yang baik yang sudi membantu ita. Jutaan terima kasih ita ucapkan pada Siti Hazleena atau yang lebih popular dengan gelaran Leen Loyang Skudai. Beliau yang baik hanti yang sudi menerangkan bagaimana kaedah nak menyediakan kek 3D ni.. Terima kasih sekali lagi ya Leen..

Kek ni di tempah oleh sahabat suami ita untuk anaknya. Beriya-ia dia minta ita buatkan kek berbentuk hand bag jenama Gucci ni.. dari tahun lepas lagi.. Ita cukup risau jika tidak dapat memenuhi impiannya atau.. nak buat hand bag jadi benda lain pulak.. kan..haha baru ya..

Hari ni ita beranikan diri mencuba, dengan lafaz Bismillah dan berkat tunjuk ajar Leen, ita mulakannya dengan penuh hati-hati. Ita gunakan edible image untuk buat kek ni bagi memanpakkan corak print Gucci. Edible Image ni juga ita oder dengan Leen. Ita oder lebih sikit walaupun leen kata cukup 3 keping sahaja untuk 1 bag. Ialah baru pertama kali kan.. takut tersilap karang payah pulak nak oder lagi..

Kek ita ni tak besar sangat.. saiznya 8 inc panjang dan 3 inc lebar.  Dalamnya ita gunakan kek choc moist yang ita layer dengan choc krim dan coating dengan ganache choc.
Lepas dah layer ita sejukan 4 jam, kemudian ita bentukkan seperti bentuk bag yang ita inginkan. Bila dah puas hati dengan bentuknya, ita salut ganache choc dan simpan dalam peti ais semalaman.


Bila dah set, ita salutkan nipis dengan fondant. Kemudian sapukan gam dan ita lekatkan dengan edible image. Salut semua bahagian kek dengan edible image, mana bahagian yang kita tak nak .. potong kemas.
Kemudian kemaskanlah dengan boder tiub tepi, letakkan zip, letak tangkai dan assoseri yang berkenan di hati..


Alhamdulillah siap juga akhirnya..

Kek ini sudahpun ita poskan ke Kuala Lumpur. Semoga ia selamat sampai dan harap sangat memenuhi apa yang sahabat ita inginkan..


AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.