Follow if you like

Dec 27, 2014

Cek Mek Molek


Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Kuih tradisional yang tak lapuk di telan zaman ini merupakan kuih yang popular dan cukup di minati. Ia di sajikan tidak kira waktu.. samaada untuk sarapan pagi atau sebagai minum petang.


Kebiasannya kuih ini di sediakan dengan menggunakan keledek oren atau keledek putih. Tapi hari ini ita kongsikan kaedah penyediaan kuih pantai timur ini dengan menggunakan keledek unggu. Kebetulan hari tu semasa adik pulang ke Kota Bahru, adalah ma dan abah kirimkan keledek unggu ni.. Banyak pulak yang di kirimkan.. dah puas merebus hari ini ita nak cuba buat kuih tradisional Kelantan pula..


Ita pernah makan kuih ini sewaktu pulang ke Kota Bahru. Biasanya ma akan belikan sebagai sarapan pagi kami. Sedap kuih ni.. dalamnya ada gula yang mencair dan bila makan harus berhati-hati kerana bila di gigit kebiasannya gulannya akan memancut atau meleleh keluar..

Sedap pula keledek yang abah dan ma kirimkan ni.. lembut dan rasanya manis. Bila buat kuih ni lagilah bertambah rasa lemak manisnya.. berketul-ketul ita makan kuih ni..
Kaedah membuat kuih ini cukup mudah. Tiada sukatan yang khusus.. semuanya bergantung pada keledek yang di gunakan. Jika keledek terlalu lembut lebihkan tepung.. tapi jangan lebih sangat nanti liat pula kuih bila di goreng.

Oleh kerana ita menggunakan keledek unggu, ita risau jika keledek terlalu lembik, jadi ita rebus keledek dengan kulitnya sekali. Cuci bersih dahulu keledek, kemudian rebus hingga empuk. Bila dah empuk, angkat toskan airnya dan biarkan sejuk. Bila dah betul-betul sejuk barulah kupaskan kulitnya. Dengan kaedah begini tidaklah keledek ni lembik sangat..


CEK MEK MOLEK

2 cawan keledek yang telah di rebus dan di lenyek halus
secubit garam
2 sudu besar tepung
Gula pasir secukupnya
minyak untuk menggoreng



Bila dah kupas kulit keledek ni.. barulah kita lenyek-lenyekkan... Letakkan juga secubit garam supaya terasa lemak manisnya. Lenyek hingga lumat. Keledek ni bila dah lenyek anggaran sukatannya adalah 2 cawan.


Keledek yang kita dah lenyek tadi kita campurkan pula dengan sedikit tepung gandum. Jangan banyak sangat.. tepung tu ya nanti dia liat pulak.. Ita letak anggaran 2 sudu besar. Sebenarnya semuanya bergantung pada keledek. Jika keledek kita lembik sangat lebihkan sikit tepung.. biar sampai ia boleh di bentuk. Gaulkan dengan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan mudah di kepal.


Ambil doh dan bulat-bulatkan sebesar bola pimpong. Anggaran berat setiap setiap bulatan doh adalah 25 gm. Untuk adunan ini dapat anggaran 20 biji.


Kemudian leperkan... Letakkan 1 sudu gula di tengahnya dan kemudian tutup semula dan bentukkan membujur. Buat sampai habis.






Bila dah siap semua bolehlah kita menggoreng. Untuk menggoreng, panaskan dahulu minyak dengan kepanasan yang sederhana sahaja. Bila minyak dah panas bolehlah mengoreng hingga warnanya kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya...
Bolehlah di hidangkan... mudah aje kan...




6 comments:

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum Ita, cantiknya cek mek molek ni mmg molek lah purple in colour ni macam nak try je sabb akak belum pernh buat lagi...

Penyelaras LINUS PPD Klang said...

Cantiknya kak ita. Nak try buatlah. Hari tu buat tak jadi sangat. Terlebih tepung. Tapi dgn step by step kak ita , mudah faham . Thanks kak ita.

fazianbatrisyia said...

Sedap kuih ni. tp lama x mkn...

Farawazida Jafar said...

dah try buat. hasilnya sedap sgt! x penah rasa cek mek molek sesedap ni. guna keledek ungu ade kelebihan skit dr keledek oren sbb xde serat atau rasa2 chunky. rasa keledek ni lembut n manis semulajdi. lps try resepi ni kita trus jd stalker. tiap2 ari stalk blog kak ita :D

Ruzidah Abdullah said...

gambar yg cantik dalam entry menyebabkan sy lagi teruja nak try..:p

Ruzidah Abdullah said...

memang kena cuba..tq kongsi resepi..

Powered by Blogger.