Follow if you like

Dec 1, 2014

Resepi Laksa Johor yang paling sedap!




Laksa Johor adalah laksa yang paling ita suka. Biasalah kan kalau orang Johor mestilah suka laksa Johor. Tahukah anda bahawa laksa Johor boleh di kategorikan sebagai Laksa yang paling mahal dan paling rumit untuk di sediakan berbanding laksa-laksa yang lain.  Oleh kerana itu ianya hanya di hidangkan pada hari-hari yang istimewa seperti Hari Raya dan di hidangkan juga pada majlis-majlis tertentu. Laksa Johor jarang kita peroleh di jual di kedai-kedai atau di warong - warong apatah lagi di jual di gerai tepi jalan.



Laksa Johor amat unik kerana menggunakan spaghetti sebagai bahan laksanya dan di makan bersama kuah yang penuh dengan rempah ratus. Kelazatan dan keistimewaan Laksa Johor adalah pada keseimbangan campuran bahan yang di gunakan untuk menghasilkan kuahnya yang menepati citarasa semua bangsa dan lapisan masyarakat di Malaysia dan antarabangsa.

Lazimnya kuah laksa Johor agak pekat, ia berasaskan isi ikan yang di masak bersama rempah ratus terpilih. Menggunakan santan pekat yang bermutu, kerisik kelapa dan juga ramuan-ramuan dan herba terpilih. Resepi asal laksa Johor menggunakan ikan parang. Ikan yang cukup mahal harganya ini di pilih kerana di katakan mempunyai isi yang halus dan cukup enak sekali, ia juga bagi menjaga kualiti keenakan kuah laksa Johor.

Proses memasak kuah laksa Johor mestilah menggunakan api yang kecil dan tempoh memasaknya agak lama. Ini adalah bertujuan supaya kuah ini tahan lama memandangkan ia menggunakan santan dan ia juga supaya semua bahan menyerap rempah ratus dan aromanya.


Selain ia di hidangkan bersama Spaghetti, ia juga turut di sertakan bersama, sambal belacan, ulam-ulaman seperti daun kesum, daun selasih, bunga kantan, kacang panjang, taugeh, timun yang di hiris halus, bawang mentah dan lobak asin.

Laksa Johor merupakan hidangan yang cukup rumit di sediakan, namun hasilnya cukup enak dan lazat tak terkata. Oleh kerana kerumitan itulah Laksa Johor hanya di sajikan pada hari-hari tertentu sahaja dan harganya juga jauh lebih mahal berbanding dengan laksa-laksa lain yang terdapat di Malaysia.

Hari ini ita akan kongsikan resepi Laksa Johor yang merupakan makanan tradisi rakyat Johor dan lambang masyarakat Johor yang cukup teliti dalam penyediaan makanan.


LAKSA JOHOR

Untuk menyediakan kuah laksa Johor, ita menggunakan ikan parang. Ia bertujuan untuk mengekalkan originaliti laksa Johor. Tapi anda juga boleh gantikan dengan ikan kembung atau ikan selayang.


1 kg ikan parang ~ ita beli 1 ekor ambil bahagian kepala, ekor dan 1 keping bahagian badan
Mula-mula kita sediakan stock ikan 


Ikan parang di cuci bersih, kemudian di rebus hingga empuk
Asingkan ikan dan air rebusan
Kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya
Ambil tulang ikan, kepala dan ekor masukkan dalam blender.
Tambahkan air rebusan ikan tadi dan kisar hingga halus
Kemudian di tapis
Buangkan hampasnya
Stock ikan dan isi ikan di ketepikan

Bila dah siapkan stock ikan kita sediakan pula stock udang
250 gm udang basah


Udang di bersihkan dan di asingkan isi dan kulit serta kepalanya
Kulit dan kepala udang kemudian di rebus dengan sedikit air
Kemudian kulit dan kepala tadi campurkan air rebusan dan di kisar halus
Kemudian tapis untuk dapatkan stock udang
Isi udang pula di kisar halus.
Ketepikan


4 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut
Kemudian di kisar halus
1 keping isi ikan kurau masin sederhana besar ~ di rendam hingga lembut
Kemudian di kisar halus
Ketepikan


Bahan Kisar

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
1 inc halia
15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut

Kesemua bahan di atas di kisar halus


2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar ketumbar
Kedua-dua bahan ini di sangai atau goreng tanpa minyak hingga harum
Kemudian di tumbuk halus


Lain-lain bahan yang di perlukan

2 sudu besar  rempah kari daging ~ ada juga yang menggunakan rempah kari ikan terpulang pada citarasa
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
1 biji santan pekat ~ atau 1/2 kotak santan KARA
1 ikat daun kesum
1 ikat daun selasih
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2
1 batang serai ~ di titik
1 buku gula Melaka ~ sederhana besar
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


 Sekarang semua bahan dah pun tersedia, jom kita mula memasak


Kuah laksa kita dah pun siap. Sekarang kita nak celur spaghetti pula


SPAGHETTI

1 peket spaghetti
sedikit garam
sedikit minyak masak
air secukupnya untuk merebus

Panaskan air hingga mendidih
Kemudian masukkan spaghetti
Masak hingga spaghetti kembang, lembut dan empuk.
Ambil sedikit spaghetti dan rasa jika tiada lagi rasa keras bermakna ia dah empuk.
masukkan garam dan minyak
kacau rata
Kemudian toskan airnya
Spaghetti kemudian di gulung bulat, atau di lingkar memanjang 1 jengkal atau juga di simpul. Terpulang cara masing-masing.
Susun spaghetti atas kain muslin supaya bentuknya kekal.

Laksa Johor juga di makan bersama sambal belacan


SAMBAL BELACAN

10 ~ 15 tangkai cili padi
2 batang lada merah
1 ulas bawang putih
1 keping belacan bakar ~ anggaran besar 50 sen
garam dan gula secukup rasa

Kisar atau tumbuk semua bahan hingga halus
Perahkan jus limau kasturi


Selain itu, laksa Johor juga di makan bersama ulam-ulaman

Timun ~ buang empulur tengah dan hiris halus bulat
Bawang besar ~ hiris halus bulat
Taugeh
Kacang panjang ~ hiris halus
Daun kesum ~ mayang halus
Daun selasih ~ mayang halus
Bunga kantan ~ mayang halus
Limau kasturi
Lobak Asin ~ potong dadu kecil atai racik halus


Dah pun siap Laksa Johor...
Apa tunggu lagi.. dah lama dah mengidam ni...
Jemput menjamu selera kawan-kawan..





37 comments:

Syahida said...

"laksa johor, laksa yang paling mahal dan paling rumit untuk disediakan.." setuju sangattt!

maka dengan itu, saya suka dan pandai makan je..nak buatnya, malasss mak aihh..huhuhu

*sedappnya laksa johor dalam gambo tu* thumbs up!

nor hayati abdul halim said...

boleh cuba ni..tq k.ita

Emi Mazni said...

Serrddaaarrpppnyaaa. Huhu mengidam nih gane nk buat kehkehkeh

Eny Abdullah said...

mmg sedap laksa johor ni.... mkn sekali dok igt tu je

Suhaimi Suriani said...

Kalau d sandakan sabah...ikan parang kira murah...hari tu beli rm5 sekilo.

Suhaimi Suriani said...

Kalau d sandakan sabah...ikan parang kira murah...hari tu beli rm5 sekilo.

Ummiakid @ lily said...

laksa Johor adalah laksa yang saya boleh makan berpinggan pinggan dan memang best.... maybe sebab saya orang Johor. Rumit nak buat tapi berbaloi...
Selalu guna resepi arwah mak...ada persamaan cuma ada beberapa ulaman yang saya tak guna...mcm lobak asin...

Mas Zull said...

assalamualaikum kakita sedapnya tengok laksa johor ni ...lama x mkn..;)

Azlita Aziz said...

oh ya ke Suhaimi, kalau di JB ni agak mahal juga. Akak beli RM 25 sekilo. 1 ekor tu dalam 2kg ++. Lagi musim tengkujuh memang mahal sikit. Mungkin di sana murah sebab senang dapat kot.. lagi pula ikan tu banyak tulang org tak berapa suka makan..

timm bill said...

semua jenis laksa dah pernah try, tapi laksa johor blum pernah lgi..

Suhaimi Suriani said...

Btl tu kak azlita...ikan ni bukan pilihan ramai... tu sebab murah... tp sy suka mkn klu ikn ni dibakar..lepas tu msk lemak dgn daun kedondong muda

Fadilah Hassan said...

Best nye kak ita...memang kene cuba ni
fadilah vitashop

thehealthinspector said...

Ahhh sedapnyaa!!! Tapi tgk resepi pun dah pening. Hihihi

nurul taqiyah said...

Slurppp..!!!terbaikk...

pensil iman said...

salam k.ita..
pohon izin ambik gambar di blog k.ita utk laksa johor ni...nak buat lay out kedai..sangat cantik..harap k.ita izinkan ye...

mas aji said...

Mas Aji dah buat untuk Aidil Fitri baru nie.Tapi bahannya tak lengkap macam resepi Azlita nie.Kira Johor gak la!

June jumaliah said...

Assalamualaikum,
Saya antara peminat blog ni dan peminat laksa johor terutamanya.
Nak buat marhaban hujung minggu ni dan kawan2 x mau menu lain selain laksa johor.
Selain resipi asal rujukan saya dr buku Pn Asiah Samsudin, blog puan jadi perbandingan. Terima kasih.

hayya linda hanis said...

mengidam tahun ini x dpt mkn laksa johor . sbb x beraya johor tahun ni . hehehe jiran sy sllu buat stp kali raya . kami mmg tertunggu . sbb ni ssh nk jumpa .

Elly Khalid said...

terliur pulak tgk gmbr laksa johor ni malam2..hehehe...sy mmg suka.,,,tp x pndai buat..
pndai laksa utara je,,
ok tq ye resipi..mcm nk try nnt.. hihihi

Liza Mamat said...

First time mkn laksa johor raya lepas. Memang best. Nak beli tak de org jual so google blog ita jumpa resepi ni. Terus buat semalam. Memang terbaik suami dn anak puji . Nanti nak buat lg sampai betul2 pandai. Tk ita..

Liza Mamat said...

Laksa Johor memang best.

Nor Jamilatun Aziz said...

Sedapnya...!! Moga murah rezeki orang yang share resepi nih... Nak cubala... Dah terliur tengok gambar pun...

Camane nak simpul dan gulung speghetti tu...?? Cantiknya... Terima kasih

mid sahry said...

Tq kak ita..nak try esok..terliur tengok gambar..good job

Siti Najihah Mohamad Nor said...

Sedapnya... Terliur plak...xpernah mkn, tp mcm nk Cuba. Resipi atas ni utk brp org mkn, Kak ita?

Nutrisi Terbaik Untukku said...

salam, tumpang tanya, ikan parang tu pakai yg sirip penjang ke yang pendek? Lps 2 klo xguna udang kering xpe ker? alergix udang..huhu..teringin nak cuba buat..

Unknown said...

Baru lps buat...tq mmg sedap dan menjadi

yuhanis yussof said...

Baru lps buat...tq mmg sedap dan menjadi

Salbiah Ibrahim said...

Ini lh resepi yg sbnrnya.. thx sbb sudi share..

Shahrul Nizam said...

Sy ikut 100% resepi ni..mmg rasanya cukup membanggakan...sedappp..

Beauty Zone said...

korang semua buatlah, berbaloi punya penat. Ikot sejarah nenek saya cerita org dulu2 smpi 2 hari nk siapkan. Sebab ikan parang tu dibakar dulu bkn direbus. kerisik pon buat sendiri. Resepi ni mmg lengkap, cumanya saya tak attach lobak masin sbb sambal belacan dah masin. mmg berpinggan2 makannya. skrang ni kalau ade jamuan di rumah, kuah saya buat awal sehari. then simpan beku. esoknya just prepare ulaman saja.

AHMAD NOOR FAIZAH said...

Doakan saya berjaya membuat nyr

Sofea CM Nasir said...

k ita. mohon share resepi ini di blog sy sy. jzk k. ita.

Syuhaidah Atan said...

Terima kasih atas resepi. Dah try masa Hari Raya .. memamg ohsem.. terbaekk.. mak saya dan adik-beradik makan berpinggan-pinggan.

Dizay Azmi said...

Rumit juga rupanya nk buat laksa johor ni.. Tima kasih sbb posting resepi. Satu je soalan (harap sudi jawab), mmg kena guna spaghetti ye? Maknanye tok nenek kita buat dari dulu2 lagi guna spaghetti ke? Bukan laksa putih?

ami amira said...

as salam..utk resepi ni boleh makan utk berapa org yea?

Sadrahaneem Adnan said...

salam,1st time mkn laksa johor ni mati2 ingat mee kari tp tak mcm mee kari,memang jatuh cinta ngn laksa johor ni,insya Allah nk buat nnt,tq 4 d rcp👍

imah shahrul said...

Trima kasih sudi share resepi...tq Kak ita

Powered by Blogger.