Mar 14, 2014

Birthday kek untuk Dani


Kek untuk Dani, ditempah oleh ibunya untuk Dani yang menyambut ulang tahun yang ke 3. Comel adik dani ni.. macam anak mat salleh pertama sekali ita melihat gambar yang dikirimkan. Berkulit putih melepak dan berambut perang.. memang comel.

Mama Dani minta buatkan kek Rainbow dengan decorasinya mesti ada bola, kereta, Dani dan mama di atas kek. 
Inilah kek yang dapat ita ilhamkan untuk ulang tahun Dani yang ke 3.
Happy birthday boy!


Kek birthday untuk Dani
Dalam kek rainbow dengan cream cheese frosting dan buttercream sebagai coting
Kek berdiameter 9 inc
Tinggi 4 inc
Decok cake fully fondant
bersama hiasan figurin ibu dan anak, bola dan kereta



Mar 13, 2014

Kek Kereta TOYOTA DX 70


Kek kali ni tema kereta.
Kereta pilihan pula kereta lama TOYOTA DX 70
Kek sempena hari ulang tahun suami yang amat meminati kereta antik ini.
Terima kasih kerana sudi tempah kek dgn akak.
Segala kekurangan dan kelemahan akak mohon kemaafan.


Kek Rusian Black and White
Berdiameter 8 inc
Ketinggian 4 inc
Kek bersalut choc ganache
Deco pula kereta Toyota DX 70 dan fondant
 
 

Mar 12, 2014

Castle Clash Cake




Tempahan kek untuk anniversary yang ke 3 tahun
Terima kasih kerana sudi tempah dengan akak..
Segala kelemahan dan kekurangan minta halal.. ya


Kek choc moist berdiameter 9 inc
Ketinggian 3.5 inc
Kek di layer dengan choc ganache
Coating dgn choc ganache
Deco cake menggunakan edible image, fondant dan gumpaste
Tema kek game Castle Clash


Untuk tempahan sila hubungi talian 017 7279179



Kek Sofea The First


Kek ni di tempah oleh rakan lama yang dahulunya sama bekerja  dengan ita di JSEDC. Beliau masih lagi kerja di sana, ita aje yang dah besara awal kerana berumahtangga.
Kek ini adalah  untuk ulang tahun anaknya Awin pada 1 March yang lalu.
Lewat ita masukkan sebab terlalu sibuk menyiapkan tempahan.
Terima kasih ya Siti Haliza ^_^

Pada mulanya beliau inginkan kek Barbie Doll tapi kek di dalamnya adalah kek Rusian Black and White
Tapi setelah ita terangkan yang bagaimana teksture Rusian Black and White dan mungkin sukar untuk di buat kek barbie doll, akhirnya beliau akur dan memilih kek dengan tema Sofea The First.

Dalamnya masih lagi kek Rusian Black and White kerana beliau teringin nak merasa kek yang sering menjadi pilihan customer ita ini.

Harap birthday girl happy dan mamanya pun dapat merasa kek ini. Terima kasih sekali lagi ^_^



Kek Rusian Black and White berdiameter 9 inc
Tinggi kek 4 inc
Tema pilihan Sofea The First
Kek fully fondant dengan figurine sofea sebagai hiasan deko cake


Mar 11, 2014

Kek JDT Edible Image



Kek JDT Edible Image
Dalam rainbow cake dengan cream cheese frosting
Coating dengan buttercream
Deco cake dengan fondant dan edible image
cake berdiameter 9 inc
tinggi 4 inc
Tempahan edible image dari Baking Tools
 
 

Terima kasih kepada yang sudi tempah kek daripada ita
Segala kekurangan minta halalkan
Kepada adik Akhif happy Birthday Boy !

Untuk tempahan boleh hubungi 017 7279179
Tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal
Tempahan untuk Johor Bahru


MH 370 kembalilah...




MH370
Kau pergi hilang dalam kegelapan,
Kau tinggal tanpa pesan,
Kau lenyap dalam jernihan awan,
Kau sepi menghilangkan tanda amaran.

 

MH370
Satu bahteramu menampung beratus nyawa,
Satu bahteramu membawa ratusan manusia,
Satu bahteramu menjaga pelbagai usia,
Tapi mana pergi semuanya?


MH370
Kau melayar angkasa ciptaan,
Tapi lenyapmu dari pandangan mengubah jiwa insan,
Misterimu menjadi persoalan,
Sedih, resah tertimbus dalam kesedihan,
Ditambun dengan rimbunan hujahan,
Spekulasi dunia menambah tangisan.
Buat insan dunia,
Hormatlah !

Hormatlah hati yang resah menunggu perkhabaran keluarga dan rakan,
Bisukan kata kata yang menambah keresahan,
Tak perlu ditembak hati mereka dengan persoalan,
Tak perlu lontarkan persepsi yang kau ciptakan,
Berbeza jiwa namun darah yang sama mengalir dalam naluri insan,
Kesedihan mereka sakit dari apa yang kita rasakan.
Insan dunia,
Cukuplah kau curahkan kesakitan,
Alunkan doa doa bukan sekadar kata kosong yang ditekan,
Sabarlah !
Pasti akan hadir kebenaran,
Pasti akan ada keajaiban.


MH370
Hanya doa boleh mengukir kembali senyuman,
Biarlah segala tohmahan,
Hiraukan jiwa manusia yang sibuk mencari kesalahan,
Sabarlah !
Masih ada jiwa yang berdoa penuh pengharapan..


MH370
Pulanglah !
Pulanglah !
Dunia ini perlukan insan insan bukan berita sedih yang mengecewakan badan,
Pulanglah dengan misteri kegembiraan,
Alirkan semula tangisan cinta bukan lagi kesedihan.



Ya Allah,
Leraikan segala tanggapan,
Hapuskanlah juntaian air mata kesedihan,
Simpulkanlah kenyataan kebenaran,
Agar tiada lagi yang fikir bukan-bukan,
Agar tiada jiwa yang merana kesakitan.
Percayalah dengan janji Tuhan,
Utuskan doa sekuat harapan,
Dunia menunggu detik kepulangan,
Bersedia menerima ketentuan Tuhan.



Nukilan : Syira Lokman@Wan Syahirah
11:37 pm / Isnin
10/3/2014
Rujukan : Syira Lokman

Terima kasih kepada Syira Lokman atas nukilan puisi yang cukup indah. Sama-sama lah kita doakan semoga MH 370 akan ditemui semula dan kembali dengan selamat.

Ya Allah..
sekiranya ia di langit
kau turunkanlah ia..
sekiranya ia di laut
kau timbulkanlah ia..
sekiranya ia di bumi kau
tunjukkan lah jasadnya..
Kami akur dengan kebesaranMu ya Allah..
Dikau yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..
perkenankanlah doa hamba-hamba mu ini..





Mar 10, 2014

Archery Cake


Archery Cake untuk Cikgu Zulaikha
Happy belated birthday cikgu
Semoga ceria-ceria selalu..



2 tier cake
Kek bawah berdiameter 8 inc
Kek atas pula berdiameter 4 inc
Kek bawah adalah Rusian Black and White cake
Manakala kek atas adalah choc moist cake
Coating choc ganache
Deco daripada fondant dan figurine
Kek fully fondant


Untuk tempahan sila hubungi talian 017 7279179
Kek untuk sekitar Johor Bahru
Tiada penghantaran untuk luar Johor
Tempahan hendaklah di buat 1 bulan lebih awal
Untuk tempahan bulan March dah fully booked

 


Mar 9, 2014

Spiderman Cake For Pavesh-Raj


 Tempahan kek Spiderman dan slice cake Spiderman untuk adik Pavesh-Raj
Devil's Food Choc Slice Cake
Tema Spiderman
Deco tulisan buttercream dan muka Spiderman dari fondant




 Spiderman Cake
Dalam kek rainbow bersama cream cheese frosting
Coat Buttercream
Kek fully fondant
Deco figurine spiderman
Saiz cake 9 inc bulat
Tinggi 4 inc

Untuk tempahan hubungi talian 017 7279179
 


Happy Birthday to you  Pavesh-Raj and thank you Nirmala






Olaf, Hanna and Elsa Frozen Birthday Cake


Kek Rainbow
Saiz cake 9 inc bulat
Tinggi kek 4 inc
Kek layer cream cheese dan coat dgn buttercream
Kek full fondant dan deco dengan figurine dan fondant
Tema kek Frozen dengan Anna, Elsa dan Olaf


Terima kasih di atas tempahan ini
Happy Birthday kepada Hana

Untuk tempahan sila hubungi talian 017 7279179
Untuk Johor Bahru.
Penghantaran untuk sekitar Johor Bahru sahaja
Harap makhlum tempahan bulan March dah fully booked


Mar 6, 2014

Bakul bunga 2 layer


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang ita kasihi, tidak kira di mana sahaja kalian berada.
Bagaimana cuaca di tempat kalian hari ini?
Di Johor Bahru ni, dah beberapa hari cuaca sangat panas, bahang dan membara. Tak boleh nak dok kat luar lama-lama sangat.. Terik mentari yang bersinar seakan membakar kulit ini. Kadang-kala bila cuaca yang panas melampau macam ni.. ita terbayang bagaimana lah keadaan kita disana nanti.. pasti lebih hebat panasnya.. nauzubillah minta dijauhkan dan semoga kita semua beroleh syafaat dan dihimpunkan dikalangan umat-Nya yang beriman dan beramal solleh.


Dah lama juga rasanya ita tak update blog ni. Entahlah seakan ada perasaan malas pula terbit dalam diri ini akhir-akhir ini.. Mungkin sebab perubahan cuaca yang ketara atau kepenatan dan kesibukan yang membataskan segala-galanya. 

Hari ini ita cuba mengumpul kembali semangat yang hilang.. 
Mungkin ita boleh kongsikan sesuatu dengan kalian hari ini. Mencari suatu bekalan dan amalan yang mungkin baik untuk ita disana nanti. 


Akhir-akhir ini ita banyak dapat kiriman email, pm di fb atau message yang meminta ita kongsikan bagaimana cara ita mendeco kek.
Ita ni bukanlah mahir sangat, masih lagi dalam proses belajar dan belajar..
Pada ita setiap hari adalah satu pelajaran yang sangat bernilai harganya. Setiap hari juga ita perlu mencari ilmu baru tidak kiralah untuk amalan akhirat atau kehidupan di duniawi yang sementara ini.

Ilmu yang baik harus di kongsi, agar ianya berpanjangan dan tidak hilang begitu sahaja. Tiada apa yang harus disembunyikan kerana ianya adalah datang dari yang maha Esa. Bak kata perpatah ular menyusup akar tak akan hilang bisanya..


Ini adalah salah satu kiriman pm yang ita terima, daripada rakan atau sahabat yang berada jauh dari Indonesia bertanyakan bagaimana caranya ita membuat bakul bunga. Sebelum ini juga ita ada dapat kiriman email dan message yang bertanyakan soalan yang sama.

Hari ini ita cuba kongsikan mana yang ita termampu. Semoga semuanya dapat belajar sesuatu dan dapat di gunakan bila diperlukan untuk hiasan kek kalian maupun kek yang di pesan oleh teman-teman.


Mulakan proses membuat kek bakul ni dengan menyediakan sebiji kek pilihan terlebih dahulu.
Kek pula terpulang pada anda nak kek apa, perasa apa dan filling nya juga ikut pada selera dan keinginan anda.
Tapi anda harus ingat bahawa kek ini adalah kek yang akan disalut dengan buttercream, oleh itu kek di dalamnya haruslah kek yang sesuai untuk tujuan tersebut.
Kek yang ita cadangkan ialah kek span biasa tidak kira apa perisa, vanilla, strawberry, coklat, oren atau apa-apa lagi perisa yang anda suka.
Selain kek span anda juga boleh gunakan kek coklat lembab ( Choc Moist ), Red Velvet, Butter Cake, atau apa-apa sahaja kek yang dirasakan sesuai dengan selera.
Kek yang tidak tahan suhu biasa seperti kek ice cream, unbake Cheese Cake atau kek karemel tidak sesuai untuk penyedian kek seperti ini yang menggunakan buttercream sepenuhnya.

Setelah kek siap di lapis dan di letakkan filingnya, simpan dalam peti ais sebentar.
Anda mulakan pula proses untuk membuat buttercreanya.

Disini ada beberapa buttercream yang anda boleh pilih untuk membuat anyaman bakul. Atau anda boleh juga gunakan buttercream pilihan anda sendiri. Apa yang penting buttercream untuk membuat anyaman pada bakul tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Dan ianya juga enak untuk dimakan bersama kek nanti.

 
Apa yang ingin ita ingatkan, resepi buttercream untuk anyaman bakul atau salutan pada kek adalah tidak sama dengan resepi buttercream untuk membuat bunga. Resepi untuk bunga dan cara penyediaannya ita akan terangkan dalam N3 yang lain pula insyaallah...

Resepi Buttercream 1

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan gula icing
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kecil.
Kemudian satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih


Gula icing diayak
Masukkan gula icing dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi.
Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.


Resepi Buttercream 2


500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising ~ di ayak
Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minit
Boleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.
Resepi Buttercream 3
1 cawan krimwell
2 cawan butter
2 cawan susu pekat manis
1/2 - 3/4 cawan icing sugar - ayak 3 kali
1 st esen vanila
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk adunan..putar pada suhu sederhana selama 10 - 15 minit sehingga adunan buttercream kembang dan sebati. 
Warnakan ikut citarasa.sedia dilepa pada kek

Resepi Buttercream 4
Oleh :  Azie Kitchen 

150 gm mentega
350 gm krimwell
180 gm sirap gula atau susu krimer pekat manis
3 sudu besar gula icing
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu anggaran 10 mint
masukkan sirap gula atau susu pekat manis dan gula icing
Pukul lagi hingga sebati
Sedia digunakan

Resepi Buttercream 5

350 gm krimwell
150 gm shortening
150 gm gula icing ~ diayak 3 kali
50 gm butter
90 gm susu pekat manis
1 sudu besar corn syrup atau golden syrup
Perasa yang tidak berwarna ~ vanilla, pineapple, orange, strawberry 
Pewarna mengikut warna yang dikehendaki

Pukul krimwell, butter dan shortening hingga lembut
Tambahkan gula icing yang telah diayak, susu pekat manis dan golden syrup atau corn syrup dan juga perasa.
Pukul dengan kelajuan sederhana
Letakkan pewarna dan sedia digunakan






Letakkan Buttercream dalam piping bag yang telah diletakkan nozel.
Untuk cara anyaman 2 layer ita menggunakan 2 warna yang berbeza tonanya dan dengan menggunakan kone nozel no 3

Kek yang telah tersedia kita sapukan satu lapisan nipis warna dari salah satu kombinasi warna yang kita telah warnakan tadi. ianya sebagai lapis dasar pada kek, supaya bila kita buat bakul nanti tidak nampak dasar kek yang bewarna putih.
Setelah siap semuanya jom kita mulakan proses membuat bakul anyaman 2 layer.


Ita bahagikan adunan kepada 2 warna
a coklat yang terang atau warna sedikit muda
b pula warna coklat yang gelap atau sedikit tua

1. Buat satu garisan lurus dengan warna b
2. Buat pula 2 garis lintang dengan warna a anggaran 1 cm panjang.  Jarak-jarakkan sedikit setiap 2 garisn tersebut.
3. Dengan warna b, buat satu lagi garisan lurus
4. Dengan warna b pula buat garis lintang tapi kali ini penuhkan bahagian yang kosong atau bahagian yang kita langkahkan tadi.
Ulang proses yang sama hingga habis.

Faham tak ya?
ok ita terangkan sekali lagi ya..
kali ni kita closeup sikit biar jelas


1. Buat satu garisan memanjang mula dari bawah ke atas. Warna pilihan ita coklat gelap (b)
2. Buat 2 garisan memanjang ke sisi anggaran 1 cm panjang. Selang-selang atau jarak-jarakkan sedikt 2 garisan tersebut dengan 2 garisan diatasnya. Warna pilihan ita coklat muda (a)
3. Kemudian  buat semula garisan memanjang dari bawah tarik ke atas dengan warna coklat gelap (b)
4 Akhir sekali isikan ruang yang kosong yang kita selang-selikan tadi dengan warna coklat gelap (b) melintang ke sisi Sama juga ukurannya anggaran 1 cm.
Ulang proses yang sama hingga habis.

Ok sekarang dah faham?
Kalau tak faham juga sila lihat video di SINI sebagai panduan dan rujukan
 

Kepada rakan-rakan ita sekalian, selamat mencuba dan merialisasikan impian anda. Kena selalu praktis untuk dapatkan hasil yang terbaik.
Mungkin nampak rumit tapi bila dah selalu praktis ianya  mudah dan anda akan dapat banyak lagi ilham untuk membuat jalinan atau corak yang lain pula.
Jangan sekat bakat dan kebolehan anda. Realisasikannya dan cari kebolehan serta bakat yang ada dalam diri.. Insyaallah anda pasti berjaya..



Selamat ulang tahun kepada andak dan anjang. Semoga sentiasa bergembira di samping mereka-mereka yang menyayangi.. Doa dari ita agar keduanya sentiasa di dalam peliharaan Allah dan sentiasa di murahkan rezeki.

salam sayang dari ita buat semua..
Assalamualaikum





AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.