Follow if you like

Dec 11, 2014

Tempahan Victoria Sandwich lagi..


Tempahan Victoria Sandwich kek lagi.. Kali ini customer minta ita potong kek kepada 4 bahagian, katanya nak bagi kawan-kawan senang nanti.. hihi

Kek Victoria ita ni dalamya ita layer dengan cream cheese frosting. Ada yang layer dengan Swiss meringue buttercream , French buttercream dan ada yang menggunakan Italian buttercream. Ita lebih suka layerkan dengan cream cheese frosting kerana rasanya yang mewah dan sedap!. Swiss meringue buttercream , French buttercream atau Italian buttercream tu.. kalau anda tahu penyediaannya hanyalah menggunakan gula, telur dan butter sahaja. Gula dan telur di masak pada suhu yang di tetapkan kemudian di putar dan masukkan butter dan pukul hingga berkrim. Jika menggunakan cream cheese frosting pula anda menggunakan cream cheese, whipping cream, lemon dan susu.

Bila anda tahu bahan yang di gunakan iaitu butter dan telur pasti anda fikir dua kali nak makan bagi mereka yang menjaga diet. Namanya memang cukup gah Swiss Meringu Buttercream, French Buttercream atau Italian Buttercream.. tapi bila tahu bahannya pasti anda akan beralih pada cream yang lain. takut wooo... butter yang di gunakan bukan sedikit.. maklumlah ia perlu berkrim dan kental baru cantik kejadiannya.

Tapi semuanya terpulang  pada citarasa masing-masing dalam penyediaan kek ini, kerana ada yang suka Swiss meringue buttercream, French Buttercream , Italian buttercream dan ada juga yang suka cream cheese frosting.



Terima kasih kepada yang membuat tempahan.
Kepada yang ingin membuat tempahan boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179
Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja. Tiada penghantaran untuk luar JB
Tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal..

2 comments:

samson yatie said...

Biasa dengar victoria sandwic, nie first time tengok victoria sandwic cake!JOM SINGGAH SINI

fudge shahrum said...

i prefer fresh cream dari smbc. cepat muak.

nak tanya? utk vsc, non dairy cream tu nak pukul medium peak ke? stiff peak? thx kak ita.

Powered by Blogger.