Follow if you like

Nov 11, 2014

Turi Masak Lemak Keledek Oren


Hari ni ita masak sayur kapung lagi. Sayur turi, sayur yang kerap emak sediakan untuk makan tengah hari kami sekeluarga. Pokok turi emak yang tanam, kata emak senang kalau tak ada lauk nak masak pucuk turi boleh jadi galang gantinya.

Masa ita kecil ita tak berapa suka jika mak masak turi, kerana daunnya terasa amat pahit bila di makan. Ita cuma makan kuahnya sahaja. Emak kata sayur ni bagus di makan rasanya yang pahit itulah penawar kata emak.


Tapi kini pokok turi di tepi rumah maka di kampung pun dah tak ada lagi. Bapa ita dah tebang ketika kerja pembesaran dapur  kami.

Turi yang ita masak ni ita beli di pasar. Kata kakak tu.. turi kampung kerana daunnya agak kerinting sedikit. Ita beli secekak sahaja, cukuplah untuk ita makan berdua. Dalili makan kuahnya aje.. sama macam ita masa kecik-kecik dulu..


Pokok turi, pucuk turi atau pucuk geti,  nama saintifiknya Sesbania grandiflora sememangnya tumbuhan semula jadi di Malaysia, Indonesia, Filipina dan India. Ia tahan keadaan kemarau, tanah tidak subur atau bermasalah dan kawasan air bertakung. Lazimnya ia ditanam sebagai sayuran atau sebagai tanaman hiasan. Ada dua jenis pokok turi yang dapat dibezakan melalui warna bunganya. Satu jenis bunganya berwarna putih, yang satu lagi bunganya samar kemerah-merahan. Pokok ini hidup subur di kawasan persekitaran kampung, di tepi-tepi jalan dan di batas padi.

Pucuk turi pula boleh dipelbagaikan masakannya. Namun, perlu diiingat daun turi ini agak pahit. Apa juga juadah yang dihidangkan, perlu dimasak supaya hilang rasa pahitnya. Masak lemak dengan keledek atau lobak merah ataupun dibuat urap sungguh enak sekali.

Dari segi kesihatan, akar, kulit, daun dan bunga turi boleh digunakan sebagai penawar pelbagai jenis penyakit. Tepung akar turi dari jenis pokok berbunga merah boleh digunakan sebagai penuam atau sapuan pada bengkak sendi, lebam-lebam atau sakit akibat terseliuh bagi mengurangkan rasa sakit. Daun pula boleh digunakan dalam kaedah yang serupa. Jus bunga turi boleh digunakan untuk merawat pening kelapa dan hidup tersumbat.

Di Ambon, jus bunga digunakan bagi mengubati mata yang rabun dengan cara memerah jus terus ke dalam mata. Serbuk kulit turi juga boleh digunakan bagi mengubati kudis, jangkitan kulat pada kulit dan ulser mulut serta usus. Di Jawa, tepung kulit pokok turi dijadikan bahan asas persolekan. Ekstrak kulit ini juga boleh digunakan sebagai racun lipas. Cirinya yang paling istimewa ialah kadar pertumbuhan yang amat cepat dan mudah dibiak sama ada secara tampang atau menggunakan biji benih. Boleh hidup sendiri dengan sedikit penjagaan

Rujukan : Dapur Laksamana


TURI MASAK LEMAK KELEDEK OREN

1 ikat daun turi ~ di lurut ambil daunnya sahaja cuci bersih dan toskan
1 biji keledek oren ~ di kupas kulit dan potong kecil
250 ml santan
air secukupnya
1 batang serai ~ di ketuk

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 batang cili padi
1 inc kunyit hidup
1 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
2 sudu besar ikan bilis ~ rendam lembut

Masukkan bahan kisar bersama santan, air, serai dan keledek ke dalam periuk dan masak hingga kuah keledek empuk. Senantiasa kacau supaya santan tak pecah
Bila keledek empuk masukkan sayur turi, perasakan dengan garam secukup rasa.
Masak hingga sayur turi lembut
Sedia di hidangkan




11 comments:

rahel said...

Waa sangat menyelerakan...tak pernah masak lagi daun turi ni kak...

ana said...

Sedapnye ita...lama dah akak tk masak turi. Hri tu ada tanam depan rmh. Mula elok je naiknye...tp pas tu mati lak mkn dek anai2 hu3...mmg sedap masak dgn keledek oren ni...

Qaseh Abadi said...

sedapnya.. kat kedah dipanggil daun geti.. banyak khasiat rupanya.. pokok2 yg senang tumbuh ni rupanya banyak khasiat.. kat kampung nenek saya ada lg pokok ni, memang wat lauk bidang terjun la klu xada apa2 nak masak..hihi..

AKU DAN KAMU: BETULKAH MINUM AIR LIMAU HARI2 BOLEH LANGSINGKAN TUBUH?

Lina IbunyaAzRaf said...

Di indonesia sudah sulit mencari daun turi ini kak ita. Pafahal banyak khasiatnya...

Sayang, sayapun belum pernah merasakan rasa sayur turi ini....

Liza said...

Liza pun tak pernah lagi makan daun turi ni kak...ihihi

mrs.smile said...

alamak...sangat mengoda! kena pulak kalau ada sambal belacan regu bersama ikan masin pun dah cukup menyelerakan

AR Amelia said...

saye baru je tau kalau pucuk turi ni bisa dibuat sayur. kalau di Indonesia yang dipakai hanya bunganya saje kak Ita. Masak dengan labu kuning tuh sedapnya. Kalau kami di Pontianak biasa masak labu kuning ni dengan kangkung malu ataupun pucuk labunya. makan sama ikan asin dan sambal belacan. sedaaap :)

fazianbatrisyia said...

sy jg dah lama tak makan sayur ni. sedap juga campur labu.

Bazlia Amoza said...

saya pun kecik2 selalu makan sayur turi ni masak lemak atau masak asam letak ikan masin..skrg susah nak jumpa sayur ni kalau tak de pokok sendiri.

amanda musa said...

masa kecik2 saya suka ambik bunga pokok ni ,then letak kat telinga..Jadikan subang.hihi..sekrang, lauk suka gilerrr makan lauk sayur ni..membuka selera...tq kak share resepi ni..suka suka suka....

Harraz Danish said...

Kat mana saya nak cari pokok turi ni

Powered by Blogger.