Follow if you like

Dec 3, 2014

Strawberry Choc Indulgence


Kek ini ita sediakan untuk insan yang cukup istimewa dalam diri ini.. Tiada yang istimewa selain beliau yang banyak berkorban jiwa dan raga untuk ita.. Berkorban nyawa untuk ita.. setiap masa dan setiap detik...Membesarkan dengan penuh kasih dan sayang dan setiap keringatnya yang mengalir membayangkan betapa tulus dan ikhlasnya beliau dalam memikul amah dari Allah..

24 hb November adalah hari ulang tahun beliau.. Ita buat kan kek ni.. Ita harap beliau akan suka..
Walaupun ita tahu.. beliau tidak dapat merasainya...
Dari kejauhan.. ita panjatkan doa buat beliau.. agar Allah senantiasa cucuri rahmat buat beliau.. senantiasa memberikan beliau kesihatan yang baik.. memberikan ingatan yang kuat agar beliau senantiasa mengigati diri ini... dalam setiap doa yang beliau panjatkan..
Ya Allah hanya pada mu ku memohon agar.. beliau senantiasa mengigati Mu.. dalam setiap nafasnya.. Bibirnya senantiasa basah dengan menyebut namamu.. Peliharalah imannya.. setelah Dikau berikan dia petunjuk... Tempatkan beliau dalam Surga Firdaus Mu... bersama kalangan kekasih-kekasihMu....




Dalam kehidupan ini.. kita kerap kali di uji..
Ujian dari Allah bukanlah kerana Allah tidak sayangkan kita.. Tapi ujian untuk kita lebih dampingkan diri padaNya.. Senantiasa panjatkan doa.. dan senantiasa meminta pertolongan darinya..
Setiap ujian itu walaupun pahit tapi tetap ada penawarnya..
Sabar adalah ubat yang paling mujarab untuk merawat hati...


Ita kerap kali menerima email.. kadang kala panjang lebar ayat dan baris bicaranya.. Meluahkan setiap kelukaan.. setiap persoalan.. kadang kala ita menangis membaca setiap baris ayat.. Ita sendiri tidak mampu untuk menjawab setiap pertanyaan..

Baru-baru ini, ita menerima lagi perutusan yang sama.. entah dah kali yang ke berapa ita pun tidak pasti.. persoalan yang sama.. dan permasalahan yang sama..
Ramai yang menyatakan masalah yang belaiu hadapi.. baru mendirikan rumahtangga.. tidak tahu memasak.. tidak pernah kenali dapur.. tak tahu bahan masakkan.. masalah bila menghadapi kedatangan mertua.. tak tahu bagaimana nak mula...

Sebenarnya masalah yang adik-adik hadapi sama seperti apa yang akak hadapi 20 tahun yang lalu..
Akak juga tidak pandai memasak sewaktu mula-mula mendirikan rumahtangga..
Perasaan cemas.. takut berhadapan dengan mertua dan ipar duai adalah situasi yang pernah akak hadapi berkurun yang lalu..


Akak di lahirkan dalam keluarga yang besar.. Ramai kakak-kakak di atas.. Kerana itu memang tak pernah masuk dapur lansung.. kalau masuk pun hanya untuk makan atau minum.. sesekali membantu emak mencuci pinggan mangkuk. Emak akak pula tidak suka jika anak-anak mengacaunya memasak.. lambat katanya.. lagi banyak seraknya dan semakin penat dia nak kena mengemas.. Biasanya kakak-kakak yang sulung yang lebih banyak membantu emak memasak..

Bila di pinang orang barulah mula mengelabah.. baru mula nak belajar masak nasi.. nak belajar jerang air.. adoiii... memang kalut jugak.. lebih-lebih lagi tempoh bertunang yang sangat singkat.. Masa pula terasa sangat pantas berlalu... nak belajar masak memang tak sempat.. kerana lebih sibuk memikirkan tentang majlis.. tentang barang hantaran.. pelamin.. baju pengantin dan macam-macam lagi..

Ada juga emak ajarkan apa-apa yang penting.. pertamanya macam mana nak masak nasi.. nak siang ikan.. siang sayur dan buat air.. Mungkin emak tahu ini antara yang seringkali di uji oleh ibu mertua nanti..

Lepas khawin terus tinggal dengan ibu mertua.. bayangkan.. dengan tak tahu apa-apa dah kena tinggal dengan mertua.. Seperti yang telah di jangkakan pasti sebagai orang baru... kita akan di uji.. Ujian pertama kena siang sayur.. sayur bayam pulak tu.. Fuh!!.. mujur emak dah ajarkan.. pasti pengalaman banyak membantu emak bagaimana nak mengatasi permasalahan ini.. Kali ke dua.. kena siang ikan.. lagi sekali rasa lega kerana ujian ini tidaklah berat sangat.. kalau suruh masak.. mau menangis ita di dapur.. Kali ke tiga.. di suruh buat air teh susu.. oppsss... yang ni mak ita tak ajar pulak! memandangkan kami sekeluarga tidak minum teh susu.. jadi mak tak ajar buat teh susu.. merah padam muka.. masa tu.. tapi ita berterus terang sahaja dengan mak mertua yang ita tak tahu buat air teh susu.. mujur mak mertua ita faham..

Selepas tu ita mengikut suami berpindah ke Desaru.. tinggal lah sorang-sorang.. mujur suami ita pandai masak.. ialah beliau biasa tinggal bujang.. tinggal di US 5 tahun banyak jugak ilmu memasak yang beliau ada.. dari suami ita mula belajar memasak.. Beliau belikan ita buku masak.. dan kenalkan ita pada bahan-bahan memasak. Hujung minggu pasti akan dibawa ita ke pasar dan kenalkan ita dengan jenis-jenis ikan dan juga sayur..


Sebenarnya dugaan ita bukan datang dari keluarga mertua.. Bila kita berterus terang ibu mertua dan ipar duai sangat memahami..
Dugaan ita adalah pada adik beradik ita sendiri.. dan sebenarnya dari setiap sindiran.. kutukan.. akhirnya ita semangat untuk buktikan sesuatu..
Dahulu kalau ita bawa pulang kuih raya untuk emak.. kuih raya ita sering kali menjadi bahan sindirin dan kutukan adik beradik.. ada yang sampai baling ke dinding katanya " dinding yang pecah.. kuih ita tak pecah.." hihi.. tak pelah.. kenangan lama.. tapi dari kutukan dan sindiran itu.. ita boleh bangga dengan diri ita sendiri.. kini

Sekarang bila ita balik rumah mak mertua.. italah yang jadi tukang masak untuk majlis yang mertua ita adakan sepertri kenduri atau doa selamat.. Bapa mertua ita juga sering kali puji ita masak.. Ipar duai ita pun suka.. Ita rasa sangat happy dengan apa yang ita lalui... kini

Jadi kepada adik-adik.. yang tak tahu masak.. baru berumahtangga.. jangan takut.. jangan sedih.. Inilah masanya untuk kita belajar.. Insyaallah akak akan cuba bantu mana yang termampu...


Ok hari ini ita nak kongsikan satu lagi kek. Kek ni kira adik beradik Indulgence. Ini kira kakak kepada Choc indulgence iaitu Strawberry choc Indulgence. Cara buatnya sama sahaja macam Kek Choc Indulgence yang ita pernah kongsikan di  SINI . Cuma bezanya krim vanilla ita tukar dengan krim strawberry. Dan ita menggunakan teknik yang pernah di kongsikan oleh Duyung Sweets Laling untuk topping atasnya. Ita curahkan choc ganache putih dan choc ganache choc dan dapatlah hasil bercorak seperti kek ita tu.. . TQ laling ^_^

Oh ya lupa ita nak kongsikan.. kepada rakan-rakan yang nak merasa kek laling kita ni bolehlah singgah di Bazar karat di JB dia ada bazar 1 dan 2. Laling kita ni ada jual kek-kek dia yag marvelous di sana.. jangan lupa tau singgah bazar..


STRAWBERRY CHOC INDULGENCE

Bahan-bahan yang kita perlukan

  • 4 keping kek span vanilla ~ resepi kek span vanilla boleh rujuk di SINI
  • Krim Choc ~ resepi dan kaedah membuat krim choc boleh rujuk di SINI
  • Ganache Choc ~ resepi dan kaedah membuat ganache choc boleh rujuk di SINI
  • Krim Strawberry ~ resepi rujuk di bawah Kaedah membuat sama macam membuat krim vanilla di SINI

Di sini ita kongsikan krim strawberry , cara membuatnya sama seperti kaedah membuat krim choc dan krim vanilla

KRIM STRAWBERRY
2 biji kuning telur
40 gm gula icing
100 gm strawberry filling
12 gm halal gelatin
35 ml air
150 gm yogurt perisa strawberry
180 gm krim bukan tenusu
sedikit pewarna merah
sedikit perisa strawberry

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin secara kukusan hingga ia larut ~ ketepikan
Pukul kuning telur dan gula secara kukusan hingga berkrim
Masukkan larutan gelatin dan kaca sebati
Masukkan yogurt, strawberry filling, pewarna dan perisa strawberry
Kacau rata
Dalam bekas pemutar, putarkan krim bukan tenusu hingga kental
Satukan krim bukan tenusu dalam adunan strawberry dan kaup balik rata
Sedia di gunakan

Kaedah melapis kek ini boleh rujuk di SINI


Kek ni sedap sangat rasanya..
Resepi terbaik ni.... Nampaknya ita lebih sukakan kek Strawberry choc Indulgence ini dari yang biasa tu.. yg ni lebih sedap! bau dia pun sangat harum mengoda..

Oh hampir ita terlupa... Selamat Ulang Tahun buat sahabat ita Yatie semoga panjang umur.. di berikan kesihatan yang baik.. senantiasa di murahkan rezeki dan senantiasa bahagia dengan insan-insan yang tersayang...

Kek ni untuk Yatie juga ya ^_^







12 comments:

siti nurakma said...

sedapnyer!!teringin sangat nak ketemu sama kak ita! tengok muka sejuk mata..macam dah mak saya dah.hihi

Ummiakid @ lily said...

cantiknya dan halusnya kejadian. Masih belum mencabar diri ni buat kek begini kak ita...tak yakin rasanya. Apapun memang nampak sedap dan terasa rasa kat tekak ni...balik Jb nanti harus order jugak dengan kak ita nanti...

Salbiah Zakaria said...

Terharu pulak dgn kata2 semangat dan dugaan yg dihadapi ita.

Bicara Kak Noor said...

perfect sangat potongan kek tu Ita akak pun belum berkeyakinan nak buat yg macam ni jamu mata je dulu..

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

memang menarik resepi kali ni..
sebelom ni sy dh cuba kek choc indulgence yg kak ita tnjuk step by step tu..
alhamdulillah menjadi dan sedap sngt. separuh kek tu sy sorang yg mkn...
pastu siap ada org oder lg.. hihiii...
lepas ni nk cuba resepi ni plk utk bDay kakak sy nti..

mudah-mudahan rezeki kak ita semakin bertambah...
: )

fazianbatrisyia said...

Sedapnya tgk kek ni...rasa teringin. sedih pula sy baca coretan & bait kata kak ita. pengalaman mmg mendewasakan kita. sy juga dulu tinggal dgn mentua. ujian masak pasti ada....masa tu kena masak kari ayam. bbrp kali masuk bilik call bonda minta ajarkan cara masak...

nor hayati abdul halim said...

cantik...kemas,dh macam kek yg mahal2 tuuu..hihi

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam.. Kak Ita...
Lama tak singgah di sini.. tahniah Kak Ita, kerana berjaya bangkit dari kegagalan. Menghayati cerita Kak Ita, sy sedari betapa beruntungnya sy.. semoga Kak Ita terus tabah dengan setiap ujian yang Allah datangkan.. sesungguhnya Allah SWT akan sentiasa bersama orang2 yg sabar.

Kek tu pasti sedap... teringin pulak nak merasa.. biasa makan choc indulgence SR jer.. ni first time jumpa strawberry indulgence.. nyummm...

Nur Liana said...

Salam..untuk krim stawberry memang tidak perlu mentega tanpa garam ke?

Cik Puan Inash said...

Wah nampak best�� nak try

stayshah said...

Salam kak ita, kalau filling strawberry tuh ganti dengan jem boleh tak? Tq..sy dh try resepi kek choc indulgnce kak ita..alhamdulillah.menjadi! 😊😊
Semoga rezeki kak ita bertambah lagi..aminnn.

stayshah said...

Salam kak ita, kalau filling strawberry tuh ganti dengan jem boleh tak? Tq..sy dh try resepi kek choc indulgnce kak ita..alhamdulillah.menjadi! 😊😊
Semoga rezeki kak ita bertambah lagi..aminnn.

Powered by Blogger.