Feb 26, 2014

Mechanic Cake and My Mechanic Workshop


Kek untuk mekanik di tempah khas oleh seorang rakan FB untuk suami tersayang yang merupakan seorang makanik. Memang agak payah nak mengilhamkan sebijik kek untuk seorang makanik. Mujur pengalaman banyak membantu ita dalam merialisasikan impian dan hajat customer ita kali ini.





Sebenarnya ita mempunyai sebuah Workshop Kereta yang terletak di Taman Molek di belakang  Affin Bank di persimpangan lampu isyarat. Bengkel ini di hadiahkan oleh suami pada ita semasa ulang tahun perkhawinan kami yang ke 14 tahun.

Mesti ada yang pelik..
Whyyy?? kak ita Why..
Jauhnya lah kan tersasar.. dengan apa yang ita lakukan hari ini..


Pada suatu hari tu suami ita pernah lah tanya dengan ita apa impian dan cita-cita ita. Memandangkan pada masa itu ita hanyalah seorang suri rumah yang seharian menguruskan anak-anak dan keluarga ita pun berangan dan menyatakan ita nak jadi seorang usahawanita satu hari nanti.
Suami ita tanya lagi.. kalau ita di beri peluang untuk buat business, apakah bidang yang akan ita pilih.. eeemmm... masa tu ita tak pernah pun terlintas nak buka kedai kek ke.. kedai roti.. ke.. kedai makanan ke.. kerana pada ita ia memerlukan komitmen yang tinggi dan ita tak sangup nak meninggalkan anak-anak untuk bertunggu tangga di permis seharian.


Apa yang ada dalam kotak fikiran ita hanyalah nak membuka sebuah bengkel membaiki kereta. Ini juga bedasarkan pengalaman ita masa mula-mula ita kerja sewaktu ita menunggu keputusan SPM dahulu.
Masa ita tunggu SPM ita pernah berkerja di sebuah bengkel membaiki kereta. Tapi.. bukanlah sebagai makanik.. masa itu ita hanyalah seorang  kerani cabuk aje kat bengkel tu..


Pada masa ita kerja tu... ita dah berangan yang satu hari nanti ita nak buka bengkel kereta.. kerana ita minat sangat dengan kereta..
Ita ni minat aje dengan kereta.. tapi masih sedar diri lagi.. yang kesempitan hidup tidak memungkinkan ita akan memiliki sebuah kereta yang mewah..
Tak dapat pakai dapat pandang hari-hari pun dah cukup membahagiakan hidup ita... keluh kesah hati ita berkata.. kata..


Setiap kali kereta mewah masuk dalam bengkel ita berasa sangat teruja.. kadang ita cuba-cuba juga lah duduk dalam kereta tu.. pegang.. pegang setereng.. kalau makanik tu minta ita hidupkan engine.. waaa... ita lah yang paling syok habis.. bunyi engin kereta mewah buatkan ita tak tidur malam dan selalu berangan untuk memandunya satu hari nanti..


Bila di sergah suami kerana ita mengalamun panjang.. ita terus kata.. ita nak buka bengkel kereta.. haha.. ita tahu pasti dia akan gelakkan ita guling.. guling.. ialah manalah sesuai bidang tu dengan wanita.. lebih-lebih lagi ita ni langsung tak ada ilmu tentang engin dan kereta..

Ita tahu angan-angan mak jenin ita ini tak mungkin jadi kenyataan..


Pada ulang tahun perkhawinan kami yang ke 14 suami mengejutkan ita dari lamunan apabila menyatakan dia telah pun membukakan ita sebuah bengkel kereta..
waaa... terperanjat beruk ita waktu itu.. biar betulll.. ni..
adoii.. siapa pula yang nak baiki kereta.. ita langsung tak tau.. kalau setakat bukak pintu kereta.. hidupkan engin... bukak bonet belakang tu.. boleh lah.. adoii.. masakkk... masak..
Fikiran dan ingatan ita hanya teringat pada anak-anak ita yang waktu itu masih lagi bersekolah.. Siapa nak uruskan mereka.. macam mana pelajaran mereka nanti bila maknya dah mula sibuk menjadi usahawani..
wah! berangan tak ingat.. ingat ita ni.. adoiii..




Tapi suami ita tahu apa yang ita fikirkan waktu itu.. langsung di perkenalkan ita dengan rakan partner yang akan menguruskan bengkel ita itu nanti.. fuhhh... barulah lega rasanya..


Inilah rakan partner ita.. Robin Hood namanya khi..khik..khik..
Jejaka bermata hazel ni.. jangan cuba dekat.. dekat ya... dah ada yang punya ni.. hihi
Robin ni mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam membaiki kereta. Mula berjinak-jinak dengan engine dan motor sedari kecil lagi. Kemudian beliau menyambung pelajaran dalam bidang yang beliau minati di Mercedes Benz di Shah Alam Selangor. Pengalam beliau di Cycle Carriage (M) Sdn Bhd selama lebih 10 tahun memang sangat-sangat banyak membantu beliau dalam menyelesaikan setiap permasalahan pelanggan tentang kenderaan mereka. Dia jugalah yang banyak membantu ita menguruskan segala permasalahan pelanggan di bengkel ita itu.
Nasib baik ada Robin.. kalau tidak masakkk.. ita..



Bengkil ita ni dah mula beroperasi dari tahun 2009.. emm.. dah 5 tahun dah.. alhamdulillah..
Kami membaiki semua jenis kereta dan specialised dalam kereta Mercedes Benz.
Kami menyediakan semua perkhidmatan membaiki kereta dari services hingga membaik pulih engine dan body.


Kami juga menjual minyak engine Liqui Moly yang sangat popular dan sering digunapakai oleh kenderaan litar lumba. Minyak ni sangat baik untuk engine sebagaimanalah lah kata si Robin.. dan sangat sesuai untuk semua kenderaan. Walaupun harganya sedikit mahal dari harga minyak engine yang lain tapi ianya memang sangat bermutu tinggi dan power!



Kepada rakan-rakan yang ada permasalahan pada kenderaan boleh lah singgah ke bengkel ita di Taman Moleh Johor Bahru. Segala permasalahan anda bolehlah tanyakan pada partner ita Robin.. jangan tanya ita ya.. ita ni datang bengkel sebulan sekali aje untuk check akaun dan uruskan segala pembayaran bil hihi..

Champion Primax
No 2, jalan Molek 1/28
Taman Molek
Johor Bahru

Tel : 07 357 9555
Robin : 019 7419391
kalau nak dapatkan minyak Liqui Moly pon boleh call Robin


Kalau pasal tayar.. engine dan masalah kereta kita tanya Robin kalau nak oder kek kereta, kek tayar, kek makanik haa.. yang ni boleh tanya ita.. segala tempahan untuk kek anda boleh hubungi talian 017 7279179. Tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal untuk book tarikh ya.. sebab banyak tarikh dah penuh untuk tahun ini. Tempahan last minute ita tak terima ya sebab ita tak boleh buat kek banyak-banyak dalam sehari. paling banyak ita boleh buat 2 biji kek sahaja.. kalau banyak ita takut kek ita tak kemas.. tak sempurna dan  tak dapat puaskan hati pelanggan.


Kepada customer yang tempah kek ita ni.. terima kasih banyak-banyak ita ucapkan.. segala kekurangan dan kelemahan ita menyusun 10 jari mohon seribu kemaafan.. sesungguhnya setiap kelemahan itu adalah atas kealpaan dan kekurangan diri ini.
Terima kasih
Assalamualaikum..






Feb 24, 2014

Running Man Cake



Kalau sebut Running Man pasti ramai yang berkata waaaa.... auw!!.. I likeee... uuuuu...  eee.... oooo... my favourite! debak.. debuk.. semua keluar.. hahah..
Sebenarnya ini satu lagi yang buat ita blur.. apa ni.. drama ke? kumpulan muzik K Pop ke? filem ke.. ? apa ni.. adoii... memang blur abis..

Apalah ketinggalan zaman betul.. cerita ni pun tak pernah tengok..
Ya Allah... betul.. memang tak pernah tengok pun.. serious saya tak tahu apa-apa pasal cerita ni..

Pernah lah dulu ada seorang rakan FB minta buatkan kek Running Man, tapi masa tu dia minta buatkan logo sahaja atas kek.. ita tak tahu ianya sebuah rancangan TV . Ingat kumpulan muzik dari Korea yang menjadi kegilaan anak remaja sekarang..


Bila di minta buatkan kek Running Man sekali lagi beserta karektornya sekali baru rasa kalut semacam.. mulalah google sana sini nak dapatkan sikit info mengenai cerita yang dikatakan amat popular bukan sahaja di Korea malahan telah menjadi ketagihan di serata dunia.. waa... hebat jugak orang Korea ni buat cerita kan..

Running Man kalau dalam Bahasa Korea ~ 런닝맨, kalau kita translate kan ke dalam bahasa Melayu pastilah orang yang sedang berlari. Kenapa kena lari? tak boleh jalan aje ke?


Ia adalah satu rancangan aneka ragam aksi urban yang lucu atau Fun games  dari Korea Selatan. Rancangan ni ada yang in door dan ada yang out door bergantung pada temanya dalam setiap episod
Rancangan ini yang dibarisi  K-pop Star membentuk barisan program Good Sunday di saluran SBS.

Ia pertama kali disiarkan pada 11 Julai 2010 dan diklasifikasikan sebagai rancangan genre baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam mana-mana rancangan realiti show. Dalam rancangan ini, para pengacara dan tetamu yang diundang dikehendaki untuk menyelesaikan misi-misi yang diberikan untuk memenangi perlumbaan tersebut. Ia seringkali dimainkan di tempat-tempat menarik di seluruh Korea Selatan serta di beberapa negara seperti Thailand. Selain saluran SBS, rancangan ini juga disiarkan di saluran televisyen milik Sony Pictures Entertainment iaitu SET One pada hari Jumaat jam 6.30 petang (waktu Malaysia dan Singapura). Kalau kat Malaysia ni kita bolehlah tonton rancangan ni di TV 2 pada setiap Sabtu dan Ahad, kalau tak silap pada pukul 4 petang. Kalau kat Astro pula ianya di siarkan di Channel 393 ( One HD ) pada hari Jumaat 11: 45 malam. Untuk Running Man Marathon pula ianya di siarkan pada hari Ahad pukul 12 : 30 malam dan berlarutan hingga pukul 4 pagi.


Rancangan ni mengandungi 142 episod (sehingga April 2013) hingga sekarang ni tak taulah kan dah berapa episod dah.. game show ni. Setiap episod pula mengambil masa selama 70 hingga 90 minit lama jugak tu kan.. kalau ita buat figurine dah jadi dah satu karektor Gwang Soo hihi..

Setiap episod tu adalah misi-misinya dalam pelbagai tema.. kalau nak tau kenalah tonton.. ita pun tak faham.. bahasa dia tak faham.. apa yang dia main pun ita tak faham.. yang tau haha... hihi... huhu... gelak guling.. guling bukan faham sangat tapi dok gelak tengok aksi dan memek muka mereka tu yang buat tergelak guling.. guling tu.. hehe..


Peserta yang mengambil bahagian pula datang dari pelbagai background.. ada selebriti.. penyanyi.. pelakun..rappers dan pengacara.. Yang seronoknya mereka ni tak pulak kontrol macho atau cute.. tu yang membuatkan rancangan ni tampil dengan keistimewaannya yang tersendiri. Lokasi mereka juga sangat menarik dengan pemandangan yang indah yang membutakan kita macam nak pergi aje tempat tu..

Yang paling ita tabik spring toing.. toing.. toing.. adalah pada juru kameranya yang memang kencang lah kan.. bukan mudah nak ambil gambar mereka yang tengah berlari.. dengan pelbagai memek muka dan aksi sepontan yang lucu.. huuu... ni memang hebat giler punya kameraman ni.. Yang pasti kamera mannya semuanya mesti slim.. slim kan.. sebab nak kena sentiasa berlari.. sebab tu lah rancangan ni dipanggil Running Man kot..


Setiap peserta ada kameraman yang tersendiri yang sentiasa merakamkan aksi sepontan mereka. Fuh!.. pasti banyak kameraman yang digunakan untuk program seperti ini.. paling kurang pun mesti 20 bijik kamera yang digunakan..  bagi merakamkan setiap moment-moment agar tidak ada aksi yang terlepas..


Kesemua peserta-peserta dalam rancangan ni juga tampil dengan karektor lucu masing-masing. Pelbagai gelaran juga di berikan kepada mereka sesuai dengan penampilan diri masing-masing. Dahulu mereka dibarisi 8 orang peserta.. tapi kini hanya tinggal 7 orang kerana Joong Ki peserta yang paling cute .. paling hensome dan menjadi kegilan anak-anak remaja terpaksa menarik diri kerana terikat dengan jadual pengambaran drama lakunannya.


Dari 7 orang peserta Ji Hyo adalah salah satu peserta wanita tunggal. emmm... kalau yang tunggal pastilah jadi rebutan.. banyak keistimewaan.. dan dimanjakan.. ya tak? hiii..
Ji Hyo ni bukan sahaja ayu.. cute dan cantik! tapi.. dia juga bijak cuma kadang-kadang ada blur lah jugak.. kerana itu tidak hairanlah diberi jolokan "blank Ji Hyo" oleh teman-teman. Diberi gelaran Ace Ji Hyo kerana kebanyakan mission dia menang dan selalu survive. Dia juga sering di kanen.. kanenkan dengan Garry.


Garry pula dikatakan manusia yang paling tenang sepanjang masa. Tak tau bila dia marah.. bila dia panik.. bila dia suka.. bila dia sedih.. kerana memek mukanya tak mengambarkan apa-apa.. selamber aje sentiasa.. hihi lucukan? Garry juga dikatakan seorang yang sangat pemalu. Anggota kumpulan rapper hot Leesang ni sering digandingkan bersama Ji Hyo sehingga dijolokkan dengan gelaran "Monday Couple" pasti ramai peminat Garry dan Ji Hyio yang mengharapkan mereka menjadi pasangan couple hingga ke akhirnya.. 


Jay Suk pula seorang yang kadang-kadang kelakar dan lucu.. ada masa cukup serius dan kadang-kadang suka main-main. Pakar dalam permainan pistol air dan sangat hebat menipu untuk memastikan setiap misinya berjaya. Pengacara TV yang sangat popular di korea ni digelar "grasshopper" dikalangan rakan-rakan. Beliau tidak menyukai warna hijau, tetapi warna hijau banyak memberi tuah kepadanya.


Suk Jin peserta paling tua dalam running. Diberi gelaran "big nose" oleh teman-teman kerana memiliki hidung yang besar. Beliau merupakan peserta yang paling lemah antara rakan-rakannya yang lain. Dalam setiap misi beliaulah yang seringkali menjadi peserta petama yang tertangkap terutamanya dalam game hide and seek. Sangat suka menyanyi walaupun liriknya kelaut.. hihi. Selalu bergandingan dengan Jay Suk dalam setiap game.


Kwang Soo adalah peserta yang paling  muda. Walaupun paling muda tapi beliaulah peserta yang paling tinggi hingga diberi jolokkan "giraffe" oleh teman-teman. Seorang pelakun yang tak berapa popular di Korea dan kerana itu ianya sering menjadi gurauan oleh teman-teman terutamanya Jae Suk yang suka mengusik. Sering juga digelar "dumb and dumber" bersama gandingannya Suk Jin dalam menjalankan misi berkumpulan. Cukup terkenal sebagai penghianat semata-mata untuk memang dalam misinya sehingga kadang-kala sangup menghianati member dari kumpulan sendiri semata-mata untuk melepaskan diri.. Memeknya mukanya sering menjadi bahan lawak yang buatkan penonton gelak terguling.. guling menahan perut.. haha


Ha Ha yang paling comel.. paling pendek.. dan muka ala-ala baby face ye ke? hihi
Mendapat jolokan "Haroro" kerana mirip mukanya yang seakan mirip penguin lucu Pororo. Merupakan salah seorang penyanyi Korean aleran muzik pop raggae. Selalu dapat meneka hint dalam misi tetapi sering kali terkeluar awal kerana dia lemah dan tak boleh lari laju. Menunjukkan aksi playboynya yang comel terutamanya bila ada peserta jemputan wanita. Beliau telah pun mendirikan rumahtangga pada November 2012.


Jong Kook di katakan yang paling gagah dalam Running Man, tengok sahajalah pada susuknya yang menjadi idaman setiap jejaka. Jejaka bertubuh sasa ini antara peserta yang paling laju lariannya. Sangat lucu dalam permainan hide and seek kera setiap peserta gentar untuk mencabut tag di belakang bajunya. Kadang-kadang serius dan kadang-kadang suka main-main. Diberi jolokan "Sparta Kook" oleh tema-teman kerana kekuatannya dan "tiger Kook" kerana keganasannya yang dikatakan seperti harimau dan "kookie" kerana cute.. hihi..

emmmm... sekarang dah faham sikit walaupun masih agak blur tentang game show ni.. Kepada yang suka menonton game show ni teruskan menonton dan gelak sakan ya...


Kepada adik comel kita yang peminat tegar game ni dan tentunya peminat Gary si slumber ni Happy Birthday auntie ucapkan.. Semoga happy dengan kek yang auntie buat khas untuk Areesya.







Feb 23, 2014

Sherlock Holmes Cake


Sebenarnya banyak yang ita tak tahu tentang cerita bersiri ini. Al maklumlah ita ni bukanlah peminat tegar talivision. Tengok TV pun jika ada cerita yang menarik dan pelakunnya pula yang ita minat. Kebiasannya ita hanya tonton berita sahaja.

Rupanya cerita bersiri ini sangat popular dan merupakan cerita siri penyiasatan yang boleh dikatakan sering di nati-natikan kemunculannya oleh peminat tegar cerita ini. Katanya cerita ni bersiaran di Astro 701 dan pernah juga di filemkan dengan pelakon yang berlainan pada tahun 2009 dan 2011. Yang di TV pula katanya dah masuk season ke 3. Mungkin ita akan fikirkan untuk menontonnya pula satu hari nanti.. urmmm... takut pula terjebak nanti tak siap semua kerja ita di rumah ni..


Sherlock Holmes adalah suatu watak penyiasat fiksyen pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang terbitan kemunculannya yang pertama berlaku pada tahun 1887. Dia telah dicipta oleh pengarang dan doktor terkenal berbangsa Scotland Sir Arthur Conan Doyle. Holmes terkenal dengan kebolehannya menggunakan logik dan pemerhatian pintar untuk menyelesaikan kes. Dia mungkin merupakan penyiasat fiksional paling terkenal, dan sememangnya merupakan antara watak sastera yang paling dikenali secara universal.


Conan Doyle telah menulis empat novel dan lima puluh enam cerita pendek mengenai beliau. Hampir kesemuanya telah diceritakan oleh rakan dan penyusun biografi Homles, Doktor John H. Watson dengan pengecualian dua yang dicerita oleh Holmes sendiri dan dua lagi oleh orang ketiga. Cerita-cerita ini mula muncul dalam majalah bersiri The Strand dan berlarutan sehingga 40 tahun. Bentuk terbitan ini merupakan kebiasaan di England pada masa itu: Karya-karya Charles Dickens diterbitkan melalui cara yang sama. Cerita-cerita ini merangkumi garisan masa dari tahun 1878 sehingga 1903 dengan satu kes terakhir pada tahun 1914.


Sherlock Holmes menggelarkan dirinya sebagai "penyiasat rundingan", satu pakar yang dibawa campur tangan dalam kes-kes yang terbukti terlalu sukar untuk penyiasat (biasanya berstatus rasmi) yang lain. Selalunya dia boleh menyelesaikan suatu masalah tanpa meninggalkan rumah sekalipun. Secara semulajadinya aspek ini diminimakan dalam cerita-cerita sendiri, yang lebih difokuskan kepada kes-kes lebih menarik yang memerlukannya melakukan kerja penyelidikan. Dia mengkhusus kepada penyelesaikan kes-kes aneh dan tidak biasa menggunakan kuasa luar biasanya dalam pemerhatian dan pemikiran logikal, serta sering menunjukkan kebolehan-kebolehan ini kepada pelanggan baru dengan membuat kesimpulan-kesimpulan langsung mengenai personaliti-personaliti dan aktivi terbaru mereka. Strategi pemasaran mudah ini sangat jarang tidak menimbulkan kesan dan membina keyakinan dalam perkhidmatannya


Sir Arthur Conan Doyle menkreditkan konsepsi Holmes pada gurunya di fakulti perubatan Universiti Edinburgh, iaitu pembedah dan detektif forensik terkenal, Joseph Bell. (Sains forensik merupakan bidang yang masih baru pada ketika itu.) Tetapi beberapa tahun kemudian Bell menulis kepada Conan Doyle, "Anda sendirilah Sherlock Holmes dan anda sendiri mengetahuinya" .
Holmes dinamakan sempena Oliver Wendell Holmes yang dikagumi Conan Doyle, dan seorang pemain kriket Inggeris bernama Sherlock,  tetapi sesetengah nota awalnya memberikan namanya sebagai Sherrinford Holmes.


Waah! menarik juga intronya..padanlah diminati ada novel, difilemkan dan ada juga di tayangkan bersiri di kaca TV.

Sherlock Holmes yang di Astro ni lain sikit sebab menunjukkan Sherlock Holmes di zaman moden bukannya 19th century. Watak Sherlock Holmes tu memang versatile zaman-berzaman dari cara berpakaiannya , interaksi dan pemikirannya.
 
hehe..sorry lah belahan rambut Benedict Cumberbatch tu tersilap pulak.. haha macam mana pulak boleh sebelah kiri pulak.. kena tiup angin agaknya..
Berbalik pada cerita Sherlock Holmes Astro tu, apa yang menjadikan watak tu terus hidup sebab mungkin lakonan pelakon tu sendiri, Benedict Cumberbatch sebagai Sherlock Homles dan Martin Freeman sebagai Dr. John watson. 
 
Ramai yang menyukai cerita ini kerana versi ini sangat seronok di tonton kerana mengambarkan kehidupan  Mr Holmes di zaman IT
 
 
Bila di beri kepercayaan untuk membuat kek ni.. pertama sekali ita blank
Cerita apa ni.. tak pernah tengok.. lah pulak. Nak cakap kat customer ita segan lah pulak. Mujur dia banyak membantu dengan memberikan ita beberapa gambar untuk ita jadikan idea dalam menghasilkan kek yang di tempah istimewa untuk adik tersayang.

Ita juga cuba google dan dapatkan beberapa info untuk jadikan ilham dalam hasil karya ita kali ini. Tak banyak kek Sherlock Holmes yang dapat dijadikan contoh rujukkan. Dengan beberapa rujukan dan menonton sedikit sedutan cerita ini maka terhasilakn kek yang ita harap dapat mengembirakan hati penerimanya yang merupakan peminat tegar rancangan bersiri ini.
 
Kepada Birthday Girl.. Happy Birthday to you dear.. dan kepada abangnya terima kasih kerana masih lagi sudi tempah kek dengan akak.
 


 
AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.