Follow if you like

Dec 12, 2014

Kari Asam Pedas Ikan Kembung


Kari Asam Pedas lagii...
Entah dah ke berapa kali..
Nampaknya tekak ita semakin serasi dengan menu yang satu ini. Tak jemu walaupun di hidangkan setiap hari.

Asam pedas sinonim dengan masyarakat bahagian Selatan Semenanjung Malaysia terutamanya Johor dan Melaka. Ianya di hidangkan sebagai pelengkap hidangan makan tengahari mahupun makan malam. Kuahnya yang masam-masam, pedas dengan aroma yang cukup enak memang benar-benar menambat selera.

Selain di hidangkan bersama nasi, kari asam pedas juga enak jika di cicah bersama roti, roti canai, roti jala, lempeng mahupun biskut lemak. Bagi orang Johor ala bisa tegal biasa

Cara memasaknya memang cukup mudah dan ringkas. Bagi kari asam pedas pula bezanya cuma asam pedas ini di khawinkan antara asam pedas biasa dan lauk kari.. maka terhasillah menu baru kari asam pedas.


Resepi ini ita pernak kongsikan sebelum ini di SINI. Tapi hari ini ita buat yang simple aje..


 KARI ASAM PEDAS
Oleh Tulip77
Rujukan My Resepi

Seekor ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5
(Boleh guna ikan patin, ikan tenggiri, ikan merah, pari dan lain-lain
1 biji bawang besar ~ dimayang
3 biji bawang putih ~ diketuk
2 inci halia ~ diketuk
1/2 ibu jari belacan
1 batang serai ~ diketuk
1/2 inci lengkuas ~ dihiris nipis
1 sudu besar halba campur
3 sudu besar cili kisar ~ cili kering dikisar
2 sudu besar serbuk kari ~ dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
2 pelepah daun kari
3 tangkai daun kesum

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.

Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum.



3 comments:

Alongxp.com said...

nasib baik ikan kembung, xlah tergoda sangat... hehehe

Amie said...

Sama menu kita Ita... tapi saya masak kari je, kari ikan tongkol.

Syahida Yep said...

favourite saya ni, lebih lagi kalau mak yg masakkan..fuhh! xleh berenti makan hehe

Powered by Blogger.