Follow if you like

Dec 22, 2014

Vrrrooommmm... vrrrooommm


Papa ku pulang dari kota
Papa ku belikan kereta
Kereta kecil warna biru
Boleh ku pandu laju-laju..

Pertama kali menyediakan kek kereta 3D. Payah jugak rupanya nak membuat kek kereta ni.. maklumlah tak ada pengalaman.. tak pernah berguru.. inilah hasil kerja orang yang tak berguru.. hihi janji ada nampak bentuk kereta tu.. kira ok lah kan...

Kek ini di tempah untuk hantaran. Kek bersaiz 10 inc panjang dan 6 inc lebar. Dalamnya pula adalah kek choc moist di layerkan dengan ganache choc.



Customer minta ita buatkan kek bentuk kereta Honda Civic Ferio, kereta kesayangan pasangan beliau. Kereta berwarna royal blue ini memang sangat mencabar membuatnya.. tapi alhamdulillah jadilah jugak walaupun ita perlu banyak lagi praktis untuk mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan hati.. insyallah...

Terima kasih pada yang menempah. Selamat bertunang akak ucapkan.. semoga ikatan yang tersimpul berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Terima kasih juga atas kiriman buat tangan untuk akak semalam.. :)


Terima kasih kepada yang membuat tempahan.
Kepada yang ingin membuat tempahan boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179
Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja. Tiada penghantaran untuk luar JB
Tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal..

6 comments:

maizatul emi taserip said...

sangat2 berbakat

hani zaha said...

Teringin nak tmpah dr kak ita..tp jauhhhhh 😢

fazianbatrisyia said...

tak berguru pun cantik...bakat itu guru semula jadi....bila la dapat merasa kek kak ita ni...

Rina Pretty Healthy said...

alahai kak ita, comelnye kereta tu...

weewitd rushdi said...

Akak.. nak nom phone

Anis Quichykwa said...

Nak tempah mcm mana?

Powered by Blogger.